Tuesday, October 13, 2020

ANWAR TIPU MP PKR DENGAN MENGATAKAN SERAH SENARAI MP KEPADA YDP AGONG?

                                 TANGGAL 13 OKTOBER 2020, Muhyiddin Yassin masih Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim KEKAL bakal Perdana Menteri.

Untuk meredakan kekecewaan pengikut taksub Anwar, PKR minta ahli-ahlinya bertenang dan Muhyiddin dengan TENANG mengadakan sidang akhbar dari rumah beliau untuk rakyat Malaysia melihat sendiri beliau masih Perdana Menteri BUKAN Anwar.

Mengikut Ahli Parlimen PKR Charles Santiago, Anwar memberitahu beliau bahawa Anwar menyerahkan senarai SD Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Tetapi di dalam kenyataan Istana Negara, Istana menekankan " beliau (Anwar Ibrahim) TIDAK mengemukakan senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan (Ahli Parlimen menyokong Anwar) tersebut.

Adakah Anwar menipu Charles?

Antara Istana dan Anwar, kita lebih PERCAYA Istana Negara dari Anwar.

Di dalam kenyataan Istana, pertemuan Anwar dengan DYMM YDP Agong berlangsung selama 25 MINIT, BUKAN setengah jam, bukan sejam. Tengku Razaleigh bertemu YDP Agong lebih lama dari Anwar.

Menurut kenyataan Istana, YDP Agong nasihat Anwar, "akur dan hormat" Perlembagaan Negara.

Tafsir sendirilah apa yang tersirat di dalam kenyataan Istana Negara ini.

 

 

Image

 
Image

 

 

 

No comments: