Tuesday, March 3, 2020
MUHYIDDIN BERJIWA BESAR, BOLEH DUDUK SEMEJA DENGAN MEREKA YANG PERNAH MENGHINA BELIAU DENGAN SKANDAL SEKS
TAHNIAH kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana AKHIRNYA dapat juga menyandang jawatan Perdana Menteri.
Kita kena tabik pada Muhyiddin kerana sanggup berkerjasama dengan pemimpin-pemimpin Umno yang pernah memecat, mencaci, menghina beliau dan keluarganya.
Mungkin inilah perwatakan setiap ahli politik. Dicaci, dihina macam mana pun, kerana jawatan mereka masih dapat bersama.
Kita tidak boleh lupa bagaimana Muhyiddin dikaitkan dengan skandal seks dengan seorang wanita Cina dan isteri orang dan pelbagai tohmahan dilemparkan.(Bila dituduh ada skandal seks juga bermaksud berzina).
Antara yang menhentam Muhyiddin pada masa itu termasuk seorang pegawai biasa Najib Razak dan juga Annuar Musa.
Antara kenyataan Annuar Musa pada masa itu seperti yang dilaporkan: "Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran supaya membersihkan nama yang terpalit skandal seks sebelum mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa merujuk kepada dakwaan yang mengaitkan bekas timbalan perdana menteri itu dengan seorang wanita baru-baru ini. Dia (Muhyiddin) tidak layak komen. Elok tumpu kepada usaha membersihkan namanya yang terpalit dengan kontroversi,” kata Annuar kepada FMT."
Malahan pada masa itu NGO-NGO yang ada kaitan dengan Umno mendesak jabatan agama agar menyiasat skandal seks ini.
Mungkin Muhyiddin sudah memaafkan Najib, Annuar Musa dan kesemua pemimpin Umno yang meraikan dakwaan skandal seks beliau pada masa itu sehinggakan sekarang ini beliau tidak ada masalah duduk bersebelahan bersama mereka membina sebuah kerajaan.
Semuga Muhyiddin dapat mentadbir negara dengan baik dengan mereka-mereka ini.
Labels:
muhyiddin yassin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment