Tuesday, July 2, 2019

PERBICARAAN KU NAN: PEMIMPIN UMNO MAIN JUTA2 SAHAJA

Image result for tengku adnan anak indonesia

HARI ini perbicaraan Teuku Adnan Teuku Mansor bermula.

Berikut initipati perbicaraan hari pertama.


* Pihak pendakwaan dalam kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan Tengku Mansor akan membuktikan bahawa Bendahari Umno meminta antara RM5 juta dan RM6 juta daripada sebuah pemaju swasta untuk digunakan pada pilihan raya kecil.

** Timbalan Pendakwa Raya akan membuktikan Tengku Adnan telah mendapatkan untuk dirinya suatu barangan berharga iaitu wang RM2 juta tanpa balasan daripada Chai melalui cek Hong Leong Bank bernombor 136822 bertarikh 14 Jun 2016 milik Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd.

*** Cek itu telah didepositkan ke dalam akaun CIMB bernombor 80-0117974-7 milik Syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang mana tertuduh merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu dan tertuduh juga mengetahui bahawa syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.

**** Pendakwa akan membuktikan bahawa pada 27 Jan 2015, Chai sebagai pengarah Syarikat Aset Kayamas telah menyerahkan surat “Cadangan Pembelian Tanah Untuk Tujuan Pembinaan Rumah Mampu Milik di Bawah harga RM200,000 dan Apartment Harga Bebas di atas Tanah Lot 53427 dan Lot 53653 seluas 4.05 hektar di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur” bertarikh 26 Jan 2015 kepada tertuduh secara kediri.

***** Tertuduh telah memberi arahan kepada Zulkifli Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan melalui minit tertuduh iaitu “Ybhg Datuk Zul, sila teliti cadangan ini dan jika boleh dilaksanakan mengikut kaedah kongsi sama. Harap maklum balas, sila bincang dengan syarikat,” kata Pendakwa.

****** Keterangan akan menunjukkan bahawa permohonan pembelian tanah-tanah itu oleh Syarikat Aset Kayamas telah ditolak oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui surat bertarikh 3 April 2015.

******* Pendakwa akan mengemukakan keterangan menunjukkan bahawa Syarikat Aset Kayamas telah secara berterusan berurusan dengan YB Menteri Wilayah Persekutuan (tertuduh) terhadap penolakan itu dan lain-lain urusan berkaitan cadangan projek itu.


https://www.malaysiakini.com/news/482055

No comments: