Friday, September 28, 2018

KABINET ANGAN-ANGAN ZAHID HAMIDI

Image result for zahid anwar ibrahim

GILA BAYANG?

Jika sebelum ini ramai Ahli Parlimen Umno yang tidak pernah merasa menjadi Menteri, semalam mereka dilantik memegang jawatan Menteri bayangan.

Memang benar di negara-negara maju pembangkang menubuhkan kabinet bayangan sebagai "check & balance" kepada kerajaan.

Tetapi di Malaysia nampak janggal dan menjadi bahan tertawa.

Semasa di dalam Kabinet yang sebenar, Zahid Hamid dan geng-geng beliau tak buat kerja, sapu sana sapu sini dan bersekongkol dengan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Sekarang yang tinggal hanyalah kabinet bayangan, maka bolehlah Zahid dan ahli-ahli parlimen mereka terus berangan seperti mana Zahid berangan menubuhkan kerajaan semula melalui pertolongan rakan baik beliau - Anwar Ibrahim - dengan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.

Thursday, September 27, 2018

TIDAK BERTANDING PILIHANRAYA KECIL HALATUJU BARU UMNO DI BAWAH KEPIMPINAN ZAHID HAMIDI

Image result for zahid lemah

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PORT DICKSON

1. PKR: BERTANDING

2. PAS: BERTANDING

3. PRM: BERTANDING

4. BEBAS STEVIE CHAN: BERTANDING

5. BEBAS TAN SRI ISA SAMAD: BERTANDING

6. UMNO (parti berusia 72 tahun/memerintah Malaysia 63 tahun): TIDAK BERTANDING*

* Halatuju baru Umno di bawah kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi (bertanding ikut citarasa)

Tuesday, September 25, 2018

PERWAKILAN UMNO BOIKOT PERHIMPUNAN UMNO

Image result for zahid hamidi hadi awang

BOIKOT PERHIMPUNAN AGONG UMNO

Kali ini kita BOIKOT Perhimpunan Agong sama seperti keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan "membantu" Anwar Ibrahim menang percuma di Port Dickson menggunakan alasan kononnya perbelanjaan menguruskan pilihanraya tersebut boleh digunakan untuk tujuan berfaedah.

Apalah sangat RM3.6 juta berbanding dengan RM2.6 bilion yang dimiliki oleh Najib Razak dan perbelanjaan kad kredit berjumlah RM800,000 menggunakan duit Yayasan.

Kita boikot perhimpunan agong ini kerana perbelanjaan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agong hujung minggu boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.

Tak untung kita ke Kuala Lumpur semata-mata nak dengar celoteh Presiden Umno yang masih tidak tahu hala tuju Umno selepas 86 hari menjadi Presiden parti kecuali merangkak mengadap Tun Dr Mahathir Mohamad anak lelaki Iskandar Kutty dari Kerala, India, memuaskan hati Anwar Ibrahim dan menagih harapan dari Presiden Pas Hadi Awang dan ahli-ahli Pas.

Dalam parti sendiri, pemimpin-pemimpin berlumba meninggalkan parti.

Lagipun katanya, persidangan Umno kali ini akan dibuat secara "TERTUTUP". Maksudnya buat majlis supaya ahli tak tahu apa yang dibincangkan dan menghalang ahli dari menilai kepimpinan parti mereka.

Parti politik NYAMUK pun buat persidangan terbuka. Parti Zahid Hamidi buat secara tertutup.

Padanlah pemimpin berebut keluar Umno.

Monday, September 24, 2018

ZAHID BANTU ANWAR IBRAHIM MENANG PERCUMA PILIHANRAYA KECIL PORT DICKSON

Image result for zahid hamidi anwar ibrahim

TAK payahlah Ahmad Zahid Hamidi hendak mengabui mata rakyat kononnya Umno memboikot Pilihanraya Kecil Port Dickson kerana mahu menjimatkan wang rakyat bagi menguruskan pilihanraya kecil tersebut.

Cakap sajalah bahawa beliau mahu membantu Anwar Ibrahim MENANG PERCUMA di Port Dickson.

Sudah 85 hari Zahid menjadi Presiden Umno dan mungkin bagi beliau TIDAK bertanding di Port Dickson adalah kejayaan besar beliau sebagai Presiden Umno.

Kejayaan lain mungkin menghadiri Muktamar Pas dan peluk cium pemimpin Pas.

Satu lagi pencapaian menakjubkan Zahid ialah "KERAP MENGADAP" Tun Dr Mahathir Mohamad (A/L) anak lelaki kepada Iskandar Kutty dari Kerala.

Kejap-kejap nak jumpa Tun Mahathir.

Katanya minggu lepas pun merayu-rayu hendak mengadap Tun Mahathir.

Untuk apa? Untuk selamatkan diri kerana ada khabar angin akan didakwa?

Mengadaplah ahli-ahli Umno yang tak keruan macam anak ayam kehilangan bapa ini.

Hala tuju parti entah ke mana. Lagi 15 hari cukuplah 100 hari Zahid menjadi Presiden Umno tetapi hampir setiap hari ada pemimpin keluar parti seolah-olah pemimpin Umno sendiri tak percaya hasrat Zahid mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum PRU15.

Mereka seolah-olah menganggap Zahid MIMPI semasa tidur di siang hari.

Kita ingatkan Zahid mengenai video di bawah ini.

  

TENGKU RAZALEIGH: ZAHID HAMIDI PENTINGKAN DIRI

Image result for zahid hamidi mahathir kutty

Laporan Sinar Harian.




KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa gagal menterjemahkan peranannya sebagai Presiden Umno untuk menentukan hala tuju parti.

Menurut Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, beliau mendengar ada pihak yang mendakwa Ahmad Zahid banyak kepentingan diri.


“Apa yang saya dengar ada pihak yang berpendapat Ahmad Zahid memilih pendirian berdiam diri kerana beliau mempunyai banyak kepentingan diri.

“Selepas dilantik sebagai Presiden Umno, Ahmad Zahid nampak seolah-olah tak tunjuk sikap sebenar selaku ketua, tapi ramai juga berpandangan beliau ini nampak seperti mencari lubang dan peluang di sebalik mereka yang berkuasa,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Langgak Golf, di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat cuba menyesuaikan diri dengan kelompok-kelompok tertentu yang berkuasa.

“Tindakan Ahmad Zahid menyesuaikan diri dengan kelompok berkuasa semata-mata kerana nak cari sama ada peluang atau tidak untuk beliau rakan-rakannya. Jadi beliau tidak melihat kepentingan parti secara menyeluruh ataupun kepada masyarakat Melayu.

“Jadi persoalannya sekarang, apakah Ahmad Zahid nak jadi pemimpin Umno untuk bawa orang Melayu ke arah yang lebih baik, lebih maju daripada dulu dan membaiki segala kelemahan yang ada pada Umno hari ini,” tambah Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Hal demikian, menurutnya membuatkan ramai ahli dan penyokong Umno kecewa dengan presiden baharu mereka.

“Sebab itu ramai menzahirkan rasa kekecewaan terhadap Ahmad Zahid kerana situasi ini, bukan nak kata beliau tak tunjuk sikap atau berdiam diri tapi lebih kepada mencari lubang untuk dirinya dan rakan-rakannya bukan untuk Umno.

“Saya pula yang resah bagaimana nak kukuhkan semula Umno agar diyakini rakyat seperti dulu,” luahnya.

Sunday, September 23, 2018

NAJIB OKT KEHORMAT, DILAYAN ISTIMEWA OLEH DR MAHATHIR



SENYUM lebar Najib Razak bila didakwa berkaitan duit RM2.4 bilion yang masuk akaun beliau semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Selalunya apabila seseorang didakwa kerana mencuri, wajah mereka sayu penuh dengan kekesalan, tetapi tidak Najib. Tuduhlah apa pun, senyum saja.

Pencuri-pencuri lain kena menuntut ilmu senyum ini dari Najib.

Jelapang cuba nak faham ala Malaysia ini.

Jelapang amat berharap Tun Dr Mahathir Mohamad, pihak polis dan SPRM boleh jelaskan, cara siasatan ala Malaysia ini.

Kalau pegawai-pegawai Najib tidur lokap berhari-hari semata-mata mereka saksi kepada "rompakan" ini, kenapa "Orang Kena Tuduh" Najib mendapat layanan istimewa seolah-olah beliau "OKT Kehormat".

 Image result for amhari

Image result for rizal mansor

Gambar di atas adalah dua pegawai Najib yang direman untuk soal siasat.

Seorang tidur lokap 6 hari, seorang lagi 7 hari. Semua digari. 

Tetapi Najib tidak. Kejap-kejap naik kereta Vellfire mewah ke pejabat SPRM.

Tak pernah kena gari. Tak pernah dipakaikan baju oren.

Najib di"temuramah" macam "filem" star pula. Pergi mahkamah pakai kot.

Itu yang Jelapang tengah fikir sekarang ni. Apakah ini siasatan ala baru Malaysia?

Kalau VVIP, tak ada gari, tak pakai baju oren, tak kena reman, tak kena tidur lokap bermalam-malam. Saksi kena tidur lokap, OKT senyum ke mahkamah, tidur lena di rumah.

Harap Tun Dr Mahathir, polis dan SPRM boleh jelaskan.

Penyamun lain pun nak tau juga macam mana nak dapat layanan kehormat macam Najib Razak ni.

Apakah Rosmah Mansor juga akan mendapat layanan "KEHORMAT" dari Dr Mahathir, polis dan SPRM?

Wednesday, September 19, 2018

AHLI PARLIMEN BN TAK HORMAT ZAHID



Mustapa Mohamad umum keluar Umno, Ahmad Zahid Hamidi membisu.

Hari ini apabila bekas Menteri Luar Anifah Aman turut keluar dari Umno, Zahid buat kenyataan akhbar menerusi kenyataan bertulis 2 mukasurat yang hambar.

Pada ketika ahli Umno dikejutkan dengan tindakan Tok Pa dan Anifah keluar Umno, kita mengharapkan Zahid sebagai Presiden memanggil mesyuarat tergempar dengan Ahli-Ahli Parlimen BN. Tetapi tidak.

Dipanggilnya mesyuarat untuk membincangkan belanjawan bayangan untuk tahun 2019 bukannya membincangkan isu pemimpin Umno keluar parti.

Jemputan untuk mesyuarat belanjawan bayangan dikeluarkan kepada 52 Ahli Parlimen BN tetapi yang hadir hanya 17 orang.

Itulah tahap hormat Ahli Parlimen BN kepada Zahid Hamidi.

Tuesday, September 18, 2018

ZAHID HAMIDI LEMBAB MENYEBABKAN MUSTAPA MOHAMAD TINGGALKAN UMNO

Image result for mustapa fdi

"Namun hala tuju yg diambil UMNO hari ini tidak lagi selari dgn prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula. Maka atas dasar inilah setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini." - MUSTAPA MOHAMAD.

Ahli Parlimen Jeli dan bekas Menteri MITI Mustapa Mohamad merupakan Ahli Parlimen keempat Umno meninggalkan parti sejak Umno pimpinan Najib Razak dan Rosmah Mansor diTUMBANGkan rakyat pada 9 Mei 2018.

40 tahun Mustapa bersama Umno dan juga selepas 40 tahun, Mustapa menganggap UMNO tidak lagi relevan.

Jika diteliti kenyataan Mustapa hari ini, amat jelas pandangan beliau terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.

Antaranya, Umno dibawah Zahid "prinsip politiknya telah lari", "tidak banyak usaha merejuvenasikan parti" atau dengan kata lain, Umno dibawah Zahid tidak lagi relevan.

Kita faham sentimen Mustapa. 

Awal-awal lagi kita sudah tahu bahawa Zahid setakat menjadi pengikut Najib dan "standard" beliau setakat memimpin cawangan dan bahagian.

Sejak menang jawatan Presiden, tiada siapa tahu ke mana hendak Zahid bawa Umno ini, tiada visi kecuali mengHARAP pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Hadi Awang menjatuhkan kerajaan Pakatan untuk beliau dan Umno.

Itulah yang dijaja oleh Zahid ke hulu dan ke hilir kerana itu saja kemampuan berfikir beliau sebagai Presiden Umno.

Zahid menambah HINA Umno dengan mengharapkan kepada pembangkang untuk memanjangkan umur Umno.

Tidak menghairankan betapa kecewamya Mustapa mengenang nasib Umno serta menjadi saksi kepada kepimpinan lemah Zahid.

Ditambah lagi dengan sikap tidak peduli pemimpin atasan Umno.

Baru 4 bulan Umno ditumbangkan, sesetengah pemimpin Umno meneruskan kehidupan JOLI mereka.

Gambar-gambar yang memperlihatkan pemimpin Umno terus menikmati kemewahan tanpa memikirkan nasib Umno sudah tentu menyakinkan Mustapa bahawa Umno tidak akan berubah dan pemimpin mereka tidak akan memperdulikan nasib rakyat dan ahli Umno.

Semuga gambar-gambar ini memberi kesedaran kepada 3 juta ahli Umno dan orang-orang Melayu siapa yang telah mengkhianati mereka.

 






Kenyataan Tok Pa

Monday, September 17, 2018

ANWAR IBRAHIM, DEWA YANG DIBENCI RAKYAT

Image result for anwar ibrahim family

SELAMA ini Anwar Ibrahim seolah-olah merasakan diri beliau seorang DEWA. 

Tiba-tiba hari ini defensif - kononnya beliau masih relevan walaupun TUA. Bagi kita beliau adalah DEWA TUA yang GELOJOH yang mengamalkan NEPOTISME.

Sedikit masa lagi, negara akan dipimpin oleh keluarga Anwar. Dari bapa, bini sampai ke anak lapar jawatan.

Ketamakan ini terbukti dengan keputusan Anwar mengosongkan kerusi Port Dickson kepunyaan pemimpin PKR lain untuk diri beliau.

Sehingga hari ini Anwar tidak menjelaskan kenapa bukan anak dan bini beliau yang meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada beliau.

Kebencian rakyat kepada Anwar semakin menebal dan sejak keluar dari penjara, generasi muda sudah mula mengenai siapa Anwar sebenar.

Bagi kita yang sudah lama dalam politik ini, kita kenal Anwar berdasarkan video China Doll dan sumpah Saiful Bukhary Azlan.

Tidak menghairankan pemimpin-pemimpin NGO berpengaruh di Malaysia seperti Ambiga pun mengherdik Anwar kerana ketamakan dan kerakusan beliau.

Anwar dulu dan sekarang sama sahaja. Perangai sama - angkuh seperti dulu.

Semuga pengundi Port Dickson memberi pengajaran sepatutnya kepada Anwar dan keluarga beliau dengan mengundi pembangkang.


  

Friday, September 7, 2018

MAZLEE MALIK UMPAMA BERUK DAPAT BUNGA

Image result for maszlee malik
MAZLEE Malik mahu jadi Menteri atau Presiden Universiti Islam Antarabangsa?

Kalau UIA begitu sentimental kepada beliau, letak jawatan sebagai Menteri dan pegang jawatan Presiden UIA.

Setakat ini prestasi Mazlee menjadi bahan ketawa orang dan popularatinya TERCOROT berdasarkan kajian Merdeka Center.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/wan-azizah-paling-popular-guan-eng-maszlee-tercorot-1.729974

Setakat ini Mazlee lebih menyusahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari membantu beliau mentadbir negara.

Macam-macam cerita karut marut kita dengar mengenai Mazlee dan sebahagian daripadanya menggambarkan beliau kebudak-budakan, angkuh dan sombong. Mazlee umpama beruk dapat bunga apabila diberi jawatan Menteri.

Seharusnya tanggungjawab beliau sebagai Menteri menaikkan imej kerajaan Tun Dr Mahathir dan bukannya menyusahkan.

Kementerian Pendidikan adalah institusi penting. Di bawah Kementerian ini ada 421,828 guru dan mereka semuanya pengundi.

Demi kebaikan semua, Mazlee patut dilucutkan jawatan Presiden UIA atau beliau lepaskan jawatan Menteri Pendidikan.