Tuesday, December 5, 2017

PERHIMPUNAN AGONG UMNO AKAN MENJADI PLATFORM HIBURKAN NAJIB & ROSMAH UNTUK LOBI JADI CALON PRU14



Image result for perhimpunan agung umno 2017
BERMULA hari ini, PWTC, hotel-hotel dan gedung-gedung perniagaan di ibukota Kuala Lumpur akan dibanjiri oleh ahli-ahli Umno untuk acara TAHUNAN parti memerintah - UMNO.

Semasa era Najib Razak ini, persidangan Umno lebih merupakan acara RETORIK.

Kita masih ingat lagi ketika isu 1MDB dan duit derma RM2.6 bilion didapati di dalam akaun Najib, buat pertama kalinya dalam sejarah perhimpunan agong Umno, perbahasan dijadikan acara SULIT. Hanya perbahasan yang SELAMAT dipertontonkan kepada pelawat di kaki lima PWTC.

Pembahas-pembahas diberi garis panduan - apa isu yang boleh disentuh dan apa isu yang HARAM disentuh.

Tidak mungkin perhimpunan minggu ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Pembahas pula akan menggunakan platform ini untuk menengahkan diri mereka - mempromosikan diri mereka sebagai calon PRU serta calon Menteri dan Menteri-Menteri Besar.

Oleh itu, perbahasan akan tertumpu kepada "MENGHIBURKAN" Najib dan Rosmah Mansor.

Sudah pasti Najib selaku Presiden akan menggunakan perhimpunan ini untuk memastikan beliau tidak diTENTANG dan terus diSOKONG ahli Umno sekiranya diTENTANG semasa pemilihan Umno nanti.

Walaupun tiada apa yang diharapkan dari ucapan-ucapan Najib nanti, ahli-ahli Umno berhak menanti penjelasan Najib atas beberapa isu:

1. Bagaimana negara membayar tuntutan IPIC yang berjumlah berbilion ringgit.

2. Apa jalan penyelesaian kerajaan terhadap kesempitan rakyat berikutan tekanan ekonomi.

3. Jaminan bahawa kehadiran China Tongsan tidak menjejaskan kedaulatan negara.

4. Hutang negara yang meningkat.

5. Apakah formula kerjasama Pas-Umno memandangkan sejak akhir-akhir ini Pas seolah memberi gambaran Umno terhegeh-terhegeh meminta bantuan Pas untuk menang pilihanraya.

Contoh terbaik ialah "TANGISAN ADUN Umno di Dewan Undangan Kelantan" dan sokongan Ahli Parlimen Pas kepada Pakatan Harapan semasa undian di Parlimen.





Dan baru-baru ini dilaporkan Umno Kelantan tidak akan berkerjasama dengan Pas di Kelantan dan akan bertanding di semua kerusi.

Jika benar ada kerjasama, Najib perlu jelaskan kepada ahli-ahli Umno apa bentuk kerjasama dengan Pas atau ianya hanya kerjasama dengan Hadi Awang.

Selamat bersidang, semuga perhimpunan ini tidak menjadi retorik dengan menjadikan Dr Mahathir Mohamad sebagai pengalih tumpuan kepada isu-isu besar yang lain.

Rujukan:


Kerjasama dengan PAS mustahil, Umno ikrar tawan Kelantan PRU14

A
Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diadakan di “rumah putih” Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur minggu lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight, 3 Disember, 2017.


KESUKARAN untuk bekerjasama dengan PAS menyebabkan Umno bersiap sedia merampas Kelantan yang dikuasai musuh tradisi mereka sejak 1990 itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Persetujuan itu dicapai dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan yang diadakan di “rumah putih” Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur minggu lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Najib Razak.

“Mesyuarat berkenaan adalah untuk Umno Kelantan memberi taklimat kepada Najib mengenai persediaan pilihan raya.

“Selain itu Umno Kelantan menegaskan kepada Najib, tetap dengan pendirian untuk tidak kerjasama dengan PAS di Kelantan,” kata satu sumber yang mengetahui mesyuarat itu kepada The Malaysian Insight.


Sumber yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu, walaupun pentadbiran Najib membantu Kelantan yang ditadbir PAS, pemimpin-pemimpin parti Islam itu tetap menyerangnya.

“Kerajaan persekutuan membantu negeri Kelantan dengan wang tunai dan projek bernilai berbilion ringgit.

“Tetapi PAS Kelantan berulang kali terus ‘menyakitkan’ hati kami. Macam mana nak berkawan kalau macam ni?

“Sebab itu Umno Kelantan tidak setuju dengan pakatan pilihan raya di Kelantan. PAS adalah musuh politik bagi Umno di Kelantan,” katanya.

Sejak 2008, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR). Kerjasama itu bertahan sehingga 2015.

PR berkubur selepas PAS bertelingkah dengan DAP dalam isu hudud.

Tidak lama selepas itu Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan akan tetapi PAS tidak menyertainya.

Bagaimanapun PAS meneruskan kerjasama dengan PKR dan terus bersama kerajaan Selangor.

Akan tetapi Jun lalu PAS memutuskan hubungan dengan PKR tetapi tetap bersama kerajaan Selangor.

PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan yang dipimpin bekas menteri Umno, Kadir Sheikh Fadzir.

Akan tetapi timbul cakap-cakap mengenai kerjasama tidak rasmi antara PAS dan Umno.

Ketua Penerangan Umno Annuar Musa pada Oktober mengatakan parti Melayu itu masih terbuka kepada sebarang bentuk kerjasama dengan PAS termasuk bekerjasama dalam pilihan raya.

Satu lagi sumber yang mengetahui mengenai mesyuarat di Kuala Lumpur minggu lalu memberitahu, Tengku Razaleigh sudah bersetuju untuk membantu Barisan Nasional (BN) untuk menawan Kelantan.

“Ku Li sudah bersetuju untuk membantu BN Kelantan buat kali terakhir untuk menang.

“Dulu PAS berjaya tawan Kelantan selepas bekerjasama dengan Ku Li pada PRU 1990, kali ini Ku Li akan membantu kami rampas balik Kelantan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight menggunakan nama gelaran Tengku Razaleigh.

Tengku Razaleigh merupakan ahli politik veteran yang juga merupakan keluarga Diraja Kelantan.

Selepas perpecahan Umno pada 1987 akibat daripada tindakannya mencabar Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden parti, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan berjaya merampas Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990.

Pada 1996, Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan kembali menyertai Dr Mahathir di dalam Umno.

Sejak 1990, PAS menguasai Kelantan sehingga kini. PAS berkemungkinan sukar mempertahankan Kelantan kali ini selepas parti serpihannya Amanah mahu turut bertanding di negeri itu.

Bagi Umno, pertembungan tiga penjuru di Kelantan akan menyebabkan BN kembali berkuasa. – 3 Disember, 2017.


3 comments:

Anonymous said...

RAKYAT ditipu denganBRIM KRIM UTC SGT PETROL SUBSIDIES PRIMA

Anonymous said...

FFUIYYOOOOOIOOONNIIIKKK...

BLOGGER FAH MOLA JADI BATU API
KIKI..ITU LAH KEPAKARAN BLOGGER KUTTY
LAGA KAN PAS UMNO DI SANA SINI
PRU 14 KITA TENGOK KUTTY CABUT LARI

BERJALAN JALAN KE KOTA SINGAPURA
TUA RENTA RENTUNG MASIH BERKERJA
MACAI TOKONG DAP@SPORK DAN BARUA
MASA KAMU BERAMBOSS SUDAH TIBA...

BERAMBOSSSSS... BARUA2 DAP@SINGAPORK NOWWW....

SIDANG UMNO SUDAH PUN BERMOLA
PILIHANRAYA TUNGGU MASA JER LAGI
P.PINANG DAN SELANGOR TUMPUAN KITA
PENGKHIANAT TUNGGU MASA KE PENJARA
TOKONG & POK TEH KITA TAMATKAN RIWAYATNYA



KIKIKIKIKIKI.... BERAMBOSSSSS. ... BARUA PENSABOTAJ EKONOMI DAP@SINGAPORK..


INI KALI... PRU SPORK..TUNGGU KAMI DATANG...


INI KALI LAHH....!!

Anonymous said...

UMNO najibrosmah hancur lenyap bungkus tiada sejarah dalam malaysia