Friday, June 2, 2017
SIAPA MENANG PRU-14?
MALAM tadi selepas terawih, tukang-tukang tilik berkumpul di kedai mamak. Topik perbincangan: Siapa akan menang PRU-14?
Tukang tilik 1: Najib Razak menang besar. 170 kerusi. Apa lagi yang dia tak buat. BR1M dah bagi. Esok bagi bonus kat kakitangan kerajaan pula.
Tukang tilik 2: Aku pun rasa Najib menang besar. Lebai-Lebai Pas tolong Umno menang besar.
Tukang tilik 3: Najib!!! Poket dia besar. Berbilion.
Tukang tilik 4: Najib lah menang. Beribu dah keluar Bersatu. Ketua-ketua dalam PKR duk berkelahi sesama depa.
Tukang tilik 5: Najib Maaa!!! Itu Cina punya undi semua BN punya. Cina banyak suka sekarang. Itu Melaka pun sudah ada tugu Cina. Itu JB pun sudah ada kampung Cina. Semua projek besar, semua kasi China. Melayu pun tarak marah. Suka lagi ada lah.
Tukang tilik 6: Sapa lagi kalau bukan Najib. Menang besaq lah. Dr Mahathir pun orang dah benci. Tiap-tiap hari kena maki dalam TV3. Juai Proton kat China Geely pun tak dak sapa marah. Mahathir saja duk loncat sana sini.
Tukang tilik 7: Aku kata Najib menang. Orang Melayu OK. 1MDB orang kampung bukan faham pun. Orang pun dah lupa 1MDB ni. Lagipun 1MDB hantar orang ke Mekah.
Tukang tilik 8: Najib!!! Aku suka Rosmah.
Tukang tilik 9: Najib Razak. Menang besar. Orang agama, Mufti-Mufti pun sokong Najib.
Pengerusi tukang-tukang tilik: Habis tu, kenapa tak buat-buat PRU?
Labels:
najib razak,
PRU-14,
rosmah mansor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Pemerhati sebelah tukang tilik.
Nak jimat duit negara. Tunggu sampai tamat tempoh. Najib kan suka berjimat. Najib nak takut kenapa, buat bila pun bn tetap menang.. 😁😁😁
Bn..hapus hancur lenyap?.. sape berani?
Hari-hari cerita dan pekong Najib terburai macam mana nak buat PRU 14 segera..!!
Jika buat pilihan sekarang maka bagai membunuh diri sendiri,, tunggu arahan dari Rosmah
Ya allah beri kemenangan ..insyallah pakatan harapan membina malaysia maju adil telus amin
Post a Comment