Wednesday, May 10, 2017

ORANG MELAYU BUKAN LAGI PEMALU



DUA peristiwa menarik melibatkan orang Melayu berlaku minggu ini.

1. Insiden menyerang seorang pemandu kereta keturunan Cina kerana meng"hon"kan kereta selepas laluan di hadapan masjid terhalang.

Pemandu tersebut diserang termasuk, jika dilihat di dalam video yang diviralkan, seorang lelaki berumur berjubah puteh menyerang lelaki Cina tersebut dengan "cone".

Ini berlaku selepas mereka semua SOLAT Jumaat.

2. Seorang CEO agensi ZAKAT diTANGKAP SPRM d Pulau Pinang.

Apakah ini imej Melayu dan Islam?

Apabila diketengahkan kepada seorang rakan bahawa insiden-insiden ini memalukan Melayu, jawab beliau, "MALU? Orang Melayu reti MALU ke? Pemimpin Melayu reti MALU ke?"

Saya jawab: "Hanya orang miskin saja tahu malu. Orang agama macam Hadi Awang dah tak tau malu."

No comments: