Sunday, October 16, 2016

DR VIDA, IKON MELAYU YANG TIDAK DIHARGAI

Datuk Seri Hasmiza Othman, better known as Dr Vida./Bernama

EFISYEN betul Jabatan Kastam Malaysia.

Dr Vida aka @ Qu Puteh atau nama sebenar Hasmiza Othman baru-baru ini didakwa di mahkamah di Ipoh kerana gagal membayar CUKAI GST berjumlah RM4.2 juta.

Dr Vida usahawan Melayu dan BERJAYA. Beliau mengharungi pelbagai cabaran untuk berjaya sehingga ke tahap ini. Pernah difitnah, pernah disabotaj dan pernah ditipu.

Semasa kecil beliau menjual kacang putih, nasi lemak bungkus, sambal, keropok, sejadah dan kain batik untuk hidup sebelum berkecimpung di bidang perguruan dan mengajar di sebuah sekolah Cina di Ipoh.

Mungkin Jabatan Kastam tak pernah ambil peduli kisah hidup Dr Vida ini. Tidak mengapa. Biar saya ceritakan.

Dua anak Dr Vida terkorban dalam satu tragedi kebakaran. Begitulah pahit maung yang ditempuhi oleh Dr Vida.

Jika Ketua Pengarah Kastam tidak pernah dengar latarbelakang beliau, lapangkan masa dan baca mengenai liku kehidupan Dr Vida.

Bukan senang hendak melihat seorang Melayu yang berjaya seperti Dr Vida. Hendak berjaya susah, hendak menjatuhkan orang berjaya, MUDAH.

Kita sokong tindakan yang diambil ke atas Dr Vida jika beliau melakukan kesalahan.

Jabatan Kastam mendakwa Dr Vida kerana gagal membayar cukai GST kepada Kerajaan.

Yang salah tetap salah.

Tetapi di dalam kehidupan ada perkataan BUDIBICARA.

Seperti yang dikatakan, hendak menjatuhkan Dr Vida - MUDAH.

Sebenarnya Jabatan Kastam ada pilihan. Iaitu menggunakan budibicara.

Tetapi Kastam memilih untuk mendakwa Dr Vida. Itu pun tindakan yang betul.

Tetapi apa salahnya Dr Vida diajak berbincang. Cari jalan penyelesaian terbaik kerana orang yang kita hendak dakwa ini orang Melayu yang berjaya. Berjaya atas keringat, air mata dan titik peluh beliau.

Beliau tidak kaya kerana beliau ada jawatan dalam Umno. Beliau tidak kaya kerana memegang jawatan Pengarah seperti mana Pengarah JKR Melaka dan Pengarah Jabatan Air Sabah.

Dr Vida adalah orang Melayu yang bersusah payah untuk senang. 

Jangan kita cemburu apabila melihat Dr Vida mempunyai rumah bernilai RM22 juta, mempunyai 22 buah rumah dan 10 kereta mewah.

Dr Vida BERHAK untuk KAYA kerana beliau berusaha untuk KAYA.

Tetapi kepada Jabatan Kastam mungkin TIDAK penting untuk menjaga dan memertabatkan IKON Melayu seperti Dr Vida.

Itu hak Jabatan Kastam.

Tetapi jangan ingat kita tidak tahu. Ada syarikat otomotif besar yang berhutang cukai jutaan ringgit TETAPI tiada TINDAKAN diambil dan budibicara digunakan kerana pemiliknya boleh bergesel bahu dengan orang besar-besar. Ada orang besar yang berhutang cukai pendapatan dan budibicara digunakan.

Ramai Menteri ada rumah besar-besar, kereta besar-besar.

Ada Ketua Bahagian rumah besar, kereta besar, bini dua-tiga-empat.



Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid ke sana ke mari dengan Bentley dan Jaguarnya dan rumah pun banyak, dan kita teringin benar hendak tahu berapa banyak cukai yang dibayar oleh Rizuan kepada kerajaan.

Ketua Bahagian Baling Azeez Rahim khabarnya duit banyak, kereta berpuluh. Agaknya berapa cukai yang dibayar beliau kepada kerajaan.

Ketua Bahagian Batu, Abas, apa kurangnya. Hebat betul Ketua Bahagian ini. Entah apa bisnes yang dibuatnya. Katanya kaya walaupun asyik kalah saja Parlimen Batu semasa PRU. Agaknya berapa cukai yang dibayar Abas kepada kerajaan.

Salim Jempol. Tanyalah kawan-kawan dalam Umno. 3 hari 3 malam tak cukup untuk bercerita mengenai Salim. Agak-agak berapa cukai yang dibayar beliau kepada kerajaan.

 Kepada Dr Vida, tabahlah. Inilah lumrah hidup. 

Kepada Jabatan Kastam dan penguatkuasa lain, teruskan dengan tugas dan tanggungjawab anda.

Cuma kita sedih, ikon Melayu seperti Dr Vida diperlaku sedemikian rupa.

*** Jelapang selalu melihat wajah Dr Vida melalui program-program yang ditaja beliau di TV3. Katanya berjuta ringgit Dr Vida berikan wang kepada TV3 menerusi tajaan.

Ketika didakwa, begitu besar berita mengenai Dr Vida dipaparkan di dalam berita TV3. 

Jelapang teringat kata-kata orang tua-tua.

Jangan sekali kita mengigit tangan orang yang memberi.

20 comments:

Anonymous said...

Betul setuju sangat dengan komen Jelapang, ingin saya tambah banyak lagi nama-nama tokoh bukan melayu jati i.e. mamak dll yang kaya raya, lunas ke cukai mereka. Kerajaan melayu, suka tindas melayu

Anonymous said...

kenapa selalu buat perbandingan jika orang lain buat kita juga boleh buat. jika orang lain lari dari cukai kita juga mesti lari dari cukai. adakah kekayaan yang beratus juta boleh memanjangkan umur kita? bayarlah cukai walaupun ada jerung besar yang masih terselamat dari diburu kastam tidak membayar cukai. tunggulah masanya, in shaa Allah akan kena jugak nanti. cukai tidak dibayar bermaksud hutang. nak bawak sampai kemana hutang tu? paling jauhpun masuk ke dalam kubur. selepas itu masing2 menyesal kerana membawa hutang sampai mati. berbalik kepada isu sipolan yang dibawa oleh admin, cukai 4 juta lebih itu disedari atau tidak oleh tuan punya tubuh? kenapa tidak berusaha untuk menjelaskannya, atau paling tidakpun berunding dengan pihak berkaitan jika tidak mampu bayar gst (?). sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya, mustahil beliau tidak faham adakah pendapatan dari perniagaan beliau perlu dicukai atau tidak. kastam ada tugas yang perlu diselesaikan. adakah kastam yang perlu ajak pembayar gst untuk berunding atau pembayar gst itu sendiri minta untuk berunding dengan kastam? tak tahulah admin, yang mana satu jawapannya. sipolan itu sudah berjaya, malah pemdapatannya adalah berjuta-juta. kenapa masih perlu perlindungan hanya kerana menumpang nama bumiputera? yang perlu perlindungan ialah meniaga kecil-kecilan, perniagaan sara diri dan seumpamanya. dah kaya, bersainglah secara kaya dan bertanggungjawab sebagai rakyat yang berjaya. oh ya, wang lebih 4 juta yang sepatutnya dibayar sebagai cukai itu kepunyaan siapa sebenarnya, kepunyaan sipolan atau kepunyaan rakyat? pasti nanti akan ada yang kata, jika cukai dibayar kepada kerajaan maka ia akan disonglap oleh pemimpin2, ahli politik dan menteri2. sekali lagi saya nak ingatkan, perbuatan salah walau terlepas di dunia, kena juga bertanggungjawab terhadapnya selepas mati.

dina said...

tu yang bagusnye gst ni....sebab peniaga tak boleh menipu!
kalau dulu ramai peniaga yang tak declare penuh income mereka tapi sekarang memang tak boleh elak.
dr vida ni dah level artis sebab dia sendiri yang mempromote diri dia sebagai artis.
hari yang dia kena panggil ke mahkamah tu pun dia sendiri upload dalam instagram....Hehe....ada ke nak jatuhkan dia??
di sebab kan dia ni sendiri letakkan diri dia level artis....so ramai lah press yang duk kejar. sendiri nak glamour kan?
orang lain pun ada masalah ...bukan dia saja...so tak payah lah nak kait kan perjalanan hidup dia dalam hal ni.
pihak kastam tak perlu nak menghebahkan kes2 orang yang kaya lebih dari pendapatan ni...tau lah mereka jalankan tugas dan siasatan.
dr vida kenalah muhasabah diri ...musibah yang dia dapat tu mungkin hasil penipuan berniaga.
dia kata consume produk dia jadi putih....tagline ku puteh ku puteh....tapi ramai jer yang beli tapi tak puteh!!!
so ask urself does she deserve this bad press kalau kerja menipu?
tak kisah lah dia banyak menderma ke apa......banyak membazir dan menunjuk2 kekayaan pun ye jugak.
so please think before you write!

Anonymous said...

Kastam tsk suka org melayu... sbb org melayu x suka kau tim... sbb tu org cina lepas ... tokey otomotif yg mewarisi kekayaan bapa dulu lagi la butuk track rekod dng kastam tapi melayu tu kau tim... smpi la ni kaya kau tim.... kastam agak2 la ...

Anonymous said...

Sebab Si Betina Gemok Boros,kerajaan tak ada duit..

Semua kes pasal duit, diburu mcm penjenayah besar. Sesak sangat kerajaan sekarang ni.

Samseng bunuh orang, rompak dibiarkan..

Berani tangkap Jho lo, genting,ytl?

Keberanian Najib hanyalah menyiksa Malayu? Paling senang punya kerja..

Anonymous said...

maaf berbicara. beliau buat silap jadi kena tanggung lah kesilapan beliau. ada hikmah di sebalik apa yang terjadi tu. sabra saja dan balik kepangkal jalan and hibernate, stop high profile image and back to the roots.

Anonymous said...

Adakah kerana orang lain membunuh tetapi tidak ditangkap maka kita pun nak bunuh orang juga ke? Salah tetap salah walau apa pun apasannya

Anonymous said...

Al-'Isrā':26 - Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.

Al-'Isrā':27 - Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Anonymous said...


Sapi Betina (Al-Baqarah):219 - .......... Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

Sapi Betina (Al-Baqarah):265 - Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.

Besi (Al-Ĥadīd):7 - Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.

Besi (Al-Ĥadīd):10 - Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tingi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.



Pakcu Rantau Panjang said...

Pakcu masuk mencelah sikit ke blog tuan. Tertarik juga Pakcu dengan cara tuan mengupas perjalanan Dr.Vida yang naik melalui jerih perih titik peluhnya. Dan Pakcu sendiri kurang tahu sebelum ini tentang jatuh bangun beliau sehingga sekarang.

Apa pun sikap seseorang sukar difahami. Kadangkala rasa cemburu dan dengki diatas kejayaan orang lain membuat orang yang berhati hitam "mencari jalan " untuk mencantas dan sanggup menggali kubur miski pun dia seorang teman terdekat apa lagi teman saingan perniagaan.

Cuba kita buka minda berapa banyakkah anak Melayu yang berjaya seperti DR.VIDA yang muncul dalam dunia perniagaan di BUMI Malaysia yang rata-rata dimonopoli oleh bangsa lain. Apalah salahnya guna budi bicara dan kebijaksanna dalam mengurus hal bayaran GST berbanding dengan cara memalu dan menjatuhkan seseorang yang juga telah memberi sumbangan dari hasil perniagaanya untuk pihak media dan dunia sukan tanah air.

Tindakan atas budicara adalah lebih manis dari tindakan yang tegas yang kadang-kadang terlepas pandang dan terpilih-pilih. Pakcu minta maaf jika buah fikiran Pakcu tak sama dengan orang bijak pandai..walahuaalam.

Anonymous said...

Tabahla dato vid
Ada hikmah tu
Keris pahang

Anonymous said...

jgn sedih dan terkejut ini memang
permainan org melayu-aku tak sekaya dr v tapi aku
udah melalui-
ketua umno bhgia jamal trouble maker salah seorg apa gaji ketua bhgian
cek krete /permit/harta kita tak marah jika berusha-umno bnyk production begini
BER(i)SATU-
but
U-ME?NO UMNO

Anonymous said...

Apa kena mengenanya kesusahan hidup sebelum ini dan juga kematian anak dalam kebakaran dengan kegagalan dia membayar cukai? Adakah sebab dia dulu susah dan tak perlu bayar cukai maka sekarang setelah dia senang dan hidup mewah dia tidak perlu bayar cukai? Sepatutnya orang sebegini lebih komited dan perihatin untuk membayar cukai, zakat dan juga bersedekah kerana ia pernah susah.

Anonymous said...

Kerajaan dah takde duit..

Unknown said...

Bagus penulisan tuan..soal cukai termaktub dlm kitab..p lah rujuk....dan menunjuk nunjuk kemewahan...dan sedekah yg diberi....pun terdpt dlm kitab....syabas,kastam.

Unknown said...

Bagus penulisan tuan..soal cukai termaktub dlm kitab..p lah rujuk....dan menunjuk nunjuk kemewahan...dan sedekah yg diberi....pun terdpt dlm kitab....syabas,kastam.sementara utk org kaya kaya,yang lain..tindakan kutip cukai bukan urusan kastam....teliti dahulu peranan jabatan kerajaan sblm komen..

bbmy1957@gmail.com said...

Saya warga kastam faham masalah ini tetapi apalah guna undg undg klau tidak dilaksanakan. Kastam adalah jbatan yg melaksanakn dsar jbatan sama mcm polis juga dan lain lain agensi. Boleh berunding jumpa cawangn brkenaan tetapi klau srndiri tk patuh peraturan tk ada simpan rekod, Abaikan amaran, tak jelas ikut jadual dan lain lain tiba salahk kastam...ini tk betul. Jgn emosi dan libatkn orglain klau sndiri bersalah. Mcm bawa kereta ditahan JPJ tak ada cukai jalan, bolehkah kita kata org lain tk ada cukai jalan mngapa tk tgkap? So jgn salahkn orglain bila sendiri buat salah. Yg selama ini bnyak mnipu kastam tak byar cukai, tipu penyata, ikrar palsu tk fikir pulak!

Anonymous said...



blogger ni cakap kastam boleh guna budibicara. dah clear dalam tulisannya. bukan salahkan kastam

Anonymous said...

TV3 pembodek yg tak kenang jasa dan juga suka menjatuhkan maruah seorang peniaga Melayu berjaya tampa projek2 politik...

Demi Najib dan Rosmah mampuih semua yg tak bayar gst..

Anonymous said...

K.A.S.T.A.M : Kalau Ada Sapu, Tak Ada..Mintak.