Sunday, September 18, 2016

NAJIB TAKUT NAK KE AMERIKA SYARIKAT?

Image result for najib+unga

NEW YORK merupakan DESTINASI kegemaran Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Asalkan ada peluang, sampailah Najib dan Rosmah ke Amerika Syarikat.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, Zahid Hamidi yang terpaksa ke Amerika. Kasihan juga kepada Timbalan Perdana Menteri.

Sudah tentu Zahid "stres" untuk hadir majlis di sana. Maklumlah kena cakap orang putih. Memang stres untuk Zahid hendak belajar menyebut beberapa perkataan Inggeris yang sukar.

Tetapi tidak mengapa. Itulah cabaran untuk menjadi Perdana Menteri. Perlahan-perlahanlah belajar.

Sibuk di alam maya membuat tekaan kenapa Najib tidak ke persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu kali ini.

Ramai menggunakan perkataan - TAKUT.

Jelapang tidak rasa begitu. Najib mana kenal erti TAKUT.




Laporan Bernama mengenai Zahid di Amerika Syarikat di bawah.




Ahmad Zahid Hadiri Perhimpunan Agung PBB Di New York

Daripada Muin Abdul Majid NEW YORK, 17 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal menyertai Raja-raja, presiden dan perdana menteri di pentas diplomatik terbesar di dunia - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).

Beliau akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa Bersatu dalam lawatan kerja ke bandaraya kosmopolitan ini yang mempunyai penduduk lebih 8.5 juta orang ke perhimpunan tahunan itu dari 17 hingga 25 Sept.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Timbalan Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada semasa sesi Debat Umum pada 24 Sept.

Beliau juga dijadual menyertai Mesyuarat peringkat Tinggi Menangani Penghijrahan Pelarian dan Migran Berskala Besar pada 19 Sept di Perhimpunan Agung, dan Mesyuarat peringkat Tinggi mengenai Situasi di Syria di Majlis Keselamatan pada 21 Sept.

Satu kenyataan PBB berkata ini kali pertama Perhimpunan Agung mengadakan sidang kemuncak di peringkat ketua negara dan kerajaan mengenai pergerakan berskala besar pelarian dan migran, menyediakan peluang bersejarah untuk mengemukakan rangka tindakan bagi tindak balas antarabangsa yang lebih baik

PBB berkata para pemimpin dunia dijangka menerima pakai deklarasi politik sebagai dokumen hasil perhimpunan itu yang akan menyaksikan PBB mempunyai tambahan agensi baharu di bawahnya iaitu agensi migrasi.

Para pemimpin PBB dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dijangka memeterai perjanjian untuk secara rasmi menjadikan IOM sebagai sebuah agensi berkaitan di bawah sistem PBB.

IOM, sebuah pertubuhan antara kerajaan yang mempunyai lebih 9,500 kakitangan dan 450 pejabat di seluruh dunia, telah membantu kira-kira 20 juta migran pada 2015.

Semasa lawatan kerja ke New York, Ahmad Zahid akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan para pegawai kanan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri.

Beliau dijadual tiba pada Sabtu malam di New York yang waktunya 12 jam lewat daripada Malaysia.

Kenyataan itu berkata tema sesi Debat Umum tahun ini ialah "Matlamat Pembangunan Mampan: Usaha Global Untuk Mentransformasi Dunia".

"Malaysia akan bekerjasama dengan anggota-anggota PBB yang lain untuk menyokong usaha-usaha ke arah mencapai matlamat di bawah tema ini.

"Malaysia juga akan terus menyokong peranan utama PBB sebagai landasan pelbagai hala yang paling konstruktif ke arah mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa," kata Kementerian Luar.

Ahmad Zahid dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya di sela-sela UNGA ke-71 untuk membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama.

Sementara itru, Anifah pula dijadual menghadiri Mesyuarat peringkat Menteri Pasukan Penyiasat Bersama bagi MH17 pada 20 Sept dan Mesyuarat peringkat Menteri Kumpulan Rakan Pakatan Ketamadunan PBB (UNAOC) pada 23 Sept.

Anifah dijadualkan menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkaitan ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Komanwel (CFAMM) dan acara-acara lain yang diadakan di sela-sela UNGA ke-71.

Beliau juga dijangka mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan-rakan sejawatannya bagi membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama.

Kawalan keselamatan diperketatkan semasa para pemimpin dunia berkumpul di bandaraya ini dengan anggota keselamatan menjalankan rondaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancongan seperti Times Square dan kawasan sekitar ibu pejabat PBB di New York.

Penutupan jalan semasa perhimpunan PBB telah diumumkan sebelumnya dan warga New York perlu mencari cara terbaik untuk memandu di tengah-tengah trafik dan mengelakkan kesesakan.

-- BERNAMA

4 comments:

Cik Minah said...

TAKUT ke MALUUuuuuu............??????
Satu dunia dah tahu, anugerah UNESCO kepada PERMATA ROSMAH
sudah kena tarik blaik. Tak jadi nak anugerah, sungguh
memalukan. Apasal UNESCO in the first place, nak bagi
anugerah tu....? Bukan mereka tak tahu latar belakagn
ROMSAH & her PERMATA..............??????
Maknanya, memang srngaja nak malukan dia.
Nak tengok tebal ke tak kulit dia.
Kat Malaysia, bolehlah salahkan PEMBANGKANG.
Adakah PEM BANGKANG sudah HASUT UNSECO......?????

Anonymous said...

Takut pok jib
Ketor

Anonymous said...

www.bersatu.org
Saya sudah anda bila lagi

kluangman said...

Lebih sajak kalau Hisham yang wakili Najib ke PBB.