Monday, August 22, 2016

MARILAH KITA SELAMATKAN BUNG MOKHTAR & ZIZIE IZZETE


Embedded

RISAU benar kita dengan perkembangan terbaru melibatkan Pengerusi Felcra dan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin.

Ketika sedang beristirihat dengan isteri tercinta, aktres Zizie Izzete di Switzerland dan London, riuh kononnya Bung Mokhtar terlibat dengan pembelian saham amanah dan melibatkan penerimaan komisen berjumlah jutaan ringgit.

Bung Mokhtar adalah Ketua Bahagian dan juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Sudah menjadi LUMRAH di dalam Umno, Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Umno WAJIB dipertahankan.

Kita berdoa agar Peguam Negara ambil berat mengenai kedudukan Bung Mokhtar di dalam Umno.

Tolong jangan DAKWA beliau. Kita perlu pertahankan Bung dan isteri beliau Zizie dari didakwa.

Jika sukar melakukannya, mintalah bantuan Ketua Bahagian Sungai Besar Jamal Ikan Bakar baju merah.

Jamal boleh membantu dengan mendesak Bung tidak didakwa.

Kasihan betul kita pada Bung. Tiba-tiba macam kita dengar.

Hendak sewa jet peribadilah untuk terbang ke sana sini. Naik kapalterbang duduk first classlah pakai duit Felcra.

Cerita team bola Felcra pun hebat juga. Begitu juga cerita MC.

Jelapang anggap semua ini FITNAH.

Jelapang menyokong setiap usaha mempertahankan Bung.



Kepada mereka yang tidak ingat apa itu Felcra, baca nota di bawah:


FELCRA

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.


Visi & Misi

Visi Korporat


Kekal sebagai plantation house yang terkemuka dan berkembang sebagai sebuah konglomerat yang berjaya.

Misi Korporat

Memegang falsafah Peserta Bersyukur No. 1 dan terus berkembang bersama mereka dengan growth with equity; di samping mengurus, menjaga serta memegang kepentingan amanah kumpulan sasar iaitu masyarakat peserta.

Melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR ) melalui pembangunan ladang-ladang dan aktiviti yang berkaitan dengan lebih efisyen dan menguntungkan.

Melaksanakan program diversifikasi yang menguntungkan dan di dalam masa yang sama merancang dan melaksanakan program berorientasikan eksport di samping berazam mencapai identiti konglomerat yang berjaya.


No comments: