“Segmen kebersihan ini akan menjadi agenda nasional juga… tetapi bukan dengan (melaksanakan) hukuman dan sebagainya. Kita hendak dengan (secara) sukarela (semua pihak) menjaga kebersihan (tandas)." - Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/23/kebersihan-tandas-sekolah-jadi-agenda-nasional/
Jelapang pernah diutarakan satu soalan. "Menteri Pendidikan yang ada ini setakat jaga jamban, pagar sekolah, suhu bilik darjah, jerubu dan isteri siapa jauh dari suami saja ke? Bukan kah tanggungjawab Menteri Pendidikan menaikkan taraf kualiti pendidikan negara? Bukan kah kerja-kerja jaga jamban bersih ini kerja pengarah pendidikan dan pengetua sekolah?"
Ketika Mahdzir semalam bercakap mengenai agenda beliau membersihkan jamban, di Australia, Kementerian Pendidikannya bercakap mengenai pencapaian akademik pelajar tahun 9.
Di Britain, Kementerian Pendidikannya sedang melihat bagaimana untuk mengatasi jurang kualiti pendidikan antara golongan kaya dan golongan kurang berkemampuan kerana kajian menunjukkan kemampuan pelajar keluarga luar kemampuan hanya 1/8 dari kebolehan pelajar kaya.
Tetapi kalau di Malaysia, Mahdzir memilih hendak mengambil tahu jamban sekolah bersih atau tidak, itu pilihan dia.
Di Malaysia, perangai Menteri, apabila seseorang mengambil alih, dasar lalu di bakul sampahkan.
Semasa Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan ada juga terdengar mengenai dasar ICT dan sebagainya.
Setakat ini kita hanya dengar cerita jamban, pagar sekolah, suhu bilik darjah dan jerubu.
Terkenang Jelapang kepada kehebatan Menteri-Menteri Pendidikan yang lalu.
1. Tun Razak
2. Khir Johari
3. Rahman Talib
4. Hussein Onn
5. Mahathir Mohamad
6. Musa Hitam
7. Sulaiman Daud
8. Anwar Ibrahim
9. Musa Mohamad
Rasanya Mahdzir serba maklum akan legasi mereka.
7 comments:
Jangan pandang remeh pasal jaga jamban kerana dari situ kita boleh lahirkan rakyat yg suka kebersihan, bayangkan saudara admin masuk tandas awam untuk membuang air besar bersediakah admin untuk meneruskan hajat itu bila takung tandas dipenuhi najis yg tak dibersihkan ?
Kalau PM dah kategori "moron"...menteri yang dilantik tak kan lagi cerdik. Lagi pun Mahdir Khalid ni sememangnya diketahui bengap...dilantik sebab Najib nak buang DS Mukhriz dulu...kena ada menteri dari Kedah yang jaga senior ministry...
Jamban Kotor tu Si Lanun Bugis 1MDB!!!
Dizaman Pak Lah seorang menteri ditugaskan menjaga kebersihan tandas awam.
Tak lama kemudian menteri berkenaan dilapurkan telah melompat parti!
Dah lama kita tahu dia ni mangkuk hayun saja. Dia naik pasai Pak Lah dan disambung oleh Najib atas dasar loyalty kepada ketua. Malu juga saya sebagai bekas pegawai pendidikan dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia melihat gelagatnya. Tidak menambahkan kualiti kepada pendidikan negara.
Beban tugas guru pun blm selesai.
Skrg dah sibuk pasal tandas la pulak.
Bengong mcm mantan MP yg lalu.
Bukankah Mohammad Yaakub juga Menteri Pelajaran?
Post a Comment