Monday, June 18, 2012
Sunday, June 17, 2012
PRU-13: JULAI? NOVEMBER? MAC 2013?
Bila PRU-13? Ada spekulasi mengatakan Julai. Ada yang meneka September dan ada yang mengatakan Februari 2013.
Mari kita lihat tarikh-tarikh penting antara sekarang hingga ke awal tahun hadapan.
Puasa: 21 Julai 2012
Hari Raya Aidilfitri: 19 Ogos 2012
Penerbangan Haji Pertama: 17 September 2012
Belanjawan 2013: 28 September 2012
Peperiksaan PMR: 9 Oktober-16 Oktober 2012
Hari Raya Aidiladha: 2 Oktober 2012
Penerbangan Balik Haji Pertama: 1 November 2012
Peperiksaan SPM: 5 November-6 Disember 2012
Cuti Sekolah: 9 November-31 Disember 2012
Musim Hujan untuk Semenanjung: November 2012-Januari 2013.
Musim Hujan untuk Sabah/Sarawak: Disember 2012 - Mac 2013.
Penerbangan balik Haji terakhir: 29 November 2012.
Tahun Baru Cina: 10 Febuari 2013.
Jangkaan Jelapang: PRU-13 pada 14 Julai 2012?

Friday, June 15, 2012
INDEKS JENAYAH TURUN: JURUTOL DITEMBAK DENGAN PUMP GUN
Dua Jurutol Plus Cedera Terkena Tembakan
SEREMBAN: Dua orang jurutol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) cedera terkena tembakan dalam kejadian samun di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini, 9.57 malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata ketika kejadian, mangsa, Nurijah Rosli, 24, dan Mohd Haffiz Zamri, 26, yang menaiki motosikal untuk memindahkan wang kutipan tol di pejabat Plus di plaza tol Seremban susur keluar ke arah utara, tiba-tiba dihalang sebuah kereta sebelum salah seorang daripada lelaki di dalam kereta tersebut melepaskan tembakan ke arah mereka.
"Nurijah yang menunggang motosikal tersebut cedera di bahagian belakang badan manakala Mohd Haffiz cedera di kaki kanannya. Siasatan awal mendapati tiga das tembakan dilepaskan menerusi pump gun. "Setelah motosikal dan kedua-dua jurutol itu jatuh, penjenayah kemudian merampas beg duit yang mengandungi wang tunai RM2,000 daripada mereka sebelum memecut ke arah Sendayan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Katanya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.
Katanya ekoran kejadian itu pihak polis akan melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dan gerakan memburu penjenayah sedang dijalankan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Masjid berkata polis berjaya menahan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat lelaki berumur 50-an dengan kesan tikaman di tepi jalan utama Linggi-Lubuk Cina, Rembau pada 15 Mei lepas.
Katanya Ausman Mohd Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Din, 50, ditahan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson pada kira-kira pukul 11.30 malam, Rabu lepas.
"Lelaki itu kini ditahan reman sehingga 19 Jun. Ausman, seorang dukun dipercayai orang terakhir yang sepatutnya ditemui simati. Kami yakin Ausman dapat membantu polis menyelesaikan kes ini.
"Sebelum itu, polis menahan tiga lelaki berumur 30-an di Perak dan berjaya merampas sebuah kereta dipercayai digunakan simati semasa keluar rumah," katanya. - BERNAMA 1000TH

Monday, June 11, 2012
KALAU ESOK PILIHANRAYA, ESOK JUGA UMNO "PERINTAH" KEDAH
50,000 penyokong BN membanjiri Kulim Sabtu lalu untuk program Janji DiTepati yang dihadiri oleh Najib Razak.
Ketua Perhubungan Umno Kedah Bashah Mad Hanipah berucap penuh bersemangat pada majlis tersebut malah ada di kalangan hadirin berkata inilah ucapan paling baik yang dilakukan oleh Bashah dan ada juga yang beranggapan mungkin Najib telah berbisik kepada Bashah "hang akan jadi MB".
Selepas perhimpunan tersebut, Najib bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno Kedah. Pertemuan tersebut penting kerana selama ini, Najib dihidangkan dengan laporan-laporan indah dari Umno Kedah bahawa Umno akan merampas kembali Kedah dari tangan Pas dan Pas berada dalam keadaan amat tenat disebabkan oleh perebutan kuasa dalam Pas dan kegagalan Pas mentadbir Kedah dengan kemas.
Pertemuan dengan Najib begitu dinanti-nantikan oleh hampir keseluruhan pimpinan Kedah. Hampir kesemua pimpinan Kedah mahu dilihat berada di sisi Najib kerana ketidakhadiran akan membawa padah digugurkan sebagai calon.
Maka bilik mesyuarat padat dengan kehadiran. Kalau boleh, masing-masing mahu duduk di sebelah Najib. Masing-masing menjenguk ke hadapan ketika mesyuarat kerana tidak mahu muka mereka terlepas dari ekor mata Najib.
Mungkin ada yang mengharapkan puji-pujian dari Najib dan kata-kata manis dari presiden parti.
Tetapi sebaliknya, Najib mengejutkan pimpinan Kedah bahawa beliau tidak yakin Umno dapat merampas semula Kedah kalau gelagat dan perangai buruk pemimpin-pemimpin Umno di Kedah ketika ini berterusan.
Najib mengambil keputusan mencurah perasaan kecewa beliau terhadap sesetengah pimpinan BN Kedah.
MCA Kedah berpecah dua. Pemimpin-pemimpin Umno Kedah lebih berminat untuk berlumba-lumba untuk menjadi Menteri Besar dari menumpukan usaha untuk menjatuhkan Pas.
Ada pemimpin sudah pun melantik pengurus kempen (campaign manager) untuk memudahkan peluang mereka menjadi MB.
Ada yang kerjanya hanya menjatuhkan orang lain bagi memastikan "kalau aku tak dapat, hang pun terlepas".
Bermacam-macam cerita kita dengar mengenai Umno Kedah kalau kita rajin pasang telinga di Holiday Villa Alor Star.
Kita dengar cerita Adun pakai kereta mewah. Kita dengar Adun repair rumah sampai ribuan ringgit. Kita juga dengar cerita Adun menghabiskan masa di Danork. Ada juga Adun yang jadi bermacam Pengerusi. Kita juga dengar ada Ketua Bahagian dapat tiga empat projek sekali gus.
Untuk berlaku adil, bukan semua cerita negatif yang kita dengar. Ada juga yang positif. Kita dengar seorang bakal calon Parlimen, tanpa kita sangka-sangka, menyampaikan khutbah di masjid-masjid di bahagian beliau. Ada seorang Adun yang cukup kuat bekerja tetapi tak dipandang pun oleh pucuk pimpinan.
Begitulah hikayat Umno Kedah. Kalau ikut cerita Umno Kedah, kalau esok pilihanraya, esoklah juga Umno memerintah Kedah.

Saturday, June 9, 2012
GENERASI MUDA PENENTU PRU-13
5,175,096 (5.17 juta) atau 40 peratus pengundi semasa PRU-13 nanti adalah dari Generasi Y atau pengundi muda yang usianya antara 21 ke 29 tahun.
Dan mereka ini akan menentukan nasib parti-parti yang akan bertanding nanti. Mereka akan menentukan samada mahu mengekalkan BN mentadbir negara atau mahukan perubahan dengan memberi undi mereka kepada Pakatan Rakyat.
Selebihnya 7,737,494 (7.73 juta) atau 60 peratus adalah pengundi penyokong tegar BN atau pembangkang. Itulah pandangan seorang penganalisa politik yang disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/9/nation/11444800&sec=nation
Pelbagai usaha dilakukan oleh parti-parti politik untuk menarik perhatian dan meraih undi dari Generasi Y ini.
Ada yang merasakan mengadakan Himpunan Sejuta Belia sebagai jalan terbaik. Ada yang menggunakan K-Pop. Ada yang mengadakan pertemuan mesra dengan peminat-peminat Facebook dan Twitter dan ada yang mengunakan saluran sukan untuk berinteraksi dengan Generasi Y.
Rata-rata Generasi Y pada hari ini tidak lagi bergantung kepada media konvensional untuk berinteraksi. Dulu, masyarakat bergantung kepada suratkhabar, RTM dan TV3 untuk mendapat berita. Hari ini, tidak lagi. Kalau dulu pandangan masyarakat dibentuk oleh media cetak dan elektronik, hari ini sesiapa sahaja bebas memberi pandangan mereka menerusi laman blog, twitter dan Facebook.
Apa yang Generasi Y mahukan? K-Pop dan Himpunan belia hanya untuk bergembira. Apa yang Generasi Y mahukan ialah kesaksamaan. Kesaksamaan dalam mencari rezeki di mana mereka yang berkerja kuat mendapat ganjaran yang setimpal.
Generasi Y mahukan unsur rasuah dihapuskan. Generasi Y masih tidak memahami bagaimana seorang Ketua Bahagian yang tiada pendidikan, tiada kerja, tetapi boleh beristeri dua, memandu BMW X6 dan Jaguar.
Generasi Y tidak memahami bagaimana anak-anak Menteri dan Menteri begitu mewah kehidupan mereka padahal rakyat yang meletakkan mereka dipersada kuasa. Ada anak Menteri ke sana ke mari dengan berkereta Porsche ditemani pengawal peribadi, ada anak Menteri yang menjalankan perniagaan sendiri dengan bantuan kewangan mudah dari kerajaan.
Generasi Y muak melihat isteri-isteri Menteri lebih sudu dari kuah.
Semasa Himpunan Sejuta Belia, kita diberi harapan bahawa masadepan kita cerah. Tetapi apabila kita melihat muka-muka Menteri-Menteri Kabinet kita, hanya muka-muka yang berusia yang diberikan tempat.
40 peratus adalah satu jumlah pengundi yang cukup besar yang bakal menentukan siapa yang akan memerintah negara.
Hanya parti yang ikhlas dan benar-benar mahu membawa perubahan kepada negara akan dipilih oleh kami Generasi Y.
Kami tidak akan mudah terpengaruh dengan kata-kata retorik.
Kami mahukan keterbukaan dan keikhlasan dari pemimpin negara tidak kira siapa mereka. Pemimpin yang ada pada hari ini perlu bertanyakan kepada diri mereka. Adakah mereka benar-benar ikhlas kepada rakyat? Adakah mereka amanah kepada rakyat?
Terlalu banyak hipokrasi dalam kehidupan kita hari ini.

Monday, June 4, 2012
ALI HAMSA KSN BARU?
Ali Hamsa dinamakan oleh sebuah akhbar hari ini sebagai salah seorang calon untuk menggantikan Sidek Hassan sebagai Ketua Setiausaha Negara.
Siapa Ali Hamsa? Ramai tidak pernah mendengar nama beliau.
Jelapang siarkan sedikit latar belakang beliau.
Yb Dato Dr. Ali Bin Hamsa adalah Ahli Lembaga Pengarah Johor Corporation serta Pengarah Bukan Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd sejak Julai 28, 2010. Sejak April 2009, beliau adalah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta(UKAS) Jabatan Perdana Menteri. Ali juga seorang Tutor di Universiti Malaya dari 1979 hingga 1980. Pernah menyandang jawatan Penolong Pengarah, Bahagian Perdagangan Antarabangsa (MITI) dari 1981 hingga 1985, Penyelaras Program (INTAN) dari 1986 hingga 1992, ... Ketua Penolong Pengarah/Ketua Unit Perkapalan, Kementerian Pengangkutan dari 1992 hingga 1993 and Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri from 1997 - Mac 2009, termasuk sebagai Ketua Penolong Pengarah sejak 1997, Pengarah Ekonomi Wilayah sejak 2003, Pengarah Pembahagian sejak 2005 dan Tim.Ketua Pengarah II sejak 2007.
Berkelulusan dari Universiti Malaya pada 1979 dengan mendapat Bachelor of Arts (Honours) degree. Pada 1986, beliau mendapat Master in Science (Economics) dari Oklahoma State University, USA, dan Ph.D dalam Environmental Economics pada 1997 dari universiti yang sama.
http://www.nst.com.my/nation/general/speculation-mounts-over-sidek-s-successor-1.90633

Sunday, June 3, 2012
SHAZIMAN GANTI MAT HASSAN, IDRIS GANTI ALI RUSTAM
Negeri Sembilan: Shaziman Abu Mansor ganti Mohamad Hassan.
Melaka: Idris Haron ganti Ali Rustam.
Pahang: Shakar Shamsuddin ganti Adnan Yaakob.
Terengganu: Mohd Said akan diganti.
Perlis: Syed Razlan ganti Isa Sabu.
Perak: Zambry Kadir kekal.
Sabah: Musa Aman kekal.
Johor: Ghani Othman kekal
Selangor: FD Iskandar.
Kedah: Mukhriz Mahathir
Kelantan: Mustapa Mohamed
Pulau Pinang: Teng Cheng Yeow
http://www.nst.com.my/opinion/columnist/speculation-about-new-mbs-mounts-1.89826
Inilah spekulasi yang dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini mengenai bakal-bakal Menteri Besar baru untuk negeri-negeri sekiranya Barisan Nasional menang.
Negeri Sembilan: Shaziman akan menggantikan Mohamad Hassan. Rata-rata di kalangan ahli politik berpendapat Najib Razak tiada pilihan lain kecuali melantik Menteri Besar yang baru sekiranya beliau mahu memastikan Negeri Sembilan kekal di tangan BN.
Perpecahan di dalam Umno Negeri Sembilan tidak seburuk ini dalam sejarah politiknya yang berpunca dari mainan politik Mohamad Hassan. Di tambah lagi dengan pelbagai isu yang menyelubungi beliau dan pemerhati politik berpendapat isu pengubahan wang oleh Mohamad Hassan berjumlah RM10 juta bakal dibangkitkan semula oleh Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan BN di Negeri Sembilan.
Sekiranya Mohamad Hassan kekal sebagai MB, ia tidak lebih dari keengganan pemimpin Negeri yang lain untuk mewarisi masalah dalam yang tenat di dalam Umno.
Kesimpulannya Mohamad Hassan bukan lah pilihan utama Najib untuk memimpin Negeri Sembilan.
Melaka: Idris adalah muka baru dan orang muda dalam politik. Menggantikan Ali Rustam bukanlah perkara mudah. Ali Rustam adalah Menteri Besar terbaik setakat ini dari segi prestasinya. Idris akan menghadapi masalah untuk membuktikan beliau adalah pengganti terbaik kepada Ali Rustam.
Pahang: Hubungan di antara Shakar dan Adnan dikatakan renggang sejak akhir-akhir ini tetapi ramai berpendapat Adnan akan digugurkan oleh Najib kerana "sikap" beliau kepada Perdana Menteri. Pahang adalah negeri Najib dan menjadi hak beliau memilih siapa saja yang menjadi "kegemaran" beliau dan isteri. Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Jamaluddin Jarjis dikatakan amat kepingin untuk menggantikan Adnan. Malangnya kes "raba" yang mengaitkan beliau terus menghantui Jamaladdin. Tidak menghairankan sekiranya Jamaluddin "berpencen" dari politik selepas PRU-13 sekiranya Najib benar-benar serius mahu mentransformasikan Umno.
Terengganu: Terlalu ramai pemimpin politik Terengganu yang tidak sebulu dengan Mohamad Said. Ianya reda semata-mata kerana PRU-13. Politik Terengganu umpama api dalam sekam. Mohamad Said hanya menghitung hari untuk digantikan.
Perak: Zambry telah melakukan yang terbaik untuk Perak tetapi ianya sebuah negeri yang penuh dengan "time bomb" disebabkan salah perkiraan Najib apabila "merampas" Perak dari Pakatan Rakyat. Zambry menghadapi masalah yang agak serius di dalam Umno kerana ramai rakan-rakan beliau tidak begitu berpuashati dengan beberapa keputusan beliau yang menglibatkan kawan-kawan politik lain.
Perlis: Sekiranya Mat Isa Sabu digantikan, beliau tidak akan terkilan. Beliau bukan berperwatakan seperti Shahidan Kassim. Bagi Mat Isa, kalau kekal, Alhamdullilah, Kalau tidak, beliau akan berpencen senyap-senyap. Syed Razlan sebagai MB? Mungkin Ya, mungkin Tidak. Kalau Syed Razlan dilantik MB, terpaksa lah Shahidan membisu kerana terlalu bising akan menrenggangkan hubungan beliau dengan istana Perlis.
Sabah: Musa Aman kekal? Melucukan. Kalau betul-betul kita mahukan transformasi, Musa Aman lah orang yang pertama harus digugurkan perihal pelbagai isu salah guna kuasa melanda beliau. Malangnya bukan semua pemimpin Sabah imejnya bagus. Shafie Apdal baru saja dikaitkan dengan seorang aktres. Hanya harapan Sabah ialah pada Abdul Rahman Dahlan. Itupun kalau usia politik beliau panjang.
Selangor: FD Iskandar? Itupun kalau BN menang. Apa istimewanya FD Iskandar? Kalau Khalid Ibrahim, bekas CEO, pun tercungap-cungap mentadbir Selangor, apalah FD Iskandar. Hanya orang politik yang layak mentadbir Selangor. FD Iskandar harus dibiarkan mentadbir Glomac.
Kelantan: Jika menang, hanya Tok Pa yang layak menjadi MB. Sebenarnya hanya Tok Pa saja pemimpin Umno terakhir dalam Umno Kelantan. Yang lain telah dikuburkan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang sudah terlalu tua untuk menjadi MB. Awang Adek diselaputi isu rasuah dan salahguna kuasa. Siapa lagi nama besar dalam Umno Kelantan. TIADA!!!
Pulau Pinang: Bermimpi di siang hari.
Johor: Ghani Othman? Apakah Umno ketandusan pemimpin di Johor? Satu ketika dahulu, ramai negeri tidak puashati kerana terlalu ramai Menteri dari Johor. Kalau Ghani kekal, maka kekallah Syed Hamid Albar dan Mohamad Aziz. Mereka seangkatan.
Sarawak: Taib Mahmud kekal Ketua Menteri seumur hidup.
Subscribe to:
Posts (Atom)