Sunday, February 27, 2011

NAIB CANSELOR UNIVERSITI PUN TAKUT FACEBOOK

“Facebook was created in Harvard, one of the best universities in the world. But our own university is restricting its students from using Facebook to campaign.”

(Facebook diwujudkan di Universiti Harvard, salah sebuah universiti terulung di dunia. Tetapi universiti kita sendiri melarang pelajar mereka dari menggunakan Facebook untuk berkempen) - Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
http://www.thestar.com.my/education/story.asp?file=/2011/2/27/education/8144305&sec=education

Ini masalah kita sekarang ini. Naib Canselor Universiti yang sepatutnya berilmu tinggi pun sudah jauh terbelakang. Sampai bila kita mesti dipimpin oleh mereka-mereka yang takut pada bayang-bayang sendiri.

Thursday, February 24, 2011

MENTERI GAY DARI JOHOR DALAM KABINET NAJIB?

"Satu sumber di bahagian (Umno) beliau (Menteri berkenaan) menyifatkan Menteri berkenaan mempunyai hubungan intim dengar setiausaha politik beliau yang disifatkan sebagai "jambu" oleh beberapa pemuda Umno di bahagian beliau.

"Menteri tersebut pernah dilihat meraba-raba peha dan membelai-belai leher dan bahu setiausaha politik beliau dengan sentuhan yang mengiurkan sehingga membuatkan hadirin rasa kekok dan malu."

Inilah yang disiarkan oleh blogger Another Brick in the Wall sebentar tadi.

Kata Another Brick in Wall, Menteri berkenaan sering bersosial dengan lelaki muda di kelab-kelab malam dan restoran di Kuala Lumpur dan Johor Bharu.

Siapa Menteri yang dikatakan gay dari Johor Bharu ini? Layari blog Another Brick in the Wall untuk jawapannya: http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/gay-minister-in-cabinet-and-johorean.html

Tuesday, February 22, 2011

PELAJAR PRO-PEMBANGKANG MENANG DI UM & UKM

Menurut laporan sebuah akhbar Inggeris, barisan pelajar anti-establishment yang dikenali sebagai Pro-Mahasiswa menang besar di dalam pilihanraya pelajar di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di UM, Pro-Mahasiswa memenangi 23 kerusi sementara barisan pro-establishment iaitu Pengerak Mahasiswa atau Pro-Aspirasi hanya memenangi 16 kerusi.

Sementara di UKM, kumpulan anti-establishment buat pertama kalinya di dalam tempoh 7 tahun memenangi pilihanraya pelajar. Kumpulan Pro-Mahasiswa memenangi 23 kerusi sementara kumpulan pro-establishment memenangi 13 kerusi.

Bagaimanapun, kumpulan pro-establishment menang besar di UPM (32-11), USM (22-6) dan UTM (34-7).
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/22/nation/8112944&sec=nation

Keputusan memeranjatkan ini sudah menjadi perbualan di kalangan pemimpin-pemimpin Umno. Malahan sudah kedengaran kritikan dari dalam terhadap Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin.

Apakah nasib Khaled Nordin sekiranya kabinet dirombak sekarang?

Friday, February 18, 2011

PERMAISURI AGONG KE VIII BUKAN LAGI SULTANAH

Sultanah Zanariah Almarhum Tunku Ahmad merupakan Permaisuri Agong yang ke 8.
http://www.malaysianmonarchy.org.my/malaysianmonarchy/?q=en/ydpa8

Suami beliau, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada 22 Jan 2010.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Setelah lama tiada berita sejak kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, hari ini akhbar menyiarkan perkembangan terbaru mengenai Sultanah Zanariah.

UTUSAN MALAYSIA
Dua kerabat diraja Johor, Sultanah zanariah Tengku Ahmad dan Sultanah Nora Tengku Ahmad bukan lagi bergelar "Sultanah" berkuatkuasa hari ini.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata keputusan itu dititahkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar setelah mendapat nasihat daripada ahli jumaah tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua kerabat diraja itu kini memakai gelaran "Tunku Puan" dan segala keistemewaan dan kemudahan yang dinikmati selama ini turut ditarik balik.

Menurutnya, langkah itu diambil kerana kedua-duanya, Tunku Puan Nora yang merupakan isteri Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Puan Zanariah, isteri Almarhum Sultan Iskandar tidak pernah ditabalkan dalam satu majlis rasmi kerajaan.

Jika mereka ingin menggunakan kemudahan tertentu, kedua-duanya boleh memohon secara rasmi kepada Jumaah Majlis Diraja setelah diperkenankan oleh Sultan Ibrahim.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

NEW STRAITS TIMES

Two consorts of the Johor Royalty will no longer be addressed as Sultanah.

The special privileges accorded to Tunku Puan Zanariah Iskandar and Tunku Puan Nora Ismail were also removed on Wednesday.

"If they wish to continue with the privilege of quicker immigration and customs clearance, they may seek approval from the palace."
http://www.nst.com.my/nst/articles/2rou/Article

Tuesday, February 15, 2011

TENGKU ZAFRUL PEGANG SAHAM UMNO BERBILION RINGGIT?

Benarkah Tengku Zafrul (gambar - di sebelah Nor Mohamed Yakcop) proksi Umno dipertanggungjawab untuk memegang saham telekomunikasi atas namanya?

Sebuah blog yang diberi nama Shih Huang Ti membuat dakwaan tersebut.

Katanya, saham kepunyaan Umno bernilai berbilion-bilion ringgit telah diletak di bawah nama Tengku Zafrul oleh Umno.

Benarkah. Hanya Umno dan Presidennya yang tahu akan jawapan kepada dakwaan ini.

Baca dakwaan terhadap Zafrul di dalam blog ini: http://maharaja-kaiser.blogspot.com/

Sunday, February 13, 2011

MALAYSIA BAKAL DIPIMPIN MENTERI-MENTERI TUA

Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Adun Kerdau Zaharudin Abu Kassim di atas pemergian Allahyarham.

Pilihanraya kecil DUN Kerdau merupakan pilihanraya kecil yang ke 16 yang akan dilalui oleh parti-parti politik.

Kecuali pilihanraya kecil Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau, pilihanraya kecil yang lain disebabkan oleh kematian wakil rakyat.

16 pilihanraya kecil merupakan satu rekod dalam politik negara. Tidak mustahil rekod ini dapat dipecahkan selepas PRU-13 nanti kalau Najib Razak masih mengamalkan politik selamat.

Lihat saja barisan Kabinet beliau. Rais Yatim sudah menjangkau 69 tahun. Sekiranya pilihanraya umum diadakan tahun ini dan Rais terus dipilih menjadi calun, beliau akan menjadi Ahli Parlimen sehingga usia beliau 74 tahun.

Nor Mohamed Yakcop akan mencapai usia 69 tahun dalam masa 5 tahun akan datang sekiranya beliau dipilih lagi. Sudah terdengar desas-desus ada NGO di Tasik Gelugor yang akan mendesak Najib untuk mengekalkan Nor Yakcop.

Tidak mustahil sekiranya kita ditadbir oleh Kabinet yang tua usianya sekiranya Najib tidak berani membawa perubahan.

Lihatlah apa yang berlaku di Perlis. Shahidan Kassim yang sudah berusia 60 tahun masih berminat kembali sebagai Menteri Besar Perlis. Hari ini bukan main hebat Shahidan menghentam Menteri Besar Perlis Mat Isa Sabu.

Salah siapa? Salah Najib. Sepatutnya sebagai Presiden parti, masalah di Perlis ini sudah lama diselesaikan. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/13/nation/8058076&sec=nation

Ramai mengetahui siapa Shahidan. Sekiranya Najib tegas dan melihat balik fail-fail lama mengenai dakwaan terhadap Shahidan, tidak mungkin bekas Menteri Besar Perlis ini berani bersuara lantang seperti mana yang dilakukan beliau semalam. Lihat sajalah Khir Toyo.

Semalam Najib dapat melihat sendiri sikap pemimpin Umno di dalam pertemuan beliau dengan Ketua-Ketua Bahagian.

Semalam Najib mengetahui betapa seriusnya masalah dalaman parti. Di bawah, tikam menikam berlaku sementara Ketua-ketua bahagian masih lagi berminat mencari kekayaaan.

Yang pasti, semalam Ketua-Ketua bahagian tak kering air liur meminta Najib menganugerahkan projek kepada mereka atas nama untuk memperkuatkan parti.

Inilah masalah Umno. Ketua Bahagian mesti kaya. Mesti dapat projek berjuta-juta ringgit barulah Melayu dan parti boleh dipertahankan.

Semalam Najib tahu bahawa bukan mudah untuk mengadakan pilihanraya umum - bahawa sekadar mendasarkan keputusan untuk mengadakan pilihanraya umum berdasarkan laporan positif di dalam media massa bukan lah caranya.

Di kalangan pemimpin pembangkang, mereka amat berharap Najib mengadakan pilihanraya umum secepat mungkin kerana mereka tahu bahawa penyakit Umno masih belum diubati.

Mereka yang di sekeliling Presiden akan hanya membawa cereka untuk menghiburkan hati Presiden. Yang buruk, ditutup dengan tudung saji.

Belajarlah dari peristiwa di Tunisia dan Mesir. Politik dunia sudah berubah. Rakyat yang akan menentukan siapa yang berhak memimpin mereka.

Friday, February 11, 2011

NG YEN YEN, JUNIE EWE & KONTRAK KEMENTERIAN PELANCONGAN

Siapa Junie Ewe?

Kata Menteri Pelancongan Ng Yen Yen, Junie Ewe adalah rakan karib beliau.

Tetapi penulis akhbar The Sun hari ini memberi gambaran bahawa Junie Ewe lebih dari seorang rakan kepada Ng Yen Yen.

Menurut penulis tersebut, Junie Ewe merupakan konsultan kepada sebuah syarikat yang bernama Impact Creations yang diberi kontrak oleh Kementerian yang diterajui oleh Ng Yen Yen untuk iklan-iklan pelancongan di Kementerian beliau.

Baca artikel The Sun ini di SINI: http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=57442

Nampaknya kita masih belum belajar dari kesilapan dahulu. Kedua-dua Menteri Pelancongan terdahulu - Tengku Adnan Tengku Mansor dan Azalina Othman Said - juga diselubungi kontroversi. Ia memberi gambaran seolah-olah Kementerian Pelancongan umpama lubuk emas kepada Menteri-Menteri Pelancongan.

Sementara Ng Yen Yen tidak sunyi dari kontroversi. Banyak masa beliau dihabiskan di benua Eropah, Australia, China dan Amerika. Jarang benar kita mendengar Ng Yen Yen mempromosikan Malaysia di Bangladesh, Kampuchea, India atau Pakistan.

Salah siapa? Salah Najib Razak. Kalau Perdana Menteri sendiri tidak berani menegur Menteri-Menteri beliau, siapa lagi.

Lihatlah pada Nor Mohamed Yakcop. Semalam bekas Setiausaha Sulit beliau didakwa di mahkamah kerana pemindahan wang haram sebanyak RM2.1 juta. Tetapi Nor Mohamed Yakcop masih lagi Menteri dan membuat keputusan-keputusan penting melibatkan khazanah negara.

Begitu juga dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan yang didapati menghantar RM10 juta melalui penukar wang asing (money changer). Beliau masih lagi Menteri Besar.

Yang dikenakan tindakan ialah 41 penukar wang asing yang hidup mereka bergantung kepada komisen. Tuanpunya wang masih berjawatan tinggi.

Siapa kata kita sudah berubah?

Monday, February 7, 2011

PROJEK MRT UNTUK SIAPA? MELAYU ATAU BUKAN MELAYU?

Sebuah akhbar Ahad lalu menyiarkan betapa Projek MRT yang bernilai RM26.6 bilion akan menguntungkan sekurang-kurangnya 27 syarikat hartanah besar di negara ini.

Projek MRT ini akan melibatkan pembinaan 35 stesen MRT di sepanjang jajaran 55km dari Sungai Buloh ke Kajang.

Menurut laporan akhbar tersebut, harga hartanah di sepanjang jajaran ini akan melonjak di antara 100 peratus hingga 500 peratus.

Semasa kerajaan mencadangkan pembinaan menara 100 tingkat, Menara Warisan, bukan main hebat ianya ditentang oleh pengkritik yang rata-ratanya bukan Melayu. Pelbagai cara dilakukan untuk menentang pembinaan Menara Warisan ini.

Yang jelas, ianya ditentang kerana Menara Warisan bakal menjadi lambang kejayaan orang-orang Melayu.

Kenapa projek MRT tidak mendapat tentangan sehebat Menara Warisan? Mungkin ianya kerana projek MRT ini akan lebih menguntungkan orang bukan Melayu dari orang Melayu.

Tampak kerajaan serta syarikat-syarikat yang terlibat dengan Projek MRT ini begitu beria-ia benar untuk melaksanakan projek ini secepat mungkin.

Kita tak perlu terburu-buru dalam melaksanakan projek sebesar ini. Memang benar kita perlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisyen tetapi masalah kesesakan lalulintas yang ada sekarang belum sampai ke tahap kita perlu terburu-buru untuk melaksanakan projek MRT ini.

Sehingga hari ini, kita terlampau asyik mengwar-warkan akan manfaat dari projek ini? Siapa yang akan mendapat faedahnya apabila nilai hartanah meningkat 100 peratus dan 500 peratus?

Adakah yang merasa nikmatnya ialah Melayu? Lihat apa yang terjadi kepada Bukit Bintang. Berapa kerat Melayu yang ada di Bukit Bintang hari ini.

Lihat Pulau Pinang. Berapa kerat orang Melayu yang tinggal di Pulau Pinang. DAP mula memerintah Pulau Pinang hanya pada 2008. Tetapi sebelum itu, Pulau Pinang diperintah oleh Gerakan.

Ketua Menteri BN yang terakhir ialah Koh Tsu Koon. Pemimpin Umno Pulau Pinang tahu apa yang dilakukan oleh Koh Tsu Koon untuk meminggirkan orang Melayu dari Pulau Pinang.

Rumah-rumah yang tinggi harganya di bina di Pulau Pinang, rumah-rumah yang murah harganya di bina di Tasik Gelugor, Nibong Tebal dan sebagainya. Kesannya orang Melayu di Pulau Pinang berpindah di tanah besar kerana tertarik dengan harga rumah yang murah.

Akhirnya, jumlah pengundi Melayu di Pulau Pinang berkurangan. Tanyalah Koh Tsu Koon berapa banyak rumah murah atau flat yang dibina di Pulau Pinang untuk orang Melayu sepanjang pentadbiran beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kini kita seolah-olah mahu mengulangi kesilapan yang sama dalam Projek MRT ini. Kita tidak menentang projek ini tetapi apakah Umno telah memikirkan nasib orang Melayu dari Kajang sampai ke Sungai Buloh?

Apakah kita mahu membina Bukit Bintang dan Pulau Pinang yang baru dari Sungai Buloh sampai ke Kajang?

Apakah kita mahu kawasan-kawasan yang sekarangnya di wakili oleh wakil rakyat Melayu bertukar kepada bukan Melayu selepas siapnya projek MRT ini?

Sekali lagi ingin kita nyatakan, kita tidak menentang Projek MRT ini tetapi fikirkanlah kesan politiknya kepada orang Melayu.

Jangan hanya keuntungan menjadi keutamaan kita dan kepentingan Melayu menjadi perkara picisan.