Saturday, August 28, 2010

PENGERUSI FELDA BERGAJI RM2 JUTA?

Yusof Noor, bekas Menteri Kabinet, dan kini Pengerusi Felda menerima gaji RM2 juta setahun?

Ini tuduhan dan dakwaan pembangkang.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sivarasa-masih-anggap-pendapatan-pengerusi-felda-rm2-juta-benar/

Yusof Noor enggan menjawab tuduhan ini sebaliknya mengkritik ahli Parlimen Pembangkang sebagai mencari publisiti murahan.

BENAR atau TIDAK?

Itu yang kita nak tahu daripada Yusof Noor. Kalau tuduhan itu palsu, cakap ia tak betul. Jangan berdolak-dalih.

Ketika Felda diserang hebat oleh pembangkang dengan tuduhan Felda bankrup, Yusof Noor mengambil sikap berdiam diri. Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan yang bertungkus lumus menangkis serangan pembangkang.

Hanya selepas dikritik oleh blogger, barulah Yusof Noor mengeluarkan kenyataan tetapi hanya setakat melepaskan batuk di tangga.

Kali ini kita nak dengar dari mulut Yusof Noor sendiri. Adakah beliau menerima gaji RM2 juta setahun?

Rakyat hari ini sudah berubah. Seperti kata Khairy Jamaluddin baru-baru ini, kita mahukan ketelusan dan keterbukaan.

2 comments:

udanggalah said...

SALAM..Itulah yang payah.orang-orang kat atas sana sering menyembunyikan sesuatu menyebabkan ianya jadi isu yang memihak kepada pembangkang.

Anonymous said...

Kalu dapek RM2 juta pun ramai pulak mulut-mulut kek bawah tu yang menadah.
Bukan dia pulun sorang....