Friday, August 27, 2010

ISU TEO NIE CHING MASUK SURAU

Tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching, berucap di sebuah surau di Kajang dikritik hebat oleh pelbagai pihak terutamanya Umno.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Antara yang memberi reaksi ialah:

JAMIL KHIR
"apabila seorang wanita dalam keadaan tidak menutup aurat memasuki masjid atau surau, masyarakat Islam akan melihatnya sebagai suatu yang tidak wajar. Bila pergi duduk dalam keadaan tidak menutup aurat apatah lagi duduk dekat dengan mihrab masjid, ia dianggap suatu yang tidak wajar berlaku dalam masjid.”
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jamil-hormati-sensitiviti-umat-islam-untuk-berada-di-masjid/

NAIB PRESIDEN PAS MAHFUZ OMAR
“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan. Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan." http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/naib-presiden-pas-tidak-salah-mp-dap-serdang-berada-di-surau/

TEO NIE CHING
"saya hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut. Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak. Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk."http://www.malaysiakini.com/news/141261

1 comment:

zaim said...

haish... semua bende jadi masalah, isu kecik nampak, isu besar kita kabur. adeh. tak paham aku. Mlaysia deilanda penyakit politik!

http://mydiary-alfateh.blogspot.com/2010/08/pemimpin-bukan-islam-lawat-surau.html