3 April 2010. Genaplah setahun Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
Masih segar diingatan kita akan peristiwa hitam BN semasa PRU 12 pada Mac 2008.
Musibahnya, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatan disebabkan desakan dari akar umbi Umno. Antara yang lantang menyuarakan pandangan terbuka terhadap kepimpinan Pak Lah pada masa itu ialah Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim.
Tekanan ini terlalu kuat sehinggakan Pak Lah terpaksa mengundur diri walaupun beliau bercita-cita untuk bertahan sehingga 2010. Mungkin ketika itu, Pak Lah tidak mahu dikenang sebagai Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah politik negara.
Sekiranya Pak Lah bertahan sehingga 2010, sudah pasti Allahyarham Tun Hussein Onn akan kekal sebagai Perdana Menteri paling singkat menyandang jawatan dan tahun ini merupakan tahun peralihan kuasa kepada Perdana Menteri Malaysia ke 6. Mungkin setakat itu saja rezeki Pak Lah.
Setahun Najib menyandang jawatan dan hari ini rakyat berpeluang menilai dan mengKPI Najib sebagai Perdana Menteri.
BN tewas kerana keangkuhannya. BN tewas kerana rasuahnya. BN tewas kerana kerakusan pemimpinnya pada masa itu.
Ini saja tiga perkara yang hampir memusnahkan keperkasaan Umno dan BN dalam PRU 12 dahulu. Najib berjanji akan melakukan perubahan dalam Umno dan BN. Harapan kita ialah tiada lagi keangkuhan dalam Umno dan BN, tiada lagi rasuahnya dan tiada lagi kerakusannya.
Apakah Umno dan BN telah berubah? Apakah Najib berjaya merubah Umno dan BN?
Jawapannya TIDAK atau untuk berlaku adil kepada Najib, mungkin jawapannya BELUM.
Adakah begitu sukar untuk membawa perubahan dalam Umno? Kalau hendak seribu daya. Mereka yang telah merosakkan imej Umno masih mendapat tempat dalam kerajaan dan parti.
Memang tidak dinafikan banyak tindakan positif yang dilakukan oleh Najib. Ada KPI, ada NKRA dan Model Ekonomi. Tetapi ini hanyalah hiasan sampingan. Yang akan mencantikkan Najib ialah apabila tiada lagi rasuah, merendah dirinya pemimpin Umno dan hilangnya kerakusan ahli-ahli Umno.
NKRA, KPI dan Model Ekonomi hanya bedak dan lipstik (gincu) untuk menambahkan keayuan sipengantin.
Tun Dr Mahathir Mohamad semalam turut membuat penilaian beliau mengenai Najib selepas setahun.
Kata Tun Dr Mahathir: "Setahun tidak cukup untuk (membuat penilaian), sebenarnya dia masih belajar menjadi seorang Perdana Menteri. Najib baru saja memperkenalkan dasar ekonomi beliau, kita perlu melihat samada prestasi beliau adalah seperti mana yang dijanjikan." http://in.reuters.com/article/worldNews/idINIndia-47348020100331
Itu kata Tun Dr Mahathir. Sebenarnya tiada masa untuk seseorang belajar menjadi Perdana Menteri. Perdana Menteri adalah Perdana Menteri. Hanya mereka yang mempunyai perwatakan seorang Perdana Menteri harus dipilih menjadi Perdana Menteri.
Kita berada dikurun ke 21 bukannya tahun 1960an. Harapan rakyat menggunung tinggi, dan rakyat mengharapkan perubahan. Malangnya, kita perlu terus menanti akan kedatangannya.
Wednesday, March 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nasiblah Pak Lah. Lemah sangat. Pemerintahan seperti boneka macam ada orang lain yang buat keputusan. Pak Lah hanya ucapkan saja. "BEKERJA BERSAMA-SAMA SAYA"
Post a Comment