Tuesday, March 2, 2010

RAIS YATIM: ANAK-ANAK MENGHADAP FACEBOOK LEBIH DARI MENGAJI QURAN

Semalam Menteri Komunikasi Rais Yatim yang dilahirkan pada tahun 1942 muncul di TV3 untuk disoaljawab oleh penemuramahnya Manja Ismail antaranya mengenai Facebook dan Twitter.

Antara ungkapan menarik Rais ialah:

“Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita yang menghadap Facebook lebih lama daripada mengulangkaji pelajaran, mengaji al-Quran. Jadi saya hanya menyatakan, oleh kerana dunia siber internet ini bukan kita yang cipta, kita perlu berhati-hati, ambil yang baik dan buang yang tidak baik. http://hafizquran.blogspot.com/2010/03/rais-yatim-anak2-kita-menghadap.html

Sebelum ini Rais membuat kenyataan berikut mengenai Facebook dan Twitter:

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng." http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=468837

Tidak semestinya kita harus bersetuju dengan pandangan Rais ini.

2 comments:

azreen said...

yang cipta facebook tu kan yahudi..mestilah kita mesti berwaspada..tgk apa yg jadi pada iran apabila twitter dijadikan medium utk menjatuhkan A.N

belalang said...

Pak Rais Yatim kata “Bagaimana kita nak kawal anak-anak kita yang menghadap Facebook lebih lama daripada mengulangkaji pelajaran, mengaji al-Quran. Jadi saya hanya menyatakan, oleh kerana dunia siber internet ini bukan kita yang cipta, kita perlu berhati-hati, ambil yang baik dan buang yang tidak baik" ini agak kelakar kerana bicara pak menteri ini macam Pak Pandir juga. Pak Pandir kata, "bukan anak kita saja yang mati, anak orang lain juga mati".

Apa yang dapat saya simpulkan ialah orang tuo dari Jelebu ni tak cermin diri. Kalau mengaji baik dengan tok guru tak semesti jadi alim bangat malah ramai macam berkelakuan biawak. Rais adalah madrasah Sheikh Ahmad Jelebu tetapi tengok peribadi diri dan keluarganya memalukan. Tengoklah bini dia tuuuu... inikah model ibu UMNO? tanya Pak Mahathir, mana pergi duit berkarung-karung dari rumah bekas ketua umno Tampin yang dibunuh masa dia jadi MB dulu? lucu sungguh tengok pemimpin umno.