Monday, February 15, 2010

SETIAUSAHA POLITIK RM2 JUTA LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa Ahad, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Isnin.Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=475764

Itulah berita yang baru disiarkan oleh Bernama.

Hasbie, mengikut mstar online semalam merupakan Setiausaha Politik ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Mengikut mStar: "Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit. SPRM turut menyita empat buah kereta mewah dan empat buah rumah mewah yang dipercayai kepunyaannya yang berusia lewat 30-an. Semua harta tersebut dipercayai terletak di kawasan Lembah Kelang. Sumber memberitahu, siasatan sebelum ini turut mendedahkan bahawa beberapa aset miliknya telah dibeli menggunakan nama pihak lain, dipercayai menjadi proksinya." http://www.mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2010/2/13/mstar_berita/20100213144933.asp&sec=mstar_berita

Dan sesetengah blog semalam melaporkan Hasbie lah yang ditangkap memiliki RM2 juta cash di sebuah apartmen di Teluk Air Tawar.
http://malay.sompost.com/?p=1448

Dan yang menariknya Hasbie merupakan setiausaha politik kedua Nor Mohamed Yakcop yang ditangkap rasuah. Mungkin Nor Mohamed Yakcop berminat untuk memberi penjelasan.

1 comment:

Jibr said...

setan gondol