Saturday, February 28, 2009

NEGARA DIRUNDUNG MALANG!

Kita bakal dirundung malang. Tiada salahnya sekiranya kita membuat andaian ini.

Apa tidaknya. Suasana politik huru hara, ekonomi di ambang kemelesetan.

Di Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang tak ambil peduli. Perkataan-perkataan yang orang tua-tua dulu anggap "kurang ajar" dan tidak lunak menjadi ungkapan harian ahli-ahli Parlimen yang dipilih rakyat.

Celaka, babi, anak haram - sudah menjadi ungkapan harian ahli-ahli Parlimen kita. Saban hari kita dihidangkan pelbagai drama politik - ada cerita anak muda menyerang orang tua berkerusi roda, perarakan di sana sini, speaker dewan yang dibuang memanggil sidang dewan.

New Straits Times pula hari ini menyiarkan simbol U-Turn di muka depan bagi menggambarkan tindakan Pusingan-U kerajaan selepas mengumumkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya antara 5 hingga 34% mulai esok.

Keputusan menangguhkan ini adalah atas arahan Perdana Menteri walaupun ramai tertanya-tanya bagaimana Menteri Kerjaraya mengumumkan kenaikan tol dan kemudiannya diarahkan bosnya dikaji semula.

Keputusan menaikkan kadar tol dibuat tiga minggu lalu dan keputusan tersebut tidak begitu sesuai sekarang kerana rakyat kini di dalam kesusahan.

Para pengkritik politik dalam mempertikaikan keputusan awal ini pasti membangkitkan beberapa perkara yang menggambarkan kelemahan pentadbiran negara. Antaranya:

* Adakah pada ketika keputusan menaikkan kadar tol dibuat, kerajaan tidak sensitif kepada kesengsaraan rakyat?

** Jika keputusan menaikkan tol dibuat tiga minggu lalu, adakah ini bermaksud kerajaan tiga minggu lalu gagal meramalkan betapa seriusnya krisis ekonomi ini?

Keadaan ekonomi negara cukup mengusarkan. Tetapi kita lihat seolah-olah orang politik tak ambil peduli. Kita lihat saja tajuk-tajuk akhbar hari ini:

* KDNK suku keempat 0.1 peratus. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

* Untung Maybank merosot kepada RM1.3 bilion. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm

* Air Asia rugi RM662 juta tahun lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

* Proton rugi RM61 juta suku ketiga. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm

* TdC rugi RM950j. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_09.htm

1 comment:

Anonymous said...

apa awak tulis ni? anak muda menyerang orang tua berkerusi roda? kalau tengok dalam suratkhabar, tak pun anak muda. semua bapak orang. yang kerusi roda tu pun bapak orang. tapi si karpal tu yang menjolok sarang tebuan.
orang melayu dah lama bersabar dengan pembangkang. sejak si laknat anwar tu keluar penjara, banyak onar sudah dibuatnya.
takkan awak tak terasa bila bangsa lain cakap macam-macam mengenai Melayu (awak ni orang Melayu ke? saya rasa ya sebab blog awak dalam bahasa Melayu)
sekarang ini, oarng melayu sesama melayu bergaduh, yang untung bangsa lain.
Bimbang 13 Mei berulang. saya dah pernah alaminya. awak orang muda agaknya. sebab itu awak tak ada rasa simpati langsung pada apa yang berlaku.
Hormatlah bangsa kita dan raja kita. Kedah pun ada raja Melayu.