Showing posts with label ibrahim ali. Show all posts
Showing posts with label ibrahim ali. Show all posts

Friday, July 24, 2015

PERGANTUNGAN AKHBAR THE EDGE UMPAMA KEMBALI KE ZAMAN BATU

Image result for najib+edge

HARI ini, Najib Razak mengGANTUNG penerbitan akhbar THE EDGE dan FINANCIAL DAILY kerana menulis dan mengkritik beliau mengenai wang 1MDB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akhbar-mingguan-harian-the-edge-digantung-mulai-27-julai

ADIK NAJIB sendiri, Nazir, mengutuk pergantungan tersebut.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adik-pm-kutuk-penggantungan-the-edge

PRESIDEN Perkasa Ibrahim Ali juga mengKRITIK kerajaan kerana tindakan tersebut dan menDESAK Najib menJAWAB persoalan yang dibangkitkan mengenai skandal 1MDB.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jelaskan-penyelewengan-1mdb-daripada-gantung-permit-the-edge-kata-perkasa

Rakan-rakan Jelapang yang baru balik dari luarnegara melahirkan rasa MALU dengan imej Malaysia di luar negara sekarang ini.

Kata mereka, orang luar bertanyakan mengenai DUIT 1MDB, duit masuk akaun Najib dan Rosmah Mansor masukkan RM2 juta TUNAI dalam tempoh 2 bulan ke dalam akaun beliau di Affin Bank.

Kembali kepada pergantungan The Edge, nampaknya Malaysia seolah-olah kembali ke ZAMAN BATU - di mana Kerajaan tidak boleh ditegur dan semua orang salah kecuali Kerajaan.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Monday, December 15, 2014

PERKASA TEGUR NAJIB: BERHENTI TIPU RAKYAT/ JANGAN BANYAK KELUAR NEGARA

Delegates attending Perkasa AGM at the Pusat Islam Malaysia in Kuala Lumpur, December 14, 2014. — Picture by Yusof Mat Isa

Macam-macam teguran dilemparkan kepada Najib Razak semalam seolah-olah tiada belas kasihan lagi. Rasanya tidak pernah seorang Perdana Menteri ditegur sebegini rupa dalam 3 dekad ini. Apakah sudah hilang hormat padanya? Atau sudah sampai masanya beliau mengundur diri.

1. Menurut Utusan Malaysia hari ini, NAJIB DITEGUR JANGAN BANYAK KELUAR NEGARA. DUDUK DI NEGARA DAN SELESAIKAN MASALAH RAKYAT. Jawab persoalan rakyat yang di-timbulkan para blogger. Jika tiada perubahan dilakukan kerajaan, jangan salahkan ibu mengandung jika hilang jawatan dan sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Perkara ini jauh lebih besar dan menjangkau isu seperti peremajaan UMNO yang diperkatakan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Selain itu, UMNO perlu segera tampil sebagai juara dalam memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu yang timbul seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mendapatkan sokongan rakyat. - Teguran ini dibuat oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-perlu-tumpu-perhatian-selesai-masalah-hidup-rakyat-1.36544

2. "BERHENTI MENIPU RAKYAT DAN BUAT KERJA KAMU (Najib)". Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu). Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan. Saya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendirian saya. Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat." - Bekas Pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman mendesak Najib SUPAYA BERHENTI MENIPU RAKYAT.   http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berhenti-tipu-rakyat-kata-bekas-pengerusi-spr-kepada-najib 




Tuesday, September 9, 2008

ORANG MELAYU TIADA MASALAH DENGAN UMNO, IBRAHIM!

"Sekarang BN mempunyai 140 kerusi di Parlimen, Ahli Parlimen Islam seramai 89 orang dan bukan Islam 51 orang. Pakatan Rakyat (PR) pula mempunyai 82 kerusi dengan 43 Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam 39 orang.

"Katakanlah 30 Ahli Parlimen BN melompat dan kesemua bukan Islam, maka kerusi Ahli Parlimen Islam PR masih sama tetapi jumlah bukan Islam akan meningkat kepada 69 orang.

"Jika inilah yang dikatakan kerajaan PR yang dikehendaki, maka dia akan memusnahkan Islam dan Melayu, apa pun ia hanya impian kosong pakatan pembangkang ini."
- Ibrahim Ali dalam komen beliau mengenai cadangan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan menjelang 16 September.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Ini dilema orang Melayu. Nak sokong Pakatan atau kekal seperti sediakala.

Sekiranya menyokong Pakatan, maka orang Melayu dituduh memusnahkan Islam dan Melayu. Ramai orang Melayu berkongsi kebimbangan Ibrahim.

Bagaimanapun, Ibrahim perlu memberi jawapan kepada persoalan pokok kenapa rakyat dan orang Melayu jauh hati dengan Umno sekarang?

Ibrahim pernah menjadi ahli Umno. Pernah juga menjadi bekas Timbalan Menteri. Sudah pasti beliau arif dengan kelakuan pemimpin Umno.

Keputusan pilihanraya yang lepas adalah protes rakyat terhadap kesombongan dan ketidakjujuran pemimpin. Orang Melayu tidak ada masalah dengan Umno sekiranya pemimpinnya bersih dan jujur dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu.

Kemarahan orang Melayu membuak-buak pabila pemimpin meraih kemewahan dan kesenangan atas nama ketuanan Melayu sementara rakyat diminta mengikat perut.

Orang Melayu boleh memaafkan Umno tetapi mahukah Umno berubah? Sehingga hari ini tiada tanda-tanda kearah itu.

Ibrahim perlu ingat bahawa kredibiliti Umno pada ketika ini berada di tahap paling rendah. Kenyataan Islam dan Melayu akan musnah sekiranya Pakatan memerintah tidak mudah "dijual" kepada orang Melayu hari ini.

Hanya kesungguhan pemimpin Umno membersihkan diri dapat menyakinkan rakyat bahawa Umno akan berubah.

Zaman sudah berubah. Rakyat sudah berubah. Orang politik seperti Ibrahim juga perlu berubah. Politik sogokan kain pelikat, jalan tar dan rumah murah sudah berakhir. Apa yang rakyat dahagakan ialah pemimpin yang bersih, ikhlas, tidak rasuah dan berpegang kepada asas agama.

Jika ini menjadi perjuangan Umno sekarang, rakyat tidak ada masalah dengan Umno.