Showing posts with label hindraf. Show all posts
Showing posts with label hindraf. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

KASIH NAJIB KEPADA HINDRAF

2007


KPN: Waythamoorthy tidak akan terlepas



WAYTHAMOORTHY.


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Polis akan memastikan seorang lagi dalang dan penggerak utama Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy yang dipercayai kini berada di luar negara tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, tindakan terhadap Waythamoorthy mengikut undang-undang negara ini akan diambil sejurus dia pulang ke tanah air.
Ditanya sama ada tindakan ke atasnya ialah penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti dilakukan terhadap lima penggerak Hindraf yang lain, beliau menegaskan:
“Saya tak boleh beritahu apa bentuk tindakan yang akan diambil ke atasnya tetapi yang pasti dia akan dikenakan tindakan sewajarnya.
“Tetapi yang pasti kita sedang tunggu dia (Waythamoorthy) pulang dan dia akan berdepan tindakan undang-undang yang sepatutnya.”
Musa enggan mengulas sama ada polis Malaysia meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) bagi menahan Waythamoorthy yang dikatakan kini berada di Britain.
“Saya tidak boleh beritahu sekarang, namun kita (polis Malaysia) akan ambil tindakan yang sepatutnya jika dia masih di luar negara,” jelasnya.
Semalam, lima pemimpin Hindraf yang mendalangi perhimpunan haram dan mencetuskan ketegangan dengan membangkitkan isu perkauman ditahan di bawah ISA.
Mereka ialah empat peguam yang menjadi penasihat undang-undang Hindraf iaitu P. Uthayakumar, 46, M. Manoharan, 46, R. Kengadharan, 40, dan V. Ganabatirau, 34, serta penyelarasnya, T. Vasanthakumar, 34.
Penahanan itu dilakukan mengikut Seksyen 8 (1) akta tersebut yang membolehkan mereka ditahan sehingga dua tahun.
Kesemua mereka dihantar ke pusat tahanan ISA di Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting, Taiping untuk menjalani perintah tahanan serta-merta.
Pada 5 Disember lalu, Waythamoorthy dipercayai berada di Chennai, India untuk cuba mendapatkan campur tangan kerajaan India terhadap apa yang didakwa sebagai layanan buruk kepada kaum India di Malaysia. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm#ixzz2TgiFeVpy


2013

Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan perlantikan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
http://www.utusankini.com/2013/05/senarai-menteri-kabinet-malaysia.html 

Saturday, October 4, 2008

BLOGGER SAMMY: YA YA SAYA BERSIFAT PERKAUMAN

"Yes yes i am racist, but not all times. It doesn’t help the fact that most of the phone snatchers i heard are Indians. Or Malay or Indons…
… Sorry if I offended any Indians. You should know that if you’re one of the good, educated ones then you shouldn’t be disturbed by what I say."
- Blogger SAMMY.


Terjemahan: "Ya ya saya seorang yang bersifat perkauman tetapi bukan setiap masa. Ianya tidak membantu apabila saya mendapat kebanyakan peragut telefon bimbit adalah orang India. Atau Melayu atau Indon...

...Maaf sekiranya saya menyakiti perasaan orang India. saudara perlu tahu bahawa sekiranya saudara seorang yang baik dan berpendidikan, seharusnya saudara tidak terkilan dengan apa yang saya katakan."

Itulah yang ditulis oleh oleh SAMMY yang di kecam hebat oleh Hindraf kerana menggambarkan orang India sebagai peragut telefon bimbit.

Layari Global Voices Advocacy untuk artikel mengenai SAMMY: http://advocacy.globalvoicesonline.org/2008/10/03/malaysia-outrage-at-racist-blogger/
SAMMY: http://sammy-bammy.blogspot.com