Saturday, February 8, 2020

BILA SPRM NAK SOAL SIASAT TONY FERNANDES?

Image result for tony fernandes loke

APABILA sesuatu tuduhan dibuat terhadap individu atau syarikat tertentu, tajuk berita yang kita akan baca ialah - SPRM/POLIS menyerbu pejabat tertentu atau individu tersebut disiasat adalah NORMAL.

TETAPI sudah hampir seminggu berita mengenai rasuah melibatkan eksekutif Air Asia, tak pula kedengaran orang itu atau ini dipanggil untuk disiasat.

Tak kan SPRM tak berminat nak panggil Tony Fernandes atau Kamaruddin Meranun untuk jawab beberapa soalan mengenai dakwaan rasuah yang disiarkan di seluruh dunia?

Di Sri Lanka, negara yang tidak sehebat Malaysia, apabila Airbus dikaitkan merasuah pegawai Air Sri Lanka, CEO Air Sri Lanka diTANGKAP.

https://www.thestar.com.my/news/world/2020/02/06/sri-lanka-arrests-airline-chief-over-airbus-kickback-claims

Tetapi di Malaysia ini bila apa-apa isu mengenai Air Asia dan Tony Fenandes nampak SLOW betul kerajaan bertindak kecuali menutup MAVCOM yang banyak memberi kesan kepada Tony Fernandes.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke pun sambil lewa saja memberi reaksi kepada isu rasuah Air Asia ini. Ada apa-apa ke Anthony?

Jika tiada tindakan diambil, tak payahlah Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan nak GEBANG nak banteras rasuah.

Orang akan cakap sama sahaja Pakatan dengan Umno dan BN.

PILIH BULU.

Image result for najib tony fernandes

Image result for mahathir tony fernandes




AirAsia, AirAsiaX antara penerima rasuah untuk Airbus dapat kontrak
FMT Reporters
-
February 1, 2020 12:01 PM





Dokumen penyelesaian rasuah oleh Airbus menyebut 2 eksekutif kanan AirAsia dan AirAsiaX ditawarkan rasuah lebih AS$100 juta.

KUALA LUMPUR: Dua “eksekutif” syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia dan AirAsiaX disebut dalam dokumen undang-undang yang menyenaraikan contoh rasuah Airbus untuk mendapatkan kontrak melalui orang tengah korup bagi menjual pesawatnya ke seluruh dunia, lapor The Telegraph.

Dokumen itu sebahagian daripada penyelesaian berbilion dolar dengan pihak berkuasa anti-rasuah di Britain, Perancis dan Amerika Syarikat, selepas pembuat pesawat Eropah itu mengakui “kerap merasuh dalam perniagaan antarabangsanya”, lapor akhbar Britain itu hari ini.
Katanya, Airbus menyerahkan lebih 30 juta dokumen kepada penyiasat.

Dalam penyelesaian itu, Airbus bersetuju membayar hampir €1 bilion (RM4.5 bilion) di UK, €2.1 bilion (RM9.5 bilion) di Perancis dan €530 juta (RM2.4 bilion) di AS.


Memetik dokumen dilampirkan kepada penyelesaian itu, The Telegraph melaporkan Airbus membayar AS$50 juta (RM204 juta) dan menawarkan AS$55 juta (RM225 juta) untuk menaja sebuah pasukan sukan yang dikaitkan dengan 2 “pembuat keputusan utama” yang tidak dinamakan di AirAsia dan AirAsiaX.

“Syarikat penerbangan itu menempah 180 pesawat dari Airbus, dengan eksekutif itu disifatkan ‘diberikan ganjaran itu atas pesanan pesawat terbabit’ yang menurut dokumen itu ‘diperolehi melalui pembayaran tidak wajar’.” lapor akhbar itu.

Ia turut memetik satu e-mel daripada seorang eksekutif kepada seorang pegawai kanan Airbus.

“Awak sudah hutang saya 4 juta dan saya dihutang 16 juta keseluruhannya. Ini sepatutnya dibayar bertahun lalu apabila saya membeli 30 pesawat pertama. Saya mahu wang saya,” akhbar itu memetik e-mel berkenaan.

Selain Malaysia, penyelesaian bahagian UK membabitkan dakwaan rasuah di Indonesia, Taiwan, Sri Lanka dan Ghana antara 2011 hingga 2015.

Di Perancis, Airbus didakwa memberi rasuah di 16 negara untuk mendapatkan kontrak daripada syarikat penerbangan, termasuk di Rusia, China dan Taiwan.


FMT sedang menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tony Fernandes untuk mengulas perkara ini.

No comments: