Monday, January 20, 2020

RAKYAT MELUAT DENGAN PAKATAN TERMASUK ANWAR IBRAHIM

Image result for kimanis

PAKATAN Rakyat KALAH lagi. Kali ini di Sabah. Parti Warisan TEWAS.

Gambarannya SELERA RAKYAT sudah berubah. Rakyat MUAK dan MELUAT dengan Kerajaan PAKATAN dan pemimpinnya.

Walaupun Barisan Nasional dan Umno digelar parti dan pemimpin PENYAMUN, pengundi masih memilih penyamun-penyamun dalam BN.

Kenapa?

1. Kerana pemimpin dan parti dalam Pakatan sibuk berebut jawatan dan men"sabotaj" satu sama lain. Kalah pakatan adalah berita GEMBIRA kepada pemimpin lain dalam Pakatan. Kalah Pakatan maka mudah untuk menNYAHkan Dr Mahathir. Kalah Pakatan, maka mudah pemimpin lain dalam Pakatan untuk menjadi Perdana Menteri. Maka biarlah Pakatan KALAH.

2. Pelik parti memerintah boleh kalah begitu teruk dengan parti pembangkang. Kalau zaman BN, untuk pembangkang MENANG, begitu perit buat mereka kerana KUASA dan WANG ada pada BN. Tetapi kini KUASA dan WANG ada di tangan Pakatan, tetapi KALAH dan cara KALAH memalukan Pakatan. Kenapa?

Kerana rakyat MUAK dengan Dr Mahathir yang lebih pentingkan korporat dan pemimpin Pakatan begitu melucukan.

Apa sumbangan Wan Azizah kepada rakyat? Apa Saifuddin Nasution buat untuk turunkan harga barang? Ada seorang Menteri bukan berusaha untuk meningkat USAHAWAN sebaliknya sibuk nak buat kereta terbang. Apa Anthony Loke buat? Loke tumpu kepada menutup dan membuang RAKYAT hilang PEKERJAAN  menerusi PENUTUPAN SPAD dan MAVCOM.

Malahan hampir kesemua agensi di bawah LOKE tungging langgang, cacamarba diKERJAKAN oleh pemimpin Cina DAP ini. LOKE buat semua ini untuk siapa? Benarkah beliau bersengkongkol dengan orang korporat tertentu?

3. Apa jadi dengan Team Komunikasi Pejabat Dr Mahathir? Siapa uruskan komunikasi kerajaan yang ketika ini CUKUP LEMAH? 

Kadar TOL diturunkan tetapi rakyat tidak merasa impaknya sebaliknya TEAM KOMUNIKASI Umno lebih berbisa? Salah siapa? Kadir Jasin? Kadir Jasin lebih berminat tikam team beliau sendiri melalui Facebook beliau. Mana media kerajaan? Tak kan tak ada media yang menyokong kerajaan? Tak kan tak ada satu pun kebaikan kerajaan yang media MINAT untuk terangkan kepada rakyat? Atau pun pegawai-pegawai komunikasi Dr Mahathir dan Kerajaan sedang menikmati NIKMAT yang tak pernah mereka rasai selama ini. 

4. Siapa jaga KEPENTINGAN rakyat? Dr Mahathir? Dr Mahathir sibuk nak jaga kepentingan korporat. Kerajaan tak putus-putus mau memotong bantuan kepada rakyat.

Dividen Tabung Haji 1.25 PERATUS. ASB dividen TERENDAH dekad ini. Harga minyak mahu dinaikkan tetapi takut kena protes, tak jadi.

Elaun mahu dihapuskan. Tetapi Menteri hendak pakai Vellfire. Yang layak pakai kereta BESAR ini hanyalah PEMIMPIN PAS kerana GAYA mesti ada walaupun MISKIN. 

Rakyat yang kena tanggung semua ini. Rakyat MALAS kata Dr Mahathir. Semua dipotong. Yang dapat hanya RM30. Itupun kena ada e-wallet entah siapa tuanpunyanya. 

Nak hidup punya pasal, rakyat sekarang kena kerja dengan FOOD PANDA, bawa motor DEGO, jadi drebar GRAB, jual nasi lemak tepi jalan di sebuah negara MAJU.

Tak payah lah hendak buat POST MORTEM kenapa KALAH. Melakukan POST MORTEM bermaksud Dr Mahathir GAGAL memahami nadi dan perasaan RAKYAT atau buat-buat tak faham.

5. Jadi apa Pakatan perlu buat? Serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim?

Sama saja. Geng-geng Anwar sekarang ini macam SINGA LAPAR. Kalau tak faham apa maksud SINGA LAPAR, singkap kembali era Anwar semasa memegang jawatan Menteri Kewangan. Semak senarai KEKAYAAN kroni Anwar era 1990an.

Ini belum soal moral Anwar.

6. Apa Dr Mahathir perlu buat? Senang saja. SAYANGI dan MENANGI hati rakyat yang sudah terluka. Kembalikan hak rakyat. Itu saja. Dengar keluhan rakyat. Jangan dengar hanya pandangan Tun Daim.

Tuesday, January 7, 2020

MAZLEE SEPATUTNYA DISINGKIR OLEH DR MAHATHIR

Image result for maszlee malik kasut hitam

SEORANG Ahli Parlimen BN pernah memberi gelaran MENTERI KASUT kepada Mazlee Malik berikutan tindakan beliau mengarahkan pelajar sekolah berkasut hitam.

Mazlee dilantik untuk membawa pembaharuan di dalam bidang pendidikan TETAPI antara perkara utama menjadi agenda beliau ialah -KASUT HITAM.

Mazlee kemudiannya mencadangkan kolam renang hotel dibuka untuk mengajar pelajar berenang.

Tak cukup dengan kontroversi itu, Mazlee "melantik" diri beliau sebagai Presiden UIA selama 3 tahun.

Setiap kontroversi yang timbul GAGAL dijawab oleh Mazlee.

Mazlee timbulkan kontroversi, yang kena jawab ialah Tun Mahathir dan kerajaan.

Tak guna jadi Menteri jika hanya menyusahkan kerajaand dan setiap isu dibebankan kepada Dr Mahathir untuk menjawabnya.

Apabila timbul kontroversi mengenai pengenalan Jawi di sekolah, sekali lagi Mazlee gagal menjawab isu Jawi ini sehinggakan Tun Mahathir dan kerajaan diserang kiri kanan.

Jika kehadiran Mazlee di dalam Kabinet lebih menyusahkan kerajaan dan Dr Mahathir, maka keputusan beliau meletakkan jawatan tepat pada masanya.

Dr Mahathir dikatakan menulis sepucuk surat kepada Mazlee mencadangkan beliau berundur sebagai Menteri Kabinet.

Jika berita ini benar, jelaslah Mazlee bukan "team player", keras kepala, bertindak tanpa kebenaran kabinet.

Jika anggapan ini salah, kenapa perlu Dr Mahathir menulis surat kepada Menteri beliau sendiri padahal beliau berjumpa hampir setiap minggu dengan Menteri-Menteri beliau semasa mesyuarat Kabinet.

Mengambil kira perwatakan Mazlee, maka wajarlah beliau meletakkan jawatan.

Kepada pegawai-pegawai khas Mazlee, ramai orang ketawa mereka kehilangan jawatanya.

Katanya mereka lebih sudu dari kuah.

JELAPANG amat berharap Dr Mahathir turut menyingkir Menteri KERETA TERBANG yang merosakkan imej kerajaan.