Wednesday, December 30, 2020

TAJUDDIN RAHMAN & MAHDZIR KHALID KOCAK PRASARANA & TENAGA NASIONAL

 Malaysiakini - Sah Mahdzir terajui TNB, Tajuddin ketuai Prasarana 

PELBAGAI cerita tersebar mengenai pertelingkahan di peringkat pengurusan Prasarana dan Tenaga Nasional.

Kedua-dua organisasi ini dipengerusikan oleh dua pemimpin Umno yang dikenali ramai.

Tajuddin Rahman, yang pernah ada isu di Felcra dan Mahdzir Khalid, saksi utama kes RASUAH Rosmah Mansor.

Di Prasarana, sebuah akhbar Inggeris melaporkan Tajuddin mahu Prasarana pindah pejabat dan akhbar tersebut mendedahkan mengenai PENGLIBATAN sebuah syarikat yang turut diMILIKI anak-anak dan BINI Tajuddin.

Baca disini: https://www.theedgemarkets.com/article/newsbreak-prasarana-chairman-tajuddin-exerting-his-authority

Sementara di TENAGA NASIONAL, katanya wujud usaha untuk TENDANG keluar Ketua Eksekutif Tenaga dan khabarnya ada perbalahan dengan Mahdzir.

Baca di sini:  https://themalaysianreserve.com/2020/12/17/tnb-unions-divided-over-ceos-fate/

Nampak di mana ada pemimpin Umno di situ ada masalah. Perangai tak berubah dan tidak mahu belajar dari bos mereka Najib Razak yang sudah bergelar banduan.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin tetap bisu. Entah apa dibuatnya di pejabat.

 


Saturday, December 19, 2020

ZAMAN NAJIB/ZAHID, BELI KAPAL PERANG YANG TAK MUNCUL TIBA

 Littoral combat ship - Wikipedia 

BELI kapal perang, dah bayarr, kapal tak wujud.

PELIK. Tetapi apa yang pelik zaman Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat sibuk hendak ambil duit dari KWSP, zaman Najib dengan KWAP nya diambil sekali.

Zahid akan terangkan isu kapal yang tak wujud kepada PAC.

Macam-macam helah dan alasan akan diberikan. Patutnya SPRM siasatlah.

Kita hanya boleh mengharap Muhyiddin Yassin tak takut hilang jawatan dan siasat dengan saksama isu kapal perang tak wujud ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/765934/pac-akan-panggil-zahid-hamidi-isu-perbekalan-kapal-tempur



Thursday, December 17, 2020

PAKATAN HARAPAN AKAN MUSNAH JIKA ANWAR KEKAL KETUA PAKATAN

 Image 

 SUDAH hampir 8 bulan Anwar Ibrahim memberi harapan kepada ahli-ahli Pakatan Harapan terutamanya pemimpin DAP, Amanah dan pemimpin bawahan PKR bahawa beliau akan menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin dan beliau menjadi Perdana Menteri.

Akhirnya, semua kena TIPU. Lim Guan Eng kena TIPU. Mat Sabu kena tipu.

Jangankan nak menjatuhkan kerajaan Muhyiddin, nak TUMPASkan Muhyiddin di sesi peringkat jawatankuasa Parlimen pun TAK MAMPU.

 Berbulan lamanya pemimpin Pakatan hanya SIBUK melayan Anwar, BUKAN sibuk memperjuangkan kepentingan RAKYAT. Sibuk disebabkan ditipu oleh Anwar.

Sudah lebih seminggu Anwar berjanji akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan sekiranya beliau gagal MENUMBANGkan kerajaan Muhyiddin tetapi Anwar buat BODOH sahaja sehingga ke hari ini.

Jangan kata nak jatuhkan Muhyiddin, nak dapat sokongan seorang Ahli Parlimen Umno pun Anwar tak mampu.

Tetapi riuh sekampung semasa PRN Sabah mahu mengadap DYMM Agong kononnya dia ada sokongan cukup kuat untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Zahid Hamidi dan Najib Razak, yang telah dihukum penjara, turut mengutuskan surat kepada DYMM Agong menyokong Anwar.

Anwar tak lah cerdik sangat. Baru sekarang Anwar SEDAR Zahid dan Najib sudah tak ada sokongan di dalam Umno.

Zahid dan Najib tak mampu menarik seorang pun Ahli Parlimen Umno untuk menyokong beliau.

Akhirnya, Anwar dimalukan di Parlimen apabila Zahid dan Najib pun turut serta menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin dengan meluluskan Belanjawan.

Sekarang baru Guan Eng dan Mat Sabu tahu telah ditipu oleh Anwar dan turut merasakan mereka ditipu oleh Najib dan Zahid.

Najib dan Zahid telah menggunakan Anwar untuk menekan Muhyiddin untuk "menyelamatkan" tengkok mereka.

Seminggu dua ini kita akan melihat KERUNTUHAN Pakatan Harapan.

Pemimpin-pemimpin muda DAP dan Amanah sudah jelik melihat pemimpin atasan mereka dicucuk hidung oleh Anwar semata-mata kerana kepentingan peribadi beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

PRU sudah hampir. Apakah DAP dan Amanah mahu meneruskan perjuangan untuk kepentingan peribadi Anwar?

Atau mereka mahu dilihat sebagai pejuang kepentingan rakyat?

Pemimpin-pemimpin muda DAP sudah memberi gambaran bahawa mereka mahu ketua baru di dalam Pakatan dan bukan lagi Anwar.

 

 

 

 

Wednesday, December 9, 2020

AHLI BERSATU PERLU BANGGA ADA PRESIDEN SEPERTI MUHYIDDIN

  

PEMIMPIN dan ahli-ahli Bersatu perlu bangga mempunyai Presiden seorang yang pemaaf.

Selepas Timbalan Presiden Bersatu dijatuhkan melalui strategi TIKAM BELAKANG dan kerajaan Bersatu di Perak direbahkan, hari ini Presiden Umno Zahid Hamidi MEMOHON MAAF kepada Muhyiddin dan Bersatu kerana menumbangkan kerajaan Bersatu.

Permohonan maaf tersebut diterima sebulat hati oleh Muhyiddin.

Dengan permohonan maaf tersebut, Muhyiddin menyokong pembentukan Kerajaan Umno di Perak bagi menggantikan kerajaan Bersatu.

Kita nak ucap TAHNIAH kepada semua ahli Bersatu.

Mereka perlu BANGGA dengan kekuatan semangat perjuangan parti mereka  walaupun dibuli, diketuk kepala dan dipulas telinga oleh Umno, mereka menerimanya dengan penuh TABAH.

Tahniah. Yang penting Muhyiddin masih KEKAL sebagai Perdana Menteri pada saat ini.

Saturday, December 5, 2020

MUHYDDIN PERDANA MENTERI LEMBAB

 SISI BUKIT: Nenek 92 tahun lebih sejam disiasat polis.  

1 DISEMBER 2020, Muhyiddin Yassin menerusi Facebook beliau memaparkan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang di pejabat beliau di Putrajaya.

Berikutan perjumpaan tersebut, Zahid membuat kenyataan tak perlu memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk melantik TPM.

3 HARI selepas itu, iaitu semalam, parti pimpinan Zahid MENUMBANGKAN Kerajaan Muhyiddin Yassin di Perak dengan bantuan DAP dan Pakatan Harapan.

Sehingga hari ini Muhyiddin masih membisu, seolah-olah MARUAH bukan soal besar bagi beliau.

Perak bukan yang pertama ditumbangkan oleh Zahid dan Umno. Johor dan Melaka sebelum ini dilanyak oleh Umno, dan Muhyiddin membisu.
 

Sejak menjadi Perdana Menteri Muhyiddin diLANYAK, diBULI oleh Umno, Najib Razak dan Zahid. Dan yang jelas Muhyiddin masih main golf dan kerap berjumpa Zahid, ada di rumah dan beberapa hari lalu di pejabat beliau.

Maka tak hairan lah Muhyiddin digelar Perdana Menteri paling LEMAH dalam negara. Tak hairanlah beliau diberi pelbagai gelaran - PM LEMBAB, PM SEMBAB dan sebagainya.

Apa tidaknya? Bandingkan beliau dengan Najib. Najib tak pernah benarkan dirinya diBULI. Beliau MEMBULI setiap orang yang menentang beliau termasuk membuli RAKYAT dan membuli khazanah negara.

Sesiapa yang menentang beliau di lanyak Najib.

Tun Dr Siti Hasmah yang umur lebih 90 tahun itu pun diHERET ke balai polis untuk disoal siasat. Lupa kah Muhyiddin?

 

 Seorang penulis buku, Pak Ya (Yahya Ismail) yang sekarang berumur 76 tahun, dikurung dalam lokap pada 2016 semata-mata kerana mengkritik Najib.

Seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Manila diPECAT dari perkhidmatan awam semasa pentadbiran Najib. Muhyiddin ingat ke tidak? 

Seminggu lalu Mahkamah membuat keputusan pemecatan beliau tak sah dan diarah untuk berkhidmat semula. Muhyiddin tau atau tidak ini?

https://www.theedgemarkets.com/article/court-orders-reinstatement-ptd-officer-sacked-alleged-antigovernment-facebook-comment

Ketua Polis Negara Hamid Bador. Apa jadi kepada beliau semasa zaman Najib? Siapa yang meletakkan beliau di jawatan sekarang? Tun Dr Mahathir Mohamad! 

Muhyiddin sendiri, lupakah bagaimana beliau didakwa BERZINA dengan Nika Gee di era Najib. Lupakah "hitman" Najib, Azwanddin pergi ke balai polis untuk buat laporan polis menuduh Muhyiddin mengadakan hubungan sulit dengan Nika Gee.

Semua jabatan agensi penguatkuasa kerajaan melutut depan Najib. Sebut sahaja siapa. 

Lihat kembali apa pegawai-pegawai kanan Kerajaan di era Najib lakukan kepada rakyat. 

Pegawai-pegawai SPRM diserbu rumah mereka di zaman Najib, Gani Patail disingkirkan dan digantikan dengan Apandi Ali. Belum lagi ambil kira income tax serbu orang itu ini.

Shafie Apdal pun ditangkap oleh SPRM. Lupa kah?

"Hitman" tak terkira bilangannya.

Muhyiddin? Lembab sepenuh zaman.

Mana "hitman" Muhyiddin? Ada ke ketua-ketua jabatan kerajaan yang hormat Muhyiddin walaupun tidak sampai melutut seperti zaman Najib?

Mana acuan-acuan Muhyiddin seperti zaman Najib? Mana klon-klon Azeez Rahim, Habibul yang membuat orang seram sejuk.

Muhyiddin  kena tahu. Najib bukan dijatuhkan oleh orang-orang politik. Najib diSINGKIR oleh rakyat.

1 Disember Zahid jumpa Muhyiddin cakap yang elok-elok, semalam Zahid dan parti beliau JATUHKAN Timbalan Presiden Bersatu dan kerajaan Muhyiddin di Perak.

Mana MARUAH Muhyiddin? Masih tidur di rumah, masih di padang golf?

Setiap hari Najib tikam belakang Muhyiddin dengan isu KWSP. Muhyiddin buat pekak.

Sampai bila?

Sampai bila perbicaraan Najib hendak ditangguhkan. Mana agensi kerajaan yang sanggup bantu Muhyiddin.

Tak salah kalau rakyat melabel Muhyiddin PM LEMBAB dan SEMBAB. Blogger popular Zaharin lebih BERANI dari Muhyiddin yang menyandang jawatan Perdana Menteri.

Parti yang memerintah negara dan Presiden Perdana Menteri diBULI tanpa segan silu oleh rakan satu kelambu hampir setiap hari.

Dan ianya akan berterusan selagi Muhyiddin tidak bertukar kulit menjadi seperti Najib satu ketika dulu.

 

Friday, December 4, 2020

UMNO TALKINKAN TIMBALAN MUHYIDDIN DI PERAK

   

UMNO, dengan diSOKONG oleh Pakatan Harapan termasuk DAP, akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan negeri Muhyiddin Yassin yang dipimpin oleh Timbalan (Presiden Bersatu) beliau, Ahmad Faizal Azumu di Perak.

Jika ini boleh berlaku di Perak, adakah Umno juga akan berpakat dengan DAP dan PKR menjatuhkan Muhyiddin di peringkat persekutuan?

Cuma bezanya, speaker Parlimen bukan Ahli Umno sementara Speaker Dewan Perak adalah Adun dari Umno.

Nampaknya Bersatu akan terus dibuli oleh Umno selagi Muhyiddin tidak MEMUASKAN hati Zahid Hamidi dan Najib Razak dalam kes mahkamah mereka.

Apakah ini bermulanya sengketa perpecahan di dalam maufakat nasional dan Perikatan  Nasional?

 

 

 

Wednesday, November 25, 2020

KERAJAAN MUHYIDDIN YASSIN TAK AKAN TUMBANG ESOK

 Umno won't punish Zahid, Najib even if they back Anwar, say analysts | Free  Malaysia Today 

RAMAI bertanya, esok kerajaan Muhyiddin TUMBANG tak?

Belanjawan LULUS tak?

Najib Razak dan Zahid Hamidi sokong belanjawan tak?

Setakat yang kita nampak, kritikan terhadap belanjawan ini bukannya meletakkan kepentingan rakyat di atas, tetapi kepentingan politik peribadi.

Anwar Ibrahim berharap belanjawan diTOLAK supaya dia dapat jadi Perdana Menteri.

Najib dan Zahid berharap belanjawan ditolak, Anwar jadi PM dan bantu mereka berdua dari masuk JEL.

Bukan sangat kerana nak bantu rakyat.

Najib guna isu KWSP untuk menekan Muhyiddin. Tak payah fikir hal KWSP. Kalau Najib dan anak beranak dia langsaikan cukai pendapatan yang mereka berhutang, ramai yang tengah keperitan boleh dibantu dengan duit tersebut.


Suara Rakyat - Anak Beranak Sekeluarga Najib Elak Bayar... | Facebook KALAU Najib betul-betul ikhlas nak bantu rakyat yang keperitan sekarang ini, bayarlah cukai pendapatan itu.

Berbalik kepada undi belanjawan esok.

Ahli-ahli Parlimen Umno dan BN yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri sudah menyatakan pendirian MENYOKONG belanjawan dan kepimpinan Muhyiddin.

Jika esok Najib dan Zahid tak menyokong belanjawan, bermaksud mereka menyokong KERAJAAN Muhyiddin diJATUHkan dan menYOKONG Anwar menjadi PM.

Dengan kata lain, Zahid sebagai Presiden Umno dan parti Kerajaan menjatuhkan kerajaan yang mereka tubuh bersama.Kerajaan jatuhkan kerajaan.

Itu pun kalau belanjawan tak diluluskan. 

Jika belanjawan diluluskan TANPA sokongan Najib dan Zahid maka berkuburlah karier politik mereka di dalam Umno.

Umno akan PECAT Zahid dan Najib.

Itu lah nasib pemimpin yang sudah TIDAK dihormati oleh pemimpin dan ahli mereka sendiri.


Saturday, November 21, 2020

SPRM PERLU CUCI SEMUA AGENSI & JABATAN KERAJAAN. JANGAN TERHENTI KEPADA IMIGRESEN SAHAJA

 Image 

TIADA yang mengejutkan dengan penangkapan besar-besaran pegawai-pegawai imigresen oleh SPRM.

Cuma yang mengejutkan ialah pegawai yang bergaji RM2,000 boleh memandu Rolls Royce.

Apa nak dihairankan, pegawai-pegawai kerajaan sekarang lebih hebat dari pegawai-pegawai di sektor swasta.

Kereta besar-besar, rumah besar-besar, ada di atas bukit dikawal rapi. Ada juga terdengar yang pekerja bawahan pun berkereta besar.

Kakitangan kerajaan ini ada kalanya nampak macam kluster kayangan juga - masa Covid kerja kurang, gaji tak kurang, kos ke pejabat pun kurang, tapi dapat bonus khas, dapat moratorium pinjaman. Nasib mereka tak sama dengan pekerja swasta yang ramai dibuang kerja, dipotong gaji. Tak mengapalah, mungkin itu rezeki mereka.

Cuma kita harap, SPRM meneruskan operasi membersih perkhidmatan awam dan jabatan serta agensi kerajaan.

Agaknya bila SPRM nak CUCI Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran Negara dan jabatan-jabatan lain yang ada kecenderungan kearah RASUAH.

 


Thursday, October 29, 2020

ZAHID HAMIDI TAK LAYAK DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI

 Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid | Astro AwaniSIANG malam di dalam kepala Zahid Hamidi, agaknya, hanyalah jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Apa pentingnya jawatan kedua tertinggi negara tersebut? Untuk kepentingan Umno? Untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara?

Ianya hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau, untuk lepaskan diri beliau dari masuk PENJARA. Itu saja.

Tidak ada negara di dunia melantik seorang yang didakwa menerima rasuah untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara KECUALI di negara Islam bernama MALAYSIA.

Lihatlah di Sabah. Bung Mokhtar Radin ada kes salah guna kuasa di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Ianya berlaku di negara yang agama rasminya Islam.

Muhyiddin Yassin perlu ada prinsip. Tanpa mengira sesiapa, baik dalam dalam Kabinet atau dalam pentadbiran awam, mereka-mereka yang didakwa di mahkamah TIDAK LAYAK memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

Ramai pemimpin Umno yang layak memegang jawatan TPM.

Kenapa hendak diberi kepada Presiden parti yang diselubungi dakwaan rasuah?

 

 

 

Tuesday, October 27, 2020

UMNO PERLU PECAT ZAHID DAN NAJIB

 Zahid talks about qualities he admires in Najib | Free Malaysia Today 

HISHAMMUDDIN HUSSIEN, Khairy Jamaluddin, Adham Baba, Halimah Saddique - dah kenal isihati Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas Presiden Najib Razak atau belum?

 
 

Kalau tak kenal, baca laporan ini.

https://www.malaysianow.com/news/2020/10/27/revealed-the-inside-story-of-zahids-letter-to-the-agong/ 

Zahid minta Muhyiddin Yassin GUGUR ke empat-empat kamu dari Kabinet dan LANTIK dia sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Itulah presiden kamu semua. Suruh pecat kawan-kawan dan lantik diri sendiri jadi TPM.

Najib pula sokong Anwar Ibrahim. Kita tahu apa sebab dia sokong Anwar. 

Semua orang kenal Anwar, kaki janji bulan dan bintang semata-mata GILA nak jadi Perdana Menteri.

Apa perlu lagi Hisham, Adham, KJ dan Halimah setia pada Zahid dan Najib. 

Mereka tikam belakang kamu.

Sampai masanya Hisham, Adham, KJ dan Halimah desak Majlis Tertinggi Umno untuk memecat Zahid dan Najib dari Umno.

Mereka berdua pengkhianat Umno - sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan peribadi mereka.

 

 

 

 

 

Wednesday, October 21, 2020

11 OKTOBER ZAHIID SOKONG ANWAR, 21 OKTOBER ZAHID KEMBALI SOKONG MUHYIDDIN

 

Image may contain: text 

 

KEPADA yang tidak kenal Zahid Hamidi, ini sejarah yang telah dicipta oleh Presiden Umno abad ini.

 

11 OKTOBER 2020: Sokong Anwar Ibrahim jadi PM, tikam Muhyiddin Yassin.

 

21 OKTOBER 2020:  Umum KEMBALI sokong Muhyiddin.

 

Tan Sri Muhyiddin! Boleh percaya ke ni? Entah-entah 10 hari lagi sokong orang lain pula.

Itu lah kualiti Presiden Umno yang ahli Umno dapat hari ini.

Semuga kes Zahid dan Najib Razak selesai secepat mungkin.

 


NAFSU PEMIMPIN PAS

 

Image may contain: text that says "DV1 Mercedes- Benz KEP 5000 Vellfire T158 Volvo SR suaara SELAMAT MENUNGGANG" 

NAFSU mereka sama saja. Itulah wajah Pas sebenarnya.

Tuesday, October 20, 2020

LELONG, LELONG

 LELONG.LELONG, Online Shop | Shopee Malaysia 

HARI ini berkesempatan bersembang dengan beberapa peminat politik tanahair. TOPIKnya LELONG, LELONG.

Ini intipati perbincangan tadi. Sekadar spekulasi dan tekaan kami mengenai siapa kena lelong dan kena lelong dengan siapa.

1. Anwar Ibrahim lelong Presiden Umno Zahid Hamidi dan bekas Presiden Umno Najib Razak. (Zahid dan Najib didakwa tulis surat kepada YPDA. Sehingga hari ini Zahid dan Najib belum nafikan)

2. Zahid Hamidi & Najib lelong Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

3. Zahid Hamid & Najib lelong Naib-naib Presiden Umno.

4. Zahid Hamidi & Najib lelong Ahli-Ahli MKT serta ahli-ahli Umno di seluruh tanah Melayu.

5. Zahid Hamidi & Najib lelong Hadi Awang dan Pas.

Itulah spekulasi kami di kedai mamat tadi sambil mematuhi SOP Covid-19.

Sebab tu Tengku Razaleigh Hamzah desak Umno PECAT Zahid dan Najib.

Dan hari ini Nazri Aziz meminta polis siasat KETULENAN surat Zahid Hamidi dan Najib kepada KDYMM YPDA menyokong pemimpin pembangkan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri (satu sejarah dalam Umno apabila Zahid & Najib bersungguh melantik pemimpin pembangkang menjadi Perdana Menteri. Tahniah Umno, Zahid dan Najib).

Itulah kualit Presiden Umno yang ada hari ini.