Friday, May 31, 2019

SUDAH SAMPAI MASA UMNO NYAHKAN PENYANGAK & PENYAMUN DARI PARTI

Image may contain: 8 people, people smiling

SEMALAM Presiden (memangku) Umno Mohamad Hasan agaknya terkejut dengan laporan oleh Malaysiakini dan Singapore Straits Times yang menyatakan beliau adalah DALANG mahu menyingkirkan Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi dari memegang jawatan di dalam Umno.

Tajuk berita tersebut agak mengemparkan "Mat Hassan dalang mahu singkir Zahid, Najib".

https://www.malaysiakini.com/news/477953

Tajuk seumpama ini sudah pasti meresahkan Mat Hasan dan kem beliau. Katanya dalam kem Mat Hasan, ada KN, ada JG, ada RD.

Asas laporan Malaysiakini dan Straits Times Singapore adalah berdasarkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Umno untuk tidak membenarkan mana-mana ahli dan pemimpin Umno memegang jawatan dalam parti jika didakwa di mahkamah.

Cerita ini benar. Annuar Musa sahkan pada 23 Mei. Kata Annuar:

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan ada menerima cadangan itu, namun masih tiada kata putus dibuat kerana perkara itu masih di peringkat pengesyoran.
"Satu jawatankuasa ditubuhkan dan ia dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Tugas mereka ialah mengambil pandangan-pandangan kemudian mengemukakan hasil sebelum ia dibincangkan ke peringkat Majlis Tertinggi.
“Lama lagi... ia mungkin makan masa lima bulan sebab ia perlu melepasi proses muktamad dan dibawa ke Bahagian-bahagian UMNO sebelum dipanggil ke mesyuarat agung luar biasa (EGM)," katanya pada sidang akhbar Pemuda dan Puteri UMNO Cakna Asnaf hari ini.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/29550/BERITA/Politik/Annuar-akui-UMNO-ada-terima-syor-pinda-perlembagaan-parti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Jika Umno mahu "move forward" inilah PINDAAN yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat bahawa Umno mahu berubah.

Apa lagi Najib & Zahid mahu?

Dan jadi OKT (Orang Kena Tuduh) pun masih berharap nak jadi Perdana Menteri?






Kalau Umno mahu berubah, pindalah Perlembagaan. Yang merosakkan Umno ialah Najib dan Zahid.

Mereka adalah pengkhianat Umno. Tak malukah Umno terus dipimpin oleh penyangak dan penyamun?



3 comments:

Anonymous said...

Perlu ke komen bodoh ni??

Tak faham keadaan...

Dah masih berfikiran sempit...

Tuduhan politik....boleh caya ke?

Knp tak tuduh Tun M yg lagi byk menyamun?..Cubalah tanya LKS...

Sebb dh jadi kawan, semua yg salah disenyapkan...

PUTRA CHUBADAK said...

Apakah mereka2 telah disabitkan Di Mahkamah Tertinggi. Sedarlah sikit. Koranag bebaskan orang sedang dibicara rasuah, angkat dan sanjung yg telah Di penjara beri pengampunan lagi, berapa kes digugurkan melibatkan pemimpin/penyokong PH. Satu jari tuju kpd 4 jari lagi tuju kat korang...MALU DAN KEMALUAN LAH SIKIT. YB PERMATANG PAUH dah pandai malu tau. Kau orang sahaja yg tersengeh macam "kerang busuk"

PUTRA CHUBADAK said...

Apakah mereka2 telah disabitkan Di Mahkamah Tertinggi. Sedarlah sikit. Koranag bebaskan orang sedang dibicara rasuah, angkat dan sanjung yg telah Di penjara beri pengampunan lagi, berapa kes digugurkan melibatkan pemimpin/penyokong PH. Satu jari tuju kpd 4 jari lagi tuju kat korang...MALU DAN KEMALUAN LAH SIKIT. YB PERMATANG PAUH dah pandai malu tau. Kau orang sahaja yg tersengeh macam "kerang busuk"