Monday, May 15, 2017

PAS DAYUS

Image result for pas muktamar

DAYUS, KEMARUK JAWATAN, TAK ADA MARUAH.

Ini ayat yang digunakan oleh rakan Pas yang baru dari Umno dalam memberi gambaran sikap Pas Selangor yang enggan melepaskan jawatan anggota Exco Selangor selepas Hadi Awang dan geng-gengnya memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR.

Ini perkataan yang digunakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Noh Omar.

 http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pas-selangor-tiada-maruah-kerana-mahu-kekal-1.673701

Jelapang setuju dengan pandangan Noh. Pas kemaruk wang, kemaruk jawatan dan DAYUS.

Masa hendak memutuskan hubungan, bukan main gah. Sembang kuat, tapi tin kosong.

Kononnya memutuskan hubungan kerana Selangor membenarkan penganjuran konsert Selena Gomez, kononnya PKR tak sokong RUU355.

Kalau begitu, kenapa masih mahu kekal dalam kerajaan negeri yang tidak bermoral, kerajaan yang tidak Islamik?

Jelas sekali perangai Pas ini perangai Tok Lebai.

Bila orang kena ribut, kata mereka BALA.

Bila mereka kena ribut, mereka kata itu ujian.

Bila hendak putuskan hubungan dengan PKR, guna nama Selena Gomez.

Bila hendak terus dapat gaji, kereta Camry, kononnya kekal Exco sebab Bai'ah dan hanya Sultan boleh singkir mereka.

Punyalah kemaruk kuasa dan wang ringgit.

Memang benar kata Noh Omar -- PAS DAYUS

3 comments:

kluangman said...

PAS akan jadi sempurna bila join umno

Anonymous said...



memang lah sempurna. dpt duit 1mdb

Anonymous said...

PUAKA PAS MACAM TEMAN MEMANG BONGOK.DAH TERMALU ALAH, SALAHKAN UMNO/BN. PAKATAN DAH BERKUBUR TAU TAK.SEMUA ITU BALASAN ALLAH KERANA MASIH MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM SAMPAI SEKARANG.