Wednesday, February 20, 2013

MUKHRIZ & POLITIK KEDAH

Siapa bakal Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya BN merampas semula Kedah dari Pakatan Rakyat?

Calon yang paling banyak diperkatakan akan menyandang jawatan tersebut ialah Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau mengikut tradisi, Ketua Perhubungan Negeri Ahmad Bashah Hanipah sepatutnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.

Ada yang mengatakan Tun Dr Mahathir mahu anak beliau dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. Apakah Mukhriz dapat diterima oleh pemimpin-pemimpin Umno Kedah?

Sebuah portal berita hari ini menyiarkan beberapa pandangan dari pemimpin Kedah mengenai ura-ura Mukhriz sebagai Menteri Besar.

Ahmad Zaini Japar, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu: "Dengan jawatan di peringkat pusat tidak bermaksud  beliau mampu mentadbir di peringat negeri. Pentadbiran di pusat tak sama dengan negeri. Caranya berlainan dan status Mukhriz sebagai anak Perdana Menteri bukan jaminan (untuk jadi MB)."

Ku Rahman Ku Ismail, Adun Guar Chempedak: "Khabar angin ini nampak pelik. Mengikut tradisi, Ketua Perhubungan sepatutnya menjadi calon MB kecualilah sekiranya Perdana Menteri ingin melakukan kejutan."

Nawawi Ahmad, Ketua Bahagian Langkawi: "Kedua-duanya layak dipilih. Tetapi yang penting sekarang ialah kesetiaan kepada pucuk pimpinan yang ada (Bashah)."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-umno-reps-cagey-about-mukhriz-as-state-mb-hopeful/

Jelas sekali tiada laluan mudah untuk Mukhriz di Kedah dan Mukhriz juga perlu sedar tiada yang mudah dalam politik.

Ramai di dalam Umno menolak sistem dinasti di mana bapa jadi Perdana Menteri, anak juga harus dipilih ke jawatan tinggi.  

No comments: