Wednesday, December 30, 2020

TAJUDDIN RAHMAN & MAHDZIR KHALID KOCAK PRASARANA & TENAGA NASIONAL

 Malaysiakini - Sah Mahdzir terajui TNB, Tajuddin ketuai Prasarana 

PELBAGAI cerita tersebar mengenai pertelingkahan di peringkat pengurusan Prasarana dan Tenaga Nasional.

Kedua-dua organisasi ini dipengerusikan oleh dua pemimpin Umno yang dikenali ramai.

Tajuddin Rahman, yang pernah ada isu di Felcra dan Mahdzir Khalid, saksi utama kes RASUAH Rosmah Mansor.

Di Prasarana, sebuah akhbar Inggeris melaporkan Tajuddin mahu Prasarana pindah pejabat dan akhbar tersebut mendedahkan mengenai PENGLIBATAN sebuah syarikat yang turut diMILIKI anak-anak dan BINI Tajuddin.

Baca disini: https://www.theedgemarkets.com/article/newsbreak-prasarana-chairman-tajuddin-exerting-his-authority

Sementara di TENAGA NASIONAL, katanya wujud usaha untuk TENDANG keluar Ketua Eksekutif Tenaga dan khabarnya ada perbalahan dengan Mahdzir.

Baca di sini:  https://themalaysianreserve.com/2020/12/17/tnb-unions-divided-over-ceos-fate/

Nampak di mana ada pemimpin Umno di situ ada masalah. Perangai tak berubah dan tidak mahu belajar dari bos mereka Najib Razak yang sudah bergelar banduan.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin tetap bisu. Entah apa dibuatnya di pejabat.

 


Saturday, December 19, 2020

ZAMAN NAJIB/ZAHID, BELI KAPAL PERANG YANG TAK MUNCUL TIBA

 Littoral combat ship - Wikipedia 

BELI kapal perang, dah bayarr, kapal tak wujud.

PELIK. Tetapi apa yang pelik zaman Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi.

Rakyat sibuk hendak ambil duit dari KWSP, zaman Najib dengan KWAP nya diambil sekali.

Zahid akan terangkan isu kapal yang tak wujud kepada PAC.

Macam-macam helah dan alasan akan diberikan. Patutnya SPRM siasatlah.

Kita hanya boleh mengharap Muhyiddin Yassin tak takut hilang jawatan dan siasat dengan saksama isu kapal perang tak wujud ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/765934/pac-akan-panggil-zahid-hamidi-isu-perbekalan-kapal-tempur



Thursday, December 17, 2020

PAKATAN HARAPAN AKAN MUSNAH JIKA ANWAR KEKAL KETUA PAKATAN

 Image 

 SUDAH hampir 8 bulan Anwar Ibrahim memberi harapan kepada ahli-ahli Pakatan Harapan terutamanya pemimpin DAP, Amanah dan pemimpin bawahan PKR bahawa beliau akan menumbangkan kerajaan Muhyiddin Yassin dan beliau menjadi Perdana Menteri.

Akhirnya, semua kena TIPU. Lim Guan Eng kena TIPU. Mat Sabu kena tipu.

Jangankan nak menjatuhkan kerajaan Muhyiddin, nak TUMPASkan Muhyiddin di sesi peringkat jawatankuasa Parlimen pun TAK MAMPU.

 Berbulan lamanya pemimpin Pakatan hanya SIBUK melayan Anwar, BUKAN sibuk memperjuangkan kepentingan RAKYAT. Sibuk disebabkan ditipu oleh Anwar.

Sudah lebih seminggu Anwar berjanji akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan sekiranya beliau gagal MENUMBANGkan kerajaan Muhyiddin tetapi Anwar buat BODOH sahaja sehingga ke hari ini.

Jangan kata nak jatuhkan Muhyiddin, nak dapat sokongan seorang Ahli Parlimen Umno pun Anwar tak mampu.

Tetapi riuh sekampung semasa PRN Sabah mahu mengadap DYMM Agong kononnya dia ada sokongan cukup kuat untuk menjatuhkan Muhyiddin.

Zahid Hamidi dan Najib Razak, yang telah dihukum penjara, turut mengutuskan surat kepada DYMM Agong menyokong Anwar.

Anwar tak lah cerdik sangat. Baru sekarang Anwar SEDAR Zahid dan Najib sudah tak ada sokongan di dalam Umno.

Zahid dan Najib tak mampu menarik seorang pun Ahli Parlimen Umno untuk menyokong beliau.

Akhirnya, Anwar dimalukan di Parlimen apabila Zahid dan Najib pun turut serta menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin dengan meluluskan Belanjawan.

Sekarang baru Guan Eng dan Mat Sabu tahu telah ditipu oleh Anwar dan turut merasakan mereka ditipu oleh Najib dan Zahid.

Najib dan Zahid telah menggunakan Anwar untuk menekan Muhyiddin untuk "menyelamatkan" tengkok mereka.

Seminggu dua ini kita akan melihat KERUNTUHAN Pakatan Harapan.

Pemimpin-pemimpin muda DAP dan Amanah sudah jelik melihat pemimpin atasan mereka dicucuk hidung oleh Anwar semata-mata kerana kepentingan peribadi beliau mahu menjadi Perdana Menteri.

PRU sudah hampir. Apakah DAP dan Amanah mahu meneruskan perjuangan untuk kepentingan peribadi Anwar?

Atau mereka mahu dilihat sebagai pejuang kepentingan rakyat?

Pemimpin-pemimpin muda DAP sudah memberi gambaran bahawa mereka mahu ketua baru di dalam Pakatan dan bukan lagi Anwar.

 

 

 

 

Wednesday, December 9, 2020

AHLI BERSATU PERLU BANGGA ADA PRESIDEN SEPERTI MUHYIDDIN

  

PEMIMPIN dan ahli-ahli Bersatu perlu bangga mempunyai Presiden seorang yang pemaaf.

Selepas Timbalan Presiden Bersatu dijatuhkan melalui strategi TIKAM BELAKANG dan kerajaan Bersatu di Perak direbahkan, hari ini Presiden Umno Zahid Hamidi MEMOHON MAAF kepada Muhyiddin dan Bersatu kerana menumbangkan kerajaan Bersatu.

Permohonan maaf tersebut diterima sebulat hati oleh Muhyiddin.

Dengan permohonan maaf tersebut, Muhyiddin menyokong pembentukan Kerajaan Umno di Perak bagi menggantikan kerajaan Bersatu.

Kita nak ucap TAHNIAH kepada semua ahli Bersatu.

Mereka perlu BANGGA dengan kekuatan semangat perjuangan parti mereka  walaupun dibuli, diketuk kepala dan dipulas telinga oleh Umno, mereka menerimanya dengan penuh TABAH.

Tahniah. Yang penting Muhyiddin masih KEKAL sebagai Perdana Menteri pada saat ini.

Saturday, December 5, 2020

MUHYDDIN PERDANA MENTERI LEMBAB

 SISI BUKIT: Nenek 92 tahun lebih sejam disiasat polis.  

1 DISEMBER 2020, Muhyiddin Yassin menerusi Facebook beliau memaparkan beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Hadi Awang di pejabat beliau di Putrajaya.

Berikutan perjumpaan tersebut, Zahid membuat kenyataan tak perlu memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk melantik TPM.

3 HARI selepas itu, iaitu semalam, parti pimpinan Zahid MENUMBANGKAN Kerajaan Muhyiddin Yassin di Perak dengan bantuan DAP dan Pakatan Harapan.

Sehingga hari ini Muhyiddin masih membisu, seolah-olah MARUAH bukan soal besar bagi beliau.

Perak bukan yang pertama ditumbangkan oleh Zahid dan Umno. Johor dan Melaka sebelum ini dilanyak oleh Umno, dan Muhyiddin membisu.
 

Sejak menjadi Perdana Menteri Muhyiddin diLANYAK, diBULI oleh Umno, Najib Razak dan Zahid. Dan yang jelas Muhyiddin masih main golf dan kerap berjumpa Zahid, ada di rumah dan beberapa hari lalu di pejabat beliau.

Maka tak hairan lah Muhyiddin digelar Perdana Menteri paling LEMAH dalam negara. Tak hairanlah beliau diberi pelbagai gelaran - PM LEMBAB, PM SEMBAB dan sebagainya.

Apa tidaknya? Bandingkan beliau dengan Najib. Najib tak pernah benarkan dirinya diBULI. Beliau MEMBULI setiap orang yang menentang beliau termasuk membuli RAKYAT dan membuli khazanah negara.

Sesiapa yang menentang beliau di lanyak Najib.

Tun Dr Siti Hasmah yang umur lebih 90 tahun itu pun diHERET ke balai polis untuk disoal siasat. Lupa kah Muhyiddin?

 

 Seorang penulis buku, Pak Ya (Yahya Ismail) yang sekarang berumur 76 tahun, dikurung dalam lokap pada 2016 semata-mata kerana mengkritik Najib.

Seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Manila diPECAT dari perkhidmatan awam semasa pentadbiran Najib. Muhyiddin ingat ke tidak? 

Seminggu lalu Mahkamah membuat keputusan pemecatan beliau tak sah dan diarah untuk berkhidmat semula. Muhyiddin tau atau tidak ini?

https://www.theedgemarkets.com/article/court-orders-reinstatement-ptd-officer-sacked-alleged-antigovernment-facebook-comment

Ketua Polis Negara Hamid Bador. Apa jadi kepada beliau semasa zaman Najib? Siapa yang meletakkan beliau di jawatan sekarang? Tun Dr Mahathir Mohamad! 

Muhyiddin sendiri, lupakah bagaimana beliau didakwa BERZINA dengan Nika Gee di era Najib. Lupakah "hitman" Najib, Azwanddin pergi ke balai polis untuk buat laporan polis menuduh Muhyiddin mengadakan hubungan sulit dengan Nika Gee.

Semua jabatan agensi penguatkuasa kerajaan melutut depan Najib. Sebut sahaja siapa. 

Lihat kembali apa pegawai-pegawai kanan Kerajaan di era Najib lakukan kepada rakyat. 

Pegawai-pegawai SPRM diserbu rumah mereka di zaman Najib, Gani Patail disingkirkan dan digantikan dengan Apandi Ali. Belum lagi ambil kira income tax serbu orang itu ini.

Shafie Apdal pun ditangkap oleh SPRM. Lupa kah?

"Hitman" tak terkira bilangannya.

Muhyiddin? Lembab sepenuh zaman.

Mana "hitman" Muhyiddin? Ada ke ketua-ketua jabatan kerajaan yang hormat Muhyiddin walaupun tidak sampai melutut seperti zaman Najib?

Mana acuan-acuan Muhyiddin seperti zaman Najib? Mana klon-klon Azeez Rahim, Habibul yang membuat orang seram sejuk.

Muhyiddin  kena tahu. Najib bukan dijatuhkan oleh orang-orang politik. Najib diSINGKIR oleh rakyat.

1 Disember Zahid jumpa Muhyiddin cakap yang elok-elok, semalam Zahid dan parti beliau JATUHKAN Timbalan Presiden Bersatu dan kerajaan Muhyiddin di Perak.

Mana MARUAH Muhyiddin? Masih tidur di rumah, masih di padang golf?

Setiap hari Najib tikam belakang Muhyiddin dengan isu KWSP. Muhyiddin buat pekak.

Sampai bila?

Sampai bila perbicaraan Najib hendak ditangguhkan. Mana agensi kerajaan yang sanggup bantu Muhyiddin.

Tak salah kalau rakyat melabel Muhyiddin PM LEMBAB dan SEMBAB. Blogger popular Zaharin lebih BERANI dari Muhyiddin yang menyandang jawatan Perdana Menteri.

Parti yang memerintah negara dan Presiden Perdana Menteri diBULI tanpa segan silu oleh rakan satu kelambu hampir setiap hari.

Dan ianya akan berterusan selagi Muhyiddin tidak bertukar kulit menjadi seperti Najib satu ketika dulu.

 

Friday, December 4, 2020

UMNO TALKINKAN TIMBALAN MUHYIDDIN DI PERAK

   

UMNO, dengan diSOKONG oleh Pakatan Harapan termasuk DAP, akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan negeri Muhyiddin Yassin yang dipimpin oleh Timbalan (Presiden Bersatu) beliau, Ahmad Faizal Azumu di Perak.

Jika ini boleh berlaku di Perak, adakah Umno juga akan berpakat dengan DAP dan PKR menjatuhkan Muhyiddin di peringkat persekutuan?

Cuma bezanya, speaker Parlimen bukan Ahli Umno sementara Speaker Dewan Perak adalah Adun dari Umno.

Nampaknya Bersatu akan terus dibuli oleh Umno selagi Muhyiddin tidak MEMUASKAN hati Zahid Hamidi dan Najib Razak dalam kes mahkamah mereka.

Apakah ini bermulanya sengketa perpecahan di dalam maufakat nasional dan Perikatan  Nasional?