Sunday, March 31, 2013

MUKHRIZ DAN TOK PA LEPASKAN PARLIMEN?

Di Kedah, katanya, Mukhriz Mahathir akan dipilih menjadi Menteri Besar sekiranya BN dapat meranapkan Pas.

Sementara di Kelantan, Mustapa Mohamed bakal dinobatkan sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pas tumpas selepas 23 tahun memerintah.

Itu khabar angin yang tersebar luas di Kedah dan Kelantan.

Khabar angin juga tersibar mengatakan bahawa Mustapa dan Mukhriz akan bertanding dua kerusi - kerusi negeri dan kerusi Parlimen.

Kalau benar lah khabar angin ini, ia tidak lain dan tidak bukan, Mustapa dan Mukhriz mahukan politik selamat.

Kalau kalah di negeri, masih ada peluang menjadi Menteri, dan kalau kalah di Parlimen, masih ada peluang untuk menjadi Menteri Besar.

Kalau ini menjadi kenyataan, ianya bukan saja mengamalkan politik selamat, malah ia akan dilihat sebagai politik pengecut.

Kalau Mukhriz dan Mustapa serius untuk menawan Kedah dan Kelantan, mereka perlu menunjukkan kejantanan politik mereka dengan menumpukan untuk bertanding di Kedah saja.

Jika Mukhriz dan Mustapa merasakan risiko hilang jawatan Menteri lebih tinggi, elok tumpukan saja bertanding di Parlimen.

Saturday, March 30, 2013

MILIK SIAPA KERETA MODEL INI?

Sebuah blog yang bernama Shih Huang Ti dan blogger terkenal Sakmongkol menulis mengenai kereta Buggati Veyron kepunyaan seorang anak bekas pemimpin negara.

SIAPA BELIAU?

Lihat blog:
Shih Huang Ti:  http://maharaja-kaiser.blogspot.com/
Sakmongkol: http://sakmongkol.blogspot.com/2013/03/the-oracle-of-syed-putera-speaks-again_26.html

Tuesday, March 26, 2013

MB BARU UNTUK NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar yang baru. Itulah yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris beberapa hari lalu.

Tujuh pemimpin disenaraikan sebagai calon untuk menyandang jawatan tersebut menggantikan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamed Hassan yang dikatakan gagal melepasi saringan yang dilakukan oleh SPRM berikutan dakwaan memindah wang sebanyak RM10 juta ke London.

Tujuh pemimpin tersebut ialah Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor (Tampin), Datuk Dr Awaluddin Said (Adun Kota), Senator Najeeb Abdullah (Timbalan Ketua Bahagian Rasah), Datuk Lilah Yassin (Ahli Parlimen Jempol), Datuk Hasan Malek (Ahli Parlimen Kuala Pilah) , Datuk Ismail Lasim (Adun Senaling) dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (Ahli Parlimen Rembau).

Akhbar tersebut juga melaporkan bagaimana ahli keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan menjadi sasaran kerana mendominasi politik dan perniagaan di Negeri Sembilan.

Untuk laporan akhbar Inggeris tersebut, sila klik di link ini: http://www.mmail.com.my/story/seven-names-ninth-state-51528


Wednesday, March 20, 2013

SENARAI CALON DIGUGURKAN

Sejak akhir-akhir ini pelbagai spekulasi dibuat mengenai siapa yang akan bertanding di PRU-13 nanti dan siapa yang digugurkan.

Antara spekulasi tersebut ialah:

DIGUGURKAN

1) Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas)

2) Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar - enggan bertanding)

3) Noraini Ahmad (gambar - Parit Sulong)

4) Syed Hamid Albar (Kota Tinggi)

5) Azmi Khalid (Padang Besar)

6) Radzi Sheikh Ahmad (Kangar)

7) Ong Ka Ting (Kulai)

8) Fong Chan Ong (Alor Gajah)

9) Leo Michael Toyad (Mukah)

10) Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut - enggan bertanding)

11) Sulaiman Taib (Kota Samarahan)

12) Peter Chin (Miri - dulu buat keputusan berundur, sekarang nak bertanding pula)
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/19/nation/12855131&sec=nation

Thursday, March 14, 2013

MUSA HITAM: POLITIK BANGKRAP, NEGARA TIDAK BANGKRAP

Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Musa Hitam beberapa hari lalu mengenai beberapa perkara termasuk politik menimbulkan pelbagai reaksi dan antara di antara pemimpin Umno menyerang beliau.

Disiarkan kenyataan Musa mengenai isu-isu berikut:

1) NEGARA BANGKRAP JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH
"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap."
Artikel penuh: http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-hitam-tidak-bankrap-jika-pr-memerintah-1.139051

2)  ISU LAHAD DATU
"Jangan ambil mudah seperti isu lain, jangan ucapkan syabas terlalu awal. Kita perlu sedar, ini adalah isu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Kita perlu pertimbang untuk buat kajian terperinci dan melihat isu ini lebih jauh. Isu ini bukan hanya perang menembak, (tetapi) peperangan psikologi." http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-hitam-tidak-boleh-ambil-mudah-isu-lahad-datu-1.139060

3)  POLITIK PERKAUMAN
"Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap."
http://www.sinarharian.com.my/politik/musa-politik-perkauman-politik-bankrap-1.139020

4) EKONOMI MELAYU
"Masanya sudah tiba orang Melayu janganlah meneruskan sikap terlampau merendah diri hinggakan kita boleh anggap sebagai 'inferiority complex. Sikap terlalu merendah diri dan kebergantungan terus kepada kerajaan bagi mendapatkan sesuatu lesen atau tender perniagaan harus dilupuskan dari minda masyarakat Melayu.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-terlalu-gantung-pada-kerajaan-nasihat-musa-hitam-1.139011

5) KRONISME DAN NIPOTISME DALAM EKONOMI MELAYU
"Ini adalah sebahagian daripada kehidupan. Kita kena sentiasa berhati-hatilah."
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-pandang-survival-ekonomi-melayu-dari-sudut-negatif-kata-musa-hitam-1.139036

6)  SKANDAL DALAM GLC
"Kalau ada skandal (dalam GLC) bukan kerana Melayu atau kaum, tetapi kerana perasaan tamak. Anak-anak Melayu yang bekerja di sana (GLC)."
http://www.sinarharian.com.my/nasional/musa-ekuiti-melayu-lebih-30-jika-ambil-kira-glc-1.139038

Tuesday, March 12, 2013

RAMALAN AHMAD MASLAN: BN MENANG 160 KERUSI PARLIMEN

Barisan Nasional (BN) berkemampuan untuk memenangi sekurang-kurangnya 160 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti dan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga.

Itulah nada optimis Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Intipati kenyataan Ahmad Maslan:

"Selain mengekalkan 140 kerusi yang dimiliki BN pada ketika ini, kita akan ambil lima daripada 23 kerusi Parlimen Pas, 10 daripada 31 kerusi PKR dan lima daripada kerusi yang kini dimiliki oleh DAP."


"Dengan 140 kerusi Parlimen BN dan ditambah pula dengan 20 kerusi, kita berkeyakinan tinggi untuk memperolehi 160 kerusi, iaitu melebihi dua pertiga."

"Suasana politik negara pada ketika ini jauh berbeza berbanding menjelangnya PRU-12 pada 2008 yang lebih memihak kepada pihak pembangkang.


"Jika pada 2008 ada tsunami politik, kini tsunami itu terhenti dengan BN akan mengambil balik apa yang ia hilang pada PRU12 lepas. BN akan turun pada pilihan raya umum kali ini dengan lebih berkeyakinan."

"Negeri-negeri yang kini dipimpin oleh pembangkang secara aturannya BN mempunyai peluang paling cerah untuk merampas kembali Kedah, diikuti Selangor, Kelantan dan terakhir, Pulau Pinang."


"Sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU13 kali ini, BN berkeyakinan pandangan mereka terhadap BN kali ini telah berubah berbanding pada 2008 yang mencatatkan penurunan."

"Masyarakat Cina amat mementingkan isu-isu berkenaan ekonomi, peluang perniagaan, penjanaan kekayaan dan kestabilan politik. Masyarakat Cina mengakui BN telah berjaya menjaga ekonomi negara negara ini dengan baik serta mewujudkan pelbagai peluang perniagaan di samping memelihara kestabilan politik."
http://www.sinarharian.com.my/politik/bn-sasar-menang-160-kerusi-parlimen-1.138993

Monday, March 11, 2013

RASUAH; SENARAI CALON NAJIB PENENTU

11 Mac, Jam 11.11 pagi. Ini dikatakan tarikh dan masa keramat Najib Tun Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen kononnya No 11 adalah nombor kegemaran Najib. Allahyarham bapanya, Tun Razak, dilahirkan pada 11 Mac 1922.

Akhirnya ia tidak menjadi kenyataan. Selepas ini, akan timbul spekulasi Parlimen akan dibubarkan samada Jumaat ini ataupun selepas mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Sudah lama rakyat menunggu PRU-13 ini. Mereka menunggu tanpa sabar sejak awal tahun lepas. Gambaran di akar umbi ialah rakyat tidak sabar-sabar hendak mengundi. Siapa yang mereka akan undi, adalah perkara lain.

Segala-galanya telah dilakukan. BR1M telah habis diberikan. PR1MA hari-hari mengumumkan mahu membina rumah di sana dan di sini walaupun sehingga hari ini sebuah rumah pun belum kelihatan. Berperang pun dah sudah. Tinggal tunggu masa untuk mengundi saja lagi.

Jelapang amat kagum dengan pengenalan apa yang dinamakan sebagai NKRA oleh Najib apabila beliau mula-mula mengambil alih tampuk perkhidmatan.

Antara NKRA yang dibawa oleh Najib ialah mengurangkan kos kehidupan dan jenayah. Yang paling menakjubkan ialah janji beliau untuk membanteras rasuah dan Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan rasuah berkurangan ialah lain dan tidak bukan Nazri Aziz.

Untuk membanteras rasuah bukan perkara mudah. Bukan mudah untuk seseorang menolak untuk mendapatkan duit cara mudah.

Untuk membanteras rasuah, kita perlukan ketahanan diri. Pastikan kita sendiri menghindari rasuah sebelum kita cuba menghindari orang lain dari terlibat dengan rasuah.

Sudah pasti manifesto BN akan menyatakan kejayaan kerajaan dalam membanteras rasuah.

Bagi Jelapang, samada Najib serius atau tidak untuk membanteras rasuah akan dapat dilihat dari senarai calon BN yang akan dikemukakan beliau.

Ramai pemimpin-pemimpin termasuk Menteri-Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikaitkan dengan rasuah semasa pentadbiran Najib.

Mudah saja kita membuat kesimpulan. Kalau Menteri-Menteri atau Ketua-Ketua Menteri dan Menteri Besar ini masih bertanding, boleh kita menyimpulkan Najib tidak serius dalam membanteras rasuah. Atau dengan kata lain Janji Tidak DiTepati.

Najib tahu siapa Menteri-Menteri, Ketua-Ketua Menteri dan Menteri Besar yang terpalit ini.

Sunday, March 3, 2013

HISHAMMUDDIN & ZAHID: APA SUDAH JADI PADA NEGARA?

5 Polis Terbunuh, 2 Penjenayah Ditembak Mati - KPN


Oleh P.K. KATHARASON

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan di Semporna pada Sabtu malam.

Selain itu menurut Ismail dua penjenayah turut ditembak mati ketika serbuan berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Ahad, Ismail berkata selain memantau kumpulan penjenayah di Semporna, polis juga turut memburu satu lagi kumpulan bersenjata di Kunak, iaitu kira-kira 70km dari Semporna.

Tambah Ismail, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.

Katanya lagi, penceroboh di Semporna dan Kunak berpakaian seragam tentera.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/3/3/mstar_berita/20130303130811&sec=mstar_berita

Jelapang: Apa sudah jadi kepada negara Hishammuddin dan Zahid?

Tidak kah kedua-dua Menteri ini merasakan bertanggungjawab dengan keadaan dalam negara sekarang ini?

Kalau di negara lain, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan sudah pun meletakkan jawatan?