Showing posts with label habibul rahman kadir shah. Show all posts
Showing posts with label habibul rahman kadir shah. Show all posts

Wednesday, April 24, 2019

PENASIHAT NAJIB, HABIBUL RAHMAN DAPAT RM2.5 JUTA DARI BOSSKUR

Image result for habibul rahman

"Saksi pendakwaan Ke-18 itu berkata setelah cek tersebut didepositkannya, Habibul Rahman telah mengarahkannya mengeluarkan cek kepada isteri, anak-anaknya dan beberapa individu lain yang ditentukan tokoh korporat itu."

PENEROKA Felda, ahli Umno dan makcik pakcik yang sebelum PRU-14 banyak komplen mengenai harga ikan kembong, duit tak cukup dan harga getah jatuh, wajib mengikuti perbicaraan Najib Razak di mahkamah sekarang ini.

Hari ini mahkamah diberitahu orang kanan Najib, Habibul Rahman Kadir Shah, menerima RM2.5 juta dan sebahagian wang ini dibahagi-bahagikan kepada anak bini beliau.

Ketika makcik pakcik tidak puashati dengan harga getah, ada di kalangan kawan-kawan Najib menerima ribu-ribu dan juta-juta ringgit dari Bosskur.

Baca laporan ini:


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Seorang peguam dari Firma Guaman Tetuan Zulkarnain & Co memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa seorang tokoh korporat, Datuk Habibul Rahman Kadir Shah pernah menerima cek berjumlah RM2.5 juta pada 2015.

Ashraf Abdul Razak, 48, yang merupakan peguam peribadi Habibul Rahman sejak 1996, berkata dia diberitahu oleh tokoh korporat itu bahawa cek berkenaan yang bertarikh 2 Feb 2015 adalah bayaran berkaitan dengan rundingan bekalan kontrak pertahanan dan dia diminta menguruskan cek tersebut.

Habibul Rahman dikatakan pernah menjadi penasihat media kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saksi pendakwaan Ke-18 itu berkata setelah cek tersebut didepositkannya, Habibul Rahman telah mengarahkannya mengeluarkan cek kepada isteri, anak-anaknya dan beberapa individu lain yang ditentukan tokoh korporat itu.

“Beliau (Habibul Rahman) berjumpa dengan saya dan memaklumkan bahawa beliau akan menerima pembayaran untuk khidmat rundingan bagi satu perkhidmatan bekalan ‘defence contract’.

“Beliau memaklumkan pecahan pembayaran beliau akan telitikan kepada saya kelak. Pada masa saya dipanggil untuk mengambil cek ini ada disediakan sepucuk nota kecil sebagai pengakuan antara beliau dan saya mengenai cek ini yang ditandatangani oleh beliau,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-18 itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada perbicaraan hari kelapan kes dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib.

Ashraf berkata ketika itu juga Habibul Rahman sedang menjalankan urusan bagi mendapatkan sebuah tender bagi Syarikat Fuelsubs House Sdn Bhd (FSH), untuk mengurus subsidi minyak petrol dan Habibul Rahman adalah pengarah urusan syarikat tersebut.

Kepada soalan Muhammad Saifuddin adakah Habibul Rahman memberitahu daripada siapakah pembayaran itu diterima, saksi itu berkata, “tidak”.

Mengulas lanjut Ashraf berkata setelah beliau menerima cek itu yang diambil dari Habibul Rahman sendiri di kediaman tokoh korporat itu, beliau telah mendepositkannya ke dalam akaun semasa Bank CIMB atas nama firma guaman itu.

“Setelah (cek) dimasukkan, selanjutnya beliau mengeluarkan arahan kepada saya untuk mengeluarkan cek-cek kepada antara lain isteri beliau dan anak-anak beliau secara berkala. Selepas itu beliau mengarahkan saya untuk mengeluarkan cek-cek lain kepada pihak-pihak yang beliau tentukan,” katanya.

Ketika ditanya adakah Ashraf tahu kenapa Habibul Rahman memilih untuk menyerahkan cek itu kepadanya dan bukan Habibul Rahman sendiri yang mendepositkan cek tersebut ke dalam akaun, saksi itu berkata dia tidak tahu. 

Menjawab soalan adakah saksi itu menguruskan kesemua wang RM2.5 juta itu sehingga ianya habis, beliau berkata, “Ya, semua pembayaran berjumlah RM2.5 juta itu sudah dilunaskan termasuk yuran guaman berjumlah RM50,000.”

Ashraf juga berulang kali menyatakan beliau tidak tahu sumber wang itu dan tidak pernah bertanyakan Habibul Rahman mengenainya kerana lelaki itu seorang tokoh korporat yang disegani.

“Saya telah lama mengenali beliau, pada pandangan saya, disebabkan kedudukan beliau sebagai toloh korporat agak disegani, beliau merupakan ahli lembaga pengarah beberapa syarikat GLC, jadi saya tidak terfikir untuk bertanyakan,” katanya.

Ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bahawa adakah kemungkinan Ashraf terlupa apa yang diberitahu Habibul Rahman berkenaan cek tersebut sama ada ia untuk kontrak pertahanan atau perkara lain, saksi itu berkata, “Tidak, saya jelas beliau berkata kepada saya ia dari ‘defence contract’.

Saksi ke-19, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Operasi Penjelasan Cek Bank Cimb, Edward anak lelaki Innasi Born, 58, mengesahkan cek berjumlah RM2.5 juta telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Firma Guaman Tetuan Zulkarnain & Co bertarikh 2 Feb 2015.

Saksi itu yang telah berkhidmat sebagai timbalan pengurus besar di jabatan itu sejak 2004 turut mengecamkan salinan cek tersebut yang ditunjukkan pihak pendakwaan.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung pull 2.30 petang.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1719744


Friday, November 3, 2017

KEM NAJIB BERGOLAK: AZEEZ RAHIM LAWAN HABIBUL?


BERLEGAR di media sosial poster di atas. Benarkah perang saudara di antara 2 orang kanan Najib Razak yang paling berkuasa ini?

Hari ini sebuah portal menyiarkan tulisan berikut (baca di bawah)


SERONOKNYA jadi orang tengah atau tukang atur untuk Perdana Menteri.

Anda cakap apa pun orang ambil serius dan orang beri hormat yang tinggi, jauh lebih tinggi daripada kedudukan rasmi, penampilan atau tahap pendidikan.

Malah kalau ahli politik kanan, pegawai kanan kerajaan atau broker kuasa lain di Malaysia ini tidak sukakan anda, mereka tahu pada akhirnya anda bercakap bagi Najib Razak atau "Madam", begitulah Rosmah Mansor, isteri Najib digelar dalam lingkungan perdana menteri.

Masalahnya jadi tukang atur yang berkuasa di lapangan ialah semua orang dalam kem PM juga mengidam kedudukan yang akrab dan berpengaruh itu, dan akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan anda.


Inilah yang dialami oleh Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini. Beliau belajar dengan pantas bahawa dekat dengan kekuasaan di Malaysia ini ada baik dan buruknya.

Suatu hari, anda cemerlang dan tampak seolah tidak tersentuh dengan pendedahan apa pun. Tetapi pada suatu hari yang lain, bahasa Melayu anda yang pelat atau kefasihan dalam Tamil jadi isu.

Pekerja politik PM dan blogger menghidu kelemahannya. Mereka percaya hubungan Abdul Azeez dengan keluarga PM robek dan tigak teguh lagi seperti dulu.

Akibatnya, ada beberapa rencana yang ditulis tentang beliau.

Kebanyakan artikel itu disiarkan di Malaysia Today yang dikendalikan oleh blogger
Raja Petra Kamarudin yang hidup dalam pelarian, yang kini kelihatannya menyokong kerajaan selepas bertahun-tahun mendukung Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri dipecat daripada kerajaan padan 1998.

Ada cakap-cakap dalam kelompok Umno bahawa Raja Petra, yang lebih dikenali dengan singkatan RPK, berkomplot dengan seorang lagi penasihat Najib tetapi ia masih lagi tinggal cakap-cakap sampai hari ini.

"Buang masa saya," kata Abdul Azeez di lobi Parlimen semalam ketika diminta mengulas tulisan Raja Petra.

Apa yang jelas ialah Abdul Azeez, pengerusi Tabung Haji dan ketua Putera Umno, sekarang ini diserang ketika penasihat-penasihat dalam lingkungan Najib bersaing untuk jadi orang rujukan utama perdana menteri.

Mereka mahu jadi seperti Abdul Azeez, yang sampai tahu apa PM akan pakai esok serta program yang akan dihadirinya. Untuk dapat singgah di rumah PM pada bila-bila masa dan dilibatkan dalam apa-apa perbincangan walaupun ia melibatkan isu sulit negara.

Ada masanya orang rujukan itu adalah mereka yang duduk dalam kelompok Najib yang sedang mendaki tangga kuasa dalam Umno. Tetapi hari ini, petugas politik yang bersembunyi di sebalik bayang-bayang inilah yang merasakan mereka patut diketahui sebagai orang rujukan dalam pentadbiran Najib.

Seorang daripadanya dijadualkan muncul dalam satu wawancara BBC ketika heboh tentang identiti MO1 — pegawai kanan Malaysia yang dikatakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terlibat dalam kleptokrasi 1Malaysia Development Berhad.

Tetapi BBC kemudian mendapati beliau tidak menarik untuk penonton global, dan kerajaan selepas itu mencadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan yang kemudian mengesahkan identiti MO1.

Seperti yang pernah Najib katakan, beliau menghargai kesetiaan berbanding kebijaksanaan. Tukar atur ini, termasuk Abdul Azeez, orang yang setia tetapi masing-masing cuba menikam antara satu sama lain untuk membuktikan mereka yang paling setia dalam Kem Najib.

Malang bagi Abdul Azeez, orang yang sudah melaksanakan segala-galanya untuk presiden parti dan perdana menteri, kesetiaan dan kecekapannya itu dijadikan sasaran oleh pesaing-pesaingnya yang mahukan perhatian daripada Najib. – 3 November, 2017.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/21219/




In Camp Najib, fixers fix each other up for top spot
The Malaysian InsightUpdated 11 hours ago · Published on 3 Nov 2017 10:29AM · 0 comments


IT is wonderful to be the Prime Minister's fixer on the ground.

Every word that you utter is taken seriously and you are accorded great respect and deference, far beyond your official position, appearance or educational level.

And even if senior politicians, senior civil servants or other power brokers in Malaysia do not really like you, they know that ultimately you speak for Najib Razak or Madam, as Najib's wife Rosmah Mansor is known as in PM's circle.

The flip side to being a powerful fixer on the ground is that every other individual in the PM's camp also covets that position of closeness and influence and would do pretty much anything to bring you down.


This is where fixer extraordinaire Baling MP Abdul Azeez Abdul Rahim finds himself today. He is learning the fast way that being close to the powerful in Malaysia is a double-edged sword.

One day, you are flying high and seemingly untouchable. But on another day, even your heavily-accented Malay or the fact that you are fluent in Tamil is held against you.

The PM's political operatives and their bloggers smell blood. They believe that Abdul Azeez's ties with the first family are fraying and not as strong ‎as it once was.

As a result, there have been a cache of articles about him.

Most of these articles are on Malaysia Today, run by fugitive blogger Raja Petra Kamarudin who has apparently turned pro-government after several years of supporting Anwar Ibrahim when the latter was sacked from the government in 1998.

There is talk among Umno circles that Raja Petra, better known by his initials RPK, is in cahoots with another Najib advisor but it remains just talk until today.

“Wasting my time,” said Abdul Azeez at the Parliament lobby yesterday when asked to comment on the articles by Raja Petra.

What is clear is that Abdul Azeez, who is the Tabung Haji chairman and head of Putera Umno, is being pilloried now as Najib's circle of advisors jostle to be the main point man for the prime minister.

They want to be in the same position as Abdul Azeez, to even know what the PM is wearing the next day, and his programmes. To be able to walk into the PM's house at any time of the day and be part of discussions, even if they involve confidential state issues.

There was a time when the point man was those in Najib's cohort rising through the ranks in Umno. But today, it is these operatives who lurk in the shadows but see it fit that they are known to be the point man in the Najib administration.

One of them was even slated to be featured in a BBC interview during the hubbub about the identity of MO1 – the top Malaysian official that the US Department of Justice (DoJ) said had had a hand in the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kleptocracy.

But the BBC found him unimpressive for a global audience, and the government then nominated EPU chief, Minister in the Prime Minister’s Department Abdul Rahman Dahlan who then confirmed MO1's identity.

Najib once said he values loyalty over intelligence. These fixers, including Abdul Azeez, are that loyal but each one has knives on each other's back to prove that they are the ultimate loyalist in Camp Najib.

Unfortunately for Abdul Azeez, who has executed everything for his party president and prime minister, that loyalty and efficiency has put a huge bullseye on his back by his rivals for Najib's affection. – November 3, 2017.


Tuesday, August 25, 2015

SIAPA GANG HANG TUAH. SIAPA SI KITOL. HAMID BADOR KENA BERTANGGUNGJAWAB & DEDAHKAN



DATO' Abdul Hamid Bador bukan calang-calang orangnya. Beliau merupakan orang No 2 yang menerajui SB atau cawangan khas.

Di dalam sidang akhbar beliau, Hamid mendakwa ada KUMPULAN SULIT yang cuba MENUTUP isu 1MDB dan mengelarkan mereka GANG HANG TUAH yang diketuai SI KITOL. 

http://www.malaysiakini.com/news/309471

Pengarah Operasi Khas SPRM Dato' Bahari Mohamad Zin mendakwa ada 'TANGAN GHAIB" yang mengarahkan polis membuat penahanan melibatkan beberapa pegawai SPRM tetapi ianya dinafikan oleh pihak polis.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/08/06/dig-tiada-tangan-ghaib/

SIAPAKAH GANG HANG TUAH, TANGAN GHAIB dan SI KITOL ini?

Pelbagai spekulasi dibuat. Sesiapa yang dilihat mempertahankan Najib kini menjadi sasaran.

Image result for shahrir samad+arul

Nama Shahrir Samad juga terpalit. Begitu juga seorang penasihat British bernama Paul Stadlen gara-gara tersiarnya gambar pertemuan sulit Shahrir dan Paul Stadlen serta Arul Kanda tidak lama dulu. Ada juga membuat tuduhan terhadap Habibul Rahman yang dikenali di kalangan blogger sebagai HR. 




Kepada bekas orang NO 2 SB, Dato' Hamid, eloklah beliau dedahkan siapa Gang Hang Tuah ini dan siapa Si Kitol.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan.

Jangan pula Dato' dituduh bermain wayang kulit dengan harapan bulan jatuh ke riba.

Jika benar sayangkan bangsa dan negara, alang-alang berjuang, contohi Khairudin Abu Hassan, bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan.

Beliau berjuang sehingga rumah beliau dilelong dan diisytiharkan bankrap.

Berikut antara tulisan mengenai Hamid:

http://www.apanama.my/2015/08/apa-lagi-yang-ditunggu-tunggu.html

http://politikputramerdeka.blogspot.com/2015/08/pengakuan-orang-no2-sb-di-tukar.html

Saturday, January 17, 2015

NAJIB PERDANA MENTERI PERTAMA MUSUHI PEMIMPIN VETERAN


ADA yang tak kena dengan Najib Razak.

Atau mungkin tersalah memilih penasihat.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

2. Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno.

3. Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno.

4. Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

5. Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri.

Kita boleh memberi beberapa nama pemimpin Umno lain (bukan pemimpin Pakatan Rakyat) dan setiap dari mereka ini mengkritik Najib atau pernah mengkritik Najib.

Tun Dr Mahathir mengkritik Najib melalui blog beliau serta membuat kenyataan secara terbuka.

Tun Daim Zainuddin juga mengkritik cara Najib mentadbir di majlis-majlis yang dihadiri beliau.

Tengku Razaleigh menulis surat kepada semua Ahli Parlimen mengkritik pentadbiran Najib.

Tan Sri Sabaruddin juga mengkritik Najib semasa isu Bank Rakyat tidak lama dulu dan Tan Sri Zainuddin melalui blog beliau, Zamkata.

Sekarang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim diserang hebat oleh media milik kerajaan. Malahan malam ini, TV3 begitu ghairah mengkritik Tun Daim.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno yang dihormati rakyat tiba-tiba DIMUSUHI NAJIB.

Tidak mungkin media Umno berani menyerang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim TANPA pengetahuan Najib.

Apakah Najib merasakan pemimpin-pemimpin veteran ini tiada nilai dan tidak berguna lagi kepada Umno?

Apakah Hassan Malek, Shahidan Kassim, Tajuddin Rahman, lebih baik dari Tun Dr Mahathir, Tun Daim dan lain-lain?

Atau Najib memang jenis pemimpin yang PANAS TELINGA dan tidak boleh dikritik?

Seorang kawan berkata, Tun Dr Mahathir lah yang meminta Tun Daim memastikan Najib "SELAMAT" karier politiknya semasa Tun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Kini bagi Najib, ikut cara pemimpin ini dilayan sekarang ini, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim bukan lagi RAKAN beliau dan sebab itulah sekarang ini media Umno "MENYERANG" mereka.

Kita tengoklah siapa yang akan kecundang.

Tun Dr Mahathir dan Tun Daim tiada apa yang dikejar mereka dan mereka tidak akan rugi apa-apa.

Inilah PERTAMA kali, Perdana Menteri dan Presiden Umno memusuhi begitu ramai pemimpin veteran Umno.

Mungkin Najib merasakan beliau adalah pemimpin paling kuat dalam sejarah Umno atau mungkin juga disebabkan oleh salah nasihat.

TETAPI Jelapang melihat kepada Najib sebagai pemimpin terdesak dan berada di dalam ketakutan dan berharap 'SERANGAN" ke atas Tun Dr Mahathir dan Tun Daim boleh memaksa mereka menutup mulut seketika.

Sehingga kini, jangan harap Tun Dr Mahathir dan Tun Daim dapat dibisukan dengan cara ini.

Yang akan rugi ialah Umno.

Yang akan kecundang ialah Najib.

TAK PERCAYA?

TANYA PAK LAH.

Friday, January 16, 2015

HABIBUL RAHMAN, PENASIHAT NAJIB? PADANLAH UMUR POLITIK PAK LAH SINGKAT


Ah, Habibul Rahman Kadir Shah ini kah yang dikatakan PENASIHAT MEDIA Najib Razak?

Semalam Dato' Kadir Jasin, blogger terkenal, di dalam tulisan beliau memberi gambaran Habibul Rahman adalah Penasihat Media Najib.

Kadir menyiarkan satu sms dari seorang editor kanan akhbar media utama yang berbunyi “Assalam Tok Kadir. Siapa dia orang bernama H------ R----- yang dikatakan terlalu rapat dengan PM dan berupaya memberitahu kepala2 media prima dan utusan yang apa perlu di spin?”

Kita orang politik kenal sangat Habibul ini. Dulu strategis dan Penasihat Media Pak Lah sampai bapak-bapak Menteri, Ketua-Ketua Bahagian pun dipaksa mengikut telunjuk beliau. Tetapi bukan semua Menteri dan Ketua Bahagian mahu ikut telunjuk beliau. Menteri yang tidak sayang jawatan, ada "CLASS" dan ada kredibiliti TIDAK PANDANG Habibul.

Sekarang kita fahamlah kenapa Pak Lah tidak bertakhta lama sebagai Perdana Menteri. 

Bila diteliti gambar di atas, terpandang pula kepada Razali Merican Naina Merican, abang Reezal Merican yang pernah menjadi Setiausaha Politik Pak Lah, yang juga sama nasib dengan Pak Lah kerana umur jawatan Setiausaha Politik beliau pun sesingkat jawatan Pak Lah. Rupa-rupanya Habibul dan Reezal dalam "team penasihat" Pak Lah dan juga dalam "team perniagaan". Padanlah Pak Lah "jalan" cepat" sebagai Perdana Menteri. 

Kalau mereka-mereka inilah yang menasihati Najib, Najib akan "SELAMAT" sama macam Pak Lah.

Kalau Najib betul-betul nak hebat, contohilah Persatuan Badminton Malaysia.

BAM tidak mencari penasihat yang rekod karier mereka sesingkat "umur politik" Pak Lah.

BAM memilih lagenda Badminton Dunia dari Denmark, Morten Frost Hansen, Juara All England sebanyak 4 kali dan menguasai persada badminton dunia hampir 15 tahun lamanya sebagai penasihatnya.

Itu baru betul.

Kalau penasihat beliau yang ada ini hanya mampu mempertahankan Pak Lah hanya sepenggal, PERCAYALAH, Najib akan sama macam Pak Lah.

Kita juga tertarik dengan penulisan blogger Gelagat Anwar mengenai SENTUHAN MAGIS Habibul.