Showing posts with label zam. Show all posts
Showing posts with label zam. Show all posts

Saturday, January 17, 2015

NAJIB PERDANA MENTERI PERTAMA MUSUHI PEMIMPIN VETERAN


ADA yang tak kena dengan Najib Razak.

Atau mungkin tersalah memilih penasihat.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno.

2. Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan dan bekas Bendahari Umno.

3. Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno.

4. Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

5. Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas Setiausaha Agung Umno dan bekas Menteri.

Kita boleh memberi beberapa nama pemimpin Umno lain (bukan pemimpin Pakatan Rakyat) dan setiap dari mereka ini mengkritik Najib atau pernah mengkritik Najib.

Tun Dr Mahathir mengkritik Najib melalui blog beliau serta membuat kenyataan secara terbuka.

Tun Daim Zainuddin juga mengkritik cara Najib mentadbir di majlis-majlis yang dihadiri beliau.

Tengku Razaleigh menulis surat kepada semua Ahli Parlimen mengkritik pentadbiran Najib.

Tan Sri Sabaruddin juga mengkritik Najib semasa isu Bank Rakyat tidak lama dulu dan Tan Sri Zainuddin melalui blog beliau, Zamkata.

Sekarang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim diserang hebat oleh media milik kerajaan. Malahan malam ini, TV3 begitu ghairah mengkritik Tun Daim.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno yang dihormati rakyat tiba-tiba DIMUSUHI NAJIB.

Tidak mungkin media Umno berani menyerang Tun Dr Mahathir dan Tun Daim TANPA pengetahuan Najib.

Apakah Najib merasakan pemimpin-pemimpin veteran ini tiada nilai dan tidak berguna lagi kepada Umno?

Apakah Hassan Malek, Shahidan Kassim, Tajuddin Rahman, lebih baik dari Tun Dr Mahathir, Tun Daim dan lain-lain?

Atau Najib memang jenis pemimpin yang PANAS TELINGA dan tidak boleh dikritik?

Seorang kawan berkata, Tun Dr Mahathir lah yang meminta Tun Daim memastikan Najib "SELAMAT" karier politiknya semasa Tun Dr Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Kini bagi Najib, ikut cara pemimpin ini dilayan sekarang ini, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim bukan lagi RAKAN beliau dan sebab itulah sekarang ini media Umno "MENYERANG" mereka.

Kita tengoklah siapa yang akan kecundang.

Tun Dr Mahathir dan Tun Daim tiada apa yang dikejar mereka dan mereka tidak akan rugi apa-apa.

Inilah PERTAMA kali, Perdana Menteri dan Presiden Umno memusuhi begitu ramai pemimpin veteran Umno.

Mungkin Najib merasakan beliau adalah pemimpin paling kuat dalam sejarah Umno atau mungkin juga disebabkan oleh salah nasihat.

TETAPI Jelapang melihat kepada Najib sebagai pemimpin terdesak dan berada di dalam ketakutan dan berharap 'SERANGAN" ke atas Tun Dr Mahathir dan Tun Daim boleh memaksa mereka menutup mulut seketika.

Sehingga kini, jangan harap Tun Dr Mahathir dan Tun Daim dapat dibisukan dengan cara ini.

Yang akan rugi ialah Umno.

Yang akan kecundang ialah Najib.

TAK PERCAYA?

TANYA PAK LAH.

Friday, December 13, 2013

NELSON MANDELA: TAN SRI ZAM TEGUR NAJIB

KEPUTUSAN Najib Razak untuk tidak menghadiri pengkebumian Nelson Mandela ditegur Tokoh Wartawan Negara dan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai ZAM.

Berikut ialah teguran Zam:

SAYA TAK SANGKA........
Saya terkejut,tergaman,terkelu  dan sedih menghiris hati  apabila  saya mendengar berita mengatakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib tidak akan menghadhiri upacara pengkebumian seorang pemimpin agung dunia yang di hormati kawan dan lawan  Presiden Africa Selatan Mandela pada 15 Disember 2013 ini.

Keharuman nama Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia Pertama Tunku Abdul Rahman yang  dengan tegas dan berani menyokong  perjuangan menentang apartheid dengan sekali gus telah dipadamkan dengan seguris keputusan Perdana Menteri Malaysia yang melukakan perasaan rakyat Africa Selatan khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Apakah ini atas nasihat dari Wisma  Putra atau keputusan Najib  sendiri atau  orang yang terdekat dengannya ? Saya tidak mahu percaya kepada alasan yang diberikan bahawa ini dilakukan  untuk menjimatkan belanja.

Apapun inilah  suatu keputusan yang sangat tidak waras dan bertentangan dengan semangat rakyat dan penghayatan negara.

Jika Tun Dr.Mahathir sihat tentulah beliau akan pergi.

Saya tidak perlu komen terlalu panjang tetapi cukuplah untuk  mengatakan bahwa keptutusan Najib ini adalah langsung  tidak termasuk dalam logik akal saya.Perbuatan ini tidak dirastukan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan anti kekejaman malah menghina perasaan seluruh rakyat  Malaysia yang menghayati perjuangan dan jasa  Mandela.

Saya meagungkan ayahnya nya Tun Abdul Razak sebagai seorang nasionalis yang bijak yang sanggup menyekutukan dirinya dengan gulongan sosialis dan nasionalis kiri untuk mengeluarkan bangsanya dari perbezaan dan penindasan dalam negaranya sendiri tetapi anaknya gagal untuk membuktikan penghayatan perjuangan gigih seorang pemimpin yang juga dihayati oleh ayahnya.

Inilah saat saatnya untuk menunjukan warisan kepada penjiwaan semangat negara.

Kepada mendiang  Mandela hanya ingin ku katakan:
Sebagai rakyat Malaysia aku  tidak turut merastui perbuatan ini 
Aku telah membaca bukumu A long Walk To Freedom
Mungkin kerana aku terlalu sentimen kepada mu
Maka perasaan ini ku curahkan  dalam pemergian abadimu
Semuga  suara kecil ini dirasakan oleh rakyat Africa
Bangsa kami tidak miskin budi bahasa
Hanya  pemimpin  tidak tahu mengharga .

http://zamkata.blogspot.com/2013/12/saya-tak-sangka-najib-akan-lakukan-ini.html