Sunday, May 30, 2010

Thursday, May 27, 2010

MINYAK NAIK 15 SEN

Pengumuman oleh Idris Jala.

Subsidy rationalisation laboratory has proposed that fuel price be increased in mid-2010 by 10 to 15 sen, followed by 10 sen increase every six months until it reaches market price. (Makmal penyelarasan subsidi telah mencadangkan harga minyak dinaikkan pertengahan tahun ini sebanyak 10 hingga 15 sen, diikuti kenaikan setiap 6 bulan sebanyak 10 sen sehingga mencapai paras harga pasaran).
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/27/nation/20100527105129&sec=nation

Harga petrol selepas ini:

Jun 2010: RM1.95 seliter
Jan 2011: RM2.05 seliter
Jun 2011: RM2.15 seliter
Jan 2012: RM2.25 seliter
Jun 2012: RM2.35 seliter
Jan 2013: RM2.45 seliter
Jun 2013: RM2.55 seliter
Jan 2014: RM2.65 seliter

Wednesday, May 26, 2010

HARGA PETROL, BARANG, LETRIK, GAS NAIK BULAN DEPAN?

Harga barang, petrol, letrik dan gas akan naik 6 bulan sekali selama 5 tahun?

Itulah cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos subsidi yang dikatakan berjumlah RM74 bilion. Lihat artikel berikut:
http://www.iii.co.uk/news/?type=afxnews&articleid=7908293&subject=markets&action=article

Kalau mengikut cadangan yang telah dikemukakan, harga petrol, barang makanan, letrik dan gas akan dinaikkan bulan depan dan kenaikan seterusnya pada Januari 2011, kenaikan ketiga pada Jun 2011 dan seterusnya enam bulan sekali sehingga 2015.

Jika ini menjadi kenyataan, kerajaan hari ini cukup berani. Mentadbir negara tidak sama dengan mentadbir sesebuah syarikat.

Dalam sesebuah syarikat, sekiranya pekerja tidak menyukai pengurusan syarikat, mereka boleh berhenti dan mencari kerja lain.

Mentadbir negara tidak sama dengan mentadbir syarikat. Rakyat bukan pekerja kerajaan. Rakyat yang memberikan kedudukan kepada seseorang pemimpin untuk mewakilinya mentadbir kerajaan.

Mandat yang diberikan ialah kerana rakyat yakin pemimpin berkenaan mampu membela nasibnya.

Sekiranya kerajaan yang diberi mandat tidak mampu membela rakyatnya, rakyat akan memilih siapa yang diyakini dapat memperjuangkan masa depannya.

SIAPA MENTERI BESAR KEDAH YANG BARU?

KEDAH GOYAH.

Itulah paparan di dada sebuah akhbar Melayu baru-baru. Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Pas digambarkan akan roboh pada bila-bila masa sahaja.

Persoalannya, sekiranya Umno kembali berkuasa di Kedah, siapakah Menteri Besarnya?

IR NAWAWI AHMAD

Adun Langkawi ini (berbaju belang biru bersama Najib Razak - gambar atas) dikatakan bakal Menteri Besar yang baru.

Nawawi berkelulusan B.Eng (Electrical) 1984-UTM merupakan bekas Exco Kesenian, Warisan dan Pelancongan. http://alumni.utm.my/alumninew3/documents/buletin/Alumni%20Apr-Jun09.pdf

Bekas Menteri Besar Mahdzir Khalid dikatakan tidak berminat untuk memimpin Kedah semula dan sebaliknya ingin menimba pengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan amat berharap dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri.

Sementara, orang paling kanan dalam hieraki Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanipah iaitu Timbalan Ketua Perhubungan Kedah, dikatakan tidak sesuai sebagai Menteri Besar disebabkan latarbelakang pendidikan beliau.

Sunday, May 23, 2010

PAK LAH TENTANG JUDI BOLA


"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga." - Abdullah Ahmad Badawi

Jarang kita mendengar kenyataan bernas dari Pak Lah semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri. Kenyataan ini merupakan kenyataan pertama yang bernas yang dikeluarkan oleh Pak Lah selepas bergelar bekas Perdana Menteri.

Benar kata Pak Lah bahawa Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat sebelum meluluskan lesen judi bola. Mungkin pendapatan kerajaan akan bertambah RM5.4 bilion hasil kutipan cukai dari judi bola. Judi bola haram di Malaysia dikatakan mencecah RM20 bilion setahun.

Tetapi bagaimana dengan kos politiknya? Bagaimana dengan kesan sokongan orang Melayu terhadap kerajaan?

Judi adalah haram dan akan tetap haram walau apa alasannya sekali pun.

Friday, May 21, 2010

4 MENTERI DIGUGURKAN DARI KABINET?

Benarkah Perdana Menteri akan melakukan rombakan terhadap Kabinet beliau dalam masa terdekat ini?

Inilah yang diperkatakan di warung-warung kopi selepas berakhirnya pilihanraya kecil Sibu. Khabar angin mengenai rombakan Kabinet ini bertiup sudah hampir setengah tahun berikutan masalah dalaman yang diharungi MCA dan PPP.

Pelbagai spekulasi dibuat. Yang menarik ialah khabar angin yang melibatkan Menteri-Menteri dari Umno. Berikut ialah cakap di kedai kopi.


DIGUGURKAN

1. Nor Mohamad Yakcop

2. Shabeery Chik

MUNGKIN DIGUGURKAN

1. Ismail Sabri

2. Khaled Nordin

3. Noh Omar

BERTUKAR PORTFOLIO

1. Hishammuddin Hussein

2. Ahmad Zahid Hamidi

3. Rais Yatim

4. Anifah Aman

5. Husni Hanadzlah

6. Mustapa Mohamed

MENTERI BARU

1. Tengku Adnan Tengku Mansor

2. Jamaluddin Jarjis

3. Dr Latif Ahmad

4. Mukhriz Mahathir

5. Awang Adek Hussin

TIMBALAN MENTERI

1. Khairy Jamaluddin

Wednesday, May 19, 2010

BUNG MUKHTAR & IMEJ UMNO

Mungkin Ahli Parlimen Umno dan BN dari Kinabatangan Bung Mukhtar Radin tidak menduga beliau akan dijatuhkan hukuman penjara kerana mengahwini Zizie Izzete tanpa kebenaran mahkamah.

Walaupun Bung Mukhtar tidak akan kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen walaupun dipenjarakan sebulan atas kesalahan tersebut, ramai di kalangan Umno bimbang akan kesannya kepada Umno dan BN.

Apakah nasib Bung Mukhtar selepas ini? Adakah pucuk pimpinan Umno dan BN akan mengambil tindakan atau berdiam diri dengan harapan kisah ini berlalu begitu sahaja. Sementara menanti akan reaksi dari pimpinan BN dan Umno, elok kita renungi kenyataan Hakim Syarie dan Shahrizat Jalil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal wanita.

HAKIM SYARIE WAN MAHYUDDIN WAN MUHAMMAD

"Bung Moktar merupakan ikon masyarakat dan kesalahan yang dilakukannya itu merupakan kesalahan yang berat yang sepatutnya dikenakan hukuman yang setimpal. Kes ini mendapat liputan meluas oleh media massa dan ramai di luar sana tidak memahami konsep poligami dalam Islam, berkahwin tanpa kebanaran mahkamah, oleh itu hukuman ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai. Berkahwin tanpa kebenaran mahkamah merupakan satu kesalahan yang serius." http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=499339

SHAHRIZAT JALIL

"Setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama perlu menghormati sistem perundangan itu bagi mengukuhkan institusi keluarga yang menjadi benteng untuk mengelak gejala sosial. Dalam sistem perundangan itu kaum wanita dan ibu sewajarnya mendapat pembelaan dan mereka ini tidak seharusnya menjadi mangsa dalam institusi keluarga. Setiap daripada kita juga perlu menghormati dan patuh kepada sistem perundangan itu untuk kesejahteraan hidup serta mendapat keberkatan."
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=499359

Tuesday, May 18, 2010

KEKAYAAN OBAMA RM24.64 JUTA

Di negara kita, sering dikatakan mengenai ketelusan.

Tetapi ia tidak lebih dari hanya satu slogan untuk meraih undi dan simpati rakyat.

Hari ini tersiar satu berita mengenai kekayaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaporkan berjumlah sehingga US$7.7 juta (RM24.64 juta)

Jumlah ini termasuk hadiah yang diterima beliau sebagai Pemenang Nobel yang berjumlah US$1.4 juta (RM4.48 juta), royalti dari penjualan dua buku beliau yang bernilai US$12 juta (RM38.4 juta) dan gaji beliau sebanyak US$400,000 setahun (RM1.28 juta setahun).

Persoalannya kenapa kita tidak benar-benar setelus Amerika Syarikat di dalam hal-hal yang melibatkan keyakinan rakyat terutama kepada pemimpinnya?

Laporan mengenai Obama

WASHINGTON, May 17 (UPI) -- U.S. President Barack Obama is a multimillionaire and Vice President Joe Biden is far from being one, financial disclosure reports issued Monday indicate.

The disclosure forms reveal Obama lists $1 million to $5 million in Treasury bills and $500,000 to $1 million in Treasury notes among his assets through last year. The bulk of his wealth comes from sales of his books "Dreams From My Father" and "The Audacity of Hope."

Obama also listed his dog "Bo," a Portuguese water dog valued at $1,600, as an asset. The dog was a gift from the late Sen. Edward Kennedy, D-Mas.

Biden doesn't list any assets valued at more than $100,000 on his forms. He did list receiving a first-edition copy of James Joyce's "Anna Livia Plurabelle," autographed by the author and valued at $3,500, given him by Margaret Spanel of Hightstown, N.J.

Both Obama and Biden were given leather briefcases by a friend, Frank Jones of San Fransisco, valued at $300 each.
http://www.upi.com/Top_News/US/2010/05/17/Report-confirms-Obamas-wealth/UPI-42941274151419/

Sunday, May 16, 2010

DAP MENANG DI SIBU!

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KECIL SIBU
DAP - 18,845
BN - 18,447
Ind -232
Majoriti - 398

UNDI POS PENENTU DI SIBU?

Berita Terkini dan tidak rasmi dari Sibu, Barisan Nasional tewas dengan majoriti 398 undi.

Kedudukan pada ketika ini, DAP mendahului dengan 2,590 undi.

Hanya undi Pos yang belum diumumkan atas sebab-sebab yang bakal menjadi isu kontroversi. Setelah dimasukkan undi pos, menurut sumber, Sibu menjadi milik DAP dengan majoriti 398 undi.

Saturday, May 15, 2010

PEMIMPIN SARAWAK KINI LIABILITI BN

Esok 54,695 pengundi di Parlimen Sibu akan membuang undi untuk menentukan siapa bakal mewakili mereka di Parlimen nanti.

Dari jumlah ini, 36,389 pengundi atau 67% adalah pengundi Cina, 10.5% Melayu/Melanau sementara kumpulan etnik yang dikategorikan sebagai bumiputera 22%. Undi Pos yang lazimnya menyebelahi BN adalah sebanyak 2,537 undi.

Siapa akan menang? Malam tadi ceramah Anwar Ibrahim dibanjiri ribuan manusia. Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pengundi atau jentera parti. Tidak mungkin mereka orang luar kerana tiket kapalterbang untuk ke Sibu bukannya murah. http://www.malaysiakini.com/news/131863

Pada masa yang sama Najib Razak juga turut berkempen untuk calon BN. BN berkeyakinan pengundi Melayu, Melanau, Bumiputera dan undi Pos akan menyebelahinya. Yang menjadi persoalan ialah berapa peratus dari undi Cina akan menyebelahi BN?

Pada PRU-12, antara 40-45% undi Cina menyebelahi BN. 55-60% pengundi Cina memilih DAP. http://www.malaysianmirror.com/sabahsarawakdetail/12-sabahsarawak/38947-sibu-poll-barometer-for-state-election-

Pilihanraya kecil kini bertukar menjadi durian runtuh untuk pengundi. Pernah satu ketika, bantuan kewangan ketika pilihanraya kecil ditolak oleh pengundi. Tetapi semasa pilihanraya kecil Hulu Selangor, ia menjadi senjata efektif untuk "menawan" hati pengundi Melayu.

Suasana yang sama kini menyelubungi pilihanraya kecil sibu.
http://dayakbaru.com/weblog08/2010/05/13/rm18-million-to-swing-sibu-chinese-votes/

Mampukah BN mempertahankan kerusi Sibu? Seharusnya BN menang di Sibu. Sejak 1990, sokongan kepada BN adalah sekitar 53-60%. Semasa pilihanraya umum 1999, DAP hanya mendapat 37% sokongan pengundi Sibu.

Atas kertas, ia seharusnya menjadi kemenangan mudah buat BN. Tetapi scenario politik Sarawak sudah berubah.

Taib Mahmud sudah terlalu lama bertakhta dan kini mula tidak disenangi oleh rakyat Sarawak sendiri. Taib Mahmud dan keluarganya kaya-raya. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Sarawak. Malangnya rakyat Sarawak terus miskin. Di Sibu, hanya enam atau tujuh orang telah menjadi jutawan dan hartawan.

George Chan Hong Nam, presiden SUPP yang kini berusia 74 tahun, masih mahu menongkat langit. Begitu juga dengan Taib Mahmud yang juga berusia 74 tahun. Nampak seolah-olah tiada tempat di Sarawak untuk pelapis muda. Tidak menghairankan sesetengah menganggap parti-parti politik di Sarawak adalah parti yang telah tua usianya dan dipimpin oleh orang-orang tua.

Ketika BN berhempas-pulas untuk menyakinkan generasi muda bahawa masadepan adalah bersama BN sementara pemimpin-pemimpin Sarawak masih di takuk lama dan berfikiran cara lama.

Bukan mudah untuk meyakinkan pengundi dengan scenario politik sekarang. Wang bukan penyelesaian segalanya. Majoriti pengundi sekarang menghitung perkiraan mereka berdasarkan "isu nasional".

Rata-rata media massa utama meramalkan BN akan menang di Sibu. Tetapi tidak memeranjatkan sekiranya DAP merampas kerusi Sibu esok.

Sunday, May 9, 2010

NOR YAKCOP: ANAK MELAYU YANG BIJAK & RAJIN

DAKWAAN ZAHRAIN HASHIM TERHADAP NOR YAKCOP
"... saya mendesak dan menuntut penjelasan Nor Mohamed mengenai isu pelantikan sehingga lapan individu daripada Dana Harta Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam syarikat milik kerajaan (GLC).


"Saya bukan bermaksud hendak menyerang peribadi beliau tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya hendak tahu apa kriteria pemilihan sehingga lapan orang daripada Dana Harta terpilih menjadi CEO syarikat GLC.

"Apakah mereka ini mempunyai kelayakan yang begitu hebat atau ada sejarah hubungan dengan Nor Mohamed dan apakah motif pelantikkan mereka? Pada saya jika mereka ini dilantik kerana kebolehan sudah pasti Pos Malaysia tidak akan mengalami kerugian sebegini besar."

jika benar dakwaan bahawa semua CEO yang dilantik itu bukan dibuat berdasarkan kebolehan tetapi disebabkan kronisme, adalah wajar untuk Nor Mohamed terus berdiam diri. "
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm&arc=hive

NOR YAKCOP MENJAWAB TUDUHAN ZAHRAIN
''Memang saya mempunyai hubungan dengan badan yang ditubuhkan (Danaharta), tetapi anak-anak Melayu yang dilantik itu bijak dan rajin, mereka bekerja bertungkus lumus, Danaharta memang berjaya (memulihkan ekonomi negara).

''Kepintaran mereka menyebabkan negara cuma menanggung kos 2.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk memulihkan ekonomi berbanding negara lain sebanyak 10 peratus.

''Mereka kemudiannya dilantik ke tempat lain dan ini membuktikan Melayu boleh menjawat jawatan syarikat lain, jadi apa salahnya. Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan.''
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0508&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

BENARKAH CEO-CEO INI KRONI NOR YAKCOP?
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini menyenaraikan nama-nama CEO (termasuk 2 bukan Melayu) yang pernah menjawat jawatan di dalam Danaharta. Mereka ialah:

1) Datuk Azman Yahya (Symphony House Bhd)
2) Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz (Danajamin Nasional Bhd)
3) Datuk Zukri Samat (Bank Islam Malaysia Bhd)
4) Datuk Mohd Bakke Salleh (Pengarah Urusan Felda Holdings Bhd)
5) Datuk Ismee Ismail (Lembaga Tabung Haji - CEO)
6) Eric Chan Kok Leong (Eastern & Oriental Bhd - pengarah eksekutif)
7) Abdul Rahman Ahmad (CEO - Ekuiti Nasional Bhd)
8) Shahril Ridza Ridzuan (KWSP)
9) Ahmad Zulqarnain Onn (CEO - Danajamin)
10) Ee Kok Sin (Ketua Pegawai Kewangan Affin Bank Bhd)
11) Fazlur Rahman Ebrahim (Pengarah Urusan Prokhas Sdn Bhd)
12) Datuk Kris Azman Abdullah (Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti)
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/10/business/4844780&sec=business

Saturday, May 8, 2010

NOR YAKCOP TERANIAYA?

''Pada mulanya saya ingat perkara ini biasa sahaja tetapi kemudian kelihatan macam ada agenda terselindung yang dirancang terhadap saya. Nampak saya dianiayai, yang menganiayai saya akan mendapat balasan tuhan. Kita tunggu dan lihat." - Nor Mohamed Yakcop.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

Teraniaya? Mungkin itu yang Nor Yakcop mahu kita mempercayai. Mungkin benar dalam kes Pos Malaysia Nor Yakcop merasakan dirinya teraniaya.

Bagaimana dengan kes-kes lain? Blogger Another Brick in the Wall pernah menulis mengenai isu Hospital Pantai bagaimana penglibatan Nor Yakcop dan Azman Mokhtar, orang kuat Khazanah, Nasional, dalam isu penjualan Hospital Pantai kepada Singapura.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/11/next-change-revelation-on-nor-yakcops.html

Siapa yang dianiayakan? Mungkin Nor Yakcop mempunyai jawapannya.

Friday, May 7, 2010

MAMAK MELABEL MAMAK LAIN HITAM

"Nor Mohamed dilihat lebih selesa membisu daripada memberi sebarang penjelasan dan hanya Awang Adek buat masa ini yang tampil mengesahkan kerugian Pos Malaysia tetapi menafikan jumlahnya sehingga RM546 juta sebaliknya memberitahu kerugian sebenar adalah RM227 juta.

"jika benar dakwaan bahawa semua CEO yang dilantik itu bukan dibuat berdasarkan kebolehan tetapi disebabkan kronisme, adalah wajar untuk Nor Mohamed terus berdiam diri."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm


Ini kritikan Zaharain Hashim, Ahli Parliman Bebas, terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop mengenai isu kerugian Pos Malaysia.

Zaharain, yang baru sahaja meninggalkan Pakatan Rakyat, sudah tentu dapat merasakan keperitan Nor Yakcop apabila dulu dikritik dan dituduh meninggalkan PKR semata-mata kerana kecewa syarikat bermodal RM2 berkaitan dengan beliau tidak diberikan kontrak oleh kerajaan Pulau Pinang.

Turut mengkritik Nor Yakcop ialah Reezal Merican, bekas Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi. Kata Reezal:

"....turut bimbang tindakan pihak tersebut yang berterusan mendiamkan diri akan memberi implikasi politik jangka panjang yang negatif kepada kerajaan. "
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Kritikan-kritikan ini lebih merupakan kes "mamak menuduh mamak lain hitam".

Siapa yang tidak kenal Reezal? Tanyalah pemimpin Pemuda Umno yang seangkatan dengan beliau. Tiada seorang pun yang menyenangi beliau. Dengan kata lain Reezal amat dibenci oleh pimpinan Pemuda Umno ketika itu.

Kalau nak disenaraikan tingkahlaku Reezal dan keangkuhan beliau serta penyelewengan yang dilakukan beliau, senarainya hampir sama panjang dengan senarai penyelewengan Nor Mohamed Yakcop yang hari ini membisu dengan harapan mendapat simpati Perdana Menteri dan ahli-ahli Umno.

Begitu juga Zaharain. Tidak ada apa yang nak dibanggakan dengan tindakan Zaharain meninggalkan PKR. Hati dan budi ahli-ahli Umno yang setia bersama parti lebih mulia dari hati Zaharain.

Malangnya, ada pemimpin di dalam Umno sanggup menatang musuh Umno dan mengenepikan anak sendiri.

Apapun, hari ini, buat seketika, kita ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Reezal dan Zaharain. Kita perlukan "belanga yang punggungnya hitam untuk menuduh cerek punggungnya hitam".

Apa yang hendak dihairankan dengan kerugian Pos Malaysia? Sejak Nor Yakcop menjadi Menteri Kewangan, pelbagai skandal berlaku di depan mata pemimpin negara tetapi mereka ini mengambil sikap membisu.

Kebanyakan ahli-ahli Kabinet hari ini pernah menduduki Kabinet Pak Lah. Orang yang sama bersetuju dan bersekongkol membenarkan penyelewengan ini dilakukan di hadapan mata mereka.

Lihatlah apa yang Nor Yakcop pernah lakukan. Baca link-link berikut:
http://justread-whatever.blogspot.com/2010/01/govt-should-call-up-kalimullah.html
http://rockybru.com.my/2010/02/dsai-nor-mohamed-yakcop-and-usd8.html
http://theunspinners.blogspot.com/2010/02/mystery-kenapa-setpol-nor-yakcop-saja.html
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=30207:qout-damn-spot-out-i-sayq&catid=17:guest-columnists&Itemid=100130
http://www.malaysianmirror.com/homedetail/45-home/30230-hanky-panky-in-pms-dept-
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_766025c7-cabec5bb-d1f0ad00-61b8a582
http://kedahku.blogspot.com/2009/11/mb-negeri-sembilan-rm10-juta-nya.html

Isu Pos Malaysia ini akan mengakhiri karier Nor Mohamed Yakcop sebagai Menteri. Dan kita tidak perlu menitis airmata atau bersimpati kepada beliau apabila Najib Razak menggugurkan beliau dari Kabinet apabila rombakan diumumkan selepas pilihanraya kecil Sibu nanti.

Seharusnya, Najib didesak membuka kertas siasatan di atas segala penyelewengan yang pernah dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan ini semasa era Pak Lah.

Cuba bayangkan logikkah Nor Yakcop memberi kontrak bernilai RM1,000 juta kepada syarikat milik rakan-rakan beliau semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Baca di sini:
http://justread-whatever.blogspot.com/2010/01/govt-should-call-up-kalimullah.html

RM1,000 juta!!! Bukannya RM1,000. Begitu berleluasa penyelewengan pada masa itu tanpa mengambil kira perasaan rakyat dan keperitan rakyat yang kais pagi makan pagi.

Malangnya, masih ada pemimpin Umno yang tergamak menanyakan kita "kenapa tidak menyokong BN".

Tanyalah diri anda sendiri. Tingkahlaku Nor Yakcop dan mereka-mereka seperti Reezal lah yang menyebabkan rakyat muak dan mual dengan Umno dan BN. Rakyat hanya menjadi kuda tunggangan kepada ketamakan pemimpin seperti ini.

Sunday, May 2, 2010

MINYAK BRUNEI: SIASAT PAK LAH

“Perkasa mahu Datuk Seri Najib, kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja ataupun sekurang-kurangnya kertas putih dikeluarkan berhubung isu Blok L dan M, yang terletak di sempadan Malaysia-Brunei.” - PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI.
http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=1881

Suruhanjaya DiRaja atau Kertas Putih adalah jalan terbaik untuk merungkai isu ini. Rakyat berhak mengetahui kebenarannya. Siapa yang mempengaruhi kerajaan pada masa itu sehingga Pak Lah sanggup menyerahkan telaga minyak ini kepada Brunei?

Rakyat berhak mengetahui dalangnya dan kerajaan tidak berhak melindungi dalang-dalang ini. Semoga kerajaan prihatin kepada desakan Perkasa ini.

LAGENDA PAK LAH

200,000 TONG SEHARI

Itulah jumlah minyak yang akan dikeluarkan oleh Brunei dari telaga minyak Blok L yang menjadi hak Brunei kesan dari Surat Pertukaran yang dipersetujui Pak Lah semasa pentadbiran beliau.

RM55, 040,000 (US DOLLAR 17,200,000) SEHARI

RM55 juta. Inilah jumlah kekayaan yang akan dikaut Brunei dari Telaga Minyak Blok L sehari.

Ini baru Blok L. Belum lagi Blok M.

Ini bukan rekaan. Ini FAKTA. Harga minyak dunia kini berada pada paras US$86 setong dan kadar tukaran ringgit kini pada kadar RM3.20 bagi setiap US$1.

Menurut Yves Grosjean, Pengurus Besar Total E&P Borneo BV and Total E&P Deep Offshore Borneo BV, Blok L boleh menghasilkan antara 150,000 hingga 200,000 tong minyak sehari.
Klik di sini untuk membaca kenyataan Grosjean: http://www.bt.com.bn/business-national/2010/04/23/brunei-may-soon-start-drilling-blocks-j-and-k

RM 2,089,600, 000 SETAHUN

RM2,089 juta setahun. Itulah hasil minyak kerajaan Brunei dari Telaga minyak Blok L ini. Bayangkan berapa bilion atau trilion negara kehilangan dari keputusan pentadbiran Pak Lah jika diambil kira hasil kedua-dua telaga minyak ini.

Kalau inilah cara Pak Lah mentadbir negara, kita harus juga berterima kasih kepada Pas Kelantan kerana turut serta berkempen untuk mengakhiri era Pak Lah.

Saturday, May 1, 2010

PETRONAS SAHKAN TELAGA MINYAK MILIK BRUNEI

"Petronas confirms that following the exchange of letters, the production sharing contracts covering Blocks L and M, which were awarded in 2003 to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Sabah Oil Co Ltd were formally terminated on April 7 this year as these are no longer part of Malaysia. Blocks L and M are redesignated as Blocks CA1 and CA2 respectively."

Petronas ingin mengesahkan bahawa kesan dari pertukaran surat, kontrak pengeluaran (minyak) bersama melibatkan blok L dan M (telaga minyak), yang telah diberikan pada tahun 2003 kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Sabah Oil Co Ltd telah ditamatkan secara rasmi pada 7 April tahun ini kerana blok-blok ini BUKAN LAGI SEBAHAGIAN DARI MALAYSIA. Blok L dan M kini ditukar nama kepada Blok CA1 dan CA2.

Itulah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Petronas sebentar tadi yang mengesahkan dua telaga minyak milik Malaysia diserahkan kepada Brunei semasa pemerintahan Pak Lah.

Pak Lah akan diingati bukan sahaja kerana Islam Hadhari dan kelesuan beliau semasa majlis. Beliau juga akan diingati kerana menyerah dua telaga minyak bernilai RM320 bilion kepada Brunei.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/1/nation/20100501093852&sec=nation