Monday, October 15, 2012

HANYA 44% PENGUNDI INDIA SOKONG BN

Terdapat 900,000 pengundi India dan menurut Presiden MIC, G.Palanivel, hanya 400,000 menyokong Barisan Nasional.
http://www.mmail.com.my/story/mic-%E2%80%98struggling%E2%80%99-33519

Dengan kata lain, hanya 44.44% pengundi India menyokong kerajaan, dan selebihnya, sebanyak 55.56% menyokong Pakatan Rakyat.

Sudah hampir dua tahun Palanivel mengemudi MIC dan nampaknya Presiden Ke-8 MIC ini gagal "mempopularkan" MIC kepada pengundi-pengundi India.

Mungkin orang India perlukan hero baru dalam MIC!!!!

Sunday, October 14, 2012

MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN LEGA MUSA AMAN SELAMAT

Kenyataan Najib Razak dalam mempertahankan Musa Aman sudah pasti menjadi cabaran yang hebat kepada Rafizi Ramli yang tidak lama lagi akan mendedahkan skandal Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan. Berdasarkan kenyataan Najib, kita dapat meneka akan jawapan yang akan diberikan oleh Najib apabila skandal Mohamad Hassan didedahkan Rafizi. Berikut ialah kenyataan Najib mengenai Musa Aman.

PM: RM40 juta diterima Umno Sabah 'sumbangan politik'


Wartawan Sinar Harian

13 Oktober 2012

SHAH ALAM - Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."

"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya mengenai siapa dan kenapa Umno Sabah diberikan wang sebanyak RM40 juta.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno Sabah.
Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.

Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-rm40-juta-diterima-umno-sabah-sumbangan-politik-1.94078
 

Apabila Rafizi mendedahkan skandal Mohamad Hasan nanti, MUNGKIN ini jawapan Najib.

PM: RM10 juta diterima Umno London 'sumbangan politik'


Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Langkah Umno LONDON menerima RM10 juta daripada Menteri Besar Negeri Sembilan MOHAMAD HASAN, yang didakwa menggunakan pengurup wang untuk menyeludup wang RM10 juta masuk ke London, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ia adalah sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia datang mengikut saluran yang betul," kata Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Umno berkata, "pembangkang juga menerima sumbangan."

"You (anda) boleh tanya soalan yang sama kepada pembangkang," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn, malam tadi.

Najib ditanya KENAPA MOHAMAD HASAN MEMBERI RM 10 JUTA KEPADA Umno LONDON.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam sumbangan yang diterima oleh Umno LONDON.

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Umno London dan bukannya untuk tujuan persendirian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM10 juga kepada Umno London, yang menyaksikan seorang pengurup ditangkap dan lesen perniagaannya dirampas oleh Bank Negara.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tian Chua dari PKR di Parlimen.

Setiausaha Agung TI-M, Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno London.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM10 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Thursday, October 11, 2012

RAHMAN DIPENJARA, MUSA AMAN DIBEBASKAN

 Dua keputusan penting diumumkan pada hari ini.

Pertama melibatkan Ahli Parlimen Sabak Bernama Abdul Rahman Bakri yang hari ini memulakan kehidupannya di dalam penjara.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro kerana membuat lapan tuntutan palsu membabikan RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.


Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh, 1 Mac lalu.

Selain itu, Akhtar juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/rayuan-ditolak-mp-sabak-bernam-dan-pembantu-diarah-ke-penjara-1.93697

Apa pula agaknya nasib bekas Menteri Besar Selamgor Khir Toyo selepas ini?

Musa Aman pula lebih bernasib baik.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/tiada-bukti-musa-aman-rasuah-kata-nazri-1.93743

Banyak betul sumbangan kepada Umno Sabah, sampai RM40 juta. Dari mananya datang wang itu? Kenapa dari Hong Kong?

Kita tunggu samada Umno Sabah akan memberi penjelasan atau isu ini dibiarkan dilupakan begitu saja.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia memang dikenali mudah lupa.

Thursday, October 4, 2012

ANAK TAIB MAHMUD DAN RM700 JUTA

"Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa diberitahu bahawa Timbalan Pengerusi Kumpulan Cahaya Mata Sarawak (CMS) Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, mempunyai 111 akaun berjumlah lebih daripada RM700 juta."
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_mahkamah&file=/2012/10/2/mstar_mahkamah/20121002142222

Bekas isteri Mahmud Bekir, Shahnaz Majid, mendakwa Bekir mempunyai akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

http://www.stop-timber-corruption.org/resources/Overview_of_the_Taib_Family_1.pdf

Orang Sarawak harus berbangga mempunyai orang sekaya Mahmud Bekir. Pada usia 49 tahun, anak kedua Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, sudah mempunyai simpanan tunai sebanyak RM700 juta.

Kita harus berbangga kerana ada di kalangan 29 juta rakyat Malaysia, Bekir adalah salah seorang yang terpilih oleh Tuhan untuk dilimpah-curahkan rezeki sehingga simpanan tunai menjangkau RM700 juta.

Mungkin juga rezeki yang datang mencurah kepada Bekir adalah hasil doa orang-orang Sarawak kepada kaum keluarga Taib Mahmud sepertimana di Semenanjung di mana kita tidak putus-putus mendoakan pemimpin-pemimpin besar kita supaya memudahkan kehidupan mereka.

Jelapang membuat sedikit perkiraan. Sekiranya Bekir ditentukan Allah swt hidup sehingga umur 70 tahun, maka beliau perlu menghabiskan RM700 juta dalam masa 21 tahun (atau 7,665 hari). Dengan kata lain, Bekir perlu berbelanja sebanyak RM91,324 sehari untuk menhabiskan RM700 juta sebelum dijemput mengadap Tuhan. (Ini tidak termasuk bunga yang diterima beliau dari simpanan tersebut)

Begitulah murah rezekinya kaum keluarga Taib Mahmud. 

Wednesday, October 3, 2012

DENDAM SHAHIDAN KASSIM

“Saya sedar ramai tidak mahu membantu PFA kerana saya sudah tidak berkuasa, namun insya-Allah satu hari nanti saya akan kembali berkuasa. Jika hari itu tiba, pada masa itu, saya tidak akan melayan sesiapa yang enggan bekerjasama dan berjuang dengan saya.” - Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis.
http://www.hmetro.com.my/articles/HutangalongdemiPFA/Article

Pada usia 61 tahun dan dilahirkan ketika Tanah Melayu dikenali sebagai Malaya, Shahidan, rupa-rupanya masih menyimpan cita-cita untuk kembali berkuasa.

Dari kenyataan beliau di atas yang disiarkan oleh Harian Metro hari ini, tidak menghairankan rakyat Perlis menganggap beliau sebagai Ketua Pembangkang di Perlis, bukannya PAS atau PKR.

Kita doakan Shahidan kembali berkuasa.