Sunday, January 31, 2021

NAJIB BULI MUHYIDDIN DI FACEBOOK SUPAYA DIBENCI RAKYAT

 

Nampaknya sejak akhir-akhir ini Najib Razak kerap memBULI dan TROLL Muhyiddin Yassin melalui Facebook beliau.

Malang betul nasib Muhyiddin. Dulu kena PECAT dengan Najib, hari ini dibuli di Facebook.

Tidak ada kesudahan nampaknya BENCI Najib kepada Muhyiddin.
 
Rasanya selagi Najib mengecapi kebebasan, Najib akan terus membuli Muhyiddin sehingga tahap benci rakyat kepada Muhyiddin memuncak.
 
Buli ini mungkin sehingga PRU-15, jika Najib TIDAK ke PENJARA. 


Saturday, January 30, 2021

RAMAI YANG PUKUL ORANG ADA GELARAN DATUK? DARI MANA DIA ORANG DAPAT GELARAN DATUK INI?

 INI PUNCA GADUH HELIKOPTER DEPAN RUMAH DATO - YouTube 

Ada beberapa cerita menarik yang kita baca di media seminggu dua ini.

Antaranya:

1. Seorang Datuk telah mengugut dan menampar pekerja restoran di Petaling Jaya. Baca di link ini: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ugut-dan-tampar-pelanggan-restoran-datuk-ditahan-reman-dua-hari-277912


2. Seorang Datuk dan seorang Datuk Seri bergaduh gara-gara "parking" helikopter di depan rumah.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/28/datuk-datuk-seri-gaduh-helikopter-di-rumah-curi-perhatian/

 

3. Seorang wanita, anak seorang Tan Sri, di pukul oleh seorang Datuk di Kuala Lumpur.

  https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/datuk-pukul-anak-tan-sri-pulakdah.html

 

Jelapang ingin tahu dari mana mereka-mereka ini dapat GELARAN DATUK? Siapa yang bagi?

Friday, January 29, 2021

MB KEDAH BANYAK GEBANG DARI BUAT KERJA

 Letak tajuk cadangan nak buat projek... - Friends Of PARTI AMANAH NEGARA 

JIKA diteliti senarai Menteri-Menteri Besar yang lalu, kita kagum dengan ketokohan dan jasa mereka kepada rakyat Kedah.

Generasi lama yang dihormati oleh rakyat Kedah antara Syed Omar Shahabuddin, Syed Ahmad Shahabuddin dan Syed Nahar Shahabuddin.

Generai baru ialah Osman Aroff, Syed Razak Barakbah dan Sanusi Junid.

Walaupun di saat akhir hayat politik mereka diselubungi kontroversi, jasa mereka terlalu besar kepada Kedah.

Osman Aroff umpama Ali Rustam semasa beliau Ketua Menteri Melaka.

Osman Aroff dan Dr Mahathir Mohamad sama-sama berganding membangunkan Kedah dan kemajuan Alor Setar adalah legasi mereka.

Sanusi Mohamad Noor, Menteri Besar Pas sekarang, perlu lihat kepada sejarah ini.

Jika Sanusi mahu dikenang sebagai Menteri Besar yang anti bukan Islam atau rasis, itu pilihan beliau.

Setakat ini Sanusi lebih banyak GEBANG, kata orang Kedah, dari membangunkan negeri.

Kedah membangun sekarang bukan kerana Pas atau atas sumbangan beliau.

 


Tuesday, January 12, 2021

SELESAIKAN KES MAHKAMAH NAJIB & ROSMAH

 Beware WSJ - Here're Najib's 20 Top Brains To Counter You | FinanceTwitter  

HARI ini Muhyiddin Yassin mengisytiharkan DARURAT sehingga 1 Ogos.

Hanya satu harapan kita. Dalam TUJUH bulan ini semua kes-kes melibatkan Najib Razak, Zahid Hamidi, Rosmah Mansor, Ahmad Maslan, Azeez Rahim diSELESAIKAN.

Kita nak tengok Najib dan mereka-mereka ini diPENJARAKAN kerana mengkhianat rakyat semasa mereka BERKUASA.

Itulah harapan kita.