MARAH betul Najib Razak dengan kenyataan Tengku Zafrul mengenai hutang 1MDB hari ini.
Kata Zafrul, bayaran interest hutang 1MDB sahaja berjumlah RM.17 bilion setahun dan HUTANG prinsipal yang akan matang pada tahun 2022 ialah berjumlah RM2.5 bilion.
Itulah "SUMBANGAN" Najib kepada Tanah Melayu semasa beliau memimpin negara.
Panjang lebar Najib tulis dalam FB beliau dalam usaha nak tepis kenyataan Zafrul.
Kepada Najib, tak payahlah marah-marahkan Zafrul.
Tak kan dah lupa cinta dan sayang pada Zafrul dulu semasa beliau jadi LEAD SINGER band yang sokong dia dulu.
Dulu kan sama-sama sayang. Zafrul SAYANG Najib, Najib SAYANG Zafrul.
Janganlah marah-marah.
Kalau lupa, Jelapang tolong ingatkan. Video Zafrul menyanyi ada di atas.
MINGGU ini paling seronok baca cerita mahkamah. Hari ini Lim Guan Eng kena dakwa di mahkamah. Katanya lepas ini bini Guan Eng juga akan didakwa. Bagus macam ini. Sesiapa jadi pemerintah, yang pemimpin kerajaan terdahulu akan disiasat dan didakwa. Jika pemimpin dahulu kembali berkuasa, pakat-pakat cuba untuk selesaikan kes kawan-kawan. Kes Guan Eng kita kena tunggu lama sikit untuk perbicaraan untuk mengetahui berapa banyak Guan Eng didakwa dapat dari projek tersebut. Sementara itu elok kita hiburkan diri dengan cerita kes solar Rosmah Mansor. Antaranya: 1. UTK mengiringi pengarah utusan syarikat ketika membawa RM5 juta untuk diberikan kepada Rosmah Mansor. 2. Rosmah minta 15% (RM187.5 juta) dari projek tersebut. 3. Juga menarik, pegawai cabuk Rosmah, Rizal Mansor pun minta juga. Pada mulanya Rizal minta RM20 juta, kemudian dinaikkan kepada RM25 juta. Rizal juga minta sponsor kerja umrah di MEKAH. Cerita Rosmah ini betul-betul menghiburkan. Tiba-tiba kita teringat satu video Rosmah naik kapalterbang pagi-pagi buta dengan beg besar-besar.
MANA Paul Stadlen ni? Elok Najib Razak telefon Paul suruh bantu. Teruk sangat suratkhabar Barat hentam Najib. Yang boleh bantu hanya orang putih macam Paul Stadlen. Lagipun dulu dia banyak dapat duit dari Najib. Ni lah masanya balas JA$A dengan bantu bos.
HARI ini kita gembira. Kita PUAS hati. Akhirnya Najib Razak dihukum PENJARA dan sah bergelar PENJENAYAH. Bertahun-tahun kita menyaksikan bagaimana negara dirompak dan rakyat tiada kuasa menghalang mereka. Hanya dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada 2018, hari ini rakyat mengecapi kejayaan mereka menentang nahi mungkar. Jika tidak kerana rakyat menjatuhkan BN, Najib dan konco-konconya sudah pasti BERDONDANG SAYANG sehingga ke saat ini. Hari ini MAHKAMAH membuat keputusan menghantar Najib ke PENJARA. Walaupun masih ada ruang untuk Najib mengenepikan hukuman ini, kita yakin Mahkamah Rayuan akan mengadil seadil-adilnya kes ini demi rakyat dan masadepan negara. Keputusan mahkamah hari ini adalah satu amaran kepada semua pembesar negara bahawa tiada tempat untuk penjenayah seperti Najib. Selepas ini kita mahu mahkamah mengadili secepat mungkin Rosmah Mansor dan Azeez Rahim. Satu ketika dulu, hidup mereka penuh dengan kemewahan ketika rakyat perit mencari rezeki untuk hidup. PENJENAYAH
Mengikut peraturan ROS, penjenayah tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan termasuk pertubuhan politik seperti Umno dan BN. Najib selalu menyebut, kita perlu berJIWA BESAR. Sekarang kita mahu buktikan Najib memegang pada prinsip berJIWA BESAR. Kita hendak tengok adakah beliau akan melepaskan jawatan Ketua Bahagian Pekan dan jawatan penasihat BN. MUHYIDDIN YASSIN Ketika kita meraikan keputusan memenjarakan Najib, kita jangan lupa KEPERITAN Muhyiddin Yassin pada hari ini LIMA TAHUN lalu apabila diPECAT oleh Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini kenyataan Muhyiddin ketika itu:
KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
KITA harap pemimpin Pas, Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli Umno tak "miss" cerita Rosmah Mansor di mahkamah sehari dua ini. Cerita bagaimana kontraktor JUMPA Rosmah di rumah beliau. Cerita nya begini (mengikut laporan Awani):
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Datin Seri Rosmah Mansor meminta 15 peratus daripada nilai keseluruhan RM1.25 bilion bagi Projek Solar Hibrid untuk 369 sekolah luar bandar dan pedalaman di Sarawak yang dipohon syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd.
Kadar itu dinaikkan Rosmah daripada tawaran 10 peratus yang ditawarkan Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin. Rayyan Radzwill Abdullah, iaitu rakan perniagaan kepada Saidi , dalam keterangan beliau, berkata sumbangan 15 peratus bersamaan RM187.5 juta yang diminta Rosmah itu adalah muktamad.
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata, dalam pertemuan antara beliau dan Saidi serta Rosmah di rumah isteri bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta pada Januari atau Februari 2016, Rosmah berkata kepada mereka, "keadaan politik sekarang memang memerlukan banyak wang" dan "kita tengoklah nanti."
Rayyan berkata, pertemuan itu adalah bagi membincangkan sokongan Rosmah dalam projek solar hibrid dan sumbangan yang perlu diberikan Jepak kepadanya (Rosmah) atas bantuan yang diberikan.
Katanya dalam pertemuan yang berlangsung selama 10 minit, Saidi terlebih dahulu menawarkan sumbangan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek seperti diingatkan Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor sebelum itu supaya membuat tawaran bermula daripada kadar 10 peratus.
"Sebelah petang pada hari sama, Rizal berjumpa saya dan Saidi di Lygon Bistro, Sunway Putra Mall, dalam pertemuan itu Rizal beritahu semuanya 'ok' cuma peratus sumbangan perlu dinaikkan kepada 15 peratus kerana Rosmah inginkan 15 peratus.
"Saidi berkata, jumlah itu tinggi dan ia perlu dikurangkan sedikit kerana beliau perlu jaga ramai orang lagi dan Rizal beritahu, beliau akan semak dan maklum kembali...Rizal juga minta bahagian dia sebanyak RM5 juta setahun selama lima tahun daripada Saidi. Saidi kata 'ok' tanda setuju.
"Keesokan hari, Rizal menghubungi saya melalui telefon dan menyatakan nilai 15 peratus iaitu RM187.5 juta itu adalah muktamad dan tidak boleh diubah... Rizal beritahu saya untuk maklumkan kepada Saidi," katanya.
Rayyan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Rosmah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.
Kenyataan seperti ini memberi gambaran pemimpin Umno tak pandang Muhyiddin atau pandang lekeh pada Muhyiddin. Ia juga membawa maksud lepas PRU-15, Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri. Apa nak buat dengan 15 kerusi? Belum diambil kira lagi dari 15 ini beberapa kerusi akan kalah? Sudah pasti 15 kerusi ini termasuk kerusi yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz. Ia juga gambaran kerusi Mustapa Mohamad dan Hamzah Zainuddin akan ditandingi oleh Umno. Apa reaksi Muhyiddin sehingga ini? Diam. Itulah nasib pemimpin Bersatu yang bersama Muhyiddin.
SEDAP baca kenyataan seorang HAKIM di Kuala Terengganu hari ini ketika menjatuhkan HUKUMAN terhadap beberapa staf Risda kerana "claim" palsu.
“HASIL YANG HARAM walau satu sen sekalipun, ia akan menjadi ‘darah daging’ hingga mampu memberi kesan kepada keperibadian anak-anak, hingga ada yang menjadi nakal serta menjejaskan integriti jabatan dan diri sendiri”.
Kita harap Najib Razak, Rosmah Mansor, Teuku Adnan Mansor, Azeez Rahim, Zahid Hamid, Isa Samad, Mahdzir Khalid dan beberapa pemimpin lagi dapat hadham kenyataan ini. Kalau kita jadi hakim, ayat ini lah akan kita baca depan muka Najib dan Rosmah nanti.
Kes tuntutan palsu: Hakim tegur akibat 'makan hasil haram'
“Hasil yang haram walau satu sen sekalipun, ia akan menjadi ‘darah daging’ hingga mampu memberi kesan kepada keperibadian anak-anak, hingga ada yang menjadi nakal serta menjejaskan integriti jabatan dan diri sendiri”.
Teguran itu diberikan Hakim Jamaludin Mat, ketika menjatuhkan hukuman ke atas salah seorang daripada 14 tertuduh yang mengaku bersalah membabitkan kes tuntutan palsu kakitangan sebuah agensi kerajaan, di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini.
Teguran itu bukan sahaja menyebabkan mereka yang berada di galeri awam mengalirkan air mata, tetapi juga tertuduh terbabit hingga menangis teresak-esak, kerana gagal menahan sebak.
Hakim Jamaludin turut mengingatkan kesemua tertuduh, meskipun jumlah yang terlibat dalam pertuduhan mereka adalah kecil, tetapi hasil perbuatan itu mungkin digunakan untuk perbelanjaan anak-anak dan ibu bapa, yang memungkinkan ia disoal di akhirat kelak.
“Saya sendiri dahulunya adalah anak peneroka yang hanya ada pendapatan RM600 sebulan dan perlu besarkan lapan orang anak. Alhamdulillah...dengan keberkatan, semua berjaya. Saya juga berharap kamu semua berubah, tetapi jika sekali lagi muncul di hadapan saya, tidak mustahil saya akan beri hukuman lebih berat.
“Saya juga berharap kamu berusaha menjadi lebih baik dan memberitahu adik-adik di jabatan kamu, supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Kamu masih ada banyak ruang masa untuk berkhidmat, jadi buatlah yang terbaik,” katanya.
Seramai 13 kakitangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Kemaman mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif membuat tuntutan palsu membabitkan penginapan dan elaun perjalanan dalam negeri, manakala seorang lagi mengaku tidak bersalah atas kesalahan sama, pada April 2018.
Selain itu, seorang pemilik resort turut mengaku bersalah bersubahat dengan salah seorang kakitangan Risda terbabit, hingga menyerahkan resit palsu meskipun mengetahui tertuduh tidak menginap di situ.
Bagi kesalahan tersebut, Hakim Jamaludin memerintahkan masing-masing membayar denda antara RM1,000 hingga RM6,000 atau penjara lima atau enam bulan.
Manakala bagi seorang kakitangan yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu telah dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin, serta ditetapkan 19 Julai untuk sebutan.
Sementara itu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pihaknya mengakui bahawa jumlah tuntutan dan perbuatan kesemua tertuduh bukanlah dalam kategori jenayah berat, tetapi ia mampu menjatuhkan nilai integriti penjawat awam.
“SPRM tidak memandang nilai kecil atau besar tetapi ia tentang integriti. Jika kakitangan kerajaan tidak amanah lambat laun jabatan ini boleh ‘collapsed’. Saya memohon mahkamah memberikan hukuman yang berbentuk pengajaran kepada tertuduh.
“Saya yakin pendakwaan kes ini akan menjadi pengajaran kepada tertuduh kerana mereka akan lama lagi berkhidmat...mereka juga boleh beri pengajaran kepada kakitangan lain di Risda, supaya tidak melakukan perbuatan yang sama kerana ia tidak berbaloi.
Kesemua tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad, manakala Wan Shaharuddin dibantu TPR Farah Yasmin Salleh
BERIKUTAN bebasnya Musa Aman dari 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, tersebar satu poster yang memberi gelaran kepada Muhyiddin Yassin sebagai "PENYELAMAT KLEPTOKRAT".
Kita pun hairan macam mana dari 46 kes, satu pun tak dibicarakan.
Tak salah kalau rakyat mempunyai tanggapan Muhyiddin hanya berminat menyelamatkan penyamun Umno dari memikirkan perasaan rakyat.
Muhyiddin nampaknya serupa macam Najib. Bagi itu dan ini pada rakyat dengan harapan rakyat tak peduli segala tindakan memualkan oleh kerajaan beliau.
Selepas Riza, anak Rosmah Mansor, kini Musa Aman pula.
Apakah esok Muhyiddin akan mengeluarkan kenyataan beliau tak terlibat dengan keputusan Peguam Negara?
SEMALAM sahlah KECURIAN duit rakyat berlaku melalui skandal 1MDB apabila Amerika Syarikat MEMULANGKAN US$300 juta kepada Malaysia. Tak mungkin Amerika bagi DERMA seperti Najib Razak dapat sebanyak RM2.6 bilion dulu. Tak adalah Amerika nak bagi duit free kat Malaysia. Oleh itu tak payahlah nak kelentong dengan cuba menggunakan IPIC untuk mengelirukan rakyat. Kita nak tanya Najib, mana anak tiri kesayangan beliau, RIZA AZIZ, dapat duit berjoli di Amerika termasuk BERJUDI? Jawab yang itu cukuplah.
SEMALAM LHDN mengeluarkan kenyataan bahawa pemberian Bantuan Perihatin Nasional diberikan berdasarkan pengisytiharan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2018.
Adakah Rosmah Mansor, Mahfuz Omar dan beberapa lagi pemimpin politik termasuk yang bergaji Ahli Parlimen dan Menteri membuat pengisytiharan TIDAK BENAR?
Kita berharap LHDN siasat mereka ini betul-betul sepertimana LHDN menyiasat rakyat MARHAEN.
'PENYAMUN dengan topeng muka keluar beli barang kejap".
Itu coretan Najib Razak di Facebook beliau. Akhirnya beliau mengaku beliau adalah seorang "PENYAMUN".
Jika kita mengikuti FB Najib, kerja dia sekarang ini ialah bagi ARAHAN saja. Hari ini bagi ARAHAN kepada rakyat untuk pakai kad kredit atau kad debit.
Cukup-cukuplah bagi arahan.
Tolong rakyat dan negara pula. Bagi penyelesaian kepada kerajaan bagaimana nak servis hutang 1MDB untuk tahun 2020 berjumlah RM2.7 bilion itu ketika kerajaan perit mencari duit untuk beli peralatan perubatan untuk melawan CORONAVIRUS.
Tolong lah derma sedikit kekayaan itu untuk bantu orang-orang di kampung-kampung.
Gadailah sedikit kekayaan yang ada dengan mungkin menjual satu dia TIARA atau MAHKOTA yang isteri kamu beli semasa berkuasa dulu.
PERPECAHAN di dalam Pakatan Rakyat ada HIKMAHnya. Akhirnya pemimpin-pemimpin politik mendapat PETUNJUK betapa KERDILnya mereka. Sekarang baru mereka tahu langit tinggi atau rendah. Belajarlah dari PENGAJARAN ini.
1, ANWAR IBRAHIM, WAN AZIZAH dan KONCO-KONCO ANWAR Selama ini bukan main gungho Anwar cucuk sana, cucuk sini. Dalam satu temubual dengan TV barat, Anwar bagi tarikh untuk Tun Mahathir letak jawatan. Mei 2020, kata Anwar bila ditanya oleh Mat Salleh dari TV tersebut. Dalam masa yang sama konco-konconya buat desakan pada Tun Mahathir. Katanya ada konco-konco dalam pentadbiran Tun Mahathir cuba membuat keputusan yang boleh menyebabkan rakyat marah dan membenci Tun Mahathir. Azmin Ali dibuli dalam Pakatan. Kelakuan Anwar seolah beliau terlalu perkasa, tiada siapa yang boleh menghalang beliau menjadi Perdana Menteri termasuk Tun Mahathir. Akhirnya, bila Azmin keluar PKR, Bersatu keluar Pakatan Harapan, terkonteng-konteng Anwar. Harapan nak jadi Perdana Menteri berkecai. PKR jadi parti NYAMUK. Dulu bukan main gebang. Kononya dah ada 100 Ahli Parlimen sokong Anwar jadi PM tak termasuk dari Sabah dan Sarawak. Mana 100 MP itu? Seluruh pemimpin politik menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri ketika krisis ini walaupun hari ini Umno dan Pas buat keputusan politik untuk elak malu. Tak ada seorang pun yang hendakkan Anwar jadi Perdana Menteri kecuali kucing kurap seperti Abdullah Sani dan Johari Abdul. Demi untuk menyelamatkan Pakatan dan menghidupkan impian Anwar menjadi PM, kenalah telan segala ludah-ludah sebelum ini. 2. LIM GUAN ENG dan KONCO-KONCO DAP Tanpa Melayu, DAP tak akan memerintah. Tanpa Tun Mahathir Guan Eng tak jadi Menteri Kewangan. Dan tanpa Tun Mahathir, dah lama Guan masuk PENJARA kes rasuah pembelian bungalow di Pulau Pinang. Itu pun tak kenang JASA Tun Mahathir. Macam-macam cerita kita dengar mengenai kelakuan Guan Eng dan Tony Pua di Kementerian Kewangan. Bagaimana layanan mereka kepada kakitangan kerajaan Melayu di Kementerian Kewangan. Bila sedar akan hilang KUASA, berlari jumpa Tun Mahathir untuk menyelamatkan diri. Sedarlah Guan Eng dan DAP. Tanpa Melayu, tanpa Tun Mahathir, tanpa parti-parti Melayu, DAP akan kembali kepada asal usulnya. Jika kembali berkuasa, hormatlah orang Melayu. Kembali berkuasa pun kerana orang Melayu.
3. NAJIB RAZAK. ZAHID HAMID & PEMIMPIN UMNO Dalam kemelut orang Melayu marah pada DAP, orang MELAYU benci pada muka-muka ini di dalam Umno. Nak buang pemimpin nak ganti dengan Melayu macam mana? Melayu macam Najib dan Zahid, yang dituduh dengan puluhan kes rasuah? Melayu macam Annuar Musa? Melayu macam Shahidan Kassim? Melayu macam Azeez Rahim? Melayu macam Mahdzir Khalid yang baru-baru ini didakwa oleh lawyer Rosmah Mansor KAKI JUDI? Melayu macam Ku Nan yang terima duit dari Cina? Ketika orang Melayu marah pada DAP, orang Melayu tak mahu pemimpin perangai macam Najib dan konco-konconya. Penolakan menyertai Kerajaan Tun Mahathir atas alasan menolak DAP adalah karut belaka. Ianya kenyataan untuk jaga air muka Najib dan konconya. Rakyat tak boleh terima Tun Mahathir mahu berkerjasama dengan perasuah-perasuah dalam Umno. Sedarlah ahli-ahli Umno. Selagi muka-muka ini memimpin Umno, orang Melayu tak terima mereka walaupun dilahirkan MELAYU.