Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Tuesday, February 25, 2020

PENGAJARAN UNTUK ANWAR IBRAHIM, GUAN ENG & NAJIB & GENG

Image result for pakatan harapan anwar guan eng

PERPECAHAN di dalam Pakatan Rakyat ada HIKMAHnya. Akhirnya pemimpin-pemimpin politik mendapat PETUNJUK betapa KERDILnya mereka. Sekarang baru mereka tahu langit tinggi atau rendah.

Belajarlah dari PENGAJARAN ini.

Image result for anwar bongkak

1,  ANWAR IBRAHIM, WAN AZIZAH dan KONCO-KONCO ANWAR

Selama ini bukan main gungho Anwar cucuk sana, cucuk sini. Dalam satu temubual dengan TV barat, Anwar bagi tarikh untuk Tun Mahathir letak jawatan. Mei 2020, kata Anwar bila ditanya oleh Mat Salleh dari TV tersebut.

Dalam masa yang sama konco-konconya buat desakan pada Tun Mahathir. Katanya ada konco-konco dalam pentadbiran Tun Mahathir cuba membuat keputusan yang boleh menyebabkan rakyat marah dan membenci Tun Mahathir.

Azmin Ali dibuli dalam Pakatan. Kelakuan Anwar seolah beliau terlalu perkasa, tiada siapa yang boleh menghalang beliau menjadi Perdana Menteri termasuk Tun Mahathir.

Akhirnya, bila Azmin keluar PKR, Bersatu keluar Pakatan Harapan, terkonteng-konteng Anwar. Harapan nak jadi Perdana Menteri berkecai. PKR jadi parti NYAMUK. Dulu bukan main gebang. Kononya dah ada 100 Ahli Parlimen sokong Anwar jadi PM tak termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Mana 100 MP itu?

Seluruh pemimpin politik menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir untuk terus menjadi Perdana Menteri ketika krisis ini walaupun hari ini Umno dan Pas buat keputusan politik untuk elak malu.

Tak ada seorang pun yang hendakkan Anwar jadi Perdana Menteri kecuali kucing kurap seperti Abdullah Sani dan Johari Abdul.

Demi untuk menyelamatkan Pakatan dan menghidupkan impian Anwar menjadi PM, kenalah telan segala ludah-ludah sebelum ini.

Image result for guan eng ayat quran
2. LIM GUAN ENG dan KONCO-KONCO DAP 

Tanpa Melayu, DAP tak akan memerintah. Tanpa Tun Mahathir Guan Eng tak jadi Menteri Kewangan. Dan tanpa Tun Mahathir, dah lama Guan masuk PENJARA kes rasuah pembelian bungalow di Pulau Pinang.

Itu pun tak kenang JASA Tun Mahathir.

Macam-macam cerita kita dengar mengenai kelakuan Guan Eng dan Tony Pua di Kementerian Kewangan. Bagaimana layanan mereka kepada kakitangan kerajaan Melayu di Kementerian Kewangan.

Bila sedar akan hilang KUASA, berlari jumpa Tun Mahathir untuk menyelamatkan diri.

Sedarlah Guan Eng dan DAP. Tanpa Melayu, tanpa Tun Mahathir, tanpa parti-parti Melayu, DAP akan kembali kepada asal usulnya.

Jika kembali berkuasa, hormatlah orang Melayu. Kembali berkuasa pun kerana orang Melayu.


Image result for najib rosmah mahkamah

3. NAJIB RAZAK. ZAHID HAMID & PEMIMPIN UMNO

Dalam kemelut orang Melayu marah pada DAP, orang MELAYU benci pada muka-muka ini di dalam Umno.

Nak buang pemimpin nak ganti dengan Melayu macam mana? Melayu macam Najib dan Zahid, yang dituduh dengan puluhan kes rasuah? Melayu macam Annuar Musa? Melayu macam Shahidan Kassim? Melayu macam Azeez Rahim? Melayu macam Mahdzir Khalid yang baru-baru ini didakwa oleh lawyer Rosmah Mansor KAKI JUDI? Melayu macam Ku Nan yang terima duit dari Cina?

Ketika orang Melayu marah pada DAP, orang Melayu tak mahu pemimpin perangai macam Najib dan konco-konconya.

Penolakan menyertai Kerajaan Tun Mahathir atas alasan menolak DAP adalah karut belaka.

Ianya kenyataan untuk jaga air muka Najib dan konconya. Rakyat tak boleh terima Tun Mahathir mahu berkerjasama dengan perasuah-perasuah dalam Umno.

Sedarlah ahli-ahli Umno. Selagi muka-muka ini memimpin Umno, orang Melayu tak terima mereka walaupun dilahirkan MELAYU. 

Sunday, July 6, 2008

TUMPAS DEK PERANGKAP ANWAR?

MEMUALKAN: Itu lah lebih kurang tajuk muka depan akhbar The Star hari ini.

Akhbar tersebut menyiarkan komen blogger Ahiruddin Atan (Rocky’s Bru), Marina Mahathir, presiden Transparency International Ramon Navaratnam, presiden MTUC Syed Sahir Syed Mohamud dan lain-lain yang melahirkan rasa resah dengan suasana politik negara.

Lebih meresahkan mereka ialah isu kesusahan rakyat bukan lagi menjadi topik utama tatapan akhbar .

“Saya bosan. Banyak perkara yang lebih penting dalam hidup yang perlu diambil kira seperti bagaimana seseorang mencari sesuap nasi untuk keluarganya.” Itulah antara catatan Marina dalam blognya “rantingsbymm”.

Ahiruddin menulis:“ Saya akan berhenti mem”blog” isu Anwar dan Altantuya kerana banyak isu lain yang perlu dibicarakan.”
Malah ketua pengarang The Star, Wong Chun Wai, menggunakan ayat ‘Fed up with political drama” (bosan dengan drama politik) sebagai tajuk kepada ruangan beliau “On the Beat” hari ini.

Kenapa tiba-tiba akhbar The Star merubah pendiriannya dalam isu Anwar Ibrahim? Kenapa tiba-tiba isu Anwar membosankan?

Rabu lalu The Star memuatkan tujuh mukasurat, bukan satu, untuk isu Anwar semata-mata. Hari ini ketua pengarangnya “bosan dengan drama politik”.

Untuk berlaku adil kepada Wong, alasan beliau kelihatan munasabah. Wong menulis (terjemahan):

“Isu sebenar telah dipinggirkan, malah tidak lagi dihiraukan, oleh mereka yang rakus merampas kuasa dan mereka yang bertungkus lumus untuk kekal berkuasa. Pelabur tidak lagi melihat Malaysia sebuah negara yang stabil politiknya.

“Persepsi dunia ialah Kerajaan kita akan tumbang bila-bila masa sehingga tarikh keramat Sept 16, tarikh di mana Anwar berjanji beliau akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Suasana politik yang ketidaktentuan ini tidak membantu menarik pelabur ke Malaysia.

“Kekuatan kita di Asia terletak pada kestabilan ekonomi dan politik tetapi ianya kini tercabar dan keyakinan pelabur kini terhakis.

“Sektor perniagaan kini merana. Hentikanlah drama politik ini. Tuduhan-tuduhan ini mungkin menarik untuk pembaca dan melariskan jualan akhbar tetapi rata-rata rakyat Malaysia bosan dengan ahli politik kita. Pilihanraya umum telah berlalu. Ahli-ahli politik perlu memberi perhatian kepada pengurusan negara dan negeri masing-masing.

“Pakatan Rakyat perlu membuktikan mereka mampu menerajui kelima negeri yang ditaklukinya dari BN and berentap semula dengan BN dalam pusingan yang akan datang.

“Kerajaan Persekutuan perlu membina semula keyakinan rakyat and buktikan ia mampu mengemudikan mereka keluar dari kegawatan ini kesan dari kenaikan harga minyak. Sektor perniagaan telah menguncup dan jumlah pekerjaan seluruh dunia merosot.

“Syarikat-syarikat penerbangan di ambang bankrup, pasaran saham merudum dan perkara terakhir yang kita perlukan ialah perbalahan politik yang akan mengheret kita ke lembah yang lebih membimbangkan.

“Sidang akhbar diadakan setiap hari bukan untuk bercakap mengenai usaha membanteras inflasi, menyelamatkan pekerjaan dan menyediakan makanan di atas meja tetapi hanya untuk bercakap mengenai “liwat dan liwat”.

“Pak Lah perlu menunjukkan kepimpinan yang tegas. Tidak hanya cukup dengan menunjukkan sikap seorang yang baik.

“Beliau adalah seorang Perdana Menteri dan dia perlu menyedari apa yang sekarang menyusahkan rakyat, tunjukkan beliau seorang “boss” dan gunakan segala sumber di bawah bidang kuasanya untuk memperkenalkan pembaharuan dalam bidang kehakiman, perkhidmatan awam, polis dan sektor-sektor lain.

“Apa yang dilakukan sekarang tidak mencukupi. Gunakan rotan, jika perlu, untuk menghentikan kebobrokan ini.”

Jelas sekali akhbar The Star hari ini mempunyai pendirian yang berlainan dari hari-hari sebelum ini. Pokoknya kenapa?

Antara teori yang dibincangkan di warung-warung kopi ialah bagaimana Kerajaan, akhbar dan ahli-ahli politik kerajaan telah termasuk perangkap Anwar.

Imej kepimpinan tercemar, pasaran saham merudum dan seperti yang dinyatakan Wong, keyakinan pelabur hilang dan keyakinan rakyat yang terhimpit dengan suasana ekonomi sekarang ini semakin menipis.

Kekecewaan jelas di kalangan tuan-tuan punya syarikat besar yang tersenarai di BSKL yang saban hari kerugian berjuta-juta ringgit akibat pasaran saham merudum dan puncanya bukan kerana kelemahan pengurusan syarikatnya, tetapi disebabkan oleh ketidakstabilan politik negara.

Kritikan Ronnie Liu seperi yang dilaporkan Malaysiakini jelas bagaimana pembangkang mengambil kesempatan dari kegawatan politik dan ekonomi sekarang ini.

Liu dipetik Malaysiakini sebagai berkata: ""Saya tidak menganggap Kerajaan BN bodoh tetapi saya ingin menyatakan mereka tidak pandai mengurus ekonomi dan negara."

Jika andaian ini tepat, maka tidak salahlah tangapan sesetengah pihak bahawa isu Anwar adalah rekaan beliau semata-mata untuk terus mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Anwar yang akan meraih simpati dan faedah dari kegawatan politik sekarang.

Samada Anwar berjaya atau gagal, masa akan menentukan. Tetapi ke manakah arah tuju negara kita? Wong jelas bimbang dengan imej kepimpinan negara sehingga beliau berani menegur Perdana Menteri dan mendesak beliau menggunakan “rotan” untuk menghentikan kebobrokan ini.

Apa yang jelas rakyat yang terhimpit perlukan pembelaan segera sebelum apa yang dibina selama ini musnah buat selama-lamanya.

Rujukan:
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/6/focus/21752272&sec=focus
http://rantingsbymm.blogspot.com/2008/07/i-think-ill-just-go-on-strike.html
http://rockybru.blogspot.com/2008/07/malaysian-bloggers-on-strike.html
http://www.malaysiakini.com/news/85655