Showing posts with label reezal merican. Show all posts
Showing posts with label reezal merican. Show all posts

Friday, April 15, 2016

ALHAMDULLILAH, NAJIB BERSIH. TUN MAHATHIR KAKI FITNAH

Image result for najib+menteri luar+arab

ALHAMDULLILAH. Akhirnya semua sudah SELESAI.

Terima kasih Al-Sheikh Adel Al-Jubeir kerana telah mengaku bahawa duit yang ada di dalam akaun Najib Razak adalah sumbangan dari Arab Saudi.

http://www.malaysiakini.com/news/337917

MALU besar Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan penjelasan Al-Sheikh ini.

Al-Sheikh ini pun satu. Kenapa baru sekarang nak mengaku kerajaan Arab Saudi bagi derma. Dua bulan lepas kata PELABURAN, hari ini kata DERMA.

Kalau awal-awal membuat PENGAKUAN macam hari ini, tidaklah negara ini jadi huru-hara.

1. SPRM tak payah berulang alik ke seluruh pelusuk dunia berjumpa Tok Arab nak siasat betul ke duit itu derma dari Arab Saudi.

2. Gani Patail sudah pasti masih Peguam Negara dan tak perlu diPECAT oleh Najib.

3. Dua pegawai SPRM tak lah perlu bertukar kerja ke JPM.

4. Cuma yang rugi ialah Nur Jazlan dan Reezal Merican. Kalau awal-awal Al-Sheikh mengaku Arab Saudi menderma, tak dapatlah mereka berdua merasa menjadi Timbalan Menteri.

5. Isteri Najib, Rosmah Mansor, sudah pasti tak kena BOO semasa Badminton Terbuka Malaysia baru-baru ini.

6. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal sudah pasti tak diPECAT Najib.

7. Najib pun tak perlu hendak bagi BALIK duit derma RM2 bilion lebih kepada pendermanya.

8. Najib juga tak perlu habis berjuta ringgit jaga Ketua-Ketua Bahagian.

9. PAC pun tak perlu bersidang dan keluarkan laporan yang beratus muka surat dan tebalnya hampir 2 inci.

10. Tun Mahathir pula HILANG jawatan Penasihat Petronas.

11. Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini tak perlu pun dibuat secara tertutup sehingga ahli Umno yang bukan perwakilan dipaksa melihat berulang kali ucapan pemimpin yang di"censor" oleh Raof dan geng-geng Teuku Adnan.

12. SKMM pun tak payah kerja kuat sekat Malaysian Insider serta blog kawan-kawan seperti Syedoutsyedthebox dan Din Turtle.

13. Sarawak Report pun tak akan sepopular sekarang.

14. Orang pun tak akan kenal kawan-kawan Najib seperti Jho Low, Tariq Obaid dan beberapa lagi.

15. Nama Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara, sudah pasti tidak dicemar sebegini rupa.

16. FBI dan Peguam Negara Switzerland pun tidak perlu habiskan wang rakyat menyiasat kes ini.

Banyak lagi kalau hendak disenaraikan kesemua penganiayaan disebabkan kelewatan Al-Sheikh Adel ini mengaku duit tersebut duit derma.

INI SEMUA SALAH AL-SHEIKH ADEL.

Demi untuk membersihkan nama Perdana Menteri sebersih kapas, tibalah masanya Najib mengarahkan SIASATAN penuh dibuat agar rakyat benar-benar YAKIN dengan jawapan yang diberikan oleh Al-Sheikh Adel hari ini.

Tidak ada apa hendak diSOROKkan lagi.

Selama ini kita semua salah sangka.

Kita tunjuk semua akaun 1MDB, dalam dan luar negeri. Tunjuk RESIT RM2 bilion yang Najib hantar balik kepada Arab Saudi. 

Kita tunjuk semua laporan Akauntan Negara dan Bank Negara.

Kita bagi Tun Mahathir malu. Biar padan muka Tun.

Kita tunjuk kepada rakyat bahawa Tun Mahathir KAKI FITNAH.

Kita tunjuk semua. Tak perlu lagi nak sorok-sorok hasil siasatan SPRM, Bank Negara, Polis dan Akauntan Negara. 

Padan muka Tun Mahathir, kaki fitnah.

Kepada Azalina Othman Said, tindakan beliau mempertahankan Najib BETUL.

Sekarang Azalina perlu menulis surat kepada FBI dan Peguam Negara Switzerland supaya memberhenti siasatan serta merta kerana Arab Saudi sudah mengaku wang tersebut adalah pemberian dari mereka dan kita saman New York Post dan Wall Street Journal.

Seperti kata Al-Sheikh Adel, KES DITUTUP.

Alhamdullilah.

Wednesday, October 14, 2015

BAYARLAH TOL. PERCAYALAH PADA NAJIB


APRIL 2013: Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen "AKU JANJI" KEPADA RAKYAT. Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai. Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia. Manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu. Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat. Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru. Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius." - NAJIB RAZAK ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia “Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Stadium Putra Bukit Jalil. 

JANJI NAJIB KEPADA RAKYAT MENGENAI TOL ANTARA BANDAR
MARAH betul kawan-kawan Jelapang di Kuala Lumpur. Di kampung Jelapang, hanya ada pekan, tak ada bandar. Jadi sukarlah nak memahami perasaan mereka tentang terpaksa membayar tol setiap hari apabila keluar di pagi hari untuk mencari sesuap nasi dan menyara anak bini.

Jelapang MINTA mereka bersabar. Jangan ikut perasaan.

Najib Razak sudah pasti memikirkan masak-masak keputusan menaikkan tol ini. 

Kalau rakyat selama ini meletakkan kepercayaan 100 peratus kepada Najib dalam menguruskan syarikat besar 1MDB, menguruskan derma RM2.6 bilion dari seorang Arab yang pemurah, menguruskan pelaburan RM4 bilion wang simpanan Kumpulan Wang Amanah Pencen dan TPPA, sudah pasti kenaikan tol ini ada hikmahnya.

Jelapang yakin kawan-kawan di Kuala Lumpur kaya-kaya belaka dan apa salahnya membayar tol mahal sedikit demi bangsa dan negara.

Lagipun jika tidak dinaikkan tol, seperti kata Menteri Kerjaraya Fadillah Yusof, kerajaan terpaksa mengeluarkan berbilion ringgit sebagai pampasan kepada syarikat lebuhraya dan wang ini sebenarnya boleh digunakan untuk tujuan membina sekolah, hospital dan JALANRAYA.

 http://www.sinarharian.com.my/nasional/tangguh-naik-tol-kerajaan-kena-bayar-rm1-08b-1.407078

BETUL kata Fadillah itu. Dengan duit pampasan ini dapatlah kita gunakan untuk membina jalanraya seperti projek Lebuhraya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak yang telah diANUGERAHKAN kepada ABANG MENTERI KERJARAYA Bustari Yusof.

Kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur. Bersabarlah. Kenaikan tol ada hikmahnya.

Percayalah kepada Perdana Menteri kita. Beliau seorang yang mulia.

Jika tidak, tidak mungkin bilionaire Arab sanggup berpisah dan menderma RM2.6 bilion kepada beliau. (Derma? Itu kata Najib lah).
  
Satu lagi nasihat kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur. Jangan bebankan Menteri-Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen dengan mendesak mereka untuk menyuarakan kemarahan mengenai kenaikan tol ini.

LUPAKAN lah kenyataan POPULIS yang dibuat oleh Reezal Merican dulu.

Dulu kata Reezal: "BN pada PRU13 lalu telah berjanji secara spesifik melalui akujanji pilihan raya bahawa akan mengurangkan tol secara berperingkat. Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'. Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ianya pasti diberi perhatian oleh kerajaan." 

http://www.sinarharian.com.my/nasional/reezal-merican-ingat-semula-akujanji-kadar-tol-1.231970

Itu dulu. Itu ketika Reezal belum mendapat jawatan. Reezal sekarang bertaraf Timbalan Menteri.

Kita kena faham budaya Umno. Untuk mendapat jawatan mudah. Kritikal terhadap Najib dahulu. Dapatlah jawatan.

Tak payah lah Jelapang nak senaraikan nama 20 pemimpin Umno yang kritikal kemudian dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau Pengerusi GLC. Jika tuan-tuan tidak percaya, tanya Nur Jazlan, anak Tok Mat Rahmat.

Sekian.

Kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur, selamat membayar tol tambahan.

Friday, January 16, 2015

HABIBUL RAHMAN, PENASIHAT NAJIB? PADANLAH UMUR POLITIK PAK LAH SINGKAT


Ah, Habibul Rahman Kadir Shah ini kah yang dikatakan PENASIHAT MEDIA Najib Razak?

Semalam Dato' Kadir Jasin, blogger terkenal, di dalam tulisan beliau memberi gambaran Habibul Rahman adalah Penasihat Media Najib.

Kadir menyiarkan satu sms dari seorang editor kanan akhbar media utama yang berbunyi “Assalam Tok Kadir. Siapa dia orang bernama H------ R----- yang dikatakan terlalu rapat dengan PM dan berupaya memberitahu kepala2 media prima dan utusan yang apa perlu di spin?”

Kita orang politik kenal sangat Habibul ini. Dulu strategis dan Penasihat Media Pak Lah sampai bapak-bapak Menteri, Ketua-Ketua Bahagian pun dipaksa mengikut telunjuk beliau. Tetapi bukan semua Menteri dan Ketua Bahagian mahu ikut telunjuk beliau. Menteri yang tidak sayang jawatan, ada "CLASS" dan ada kredibiliti TIDAK PANDANG Habibul.

Sekarang kita fahamlah kenapa Pak Lah tidak bertakhta lama sebagai Perdana Menteri. 

Bila diteliti gambar di atas, terpandang pula kepada Razali Merican Naina Merican, abang Reezal Merican yang pernah menjadi Setiausaha Politik Pak Lah, yang juga sama nasib dengan Pak Lah kerana umur jawatan Setiausaha Politik beliau pun sesingkat jawatan Pak Lah. Rupa-rupanya Habibul dan Reezal dalam "team penasihat" Pak Lah dan juga dalam "team perniagaan". Padanlah Pak Lah "jalan" cepat" sebagai Perdana Menteri. 

Kalau mereka-mereka inilah yang menasihati Najib, Najib akan "SELAMAT" sama macam Pak Lah.

Kalau Najib betul-betul nak hebat, contohilah Persatuan Badminton Malaysia.

BAM tidak mencari penasihat yang rekod karier mereka sesingkat "umur politik" Pak Lah.

BAM memilih lagenda Badminton Dunia dari Denmark, Morten Frost Hansen, Juara All England sebanyak 4 kali dan menguasai persada badminton dunia hampir 15 tahun lamanya sebagai penasihatnya.

Itu baru betul.

Kalau penasihat beliau yang ada ini hanya mampu mempertahankan Pak Lah hanya sepenggal, PERCAYALAH, Najib akan sama macam Pak Lah.

Kita juga tertarik dengan penulisan blogger Gelagat Anwar mengenai SENTUHAN MAGIS Habibul.