MALANG nasib Tengku Razaleigh Hamzah. Hasrat untuk menjadi Perdana Menteri tidak kesampaian. Hasrat mahu diberi kedudukan oleh Najib Razak juga tidak kesampaian. Terkini hasrat mahu melihat Najib Razak hadir meRASMIkan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang, nampaknya, terkubur. Malang betul Tengku Razaleigh. Jelapang singgah di Gua Musang petang tadi dan dimaklumkan bahawa Najib membuat keputusan untuk tidak menerima jemputan Tengku Razaleigh. Itu kata orang Gua Musang. Betul atau tidak, walahuallam. Pelbagai andaian dibuat kenapa Najib menolak lamaran Tengku Razaliegh. Tetapi yang paling popular ialah Najib kecewa dengan Tengku Razaleigh kerana mendesak supaya Kerajaan mendedahkan siapa "Malaysia Officer 1" yang dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat baru-baru ini.
Najib juga kecewa Tengku Razaleigh juga masih mendesak Najib memenuhi JANJI beliau mahu laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara didedahkan kepada umum. Apakah ini balasan Najib kepada Tengku Razaleigh yang selama ini menyokong dan mempertahankan beliau? Tengku Razaleigh sanggup mengorbankan maruah beliau dengan melangkah ke pejabat Najib semata-mata untuk menandatangani deklarasi Kelantan pada Mac tahun ini. Lagipun desakan Tengku Razaleigh supaya laporan PAC didedahkan bukan perkara baru. Laporan PAC tidak pernah pun selama ini dijadikan dokumen rahsia. Hanya kali ini apabila siasatan audit dibuat ke atas 1MDB di mana Najib dikaitkan, laporan audit ini dirahsiakan.
Kita ingin menyarankan kepada Tengku Razaleigh agar menonton video Ahli Parlimen Raub ini. Lihat apa pandangan seorang Ahli Parlimen terhadap Tengku Razaliegh. Kata Ahli Parlimen ini, beliau tidak tahu apa Tengku Razaleigh hendak.
SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, pada satu ketika, mengugut Najib Razak untuk meletakkan jawatan sekiranya permintaan beliau untuk mereformasikan Parlimen tidak ditunaikan. Hasrat Pandikar KONONNYA mahu menaikkan "standard" Parlimen ke taraf DUNIA. Antara desakan Pandikar ialah menghapuskan portfolio Menteri yang menjaga Parlimen. http://www.ismeblog.website/2015/05/speaker-dewan-rakyat-tan-sri-pandikar.html
Bukan main GARANG Pandikar sehinggakan diTEGURnya Azalina Othman Said kononnya meceroboh kuasa Speaker. Pandikar nampak macam "world class" tetapi kadang-kadang nampak seperti "Kota Belud class". Secara terang-terangan pengerusi jawatankuasa kira-kira Hasan Ariffin MENGAKU meminda laporan PAC mengenai 1MDB. http://www.sinarharian.com.my/nasional/laporan-pac-hasan-jawab-kenyataan-tony-pua-1.511323
Secara terang-terangan Hasan MENYUNTING secara tidak beretika Laporan PAC yang TELAH dipersetujui oleh semua ahli PAC. Parlimen sedang bersidang sekarang ini untuk 2 minggu. 2 minggu ini kita akan melihat adakah Parlimen di bawah Pandikar bertaraf "World Class" atau tidak. Kita sedang menunggu samada Pandikar akan merujuk Hasan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan di atas kesalahan serius yang dilakukan oleh Pengerusi PAC itu. 2 minggu ini kita akan dapat melihat samada Pandikar bertaraf 'WORLD CLASS" atau "KOTA BELUD CLASS".
NUR JAZLAN Mohamed adalah antara sekumpulan kecil Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Umno yang masih ada sisa-sisa kredibiliti. Tetapi semalam kita mula sangsi akan kredibiliti beliau sebagai Pengerusi PAC apabila CEO 1MDB Arul Kandasamy dan Shahril Halmi tidak hadir untuk pendengaran 1MDB. Drama apa yang dimainkan Nur Jazlan? Skrip apa yang dipakai Nur Jazlan semalam. Tak mungkin kedua-dua CEO dan bekas CEO 1MDB berani ponteng pendengaran PAC kecuali ada skrip drama tertentu. Katanya Arul dan Shahrol ada komitmen di luar negara (Shahrol pergi tak jauh mana pun. Singapura sahaja).