Showing posts with label arul kandasamy. Show all posts
Showing posts with label arul kandasamy. Show all posts

Thursday, August 4, 2016

KETUA BAHAGIAN MAHU JHO LOW DITANGKAP & DIDAKWA?



UMNO kena TIPU?

Itulah pandangan pemimpin-pemimpin Umno, menurut seorang rakan yang sentiasa berdamping dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

Saya bertanya, kena tipu dengan siapa?

JHO LOW, kata beliau.

Menurut rakan ini, ketua-ketua bahagian Umno sudah mencapai kata sepakat - TANGKAP JHO LOW.

Kata rakan ini, Ketua-Ketua Bahagian berpendapat Jho Low sudah tipu Umno, songlap duit negara. 

Mereka berpendapat Jho Low turut menipu Najib Razak.

Maka keputusan Ketua-Ketua Bahagian ialah JHO LOW mesti diTANGKAP dan diDAKWA.

Katanya, ketua-ketua bahagian sekarang ini sedang mengatur langkah mahu meminta Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan.

Jelapang alu-alukan hasrat Ketua-Ketua Bahagian ini.

Kita berharap mereka nyatakan pendirian ini kepada Najib.

Ramai mahu Jho Low dihadapkan ke muka pengadilan. 

Kita sudah terlalu lama menanti Jho Low ditahan tetapi katanya ada pihak yang tidak mahu beliau ditangkap.

Malah di dalam laporan PAC pun nama Jho Low tidak disebutkan.

Sebelum ini bekas Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed begitu ghairah untuk memanggil Jho Low mengadap ahli PAC. Belum sempat Jho Low dipanggil, Nur Jazlan tinggalkan PAC dengan rela hati untuk memegang jawatan Timbalan Menteri.

Kalau benar cerita rakan kita ini, kita sokong Jho Low ditahan dan didakwa. 


Wednesday, May 25, 2016

SINGAPURA BERTINDAK: BANK DIKAITKAN DENGAN 1MDB DIARAH TUTUP KEDAI

Image result for 1mdb

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah memberi notis kepada BSI Bank Ltd (BSI Bank) mengenai hasrat untuk menarik balik statusnya sebagai bank saudagar disebabkan perlanggaran serius keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan pengurusan yang lemah terhadap operasi bank serta salah laku teruk oleh sebahagian kakitangan bank itu.

Selain itu, MAS telah merujuk enam nama daripada pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada Pendakwa Raya untuk menilai sama ada mereka telah melakukan kesalahan jenayah.

"BSI Bank adalah kes kecuaian kawalan dan salah laku paling teruk yang pernah kami lihat dalam sektor kewangan Singapura.

"Ia adalah satu peringatan jelas kepada semua institusi kewangan untuk memikul tanggungjawab anti pengubahan wang haram secara serius," kata Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon dalam satu kenyataan di sini.

"Kawalan perlu kukuh, pengawasan sentiasa berwaspada dan budaya pengurusan mesti menekankan integriti dan kesedaran risiko profesional.

"MAS amat komited untuk melindungi integriti dan reputasi pusat kewangan Singapura. Tidak ada kompromi mengenainya," tambah beliau.

BSI Bank telah beroperasi sebagai bank saudagar di Singapura sejak November2005 di mana ia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan swasta.

Ia adalah anak syarikat milik penuh BSI SA, sebuah bank yang diasaskan pada 1873 dan beribu pejabat di Switzerland.

MAS berkata, pelanggan BSI Bank diberi jaminan yang bank itu mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya.

Ia juga mempunyai sokongan penuh bank induk, BSI SA di Switzerland, kata pihak berkuasa itu.

MAS kini bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA), pengawal selia BSI SA, untuk menyelia penutupan yang teratur di Singapura.

MAS berkata, FINMA telah meluluskan pengambilalihan keseluruhan BSI Group oleh EFG International, sebuah bank yang diberi kuasa oleh FINMA dan beribu pejabat di Switzerland.

Demi kepentingan pelanggan BSI Bank, MAS akan membenarkan pemindahan aset dan liabiliti anak syarikat bank itu di Singapura kepada EFG Bank AG cawangan Singapura atau kepada entiti induk, BSI SA.

Pada 2011, MAS telah memeriksa BSI Bank dan mendapati kelemahan dasar dan proses pada jabatan yang menjana pendapatan dan penguatkuasaan lemah oleh fungsi kawalan.

Kelemahan terbabit telah diperbetulkan, katanya.

Pada 2014, MAS sekali lagi memeriksa bank itu dan menemui beberapa kelemahan serius dalam pemeriksaan ketekunan wajarnya ke atas aset, yang menyokong dana pelaburan yang distruktur untuk pelanggan bank berkenaan.

Berikutan penemuan pelbagai kelemahan yang berulang dalam regim kawalannya, MAS telah mengarahkan pengurusan BSI Bank meningkatkan penelitian proses pengurusan risiko dan kawalan dalamannya.

Pemeriksaan ketiga lebih intrusif oleh MAS pada 2015 mendedahkan pelbagai pelanggaran peraturan anti pengubahan wang haram dan corak ketidakpatuhan yang berleluasa.

Keputusan MAS untuk menarik balik status BSI Bank sebagai bank saudagar itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kelemahan yang berulang seperti penemuan pemeriksaan pada 2015.

Kelemahan kawal selia khusus, termasuk memproses pelbagai transaksi luar biasa yang pada dasarnya diluluskan tanpa nilai ekonomi.

Kelulusan transaksi seperti itu berdasarkan semata-mata kepada kepercayaan perwakilan pelanggan walaupun dokumentasi tidak mencukupi dan kebimbangan telah ditimbulkan oleh pegawai pematuhan bank.

Ini adalah kali pertama MAS menarik balik kelulusannya untuk bank saudagar sejak 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup berikutan kelemahan serius dalam khidmat nasihatnya.

MAS menemui bukti mencukupi pengabaian tugas dan kegagalan melaksana tanggungjawab pengawasan bagi pihak pengurusan kanan BSI Bank.
Kenam-enam pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank dinilai untuk kemungkinan kesalahan jenayah ialah Hans Peter Brunner, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Raj Sriram, bekas Timbalan CEO, Kevin Michael Swampillai, Ketua Perkhidmatan Pengurusan Kekayaan, Yak Yew Chee, bekas Pegawai Bank Kanan, Yeo Jiawei, bekas Perancang Kekayaan dan Seah Yew Foong Yvonne, bekas Pegawai Kanan Bank.

MAS juga memberikan notis kepada BSI Bank untuk mengenakan penalti kewangan S$13.3 juta (S$1=RM2.95) untuk 41 pelanggaran Notis MAS 1014 - Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Memerangi Pembiayaan Keganasan.

Pelanggaran terbabit termasuk kegagalan melaksana ketekunan wajar pelanggan yang dipertingkat ke atas akaun berisiko tinggi dan memantau transaksi pelanggan yang mencurigakan secara berterusan.

MAS menetapkan institusi kewangan di Singapura mematuhi secara tegas terhadap peraturan mengenai anti pengubahan wang haram serta memerangi pembiayaan keganasan.

Sepertimana semua pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa utama lain, Singapura menghadapi risiko digunakan sebagai saluran aliran kewangan haram.

MAS sedang menjalankan semakan penyeliaan ke atas beberapa institusi kewangan dan akaun bank lain di mana transaksi mencurigakan serta luar biasa telah berlaku.



Thursday, April 14, 2016

BUNG MOKTAR: SIASAT TUDUHAN BARU TERHADAP 1MDB MENGENAI PEMBAYARAN KEPADA AABAR

Image result for bung moktar

“IPIC mahupun Aabar tidak tahu mengenainya, atau tidak meraih manfaat hasil bayaran 1MDB kepada Aabar BVI”, kerana rekod menunjukkan Aabar BVI adalah milik bersama IPIC dan Aabar.

PAC seharusnya menjadi platform yang betul untuk menyelesaikan isu tersebut dan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy harus menyediakan butiran mengenainya.

Maklum balas saya sangat jelas. Saya mahu ianya diselesaikan menerusi saluran yang betul. Arul Kanda patut jawab dahulu, sama ada dia sedar atau tidak kalau-kalau wujudnya dana yang lenyap.

Sekiranya ada asas kepada tuduhan itu, langkah seterusnya (kita harus) membentangkan perkara ini kepada PAC sekali lagi. PAC boleh menyiasat tuduhan baru berkaitan 1MDB walapun telah memuktamadkan siasatan 11 bulan yang telah diserahkan kepada Parlimen pada 7 April yang lalu.

"Saya akan bangkitkan isu ini pada sidang Parlimen akan datang (bermula 16 Mei)," katanya, sambil menambah beliau juga mahukan jawapan." - Bung Moktar Radin, Timbalan Pengerusi BNBBC.


JELAPANG: Nampaknya Bung Moktar dah mula MERAGAM. Kalau ikut pendekatan Najib Razak, orang yang meragam perlu di"PUJUK" cepat.

Apakah tujuan Bung Moktar ini? Mahu melenyapkan pemimpin Islam seperti Najib? Atau Bung juga mahu bersekongkol dengan Yahudi-Yahudi di Switzerland dan Amerika Syarikat untuk memerangi Najib?

Tidak kah Bung berbincang dahulu dengan bos beliau, Shahrir Samad, Pengerusi BNBCC sebelum membuat kenyataan di atas?

Yang menjadi kebimbangan sekarang ini jika tindakan Bung ini diikuti oleh Ahli Parlimen BN yang lain.

Masalah dengan Bung, jika ditegur, lagi bising beliau. Bung akan cakap apa saja yang dia rasa betul.

Bung ini nampak sudah masuk dalam kategori Tan Sri Muhyiddin Yassin, tak habis-habis menegur Najib.

Semuga Bung cepat di"PUJUK" oleh penasihat Najib sebelum tindakan Bung bertambah parah kepada Perdana Menteri.

Sunday, July 12, 2015

HELAH NAJIB: ROMBAK KABINET UNTUK ALIH PANDANGAN RAKYAT TERHADAP ISU WANG DALAM AKAUN NAJIB DAN ROSMAH?

Image result for shahrir samad+paul stadlen
(Gambar: Shahrir Samad bermesyuarat bersama Paul Stadlen dan Arul Kanda)



BELUM pun selesai SIASATAN ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor isu wang dimasukkan ke akaun mereka, dua akhbar pro-Najib sudah memperkatakan mengenai ROMBAKAN KABINET.

http://www.utusan.com.my/rencana/analisis-mingguan-bisik-bisik-awang-selamat-1.113086

http://www.nst.com.my/node/91843

Nampaknya orang No 1 tidak ambil kisah segala dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau.

Atau rombakan ini satu HELAH mahu mengalih pandangan rakyat supaya bercakap mengenai ROMBAKAN KABINET dan melupakan dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun Najib dan RM2 juta TUNAI (cash) dimasukkan oleh seorang pembantu ke akaun isteri Najib, Rosmah Mansor?

MULIAnya hati PENDERMA yang menderma sehingga RM2.6 bilion. Betapa beruntungnya seorang surirumah seperti Rosmah Mansor dapat menyimpan RM2 juta dalam masa DUA BULAN. Hari raya dah hampir tiba, mungkin kita berharap bertemu penderma semulia mereka ini, dapat seribu dua pun dah mencukupi.

http://www.malaysiakini.com/news/303879

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-rosmah-pula-didakwa-terima-rm2-juta-dalam-akaun-peribadi

SEHARUSnya dilupakan rombakan Kabinet ini seketika.

Sekarang bukan masanya. Sekarang adalah masa Najib dan isteri MEMBERSIHKAN DIRI dari segala tuduhan ini.

Dulu rakyat dipaksa menunggu AUDIT 1MDB sebelum membuat sebarang sangkaan kepada 1MDB, Kerajaan dan Najib.

Apa salahnya kali ini, NAJIB tunggu siasatan ke empat-empat Tan Sri sebelum merombak kabinet.

Tak akan Najib tidak boleh bersabar sedikit. Kalau rakyat boleh bersabar menunggu AUDIT 1MDB, tak akan Perdana Menteri tiada kesabaran untuk menanti hasil SIASATAN pasukan petugas khas mengenai dakwaan ini.

SABAR-SABARLAH.


p/S: Tahniah Tan Sri Shahrir Samad. Usaha Tan Sri beberapa minggu ini telah membuahkan hasil jika benar laporan akhbar pro-Najib bahawa Tan Sri akan kembali ke dalam Kabinet. Kepada pemimpin Umno lain, contohilah kebolehan Tan Sri Shahrir.

Friday, May 29, 2015

SHAHRIL SAMAD PELAKUN TAMBAHAN DALAM SANDIWARA 1MDB

1MDB president Arul Kanda Kandasamy and BN backbenchers president Tan Sri Shahrir Samad at a hotel in Kuala Lumpur, in this picture made available to The Malaysian Insider. – May 29, 2015.

MENURUT Ketua Umno Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee, Pengerusi BNBBC Shahril Samad BERTEMU CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada malam Rabu di sebuah restoran bernama Aloft, di KL Sentral di Kuala Lumpur.

Shahril dahulu dan Shahril sekarang nampak sudah lain.

Dulu Shahril dalam kelompok Menteri-Menteri yang amat dihormati di era Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Hussein Onn.

Tetapi Shahril sekarang sudah berubah. Mungkin zaman sudah berubah.

Dulu-dulu skandal melibat RM2 bilion, RM3 bilion. Skandal sekarang melampaui puluhan bilion ringgit sampai ke RM42 bilion.

Baru-baru ini Shahril mendesak Menteri Kabinet yang tidak faham isu 1MDB supaya meletakkan jawatan.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/26/bnbbc/


Sekarang kita maklum kenapa Shahril begitu memahami isu 1MDB.  

Sementara itu, Syed Ali menggambarkan ketidakhadiran Arul untuk pendengaran 1MDB sebagai satu SANDIWARA.

Baca di SINI: http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/05/1mdb-arul-his-predecessor-and-board.html


Wednesday, May 27, 2015

1MDB: DRAMA NUR JAZLAN & PAC

PAC deputy chairman Dr Tan Seng Giaw (left) and Nur Jazlan.

NUR JAZLAN Mohamed adalah antara sekumpulan kecil Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Umno yang masih ada sisa-sisa kredibiliti.

Tetapi semalam kita mula sangsi akan kredibiliti beliau sebagai Pengerusi PAC apabila CEO 1MDB Arul Kandasamy dan Shahril Halmi tidak hadir untuk pendengaran 1MDB.

Drama apa yang dimainkan Nur Jazlan? Skrip apa yang dipakai Nur Jazlan semalam.

Tak mungkin kedua-dua CEO dan bekas CEO 1MDB berani ponteng pendengaran PAC kecuali ada skrip drama tertentu. Katanya Arul dan Shahrol ada komitmen di luar negara (Shahrol pergi tak jauh mana pun. Singapura sahaja). 

Spekulasi di akar umbi mengatakan Nur Jazlan antara pelakunnya.

Hari ini Nur Jazlan berkata PAC mungkin akan memanggil Najib Razak untuk memberi keterangan.

Kita amat berharap sangat ini bukan satu lagi drama  Nur Jazlan dan PAC.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/27/1mdb-auditors-to-be-called-in-next-week/

Monday, May 25, 2015

PAC & NUR JAZLAN TAK ADA TARING! ARUL & SHAHROL ELAK PAC ATAU DISURUH ELAK?

Jazlan, PAC, Arul Kanda, Shahrol

KETIKA 1Malaysia menaruh harapan kepada Nur Jazlan Mohamed dan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) untuk merungkai RAHSIA BESAR di dalam 1MDB, tiba Nur Jazlan menangguhkan pendengaran kononnya CEO 1MDB sekarang Arul Kandasamy dan bekas CEO Shahrol Halmi tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Benarkah ada urusan rasmi? 

Arul dan Shahrol ELAK PAC atau DISURUH ELAK?