Showing posts with label pandikar amin mulia. Show all posts
Showing posts with label pandikar amin mulia. Show all posts

Tuesday, November 21, 2017

PAS SOKONG UMNO KE TIDAK? DI PARLIMEN MALAM TADI SOKONG PAKATAN

Related image

ADAkah Pas benar-benar RAKAN Umno untuk PRU-14 nanti?

Sehingga petang semalam, Pas merupakan rakan karib dan TALI HAYAT Umno untuk PRU-14.

MALAM tadi satu INSIDEN berlaku di Parlimen di mana pihak Kerajaan hampir-hampir KALAH dalam pengundian untuk kelulusan belanjawan bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Insiden ini mencetus pelbagai interpretasi dan senario politik.

1. PAS
Sebelum ini sebarang usul yang dibawa oleh Pakatan Rakyat TIDAK disokong oleh Ahli Parlimen Pas.

Usul belanjawan 2018 yang dibawa sebelum ini oleh Najib Razak juga dibuat UNDI BLOK dan ditentang oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Pas mengambil ketetapan BERKECUALI, dengan kata lain tidak menentang (boleh juga ditafsirkan menyokong) Belanjawan yang dibawa Najib.

Sudah pasti sikap PAS ini cukup SELESA buat Najib, Umno dan BN. Petanda PAS benar-benar berpegang kepada JANJI untuk MEMASTIKAN Umno MENANG BESAR semasa PRU-14 nanti.

Tiba-tiba malam tadi, 6 Ahli Parlimen Pas menyertai Pakatan Harapan mengundi menentang belanjawan untuk Kementerian Kepenggunaan.

Lain pula nampaknya sikap Pas malam tadi. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Kejap ke Umno, kejap ke Pakatan. Boleh ke sana ke sini.

Apakah apabila Parlimen diBUBARkan, Pas ke Pakatan?


2. KEHADIRAN AHLI PARLIMEN BN
Related image
Ramai blogger Umno menhentam Ahli Parlimen BN yang tidak hadir semasa undi blok semalam menyebabkan BN diMALUkan.

Lebih 80 Ahli Parlimen TIADA di Dewan semasa pengundian dijalankan termasuk Najib, Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Umno Hishammuddin Tun Hussein.

Blogger-blogger Umno mencadangkan mereka digugurkan dari bertanding pilihanraya akan datang.

Baik cadangan mereka. Tetapi beranikah Najib?

Kritikan-kritikan ini nampak seperti dihalakan kepada Ahli Parlimen bawahan sahaja.

Ketua Penerangan Umno Annuar Musa ada ke semasa pengundian semalam? Teuku Adnan Teuku Mansor, Setiausaha Agong Umno mengundi ke tidak malam tadi? Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada ke semalam? 

Menteri Kewangan Kedua Johari Ghani ada ke? Jangan cadangkan Ahli Parlimen bawahan saja diGUGURkan. Yang harus diHUKUM lebih ialah yang Ahli Parlimen yang bertaraf Menteri dan bertaraf Ahli Majlis Tertinggi. 

Bila mereka tidak hadir, ada orang tafsirkan mereka tak hormat Najib. Apa tidaknya, mereka Menteri, ada pelbagai keistimewaan. Ada drebar. Ada bodyguard. Ada pejabat besar. Katanya di Parlimen pun ada pejabat. Ada satu platun pegawai-pegawai khas.

Seperkara lagi, ada juga mengatakan tidak hadir Parlimen adalah perkara biasa. Lihat gambar atas. Suatu ketika dulu, apabila Najib menjawab soalan, hanya Teuku Adnan yang hadir (lihat kerusi kosong dalam gambar atas). Menteri-Menteri Kabinet yang dilantik Najib menerima gaji bulanan hampir RM50,000 pun tidak hadir semasa Najib ke Parlimen.

3. KELAB PENYOKONG BN (BN BACKBENCHERS CLUB)

Image result for backbenchers club parlimen

Kita bernasib baik dapat menonton sidang Parlimen setiap hari di kaca TV. Tak perlu orang Padang Besar atau orang Johor membawa rombongan orang kampung ke Kuala Lumpur semata-mata nak tengok sidang Parlimen.

RTM menyiarkan sidang Parlimen secara "live" setiap hari ketika Parlimen bersidang di saluran HyppTV.

Jelapang bila lapang, sering menonton sidang Parlimen termasuk malam tadi apabila Kerajaan hampir-hampir KALAH dalam undi blok.

Sejarah demi sejarah dicipta oleh Parlimen Malaysia ini.

Sejarah apa? Bersidang paling lama dalam sejarah Malaysia.

Pada April tahun ini, PARLIMEN mencipta sejarah, bersidang sampai 5.05 PAGI. Rekod sebelum itu ialah 4.25 PAGI, mengalahkan rekod terdahulu 3.21 PAGI.

Ayuh Parlimen Malaysia. Cipta rekod baru dalam sidang ini. Pastikan bersidang melebihi 5.05 PAGI semasa sesi ini.

Sesi ini, hampir setiap malam Parlimen BERSIDANG sehingga 10 malam dan hampir tengah malam.

Di Parlimen England, tak pula mereka bersidang lewat macam kita.

Lihat masa persidangan Parlimen England di bawah:



Oh ya. England lain, kita lain. Mereka negara maju. Kita?

Satu perkara Jelapang perasan apabila Parlimen bersidang sampai larut malam, muka yang sama saja yang tersengguk-sengguk menghadiri sesi Parlimen. Ahli Parlimen Umno dan BN yang sama saja kena menahan mata di dalam Parlimen setiap malam.

Siapa mereka ini? Ahli Parlimen bawahan.

Ahli Parlimen yang berjawatan Menteri, bergaji ribuan ringgit, entah ke mana. Entah di rumah, entah di hotel.

Malam tadi kerusi bapak-bapak Menteri KOSONG semasa pengundian dijalankan.

Itulah nasib Ahli Parlimen BN yang tak bertaraf Menteri atau berjawatan besar dalam Umno.

Memandangkan ramai meminta Ahli Parlimen BAWAHAN ini dikenakan HUKUMAN dengan menGUGURkan mereka dari PRU-14 ini, ramai antara mereka mengeluh.

Tadi pagi ada yang menghantar mesej kepada Jelapang meluahkan kekecewaan. Tidur lewat, kena bangun awal ke Parlimen.

Padahal Pak Menteri dan mereka yang berjawatan tinggi dalam Umno entah ke mana.


Monday, May 16, 2016

PANDIKAR AMIN BERTARAF WORLD CLASS ATAU KOTA BELUD CLASS?

Image result for pandikar amin mulia

SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, pada satu ketika, mengugut Najib Razak untuk meletakkan jawatan sekiranya permintaan beliau untuk mereformasikan Parlimen tidak ditunaikan.

Hasrat Pandikar KONONNYA mahu menaikkan "standard" Parlimen ke taraf DUNIA.

Antara desakan Pandikar ialah menghapuskan portfolio Menteri yang menjaga Parlimen.

http://www.ismeblog.website/2015/05/speaker-dewan-rakyat-tan-sri-pandikar.html

Bukan main GARANG Pandikar sehinggakan diTEGURnya Azalina Othman Said kononnya meceroboh kuasa Speaker.

Pandikar nampak macam "world class" tetapi kadang-kadang nampak seperti "Kota Belud class".

Secara terang-terangan pengerusi jawatankuasa kira-kira Hasan Ariffin MENGAKU meminda laporan PAC mengenai 1MDB.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/laporan-pac-hasan-jawab-kenyataan-tony-pua-1.511323

Secara terang-terangan Hasan MENYUNTING secara tidak beretika Laporan PAC yang TELAH dipersetujui oleh semua ahli PAC.

Parlimen sedang bersidang sekarang ini untuk 2 minggu.

2 minggu ini kita akan melihat adakah Parlimen di bawah Pandikar bertaraf "World Class" atau tidak.

Kita sedang menunggu samada Pandikar akan merujuk Hasan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan di atas kesalahan serius yang dilakukan oleh Pengerusi PAC itu.

2 minggu ini kita akan dapat melihat samada Pandikar bertaraf 'WORLD CLASS" atau "KOTA BELUD CLASS".


  

Monday, August 3, 2015

DI AUSTRALIA, SPEAKER LETAK JAWATAN KERANA GUNA WANG RAKYAT

Tony Abbott and Bronwyn Bishop

LAIN padang lain belalang.

Di Australia, speaker Parlimen Australia Bronwyn Bishop meLETAKkan JAWATAN kerana menggunakan HANYA RM19,115 DUIT RAKYAT untuk menyewa sebuah helikopter untuk menghadiri KERJA AMAL di Geelong, Australia.

Disebabkan telah meLANGGAR AMANAH RAKYAT, Bronwyn melakukan perkara berikut:

1. Mengembalikan balik wang tersebut BERSERTA membayar penalti 25%.

2. MeMOHON MAAF kepada rakyat Australia dan MENGAKU perbelanjaan tersebut tidak "MASUK AKAL".

3. MELETAKKAN JAWATAN sebagai SPEAKER PARLIMEN.

Itu di Australia!

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/speaker-australia-letak-jawatan-1.119818

Tuesday, May 19, 2015

KETUA-KETUA BAHAGIAN MENCERCA TUN M MENGENAI PANDIKAR

Image result for pandikar amin mulia

Rupa-rupanya Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar. Bahawa memang benar Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatan pada 19 Mac.

Dr Mahathir dihentam teruk oleh sesetengah Ketua Bahagian sampai ke tahap mencerca dan memaki hamun.

Seorang Ketua Bahagian berjawatan Menteri mencerca Tun melalui grup whatsapp dengan kenyataan bahawa selepas mengerjakan Umrah Tun Dr Mahathir menjadi kaki fitnah.

Jelapang tahu siapa di kalangan ketua-ketua bahagian yang mencerca Tun Dr Mahathir di dalam grup-grup Whatsapp dan Telegram mereka.

Bagaimanapun masih ada masa untuk Ketua-ketua bahagian ini memohon ampun dan maaf kepada Tun sebelum terlambat.

Ingat lah, “… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” (al-Baqarah:217)

PANDIKAR AMIN LETAK JAWATAN KES TANDAS?

Image result for pandikar amin mulia


"Sebagai speaker, beliau perlu berjumpa VIP. Bilik beliau tidak selesa. Mungkin sebab itu dia nak berhenti. Kemudahan dalam bilik tidak diberikan." - Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang menafikan beliau memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa beliau telah meletakkan jawatan.

  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pandikar-tidak-gembira-dengan-kelengkapan-pejabat-kata-dr-m