Tuesday, August 25, 2020

KES KKHAIRUDDIN: MUHYIDDIN JAGA NEGARA ATAU JAGA KEPENTINGAN DIRI?

Anak Sungai Derhaka: Khairuddin Jawab Isu Audi Q7 Untuk Isteri..

BILA sudah perintah negara, sangkaan kita Pas parti tunggang agama semakin menyerlah.

Sama seperti kes Mustapha Ali dahulu, Pas mencari pelbagai HELAH dan FATWA untuk menghalalkan kesalahan Khairuddin Aman Razali tidak kuarantin selepas balik dari Turki.

Rupanya hukum untuk rakyat jelata lain, hukum untuk pemimpin sendiri lain.

Agaknya begitulah bila adanya Hudud.akan diPOTONG tangan rakyat biasa, pemimpin digunakan pelbagai HELAH untuk dilepaskan.

Semakin hari semakin ramai rakyat mempertikaikan cara Muhyiddin Yassin mentadbir negara.

Adakah pentadbiran negara hanya untuk kepentingan diri Muhyiddin sahaja kerana takut hilang undi di Parlimen?

Kita tunggu apa kesudahan kes Khairuddin ini.

Adakah hanya Makcik Gelang Pink dan Pakcik Restoran Nasi Kandar Salleh sahaja yang dipenjara kerana mereka rakyat biasa?

Rakyat sedang menilai Muhyiddin. Setakat membaca berdoa semasa siaran langsung tak akan menyembuh hilang kepercayaan rakyat kepada Muhyiddin.

Wednesday, August 19, 2020

RAHMAN DAHLAN BUNUH KAREKTER BUNG & ZAHID SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Reasonable for Bung to take charge in Sabah, says Zahid | Free ...

DALAM Umno susah nak dapat yang ikhlas. Kawan pun boleh jadi LAWAN.

Itulah yang terjadi kepada Bung Mokhtar Radin yang semalam diHINA dan diperlekehkan oleh rakan sendiri dari Sabah - Abdul Rahman Dahlan.

Rahman Dahlan mempertikai keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melantik Bung untuk mengetuai Pilihanraya Negeri Sabah dan melabelkan tindakan tersebut sebagai "BUNUH DIRI".

Kita tak tahu sebenarnya apa tujuan Rahman Dahlan. Tetapi nampak seolah-olah mahu membunuh karekter BUNG dan juga ZAHID.

Kalau Rahman Dahlan mengatakan Bung ada masalah kredibiiti kerana perbicaraan mahkamah, kes Zahid lagi teruk.

Jadi siapa yang Rahman Dahlan tembak ni? Sudah pasti kita nampak dia tembak Bung dan Zahid.

Kalau nak kata Bung tak ada kredibiliti, hampir kesemua yang dibawah naungan Najib Razak ada masalah kredibiliti Rahman Dahlan.

Bacalah kenyataan beramaran dalam kes Guan Eng yang sedang viral sekarang ini. Nama Rahman Dahlan pun ada dengan jumlah wangnya sekali.

Sekarang kita nak lihat apa tindakan Zahid selepas diperlekehkan oleh Rahman Dahlan.




Tuesday, August 18, 2020

UMNO TAMPIN TEMPELAK MOHAMAD HASSAN & TOLAK KHAIRY JAMALUDDIN

KJ menang, Tok Mat dicabar | Harian Metro

RUPAnya betul Khairy Jamaluddin diTOLAK oleh Umno Bahagian Tampin.

Dua hari lepas ada khabar angin mengatakan Umno Bahagian Tampin membuat ketetapan MENEMPLAK Mat Hassan kerana campurtangan hal "rumahtangga" mereka.

Umno  Tampin juga secara terang-terangan menolak KJ sebagai calon di Parlimen Tampin semasa  PRU15 nanti.

Berikut kenyataan Umno Tampin yang sedang viral di media sosial.


Keputusan Mesyuarat Khas Umno Bahagian Tampin menyampaikan pandangan dan sebulat suara membuat Ketetapan :

*Ketetapan UMNO Bahagian Tampin*

1) UMNO kekal bertanding di kerusi tradisi Parlimen Tampin, Dun Gemencheh dan Dun Gemas pada PRU ke 15

2) Menolak sekerasnya sebarang usaha dari pihak luar didalam menentukan calon pilihanraya.

3) Calon-calon PRU 15 bagi kawasan Parlimen Tampin,Dun Gemencheh dan Dun Gemas hendaklah datangnya daripada UMNO Bahagian Tampin itu sendiri.

4) UMNO Bahagian Tampin yakin dan bersedia dari pelbagai sudut utk menawan kembali kerusi Parlimen Tampin serta mengekalkan kemenangan di dua kerusi Dun iaitu di Gemencheh dan Gemas pada PRU ke 15 nanti.

Sunday, August 16, 2020

APA TUJUAN MAT HASAN NYAHKAN KHAIRY DARI REMBAU?



SEMINGGU selepas Mohamad Hasan mengisytiharkan diri beliau akan "ambil alih" kerusi Parlimen Rembau dalam PRU15 nanti dan "mengarahkan" Khairy Jamaluddin mencari kerusi lain (katanya Tampin), baru hari ini KJ jawab kenyataan Mat Hassan itu.
http://www.astroawani.com/berita-politik/tok-mat-bakal-bertanding-di-rembau-pada-pru15-kj-pindah-ke-tampin-254479

Kata Khairy, kena bincang macam "adik beradik" dengan Mat Hassan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/16/kerusi-parlimen-rembau-khairy-sedia-bincang-secara-adik-beradik

Khairy kena hati-hati dengan Mat Hassan. Apa tujuan Mat Hassan "halau" KJ dari Rembau? Nak bunuh karier politik KJ ke?

Katanya dicadangkan KJ ke Tampin. 

Tak kan KJ tak tahu SEJARAH Umno Tampin dan bagaimana orang Gemencheh tak "boleh tengok"  orang Rembau?

KJ orang politik. Tak mungkin dia tidak tahu sejarah. Tak mungkin KJ tak baca sejarah mengenai pembunuhan Dato Taha.

Tak mungkin KJ tak tahu ada pemimpin Bahagian Tampin pernah masuk perjara.

Kalau KJ tak tahu, pergi jumpa mereka ini. Ada yang masih hidup, katanya.

Kalau benar KJ nak di"TERJUNkan" ke Tampin, ia umpama membunuh karier sendiri.

Ada ke orang tua macam Mat Hasan mahu mengenepikan orang muda seperti KJ di Rembau?

Yang menghairan, nampak seolah-olah Mat Hassan lebih penting diri beliau dari Umno Negeri Sembilan.

Sepatutnya Mat Hasan fikirkan bagaimana Umno hendak merampas Negeri Sembilan bukannya memikirkan kepentingan diri beliau dalam politik dengan mengNYAHKAN Khairy dari Rembau.

Kalau KJ tak tahu sejarah, pergi ke link di bawah ini.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Taha_Talib

https://www.malaysiakini.com/news/32536

Friday, August 7, 2020

CERITA ROSMAH MANSOR DIMAHKAMAH MENGHIBURKAN

PenangKini: 99% tuduhan terhadap Rosmah salah, kata pegawai khas PM

MINGGU ini paling seronok baca cerita mahkamah.

Hari ini Lim Guan Eng kena dakwa di mahkamah. Katanya lepas ini bini Guan Eng juga akan didakwa.

Bagus macam ini. Sesiapa jadi pemerintah, yang pemimpin kerajaan terdahulu akan disiasat dan didakwa. Jika pemimpin dahulu kembali berkuasa, pakat-pakat cuba untuk selesaikan kes kawan-kawan.

Kes Guan Eng kita kena tunggu lama sikit untuk perbicaraan untuk mengetahui berapa banyak Guan Eng didakwa dapat dari projek tersebut.

Sementara itu elok kita hiburkan diri dengan cerita kes solar Rosmah Mansor.

Antaranya:

1. UTK mengiringi pengarah utusan syarikat ketika membawa RM5 juta untuk diberikan kepada Rosmah Mansor.

2. Rosmah minta 15% (RM187.5 juta) dari projek tersebut.

3. Juga menarik, pegawai cabuk Rosmah, Rizal Mansor pun minta juga. Pada mulanya Rizal minta RM20 juta, kemudian dinaikkan kepada RM25 juta. Rizal juga minta sponsor kerja umrah di MEKAH.

Cerita Rosmah ini betul-betul menghiburkan.

Tiba-tiba kita teringat satu video Rosmah naik kapalterbang pagi-pagi buta dengan beg besar-besar.





https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/717852/saidi-biaya-perbelanjaan-umrah-rizal-sekeluarga-saksi


https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2020/08/614206/rosmah-trial-witness-reveals-all-including-utk-escort-when-moving

Wednesday, August 5, 2020

BUNG MOKHTAR PATUT DILANTIK KETUA MENTERI SABAH, BUKAN MUSA AMAN



TAK lama lagi Pilihanraya Negeri Sabah akan diadakan berikutan KEGAGALAN Musa Aman merampas kuasa dari Shafie Apdal.

Semua kerusi akan dipertandingkan. 

Awal-awal kita nak bagitau, orang yang paling layak jadi Ketua Menteri Sabah ialah Bung Mokhtar Radin BUKAN Musa Aman.

Masa Umno susah, Bung Mokhtarlah yang bawa Umno mengharungi pahit maung. Ada masa, Musa Aman entah ke mana.

Tak kan masa susah suruh Bung jaga Umno, masa nak berkuasa bagi pada Musa Aman.

Tak kan lah di Sabah hanya Musa Aman yang layak jadi Ketua Menteri.

Lagi pun rasanya Musa Aman tak sihat sangat untuk pegang jawatan penting itu.

Dulu kerap sakit. Pernah duduk atas pangkin disurung masuk hospital. 

Jadi eloklah Umno suruh Musa berehat dan pencen. Lagipun rekod beliau bukan elok pun.

Musa Aman Perlu Rawatan Susulan Di Singapura

Friday, July 31, 2020

HANYA PAUL STADLEN BOLEH BANTU NAJIB UNTUK AJAR MEDIA BARAT

Image

Image

Image
Image


Image

MANA Paul Stadlen ni?

Elok Najib Razak telefon Paul suruh bantu. Teruk sangat suratkhabar Barat hentam Najib.

Yang boleh bantu hanya orang putih macam Paul Stadlen. Lagipun dulu dia banyak dapat duit dari Najib. Ni lah masanya balas JA$A dengan bantu bos.

Parl Replies: Paul Stadlen - Wong Chen


From One Of The Lads To Fellow Fugitive | Sarawak Report



Too much partying by Najib's PR guru Paul Stadlen? – Malaysia Today



Tuesday, July 28, 2020

NAJIB RAZAK KINI HAMPIR KE PENJARA

Image

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715776/najib-dihukum-penjara-berjumlah-12-tahun-denda-rm210-juta

HARI ini kita gembira. Kita PUAS hati.

Akhirnya Najib Razak dihukum PENJARA dan sah bergelar PENJENAYAH.

Bertahun-tahun kita menyaksikan bagaimana negara dirompak dan rakyat tiada kuasa menghalang mereka.

Hanya dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pada 2018, hari ini rakyat mengecapi kejayaan mereka menentang nahi mungkar.

Jika tidak kerana rakyat menjatuhkan BN, Najib dan konco-konconya sudah pasti BERDONDANG SAYANG sehingga ke saat ini.

Hari ini MAHKAMAH membuat keputusan menghantar Najib ke PENJARA. Walaupun masih ada ruang untuk Najib mengenepikan hukuman ini, kita yakin Mahkamah Rayuan akan mengadil seadil-adilnya kes ini demi rakyat dan masadepan negara.

Keputusan mahkamah hari ini adalah satu amaran kepada semua pembesar negara bahawa tiada tempat untuk penjenayah seperti Najib.

Selepas ini kita mahu mahkamah mengadili secepat mungkin Rosmah Mansor dan Azeez Rahim.

Satu ketika dulu, hidup mereka penuh dengan kemewahan ketika rakyat perit mencari rezeki untuk hidup.

PENJENAYAH

Mengikut peraturan ROS, penjenayah tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan termasuk pertubuhan politik seperti Umno dan BN.

Najib selalu menyebut, kita perlu berJIWA BESAR.

Sekarang kita mahu buktikan Najib memegang pada prinsip berJIWA BESAR.

Kita hendak tengok adakah beliau akan melepaskan jawatan Ketua Bahagian Pekan dan jawatan penasihat BN.

MUHYIDDIN YASSIN

Ketika kita meraikan keputusan memenjarakan Najib, kita jangan lupa KEPERITAN Muhyiddin Yassin pada hari ini LIMA TAHUN lalu apabila diPECAT oleh Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini kenyataan Muhyiddin ketika itu:



KENYATAAN MEDIA
YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.


TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015





Wednesday, July 22, 2020

BETUL KE ANAK BERANAK AZEEZ RAHIM SIMPAN BERJUTA RINGGIT DALAM TABUNG HAJI

Image may contain: 1 person

SEHARI dua ini tersebar POSTER ini mengenai wang simpanan anak beranak Azeez Rahim dalam Tabung Haji.

Betul atau tidak kita tak tahu. Tapi kalau dijumlahkan kesemuanya hampir RM14.5 juta.

Kalau Tabung Haji beri dividen 8 peratus, jumlah dividen yang diterima hampir RM1.16 juta. 

Kalau tak silap, Azeez memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji dari 2013 sehingga 2018.

Bila disemak kadar dividen Tabung Haji pada tahun 2013 ialah 8 peratus, 2014 - lebih tinggi 8.25 peratus, 2015 - 8 peratus, 2016 - 5.75% dan 2017 - 6.25%.

Kita harap Tabung Haji dapat memberi PENJELASAN, betul atau tidak anak beranak Azeez menyimpan JUTAAN ringgit dalam Tabung Haji.

Bukan apa, kita kesian pada Azeez dituduh itu ini. KEJAM!

Kalau betul, adakah ini berunsur INSIDER TRADING.

Maaf bertanya. Pakcik Makcik dikampung yang simpan berpuluh ringgit untuk pergi haji ingin tahu betul atau tidak tuduhan ini.