Showing posts with label rahman dahlan. Show all posts
Showing posts with label rahman dahlan. Show all posts

Wednesday, August 19, 2020

RAHMAN DAHLAN BUNUH KAREKTER BUNG & ZAHID SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Reasonable for Bung to take charge in Sabah, says Zahid | Free ...

DALAM Umno susah nak dapat yang ikhlas. Kawan pun boleh jadi LAWAN.

Itulah yang terjadi kepada Bung Mokhtar Radin yang semalam diHINA dan diperlekehkan oleh rakan sendiri dari Sabah - Abdul Rahman Dahlan.

Rahman Dahlan mempertikai keputusan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi melantik Bung untuk mengetuai Pilihanraya Negeri Sabah dan melabelkan tindakan tersebut sebagai "BUNUH DIRI".

Kita tak tahu sebenarnya apa tujuan Rahman Dahlan. Tetapi nampak seolah-olah mahu membunuh karekter BUNG dan juga ZAHID.

Kalau Rahman Dahlan mengatakan Bung ada masalah kredibiiti kerana perbicaraan mahkamah, kes Zahid lagi teruk.

Jadi siapa yang Rahman Dahlan tembak ni? Sudah pasti kita nampak dia tembak Bung dan Zahid.

Kalau nak kata Bung tak ada kredibiliti, hampir kesemua yang dibawah naungan Najib Razak ada masalah kredibiliti Rahman Dahlan.

Bacalah kenyataan beramaran dalam kes Guan Eng yang sedang viral sekarang ini. Nama Rahman Dahlan pun ada dengan jumlah wangnya sekali.

Sekarang kita nak lihat apa tindakan Zahid selepas diperlekehkan oleh Rahman Dahlan.




Friday, April 17, 2020

UMNO SABAH TUNTUT MUHYIDDIN LANTIK PEMIMPIN MEREKA KE JAWATAN PENTING

Image

Image
INI SURAT TUNTUTAN Umno Sabah terhadap Muhyiddin Yassin yang sedang VIRAL di media sosial ketika ini.

Elok Muhyiddin ikut cakap mereka ini walaupun pun Bung Mokhtar Radin ada kes mahkamah, Tan Sri jangan peduli. 

Kalau Tan Sri buat tak peduli, nanti jadi Perdana Menteri paling SINGKAT dalam sejarah politik Malaysia.

Kena patuh pada mereka-mereka ini. Mereka berkuasa menentukan samada Tan Sri KEKAL sebagai Perdana Menteri atau tidak.

Lagi pun surat ini ditandatangani oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Tan Sri kena dengar nasihat Presiden Umno sebab Umno yang meletakkan Tan Sri di kerusi PM itu. 

Kecuali surat ini surat palsu, maka tak perlulah Tan Sri bimbang.

TUNTUTAN UMNO SABAH mudah saja.

Bung Mokhtar - Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah
Mohamad Alamin - Timb Menteri
Rahman Dahlan - Senator
Yakubah Khan - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan
Muhyiddin Yassin and Zahid Hamidi | FinanceTwitter

Tuesday, September 18, 2018

ZAHID HAMIDI LEMBAB MENYEBABKAN MUSTAPA MOHAMAD TINGGALKAN UMNO

Image result for mustapa fdi

"Namun hala tuju yg diambil UMNO hari ini tidak lagi selari dgn prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula. Maka atas dasar inilah setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini." - MUSTAPA MOHAMAD.

Ahli Parlimen Jeli dan bekas Menteri MITI Mustapa Mohamad merupakan Ahli Parlimen keempat Umno meninggalkan parti sejak Umno pimpinan Najib Razak dan Rosmah Mansor diTUMBANGkan rakyat pada 9 Mei 2018.

40 tahun Mustapa bersama Umno dan juga selepas 40 tahun, Mustapa menganggap UMNO tidak lagi relevan.

Jika diteliti kenyataan Mustapa hari ini, amat jelas pandangan beliau terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.

Antaranya, Umno dibawah Zahid "prinsip politiknya telah lari", "tidak banyak usaha merejuvenasikan parti" atau dengan kata lain, Umno dibawah Zahid tidak lagi relevan.

Kita faham sentimen Mustapa. 

Awal-awal lagi kita sudah tahu bahawa Zahid setakat menjadi pengikut Najib dan "standard" beliau setakat memimpin cawangan dan bahagian.

Sejak menang jawatan Presiden, tiada siapa tahu ke mana hendak Zahid bawa Umno ini, tiada visi kecuali mengHARAP pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Hadi Awang menjatuhkan kerajaan Pakatan untuk beliau dan Umno.

Itulah yang dijaja oleh Zahid ke hulu dan ke hilir kerana itu saja kemampuan berfikir beliau sebagai Presiden Umno.

Zahid menambah HINA Umno dengan mengharapkan kepada pembangkang untuk memanjangkan umur Umno.

Tidak menghairankan betapa kecewamya Mustapa mengenang nasib Umno serta menjadi saksi kepada kepimpinan lemah Zahid.

Ditambah lagi dengan sikap tidak peduli pemimpin atasan Umno.

Baru 4 bulan Umno ditumbangkan, sesetengah pemimpin Umno meneruskan kehidupan JOLI mereka.

Gambar-gambar yang memperlihatkan pemimpin Umno terus menikmati kemewahan tanpa memikirkan nasib Umno sudah tentu menyakinkan Mustapa bahawa Umno tidak akan berubah dan pemimpin mereka tidak akan memperdulikan nasib rakyat dan ahli Umno.

Semuga gambar-gambar ini memberi kesedaran kepada 3 juta ahli Umno dan orang-orang Melayu siapa yang telah mengkhianati mereka.

 






Kenyataan Tok Pa

Thursday, October 26, 2017

UMNO SABAH SEDIH & MARAH SHAFIE APDAL DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA



RUPA-rupanya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno Sabah ada PERASAAN.

Sabtu lepas, Jelapang diajak oleh seorang pemimpin Umno Sabah dan kawan-kawan Umno dari Sabah minum-minum.

Kata mereka Najib Razak dan Umno "Malaya" dah "CROSS THE LINE" (melampau) dalam kes Shafie Apdal.

Kita ingat orang Umno Sabah tak kisah Shafie masuk lokap. Rupa-rupanya mereka ada nilai dan harga HARGA DIRI yang tinggi.

Rupa-rupanya ahli-ahli dan pemimpin Umno terasa hati dengan Najib apabila melihat Shafie Apdal dilayan sedemikian rupa - direman dan tidur dalam jel SPRM.

Pada mereka Shafie tidak ada masalah dengan orang Sabah. Shafie banyak jasa pada orang Sabah.

Kata mereka, tanya orang Sabah, ceruk kampung mana Shafie tak masuk selama 6 tahun 3 bulan 19 hari Shafie menjadi Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Rakyat mana di Sabah yang tidak ditolong Shafie. Ketua Bahagian dan pemimpin Umno mana yang tidak pernah dibantu Shafie. Orang miskin mana yang tak dibantu oleh Shafie. Bidayuh? Kadazan?, kata mereka.

Apabila dilayan sedemikian rupa, kata mereka, "kami amat marah, sedih dan pilu Shafie diperlakukan sedemikian."

"Kami tak ada masalah dengan Shafie. Yang ada masalah dengan Shafie ialah Najib dan Umno Malaya," kata mereka.

"Kami, walaupun, dalam Umno, kalau boleh nak PRU dibuat esok. Senang kami buat keputusan. Kami kasihan tengok Shafie"

Dulu ada kes jumpa jokong emas, duit cash bertan-tan, tak ada pula apa-apa tindakan.

Shafie, kata mereka, yang banyak tolong kami, begini dibuatnya.

Jelapang hanya mampu mendengar rintihan (kemarahan) mereka. 

Tetapi Jelapang dapat agak apa yang dimaksudkan dengan "kalau boleh nak PRU dibuat esok."

Ada juga lah dengar-dengar ramalan kononnya 14 kerusi Parlimen Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang kerana SIMPATI Shafie ditahan SPRM. Itu ramalan, tak semestinya betul.

Lagipun menang kalah mana-mana kerusi dalam PRU nanti adalah tanggungjawab Najib. Dia ketua - commander-in-chief, kenalah bertanggungjawab, macam commander fleet kapal perang US.

Bila kapal perang US John S.McCain berlanggar dengan kapal minyak di Selat Melaka, Fleet Commander untuk Pasifik yang berpengkalan di Jepun diPECAT.

Itu baru kapal berlanggar BUKAN kerana KALAH PERANG.


https://www.defensenews.com/naval/2017/08/23/7th-fleet-commander-sacked-days-after-second-deadly-collision/



WASHINGTON – The head of U.S. Navy forces in the Pacific fired the three-star commander of the Japan-based 7th Fleet Wednesday, two days after the second deadly collision between a U.S. destroyer and a commercial tanker in as many months.

Adm. Scott Swift relieved Vice Adm. Joseph Aucoin after a rash of accidents have raised fundamental questions about the ships in 7th Fleet, including whether they are able to safely execute even the most basic functions expected of naval warships based in one of the most congested and volatile regions on earth.

“Adm. Scott Swift, commander of U.S. Pacific Fleet, today relieved the commander of Seventh Fleet, Vice Adm. Joseph Aucoin, due to a loss of confidence in his ability to command,” a release posted on PACFLT‘s website said.

The Navy’s top officer said safety must be the priority of the incoming commander, in a statement to Defense News.

“I support Adm. Swift‘s decision to bring in new leadership to 7th Fleet,” said Adm. John Richardson, chief of naval operations. ”The new Seventh Fleet commander must help move his team forward, focusing on safe and effective operations.”

Aucoin was slated to turn over 7th Fleet in September with Rear Adm. Philip Sawyer, a career submariner who will now take charge of a fleet under intense scrutiny from the highest levels in the Navy.

Image result for fleet commander sacked

Sunday, July 24, 2016

ARUL KANDA: CUKUP-CUKUP LAH MENIPU RAKYAT. KEPADA PEMIMPIN, INGATLAH ALLAH SWT



KINI kita tahu, 1MDB ditubuhkan untuk menyamun duit rakyat.

Ini bukan saya kata. Ini kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. 40 peratus dari perolehan penjualan bond dimasukkan ke akaun Aabar BVI dan disalurkan kepada anak Rosmah dan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz.

CEO 1MDB Arul Kanda hendak tipu siapa?

Percayalah. Sehari dua ini, Arul akan buat drama Tamil dan bohong keling BAHAWA TIADA DUIT HILANG.

Arul jangan ingat semua Melayu tonton drama Tamil.

1MDB beli tanah murah, jual mahal.

Bisnes apa 1MDB buat yang bawa untung? Beli IPP harga mahal. Dapat tanah murah, jual mahal. Berniaga di Mongolia, berniaga minyak, mana untungnya?

Tak payah lah Arul hendak terus menipu rakyat. Sudah-sudahlah. 

Jadilah CEO yang bertanggungjawab dan HORMAT rakyat.

Walaupun sudah didedah segala kemungkaran, amat menyedihkan kerajaan, Perdana Menteri dan Arul Kanda masih ada hati mahu menipu rakyat.

Apa salahnya, Arul bercakap benar. Kenapa duit dimasukkan ke Good Star, milik Jho Low?

Kenapa wang 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada Petrosaudi tetapi dimasukkan ke akaun Aabar BVI dan dimasukkan ke akaun Riza dan Riza sanggup mengatakan ianya wang hadiah, senada dengan bapa tiri beliau. Benarlah peribahasa Melayu - bapa borek, anak rintik.

Hentilah segala penipuan ini.

Hari ini adalah masa untuk bercakap benar, bukan terus menipu rakyat.

Amat memalukan melihat sesetengah pemimpin Melayu sudah tidak takut kepada Tuhan, pergunakan agama.

Lihatlah gambar.

Lihatlah muka Peguam Negara Apandi Ali.

Mulut cakap lain, carta di tangan tunjuk lain dan beliau adalah Melayu  beragama Islam.

Ingatlah pada Tuhan, ingatlah hari pembalasan.

Nasihat ini juga untuk Arul Kanda.

Tuesday, May 3, 2016

KENAPA MENTERI KABINET MEMBISU? SOKONG ZAHID KE?

Image result for azalina+rahman dahlan+annuar musa

TIBA-tiba Azalina Othman Said, Rahman Dahlan dan Annuar Musa tidak seBENGIS dulu.

Itu tajuk sembang-sembang sambil kena kopi dengan kawan-kawan yang berjawatan di dalam Umno.

Azalina, Rahman dan Annuar Musa dikatakan hulubalang kesayangan Najib Razak.

Kawan-kawan yang berjawatan di dalam Umno tiba-tiba bertanya - kenapa tiba-tiba mereka ini DIAM?

Dah tak SOKONG Najib ke? 

Yang banyak bercakap sekarang - hampir tiap-tiap hari menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak beliau, Mukhriz - ialah pegawai bawahan pejabat Najib.

Nampaknya pegawai gred rendah sudah jadi penting buat Najib. Apa dah jadi?

Dah lama tidak bertemu dengan kawan-kawan berjawatan di dalam Umno ini. Tapi disebabkan minggu lepas cuti agak panjang, mereka berkesempatan untuk menjemput berbicara hal politik.

Pilihanraya Sarawak, kata mereka, bukan isu.

Menang besar sudah PASTI, kata mereka. Mana ada dalam sejarah pilihanraya prestasi BN teruk. Dulu ada krisis, krisis PBDS dan Rahman Yaakob TETAPI BN tetap KUAT.

Kata mereka Najib sekarang RAJIN ke Sarawak sebab hendak "claim credit". Padahal tanpa Najib pun BN akan menang.

Yang popular di Sarawak Adenan Satim, bukan Najib. Itu kata kawan-kawan berjawatan di dalam Umno lah.

Balik kepada isu Azalina, Rahman Dahlan dan Annuar Musa berdiam diri.

Macam-macam spekulasi ada.

Kata salah seorang rakan, mereka ini kecut perut sebab ada cawangan di bahagian mereka 'MELANGGAR PERINTAH."

Bila dirisik, rupa-rupanya di bahagian Pengerang, kawasan Azalina, ada 4 cawangan yang membawa usul supaya Najib meletakkan jawatan.

Rupa-rupanya Azalina tidak lah sangat berpengaruh di Pengerang walaupun nampak GARANG di Kuala Lumpur. Bagaimana orang harapan Najib boleh membiarkan 4 cawangan menDESAK Najib meletakkan jawatan.

Silap haribulan, Azalina pun boleh dikerjakan semasa pemilihan parti nanti.

Logik juga pandangan seorang rakan, mereka ini berdiam sekarang kerana takut KENA LAWAN nanti.

Harap-harap pandangan ini MELESET.

Tetapi agak ganjil bila MENTERI KABINET memBISU sekarang ini.

Mereka sudah tidak menyokong Najib ke?

Mereka rasa Najib bersalah ke?

Atau mereka sokong Zahid Hamidi?

Wallahualam.


http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-tak-ada-masalah-orang-tak-sokong-1.515221

Sunday, May 31, 2015

NAJIB RAZAK PERLU LEBIH GENTLEMAN DARI HASSAN MALEK. HADIR PARLIMEN JAWAB ISU 1MDB

Image result for najib+keseorangan+1mdb

KASIHAN Najib Razak.

Disuruh ke Gopeng, pergi Gopeng. Di suruh ke Kuantan, pergi Kuantan. Semalam di suruh ke Perlis, pergi Perlis. Entah minggu depan disuruh ke mana pula, Wallahualam.

Pagi-pagi subuh dah bangun, siapkan diri nak terbang ke hulu dan hilir dihujung minggu. Begitu lah kehidupan Najib dan isteri, Rosmah Mansor, sejak akhir-akhir ini akibat skandal 1MDB.

Semalam di Perlis, Najib terpaksa memberitahu rakyat Perlis "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian."

Nyata sekali tidur pun terjejas kerana krisis 1MDB.

NASIHAT Jelapang, tak perlulah Najib menyengkang mata, menyeksa diri, bangun subuh-subuh berlari ke airport untuk hadir tiga atau empat program sehari. Rakyat pun hendak juga bercuti di hujung minggu. Tambah-tambah lagi sekarang ini musim cuti sekolah.

Perlu juga ada sedikit simpati kepada Ketua-ketua Perhubungan dan Ketua-ketua Bahagian yang terpaksa bersusah payah mencari bas untuk membawa petani, nelayan, peneroka dan ahli Umno untuk duduk berdiri di depan Najib untuk mendengar rintihan beliau "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian".

KERISAUAN Najib ini boleh DISELESAIKAN dengan mudah. Tidak perlu  belanja wang untuk kumpul 5,000, 12,000, 30,000 atau 40,000 orang.

NAJIB HANYA PERLU HADIR DI PARLIMEN dan berjumpa dengan 221 Ahli-Ahli Parlimen yang juga SAHABAT beliau yang sesetengahnya beliau kenal lama - tiga-empat penggal.

Mereka ini rakan-rakan beliau. Lagipun sekarang ini Parlimen sedang bersidang.

Datanglah, berdiri dalam Parlimen untuk satu jam, mungkin antara jam 10pagi-11pagi, dan JAWAB semua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh SAHABAT-SAHABAT Ahli Parlimen beliau mengenai 1MDB.


Datanglah untuk sekejap saja. Tidak perlu lagi Perdana Menteri meminta bantuan Shahril Samad, Rahman Dahlan, Salleh Keruak untuk MENJAWAB BAGI PIHAK BELIAU.

Mereka-mereka ini sudah pasti tidak tahu semua perkara mengenai 1MDB dan hanya beliau saja yang tahu segala-galanya mengenai urusan 1MDB.

HADIRLAH DI PARLIMEN.

YAB Dato' Sri tidak perlu takut.

Tengok Hassan Malek. Cukup gentleman. Kena kutuk pun berani pergi ke Parlimen untuk berhadapan dengan rakan-rakan Ahli Parlimen beliau dan JAWAB apa saja soalan yang dilontarkan ke arah beliau.

Kita yakin tahap gentleman Najib lebih tinggi dari Dato Seri Hassan Malek.