Showing posts with label salleh said keruak. Show all posts
Showing posts with label salleh said keruak. Show all posts

Thursday, October 26, 2017

UMNO SABAH SEDIH & MARAH SHAFIE APDAL DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA



RUPA-rupanya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno Sabah ada PERASAAN.

Sabtu lepas, Jelapang diajak oleh seorang pemimpin Umno Sabah dan kawan-kawan Umno dari Sabah minum-minum.

Kata mereka Najib Razak dan Umno "Malaya" dah "CROSS THE LINE" (melampau) dalam kes Shafie Apdal.

Kita ingat orang Umno Sabah tak kisah Shafie masuk lokap. Rupa-rupanya mereka ada nilai dan harga HARGA DIRI yang tinggi.

Rupa-rupanya ahli-ahli dan pemimpin Umno terasa hati dengan Najib apabila melihat Shafie Apdal dilayan sedemikian rupa - direman dan tidur dalam jel SPRM.

Pada mereka Shafie tidak ada masalah dengan orang Sabah. Shafie banyak jasa pada orang Sabah.

Kata mereka, tanya orang Sabah, ceruk kampung mana Shafie tak masuk selama 6 tahun 3 bulan 19 hari Shafie menjadi Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Rakyat mana di Sabah yang tidak ditolong Shafie. Ketua Bahagian dan pemimpin Umno mana yang tidak pernah dibantu Shafie. Orang miskin mana yang tak dibantu oleh Shafie. Bidayuh? Kadazan?, kata mereka.

Apabila dilayan sedemikian rupa, kata mereka, "kami amat marah, sedih dan pilu Shafie diperlakukan sedemikian."

"Kami tak ada masalah dengan Shafie. Yang ada masalah dengan Shafie ialah Najib dan Umno Malaya," kata mereka.

"Kami, walaupun, dalam Umno, kalau boleh nak PRU dibuat esok. Senang kami buat keputusan. Kami kasihan tengok Shafie"

Dulu ada kes jumpa jokong emas, duit cash bertan-tan, tak ada pula apa-apa tindakan.

Shafie, kata mereka, yang banyak tolong kami, begini dibuatnya.

Jelapang hanya mampu mendengar rintihan (kemarahan) mereka. 

Tetapi Jelapang dapat agak apa yang dimaksudkan dengan "kalau boleh nak PRU dibuat esok."

Ada juga lah dengar-dengar ramalan kononnya 14 kerusi Parlimen Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang kerana SIMPATI Shafie ditahan SPRM. Itu ramalan, tak semestinya betul.

Lagipun menang kalah mana-mana kerusi dalam PRU nanti adalah tanggungjawab Najib. Dia ketua - commander-in-chief, kenalah bertanggungjawab, macam commander fleet kapal perang US.

Bila kapal perang US John S.McCain berlanggar dengan kapal minyak di Selat Melaka, Fleet Commander untuk Pasifik yang berpengkalan di Jepun diPECAT.

Itu baru kapal berlanggar BUKAN kerana KALAH PERANG.


https://www.defensenews.com/naval/2017/08/23/7th-fleet-commander-sacked-days-after-second-deadly-collision/



WASHINGTON – The head of U.S. Navy forces in the Pacific fired the three-star commander of the Japan-based 7th Fleet Wednesday, two days after the second deadly collision between a U.S. destroyer and a commercial tanker in as many months.

Adm. Scott Swift relieved Vice Adm. Joseph Aucoin after a rash of accidents have raised fundamental questions about the ships in 7th Fleet, including whether they are able to safely execute even the most basic functions expected of naval warships based in one of the most congested and volatile regions on earth.

“Adm. Scott Swift, commander of U.S. Pacific Fleet, today relieved the commander of Seventh Fleet, Vice Adm. Joseph Aucoin, due to a loss of confidence in his ability to command,” a release posted on PACFLT‘s website said.

The Navy’s top officer said safety must be the priority of the incoming commander, in a statement to Defense News.

“I support Adm. Swift‘s decision to bring in new leadership to 7th Fleet,” said Adm. John Richardson, chief of naval operations. ”The new Seventh Fleet commander must help move his team forward, focusing on safe and effective operations.”

Aucoin was slated to turn over 7th Fleet in September with Rear Adm. Philip Sawyer, a career submariner who will now take charge of a fleet under intense scrutiny from the highest levels in the Navy.

Image result for fleet commander sacked

Sunday, November 20, 2016

RAKYAT BOSAN DENGAN BERSIH. MASA TERBAIK NAJIB BUAT PRU

bersih5

KATA Najib Razak, rakyat dah BOSAN dengan Bersih.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/20/rakyat-bosan-bersih/

Kata Salleh Said Keruak, hanya 15,500 peserta Bersih mengambil bahagian kali ini BERBANDING 500,000 tahun lepas.

Alhamdullilah. Boleh lah Umno merasa LEGA. Rakyat sudah menolak Bersih dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebenarnya tidak perlu pun TANGKAP pemimpin Bersih seperti Maria Chin Abdullah kerana mereka bukan ada pengikut dan rakyat dah bosan dengan mereka seperti kata Najib dan Salleh.

Seperti kata Stesen TV milik Umno, TV3, sambutan kepada Bersih5 HAMBAR.

Kepada semua ahli-ahli dan pemimpin Umno. Jangan GUSAR.

Dengar lah cakap Najib dan Salleh. Isu duit dalam akaun Najib sebanyak RM2.6 bilion dan anak tiri beliau yang menggunakan duit yang didakwa dari 1MDB untuk berjudi di casino Amerika Syarikat bukan lagi isu bagi rakyat.

Kita yakin jika pilihanraya Umno dibuat hari ini, Umno akan menang besar.

Semuga terbuka hati Najib memanggil PRU dalam masa terdekat ini.



Sunday, July 24, 2016

ARUL KANDA: CUKUP-CUKUP LAH MENIPU RAKYAT. KEPADA PEMIMPIN, INGATLAH ALLAH SWT



KINI kita tahu, 1MDB ditubuhkan untuk menyamun duit rakyat.

Ini bukan saya kata. Ini kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. 40 peratus dari perolehan penjualan bond dimasukkan ke akaun Aabar BVI dan disalurkan kepada anak Rosmah dan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz.

CEO 1MDB Arul Kanda hendak tipu siapa?

Percayalah. Sehari dua ini, Arul akan buat drama Tamil dan bohong keling BAHAWA TIADA DUIT HILANG.

Arul jangan ingat semua Melayu tonton drama Tamil.

1MDB beli tanah murah, jual mahal.

Bisnes apa 1MDB buat yang bawa untung? Beli IPP harga mahal. Dapat tanah murah, jual mahal. Berniaga di Mongolia, berniaga minyak, mana untungnya?

Tak payah lah Arul hendak terus menipu rakyat. Sudah-sudahlah. 

Jadilah CEO yang bertanggungjawab dan HORMAT rakyat.

Walaupun sudah didedah segala kemungkaran, amat menyedihkan kerajaan, Perdana Menteri dan Arul Kanda masih ada hati mahu menipu rakyat.

Apa salahnya, Arul bercakap benar. Kenapa duit dimasukkan ke Good Star, milik Jho Low?

Kenapa wang 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada Petrosaudi tetapi dimasukkan ke akaun Aabar BVI dan dimasukkan ke akaun Riza dan Riza sanggup mengatakan ianya wang hadiah, senada dengan bapa tiri beliau. Benarlah peribahasa Melayu - bapa borek, anak rintik.

Hentilah segala penipuan ini.

Hari ini adalah masa untuk bercakap benar, bukan terus menipu rakyat.

Amat memalukan melihat sesetengah pemimpin Melayu sudah tidak takut kepada Tuhan, pergunakan agama.

Lihatlah gambar.

Lihatlah muka Peguam Negara Apandi Ali.

Mulut cakap lain, carta di tangan tunjuk lain dan beliau adalah Melayu  beragama Islam.

Ingatlah pada Tuhan, ingatlah hari pembalasan.

Nasihat ini juga untuk Arul Kanda.

Monday, June 27, 2016

ROMBAKAN KABINET HARI INI?

Image result for hamzah zainuddin

Ramai yang memperkatakan mengenai rombakan Kabinet kononnya akan diumumkan hari ini.

Jika mengikut kenyataan Najib Razak pada Mei lepas, beliau mengunakan perkataan "pengstrukturan semula" Kabinet.

Image result for najib+twitter+rombakan+kabinet

Banyak kekosongan yang perlu diisikan kali ini. Jelapang ingin memberikan sedikit pandangan mengenai Menteri-Menteri yang ada sekarang ini.

1. Hamzah Zainuddin 
Beliau menggantikan Hassan Malek sebagai Menteri Kepenggunaan. Kadang-kadang terasa elok diberikan semula jawatan tersebut kepada Hassan Malek.

Dari banyak perkara yang Hassan Malek cakapkan dan dijadikan bahan jenaka, ada juga kesungguhan beliau bekerja.

Hamzah, entah apa yang dibuatnyua. Seringkali pengumuman dibuatnya di Pejabat Menteri dengan bertali leher bukan di pasar-pasar ikan.

Hanya satu kenyataan Hamzah yang kita ingat. Ikan di pasar Indonesia lebih mahal dari di Malaysia. Rasanya ada baiknya Hamzah menjaga harga ikan di pasar di Malaysia dari menyemak harga ikan di pasar Indonesia.

Image result for shabery cheek

2. Shabeery Chik

Nampak seolah-olah Ismail Sabri lebih baik sebagai Menteri Pertanian. Baik sedikit dari Hamzah, tak jelas arah tuju Kementerian Pertanian.

Entah apa yang dilakukan oleh Shabery di sana.



3. Mahdzir Khalid

Pada peringkat awal, sebagai bekas guru, Mahdzir kelihatan sesuai sebagai Menteri Pendidikan. Menyelesaikan isu guru dipisahkan dari suami.

Tetapi ini salah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berjanji berkali-kali hendak menyelesaikan isu ini, tetapi tidak selesai.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan pun tidak buat kerja. Masalah ini, masalah pentadbiran. Kerja Ketua Pengarah Pendidikan bukan kerja Menteri.

Bagaimanapun tahniah kepada Mahdzir yang telah menyelesaikan masalah ini.

Malangnya setakat ini, kita tak nampak arah mana Mahdzir ingin membawa sistem pendidikan ini.

Kementerian Pendidikan amat PENTING. Pendidikan yang akan membentuk generasi akan datang.

Setakat ini, nampaknya Mahdzir tiada visi untuk pendidikan negara.

Seperkara lagi, ramai di akar umbi berkata Mahdzir lebih tumpukan kepada berpolitik untuk bertanding Naib Presiden Umno selepas PRU-14 dari kerja Pendidikan.

Itu Jelapang tidak tahu. Itu cakap-cakap di akar umbi.

Image result for idris jusoh

4. Idris Jusoh.

Baru minggu lepas Jelapang perasan Idris Jusoh adalah seorang Menteri apabila terpandang satu gambar beliau di Facebook.

Image result for salleh said keruak

5. Saleh Said Keruak.

Saleh nampak silap tafsir bidang kerja sebagai Menteri Komunikasi. Nampaknya Saleh menganggap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cukup untuk memenuhi KPI beliau sebagai Menteri Komunikasi.

Agaknya, Saleh lupa apa tanggungjawab Menteri Komunikasi. Jika lupa, Saleh boleh rujukan kepada sejarah latarbelakang Menteri-Menteri Penerangan yang lalu seperti Mohamed Rahmat atau Kadir Sheikh Fadzir.

Entah apa yang dibuat oleh Saleh di Kementerian tersebut. Lihatlah betapa bermaharaja lelanya Astro.

Dulu tak ada iklan, sekarang dah bersempah dan mahal pula harga langganannya. Ada pula channel yang ditutup sesuka  hati dan ada channel yang dikenakan bayaran tambahan.



6. Mustapha Mohamed

Rasa jemu tengok Mustapha Mohamed di kaca TV. Dah lama sangat jadi Menteri dan bercakap benda yang sama sahaja. Menteri-Menteri yang jauh lebih muda dari beliau pun sudah meninggalkan Kabinet dan merasai apa erti kehidupan.

 Image result for tengku adnan menteri wilayah

7. Teuku Adnan Mansor

Kesian Teuku Adnan apabila video insiden seluar terlondeh di Sungai Besar di viralkan.

Ada komen-komen jenaka dibuat. "Sampai dah terlondeh seluar pun masih nak jadi Menteri."

Katanya beliau pun tidak sihat. Tidak mengapalah. Ahli politik di Malaysia sekarang, selagi ada nyawa, jawatan mesti dipertahankan. Kalau perlu buat mesyuarat atas katil hospital pun tidak mengapa. 

Sunday, May 31, 2015

NAJIB RAZAK PERLU LEBIH GENTLEMAN DARI HASSAN MALEK. HADIR PARLIMEN JAWAB ISU 1MDB

Image result for najib+keseorangan+1mdb

KASIHAN Najib Razak.

Disuruh ke Gopeng, pergi Gopeng. Di suruh ke Kuantan, pergi Kuantan. Semalam di suruh ke Perlis, pergi Perlis. Entah minggu depan disuruh ke mana pula, Wallahualam.

Pagi-pagi subuh dah bangun, siapkan diri nak terbang ke hulu dan hilir dihujung minggu. Begitu lah kehidupan Najib dan isteri, Rosmah Mansor, sejak akhir-akhir ini akibat skandal 1MDB.

Semalam di Perlis, Najib terpaksa memberitahu rakyat Perlis "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian."

Nyata sekali tidur pun terjejas kerana krisis 1MDB.

NASIHAT Jelapang, tak perlulah Najib menyengkang mata, menyeksa diri, bangun subuh-subuh berlari ke airport untuk hadir tiga atau empat program sehari. Rakyat pun hendak juga bercuti di hujung minggu. Tambah-tambah lagi sekarang ini musim cuti sekolah.

Perlu juga ada sedikit simpati kepada Ketua-ketua Perhubungan dan Ketua-ketua Bahagian yang terpaksa bersusah payah mencari bas untuk membawa petani, nelayan, peneroka dan ahli Umno untuk duduk berdiri di depan Najib untuk mendengar rintihan beliau "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian".

KERISAUAN Najib ini boleh DISELESAIKAN dengan mudah. Tidak perlu  belanja wang untuk kumpul 5,000, 12,000, 30,000 atau 40,000 orang.

NAJIB HANYA PERLU HADIR DI PARLIMEN dan berjumpa dengan 221 Ahli-Ahli Parlimen yang juga SAHABAT beliau yang sesetengahnya beliau kenal lama - tiga-empat penggal.

Mereka ini rakan-rakan beliau. Lagipun sekarang ini Parlimen sedang bersidang.

Datanglah, berdiri dalam Parlimen untuk satu jam, mungkin antara jam 10pagi-11pagi, dan JAWAB semua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh SAHABAT-SAHABAT Ahli Parlimen beliau mengenai 1MDB.


Datanglah untuk sekejap saja. Tidak perlu lagi Perdana Menteri meminta bantuan Shahril Samad, Rahman Dahlan, Salleh Keruak untuk MENJAWAB BAGI PIHAK BELIAU.

Mereka-mereka ini sudah pasti tidak tahu semua perkara mengenai 1MDB dan hanya beliau saja yang tahu segala-galanya mengenai urusan 1MDB.

HADIRLAH DI PARLIMEN.

YAB Dato' Sri tidak perlu takut.

Tengok Hassan Malek. Cukup gentleman. Kena kutuk pun berani pergi ke Parlimen untuk berhadapan dengan rakan-rakan Ahli Parlimen beliau dan JAWAB apa saja soalan yang dilontarkan ke arah beliau.

Kita yakin tahap gentleman Najib lebih tinggi dari Dato Seri Hassan Malek.