Showing posts with label mustapa mohamed. Show all posts
Showing posts with label mustapa mohamed. Show all posts

Sunday, April 12, 2020

APA ISTIMEWANYA MUSTAPA MOHAMAD LANGGAR PKP BALIK JELI?

Image

APA "special"nya MuSTAPA MOHAMAD yang membolehkan beliau berjalan sejauh 445KM dari Kuala Lumpur ke kampung halaman beliau di JELI?

Ramai yang kena marah di "roadblock" bila keluar rumah. Ramai sudah didenda dan jika tidak membayar denda berhadapan dengan hukuman PENJARA.

Adakah Mustapa atau Tok Pa mahu memberitahu rakyat marhaen bahawa ada dua undang-undang di Malaysia - satu untuk rakyat marhaen dan satu untuk para Menteri seperti beliau?

Rakyat berhak untuk merasa diri mereka dikelaskan sebagai kasta bawahan jika inilah sikap Menteri-Menteri Kabinet Muhyiddin Yassin.

Kita nak dengar apa Muhyiddin hendak lakukan kepada Tok Pa atau adakah Tok Pa mahu meletakkan jawatan atau meminta MAAF kepada rakyat marhaen.
New Zealand's health minister, David Clark, has been demoted after breaching lockdown rules.
Untuk pengetahuan Tok Pa, Menteri Kesihatan New Zealand diTURUNkan PANGKAT di dalam Kabinet kerana melanggar PKP dengan bersiar-siar di PANTAI bersama keluarga.

https://www.theguardian.com/world/2020/apr/07/new-zealand-health-minister-demoted-after-beach-visit-broke-lockdown-rules

Don Harwin

Menteri Kesenian New South Wales di Australia meletakkan jawatan dan didenda AUD1,000 kerana melanggar PKP dengan kembali ke rumah kedua beliau.

https://www.theguardian.com/australia-news/2020/apr/10/nsw-minister-don-harwin-fined-1000-for-breaching-coronavirus-public-health-order


Apakah Muhyiddin akan mengambil TINDAKAN terhadap Tok Pa?

Rakyat juga sudah lama tak balik kampung. Hampir 80,000 pelajar sangkut di asrama dan mahu balik kampung.

Apa keistemewaan Tok Pa?

Wednesday, March 4, 2020

SENARAI PENGKHIANAT YANG MENGKHIANATI DR MAHATHIR

Image result for zahid mat arip

A.KADIR JASIN, penasihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli Majlis Tertinggi Bersatu, menerusi catatan di Facebook beliau hari ini menyenaraikan apa yang beliau labelkan sebagai "PENGKHIANAT".

Berikut ialah catatan beliau:


1. Apabila Tun Dr Mahathir memberitahu saya yang Tan Sri Muhyiddin mengaku dia anak orang alim bagi membuktikan yang dia orang baik, jawapan saya mudah saja.

2. Hanya syaitan bodoh saja merasuk anak orang jahat atau orang yang tidak ada pengaruh.


3. Tapi tidak ada syaitan yang bodoh. Syaitan cerdik cuma derhaka kepada Allah. Jadi syaitan akan rasuk orang yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi ramai orang.

4. Justeru itu, Tok Guru dan anak-anak Tok Guru yang berpengaruh adalah sasaran yang unggul bagi syaitan.

5. Maaf cakaplah kalau saya kata, majoriti ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu (MPT) yang bersidang pada hari Ahad 23 Februari lalu, seolah-olah dirasuk syaitan kerana bertubi-tubi mengasak Dr Mahathir supaya bersetuju dengan mereka untuk menarik Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan menyertai Umno dan Pas.

6. Bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Zahid Mat Arip, sampai menghentak meja dan berkata buat kali pertama dia menyokong Muhyiddin. Yang saya tahu dia sebelum ini sangat benci kepada Muhyiddin.

7. Turut penyokong dengan lantang sampai tidak sedikit pun mempedulikan rayuan Dr Mahathir ada Ahli MPT yang diketahui bercita-cita tinggi seperti Rafiq, Redzuan dan Wan Saiful.

8. Yang bercakap mempertahankan Dr Mahathir adalah minoriti dan terdiri daripada ahli MPT yang tidak bercita-cita politik.

9. Tapi ada juga yang hipokrit dan tikam belakang. Di depan Dr Mahathir sokong tapi sebenarnya mengkhianati beliau. Dalam hal ini saya, secara peribadi, amat kecewa dengan mainan Ahmad Faizal aka Peja.

10. Jelas daripada asakan dan penderhakaan pada 23 Februari itu bahawa konspirasi keluar PH dan bergabung dengan Umno itu sudah dirancang dengan teliti untuk satu jangka masa yang panjang melibatkan watak-watak dalam Bersatu, Umno, PKR dan Pas.

11. Ternyata Dr Mahathir juga dihampakan oleh watak-watak Umno yang beliau alu-alukan ke dalam Bersatu seperti Hamzah Zainuddin dan Mustapha Mohamed. Nampak seolah-olah ada usaha mengambil alih Bersatu oleh pendatang Umno ini.

12. Ini terbukti apabila Adun Umno dilantik menjadi MB Johor mengganti wakil Bersatu. Hal yang sama mungkin berlaku di negeri-negeri lain. Muhyiddin orang mulia, tapi kalau ini bukan pengkhianatan, apa lagi?

13. Inilah apa yang boleh saya simpulkan hasil daripada apa yang saya sendiri lihat dan apa yang saya dengar daripada Dr Mahathir.

14. Jadi apabila Muhyiddin berkata dia tidak mengkhianati Dr Mahathir, ia hanyalah simantik - antara yang tersurat dengan yang tersirat.

15. Sekali lagi Dr Mahathir telah dikhianati dan diderhakai oleh orang-orang yang dipercayainya.

Wallahuaklam.Terima kasih.

A.Kadir Jasin.


Jika diteliti tulisan Kadir, senarai PENGKHIANAT adalah seperti berikut:

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2. Setiausaha Politik Tun Mahathir, Zahid Mat Arip.

3. Exco Melaka dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Mohd Rafiq 

4. Bekas Menteri Kereta Terbang Redzuan

5. Pengerusi PTPTN dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan

6. Menteri Besar Perak Peja

7. Hamzah Zainuddin

8. Mustapa Mohamed

9. 

Wednesday, September 19, 2018

AHLI PARLIMEN BN TAK HORMAT ZAHID



Mustapa Mohamad umum keluar Umno, Ahmad Zahid Hamidi membisu.

Hari ini apabila bekas Menteri Luar Anifah Aman turut keluar dari Umno, Zahid buat kenyataan akhbar menerusi kenyataan bertulis 2 mukasurat yang hambar.

Pada ketika ahli Umno dikejutkan dengan tindakan Tok Pa dan Anifah keluar Umno, kita mengharapkan Zahid sebagai Presiden memanggil mesyuarat tergempar dengan Ahli-Ahli Parlimen BN. Tetapi tidak.

Dipanggilnya mesyuarat untuk membincangkan belanjawan bayangan untuk tahun 2019 bukannya membincangkan isu pemimpin Umno keluar parti.

Jemputan untuk mesyuarat belanjawan bayangan dikeluarkan kepada 52 Ahli Parlimen BN tetapi yang hadir hanya 17 orang.

Itulah tahap hormat Ahli Parlimen BN kepada Zahid Hamidi.

Tuesday, September 18, 2018

ZAHID HAMIDI LEMBAB MENYEBABKAN MUSTAPA MOHAMAD TINGGALKAN UMNO

Image result for mustapa fdi

"Namun hala tuju yg diambil UMNO hari ini tidak lagi selari dgn prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula. Maka atas dasar inilah setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini." - MUSTAPA MOHAMAD.

Ahli Parlimen Jeli dan bekas Menteri MITI Mustapa Mohamad merupakan Ahli Parlimen keempat Umno meninggalkan parti sejak Umno pimpinan Najib Razak dan Rosmah Mansor diTUMBANGkan rakyat pada 9 Mei 2018.

40 tahun Mustapa bersama Umno dan juga selepas 40 tahun, Mustapa menganggap UMNO tidak lagi relevan.

Jika diteliti kenyataan Mustapa hari ini, amat jelas pandangan beliau terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.

Antaranya, Umno dibawah Zahid "prinsip politiknya telah lari", "tidak banyak usaha merejuvenasikan parti" atau dengan kata lain, Umno dibawah Zahid tidak lagi relevan.

Kita faham sentimen Mustapa. 

Awal-awal lagi kita sudah tahu bahawa Zahid setakat menjadi pengikut Najib dan "standard" beliau setakat memimpin cawangan dan bahagian.

Sejak menang jawatan Presiden, tiada siapa tahu ke mana hendak Zahid bawa Umno ini, tiada visi kecuali mengHARAP pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Hadi Awang menjatuhkan kerajaan Pakatan untuk beliau dan Umno.

Itulah yang dijaja oleh Zahid ke hulu dan ke hilir kerana itu saja kemampuan berfikir beliau sebagai Presiden Umno.

Zahid menambah HINA Umno dengan mengharapkan kepada pembangkang untuk memanjangkan umur Umno.

Tidak menghairankan betapa kecewamya Mustapa mengenang nasib Umno serta menjadi saksi kepada kepimpinan lemah Zahid.

Ditambah lagi dengan sikap tidak peduli pemimpin atasan Umno.

Baru 4 bulan Umno ditumbangkan, sesetengah pemimpin Umno meneruskan kehidupan JOLI mereka.

Gambar-gambar yang memperlihatkan pemimpin Umno terus menikmati kemewahan tanpa memikirkan nasib Umno sudah tentu menyakinkan Mustapa bahawa Umno tidak akan berubah dan pemimpin mereka tidak akan memperdulikan nasib rakyat dan ahli Umno.

Semuga gambar-gambar ini memberi kesedaran kepada 3 juta ahli Umno dan orang-orang Melayu siapa yang telah mengkhianati mereka.

 






Kenyataan Tok Pa

Monday, June 27, 2016

ROMBAKAN KABINET HARI INI?

Image result for hamzah zainuddin

Ramai yang memperkatakan mengenai rombakan Kabinet kononnya akan diumumkan hari ini.

Jika mengikut kenyataan Najib Razak pada Mei lepas, beliau mengunakan perkataan "pengstrukturan semula" Kabinet.

Image result for najib+twitter+rombakan+kabinet

Banyak kekosongan yang perlu diisikan kali ini. Jelapang ingin memberikan sedikit pandangan mengenai Menteri-Menteri yang ada sekarang ini.

1. Hamzah Zainuddin 
Beliau menggantikan Hassan Malek sebagai Menteri Kepenggunaan. Kadang-kadang terasa elok diberikan semula jawatan tersebut kepada Hassan Malek.

Dari banyak perkara yang Hassan Malek cakapkan dan dijadikan bahan jenaka, ada juga kesungguhan beliau bekerja.

Hamzah, entah apa yang dibuatnyua. Seringkali pengumuman dibuatnya di Pejabat Menteri dengan bertali leher bukan di pasar-pasar ikan.

Hanya satu kenyataan Hamzah yang kita ingat. Ikan di pasar Indonesia lebih mahal dari di Malaysia. Rasanya ada baiknya Hamzah menjaga harga ikan di pasar di Malaysia dari menyemak harga ikan di pasar Indonesia.

Image result for shabery cheek

2. Shabeery Chik

Nampak seolah-olah Ismail Sabri lebih baik sebagai Menteri Pertanian. Baik sedikit dari Hamzah, tak jelas arah tuju Kementerian Pertanian.

Entah apa yang dilakukan oleh Shabery di sana.



3. Mahdzir Khalid

Pada peringkat awal, sebagai bekas guru, Mahdzir kelihatan sesuai sebagai Menteri Pendidikan. Menyelesaikan isu guru dipisahkan dari suami.

Tetapi ini salah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berjanji berkali-kali hendak menyelesaikan isu ini, tetapi tidak selesai.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan pun tidak buat kerja. Masalah ini, masalah pentadbiran. Kerja Ketua Pengarah Pendidikan bukan kerja Menteri.

Bagaimanapun tahniah kepada Mahdzir yang telah menyelesaikan masalah ini.

Malangnya setakat ini, kita tak nampak arah mana Mahdzir ingin membawa sistem pendidikan ini.

Kementerian Pendidikan amat PENTING. Pendidikan yang akan membentuk generasi akan datang.

Setakat ini, nampaknya Mahdzir tiada visi untuk pendidikan negara.

Seperkara lagi, ramai di akar umbi berkata Mahdzir lebih tumpukan kepada berpolitik untuk bertanding Naib Presiden Umno selepas PRU-14 dari kerja Pendidikan.

Itu Jelapang tidak tahu. Itu cakap-cakap di akar umbi.

Image result for idris jusoh

4. Idris Jusoh.

Baru minggu lepas Jelapang perasan Idris Jusoh adalah seorang Menteri apabila terpandang satu gambar beliau di Facebook.

Image result for salleh said keruak

5. Saleh Said Keruak.

Saleh nampak silap tafsir bidang kerja sebagai Menteri Komunikasi. Nampaknya Saleh menganggap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad sudah cukup untuk memenuhi KPI beliau sebagai Menteri Komunikasi.

Agaknya, Saleh lupa apa tanggungjawab Menteri Komunikasi. Jika lupa, Saleh boleh rujukan kepada sejarah latarbelakang Menteri-Menteri Penerangan yang lalu seperti Mohamed Rahmat atau Kadir Sheikh Fadzir.

Entah apa yang dibuat oleh Saleh di Kementerian tersebut. Lihatlah betapa bermaharaja lelanya Astro.

Dulu tak ada iklan, sekarang dah bersempah dan mahal pula harga langganannya. Ada pula channel yang ditutup sesuka  hati dan ada channel yang dikenakan bayaran tambahan.



6. Mustapha Mohamed

Rasa jemu tengok Mustapha Mohamed di kaca TV. Dah lama sangat jadi Menteri dan bercakap benda yang sama sahaja. Menteri-Menteri yang jauh lebih muda dari beliau pun sudah meninggalkan Kabinet dan merasai apa erti kehidupan.

 Image result for tengku adnan menteri wilayah

7. Teuku Adnan Mansor

Kesian Teuku Adnan apabila video insiden seluar terlondeh di Sungai Besar di viralkan.

Ada komen-komen jenaka dibuat. "Sampai dah terlondeh seluar pun masih nak jadi Menteri."

Katanya beliau pun tidak sihat. Tidak mengapalah. Ahli politik di Malaysia sekarang, selagi ada nyawa, jawatan mesti dipertahankan. Kalau perlu buat mesyuarat atas katil hospital pun tidak mengapa. 

Saturday, May 9, 2015

TOK PA & KU NAN AKAN BAWA SEPANDUK LAGI SOKONG NAJIB


DENGAR khabar hari ini atau esok akan ada satu lagi PERHIMPUNAN BAJU MERAH di PWTC.

Katanya Ketua-Ketua Bahagian pun dah melenting hal Tabung Haji ini sampai Group Whatsapp pun meledak bagai kan kawah gunung berapi yang meluap panas.

Tetapi ada juga ketua-ketua bahagian yang nak mempertahankan isu Tabung Haji ini.

Ini bukan isu Tabung Haji beli tanah atau berniaga.

Ini isu MARUAH MELAYU. TETAPI kalau ketua-ketua bahagian lebih berminat NAK JAGA PERUT MASING-MASING, tidak mengapalah.

Kita nak tengoklah ketua-ketua bahagian terutamanya yang tua-tua seperti Mustapha Mohamed dan Tengku Adnan Tengku Mansor tak malu-malu duduk di depan untuk menyokong Najib Razak. 

Tok Pa, pedulikan sidiran orang yang berkata "orang tua tu pun pegang sepanduk macam orang muda". 

Dan jangan lupa bawa sepanduk SOKONG NAJIB yang dibawa dulu.

Kalau sepanduk sudah hilang, buat yang baru. Duit Tabung Haji kan ada???

Saturday, October 25, 2014

ANUGERAH DATO' SERI UNTUK ISTERI AHLI POLITIK

TAHNIAH isteri-isteri 4 ahli politik sempena penganugerahan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) oleh DYMM Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan Baginda yang membawa gelaran Dato Seri.

Ketiga-tiga mereka ialah:

1) Isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Diraja Datuk Junaini Kassim.

2) Isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

3) Isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.

4) Isteri Menteri Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis.


Penganugerahan ini tepat sekali kerana jasa mereka dalam memberi sokongan dan dokongan kepada suami mereka di dalam perjuangan politik mereka.

Kita berharap suatu hari nanti penganugerahan ini turut diberi kepada isteri ahli politik lain atas sumbangan besar mereka kepada suami mereka.


LINK: http://www.sinarharian.com.my/nasional/isteri-tpm-dahului-senarai-978-penerima-1.327007