Showing posts with label khairuddin aman razali at-takiri. Show all posts
Showing posts with label khairuddin aman razali at-takiri. Show all posts

Tuesday, September 8, 2020

PEGUAM NEGARA: JANGAN LUPA KES KHAIRUDDIN HUD-HUD TAK KUARANTIN

Beli Lori, Kapalterbang: YB PAS Buat Penjelasan Atau Ingin Nafi Audi Q7  Milik Isterinya? - AAKJ

SEMALAM seorang jurutera BRITISH dipenjara 2 hari dan didenda RM5,000 kerana melanggar tempoh kuarantin.

 https://www.msn.com/en-my/news/berita/langgar-kuarantin-jurutera-warga-england-dipenjara-2-hari-denda-rm5000/ar-BB18MKNQ

Kita harap PEGUAM NEGARA tak lupa kes Menteri Pas Khairuddin Aman Razali Hud-Hud yang langgar kuarantin.

Kalau makcik "GELANG PINK" didakwa dan dipenjara selepas 1 bulan 8 hari kerana melanggar kuarantin, kita harap Peguam Negara pun bertindak sesegera mungkin.

Berlaku adillah kepada rakyat. 

Tuesday, September 1, 2020

WAJAH BURUNG HUD-HUD YANG MENJADI KEPERCAYAAN PEMIMPIN & PENGIKUT PAS

Agricommodity sector contributed RM85.8 bln to GDP last year — Khairuddin |  Borneo Post Online

INI lah wajah burung hud-hud yang menjadi kepercayaan pemimpin dan pengikut Pas yang tiba-tiba muncul di abad ini.

Burung ini baru balik holiday dari Turki dan tak kuarantin, tak macam rakyat marhaen.

Setiap hari kerajaan Muhyiddin Yassin umum berapa orang kena tangkap tak patuh SOP, tetapi burung ini kebal. Masih berkeliaran ke sana sini.

Tuesday, August 25, 2020

KES KKHAIRUDDIN: MUHYIDDIN JAGA NEGARA ATAU JAGA KEPENTINGAN DIRI?

Anak Sungai Derhaka: Khairuddin Jawab Isu Audi Q7 Untuk Isteri..

BILA sudah perintah negara, sangkaan kita Pas parti tunggang agama semakin menyerlah.

Sama seperti kes Mustapha Ali dahulu, Pas mencari pelbagai HELAH dan FATWA untuk menghalalkan kesalahan Khairuddin Aman Razali tidak kuarantin selepas balik dari Turki.

Rupanya hukum untuk rakyat jelata lain, hukum untuk pemimpin sendiri lain.

Agaknya begitulah bila adanya Hudud.akan diPOTONG tangan rakyat biasa, pemimpin digunakan pelbagai HELAH untuk dilepaskan.

Semakin hari semakin ramai rakyat mempertikaikan cara Muhyiddin Yassin mentadbir negara.

Adakah pentadbiran negara hanya untuk kepentingan diri Muhyiddin sahaja kerana takut hilang undi di Parlimen?

Kita tunggu apa kesudahan kes Khairuddin ini.

Adakah hanya Makcik Gelang Pink dan Pakcik Restoran Nasi Kandar Salleh sahaja yang dipenjara kerana mereka rakyat biasa?

Rakyat sedang menilai Muhyiddin. Setakat membaca berdoa semasa siaran langsung tak akan menyembuh hilang kepercayaan rakyat kepada Muhyiddin.

Wednesday, March 11, 2020

MAT HASSAN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO, TAK DAPAT JAWATAN MENTERI? MAT HASSAN BUKAN ORANG ZAHID?

Image result for kabinet muhyiddin

TAHNIAH kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kejayaan menjadi Perdana Menteri ke-8 Malaysia.

Ketika membentang senarai Kabinet beliau, Muhyiddin menyebut ahli Kabinet beliau telah melepasi saringan SPRM dan PDRM.

Siapa dalam SPRM yang menyucikan mereka-mereka ini? ANNUAR MUSA BERSIH? Muhyiddin lupa ke bahawa seorang KSU yang pernah berkhidmat untuk Annuar Musa pernah dijatuhkan hukuman penjara? Muhyiddin lupa ke kes Mara semasa Annuar Musa jadi Pengerusi Mara?

Bagaimana Fadhilah Yusof yang sebelum ini abang beliau terlibat dengan projek Pan Borneo boleh kembali ke Kementerian Kerja Raya?

Image result for kabinet muhyiddin

MENTERI merapu, Redzuan Kereta Terbang masih dalam Kabinet? 

Azmin Ali yang jelas dalam video SEMBURIT masih dalam Kabinet?

Siapa yang bersihkan imej mereka ini? Azam Baki? Hamid Bador?

Seorang Menteri dikatakan hanya berkelulusan SPM tetapi dalam biodata katanya ada BBA.

Seorang Timbalan Menteri hanya ada Diploma Pentadbiran Awam, tetapi isytihar ada MBA dari Northern California.

Tahniah kepada Pas kerana akhirnya Ahli Parlimennya dapat menjadi Menteri.

Seorang Menteri Pas berkelulusan Bahasa Arab dan Kesusasteraan kini sedang memikirkan bagaimana nak yakinkan kerajaan India untuk membeli minyak sawit.

Sementara seorang lagi lulusan Dakwah dan Kepimpinan akan jaga alam sekitar dan isu-isu pembalakan haram seperti di Kelantan.

Kita hanya mampu berdoa semuga Allah swt memelihara negara kita ini.

Sementara itu Jelapang bersimpati dengan Ahli-Ahli Parlimen lain seperti Timbalan Presiden Umno Mohamed Hassan, Azalina Othman Said, Mahdzir Khalid, Bung Mokhtar Radin, Noh Omar, Shahidan Kassim, Idris Jusoh, Tajuddin Rahman, dan Ahmad Maslan yang tak dapat jawatan dalam Kabinet.

Elok mereka-mereka ini "check" mengapa tak tersenarai.

Zahid Hamidi tak hantar nama ke? Kalau tak hantar, maksudnya mereka BUKAN orang Zahid lah.

Katanya setiausaha politik Zahid pun dapat jawatan, tak kan Timbalan Presiden Umno boleh "miss"?

Jelapang sekadar kasihan kepada mereka-mereka ini..

Thursday, February 23, 2017

JAWAPAN KHAIRUDDIN, ULAMAK PAS, MENGENAI HADIAH Q7





ZUHUD - itulah perkataan yang melekat kepada bibir pemimpin Pas. Hanya ulamak Pas yang ZUHUD, kononnya.

Ini jawapan Khairuddin Razali, Ahli Majlis SYURA ULAMAK PAS, apabila ditanya mengenai pemberian HADIAH Audi Q7 kepada isteri KEDUA beliau.


“Saya ada hak beli apa yang saya mahu. Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka."

Itulah jawapan Khairuddin.

Jawapan yang agak ZUHUD.

Monday, February 20, 2017

ROMANTIKNYA AHLI PARLIMEN PAS AT-TAKIRI. HADIAH AUDI KEPADA BINI NO 2



HEBAT Ahli Parlimen Pas Khairuddin Aman Razali At-Takiri.

Hadiah beliau kepada isteri kedua - Audi Q7.

Jika Allahyarham Ustaz Fadzil Noor masih hidup, sudah pasti beliau dapat melihat bagaimana mewahnya kehidupan Ahli Parlimen Pas di era Hadi Awang ini.

Cerita kereta besar tak menghairankan kepada Hadi. Dulu-dulu semasa Mitsubishi Pajero tengah TOP, Hadi lah antara orang pertama pakai kereta HEBAT ini.

Terkenang Jelapang kepada Allahyarham Ustaz Fadzil. Ke sana ke mari dengan Toyota Corona KP 17 yang uzur. Kasihan melihat Allahyarham dan demi kasih sayang ahli Pas kepada Allahyarham Ustaz Fadzil, ahli-ahli Pas menghadiahkan kereta Mercedes second hand kepada Presiden mereka.

Sekiranya Allahyarham masih ada, sudah pasti beliau dapat menyaksikan betapa hebatnya Ahli-Ahli Parlimen Pas di bawah Hadi. Ada Ahli Parlimen Pas pakai VELLFIRE. Ada katanya pusing Kelantan dengan HELIKOPTER.

Hebat pemimpin Pas sekarang.

Tahniah kepada At-Takiri.

P/S: Dalam twitter ada orang sebut ada Ahli Parlimen berhutang. Dah 5 tahun tak bayar. Elok Khairuddin At-Takiri nasihatkan Ahli Parlimen ini bayar hutang sebelum RUU355 berkuatkuasa.

Kasihan nanti. Kalau dah berkuatkuasa, susah nanti. Kita juga harap RUU355 ini tidak digunakan kepada seorang pemimpin Pas yang dahulunya dirakam berasmara di atas katil bersama seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Yang Jelapang tak boleh lupa, seluar dalam besarnya.