Showing posts with label tabung haji. Show all posts
Showing posts with label tabung haji. Show all posts

Wednesday, July 22, 2020

BETUL KE ANAK BERANAK AZEEZ RAHIM SIMPAN BERJUTA RINGGIT DALAM TABUNG HAJI

Image may contain: 1 person

SEHARI dua ini tersebar POSTER ini mengenai wang simpanan anak beranak Azeez Rahim dalam Tabung Haji.

Betul atau tidak kita tak tahu. Tapi kalau dijumlahkan kesemuanya hampir RM14.5 juta.

Kalau Tabung Haji beri dividen 8 peratus, jumlah dividen yang diterima hampir RM1.16 juta. 

Kalau tak silap, Azeez memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji dari 2013 sehingga 2018.

Bila disemak kadar dividen Tabung Haji pada tahun 2013 ialah 8 peratus, 2014 - lebih tinggi 8.25 peratus, 2015 - 8 peratus, 2016 - 5.75% dan 2017 - 6.25%.

Kita harap Tabung Haji dapat memberi PENJELASAN, betul atau tidak anak beranak Azeez menyimpan JUTAAN ringgit dalam Tabung Haji.

Bukan apa, kita kesian pada Azeez dituduh itu ini. KEJAM!

Kalau betul, adakah ini berunsur INSIDER TRADING.

Maaf bertanya. Pakcik Makcik dikampung yang simpan berpuluh ringgit untuk pergi haji ingin tahu betul atau tidak tuduhan ini.

Sunday, April 26, 2020

RAKYAT MUAK TENGOK MUHYIDDIN LANTIK AHLI POLITIK JADI PENGERUSI GLC

PM Muhyiddin: Azmin Will Chair Cabinet Meetings In My Absence

SEMALAM ada satu kenyataan dibuat oleh Muhyiddin Yassin bahawa "rakyat muak dengan politik". 

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rakyat-muak-dengan-politik-mahu-kerajaan-selesaikan-covid-19-dahulu-pm-240166

Sebenarnya rakyat pun MUAT dengan cara Muhyiddin berpolitik ketika PKP ini - buang teknokrat dari GLC dan dilantik ahli politik yang rakyat sudah MUAK tengok muka mereka.

Cukup-cukuplah lantik ahli politik yang TIDAK LAYAK untuk jadi PENGERUSI GLC.

Rakyat MUAK tengok apa yang berlaku sebelum ini dan MUAK dengan muka yang sama.

Masih terlintas muka Azeez Rahim yang dilantik Najib Razak sebagai Pengerusi Tabung Haji. 


Tuesday, June 20, 2017

AGENSI PERJUANG MELAYU ROSAK. ADAKAH NAJIB SERIUS TADBIR NEGARA?

Image result for isu+fgv+doj+najib

LETAK Jawatan di FGV, diberi jawatan di SPAD.

Apakah Najib Razak serius mentadbir negara?

Sudah berapa banyak entiti yang menjadi landasan memperjuangkan kepentingan Melayu ROSAK kerana keputusan-keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri?

1. FGV - Isa Samad.

2. Tabung Haji - Azeez Rahim.

3. MARA - Annuar Musa (sedang disiasat oleh SPRM)

4. FELCRA - Bung Mokhtar (disiasat SPRM berkaitan pembelian saham amanah dan bekas Pengerusi Tajuddin Abdul Rahman disiasat berkaitan pemberian bonus melibatkan beliau, Timbalan Menteri Ismail Abdul Mutalib dan Halimah Siddique).

5. YPEIM - agensi membantu anak-anak yatim

Jangan kata agensi besar-besar. Agensi yang memberi pinjaman kecil-kecilan pun rosak dek rasuah.

Kenapa ini terjadi?

Kerana Najib tidak serius mentadbir negara?

Atau sibuk menguruskan isu yang melibatkan diri dan keluarga beliau...

Wednesday, March 9, 2016

AZEEZ RAHIM ANAK EMAS KESAYANGAN NAJIB RAZAK KE? HABIS PROJEK KAMI DIA SAPU?



AZEEZ RAHIM

Sekali lagi rakan-rakan Umno ajak ke kedai kopi, katanya mahu berbincang hal Deklarasi BUANG NAJIB yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad.

Dalam korum malam tadi, ada kawan-kawan yang berjawatan di dalam bahagian-bahagian Umno turut serta minum kopi bersama kami.

Belum pun sempat berbincang mengenai Deklarasi BUANG NAJIB ini, tiba-tiba terpancul dari mulut salah seorang kawan akan nama - AZEEZ RAHIM.

Tiba-tiba merah padam mukanya apabila berbicara mengenai Azeez.

Azeez ini ANAK EMAS Najib ke? katanya dengan nada cukup marah.

"Apa kami ini anak tiri Najib ke?, atau kami anak tepi jalan" katanya.

Maka saya bertanya, kenapa?

"Habis semua projek di Malaysia ini dia SAPU dan dia kata Najib bagi kat dia untuk TOLONG UMNO.

Dalam whatsapp group Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian, semua tengah HOT dengan Najib dan Azeez.

"Masuk sampai ke dalam bilik tidur kami samun harta kami. Dalam satu whatsapp group, satu pemimpin Umno berjawatan di Johor memaki hamun Azeez selepas mendapat tahu Azeez SAPU projek dia di bahagian dia.

"Ada seorang MB/KM dah plan elok-elok macam mana nak tolong Umno negeri. Tiba-tiba diberitahu Najib dah bagi projek itu kepada Azeez. Haram#23%* betul."

Ada satu negeri dah HARAMKAN AZEEZ masuk negeri dia. Ketua di negeri tersebut, katanya, menulis kepada Najib mengharamkan Azeez sapu projek di negeri mereka selepas mendapat tahu Azeez dah KEBAS projek di negeri beliau.

Katanya, orang Sabah tak boleh tengok muka Azeez.

Lebih memeranjatkan Jelapang, apabila salah seorang di kedai kopi malam tadi, mengherdik: "Azeez ini tolong Umno atau tolong Najib jadi PARTNER in CR*&%. 

Sehingga ke tahap itu kemarahan mereka.

Jelapang cuba tenteramkan mereka dengan menyatakan bahawa MUNGKIN semua ini FITNAH.

Mungkin benar Azeez diamanahkan untuk menjaga Umno sebab itulah projek jalan di Johor, Melaka, Selangor, Sabah dll, Najib BERIKAN kepada beliau.

Azeez terBUKTI pandai mentadbir dan menguruskan kewangan. Lihatlah TABUNG HAJI. Dividen pun tinggi tahun ini. Jual tanah TRX pun dah berjuta keuntungan diberikan kepada Tabung Haji.

Jual aset di London pun untung, beli balik saham right issues TH Engineering lagi menguntungkan.

Kalau ikut cakap-cakap orang, Azeez memang orang "kuat" Najib malah ada yang mengatakan adalah penasihat yang Najib benar-benar mendengar nasihatnya.

Balik kepada kawan-kawan di dalam Umno ini.

Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian sedang membuak-buak KEMARAHAN mereka kerana Azeez dah SAPU rezeki mereka diNEGERI mereka.

Tetapi bukan semua. Ada Ketua Bahagian di Selangor yang mana terdapat projek yang Azeez terlibat di bahagian mereka, gembira. Tak percaya tanya Noh Omar.

Ada juga pembuat keputusan di peringkat Persekutuan juga berpuashati dengan kerja Azeez dan sebab itu Menteri tertentu TOLONG Azeez, kata mereka lah.

Oleh itu tak perlulah membuat tuduhan melulu samada Azeez anak emas Najib atau mereka anak tepi jalan.

Umno perlu dijaga. Kalau Najib memilih Azeez untuk menjaga Umno terima sajalah.

Bukankah sebagai ahli Umno kita diAJAR TAAT SETIA kepada pemimpin.

Tak perlulah kita bertelagah kerana DUIT dan KEKAYAAN. Yang penting perjuangan.

Dalam keadaan sekarang, yang penting kita pertahankan Najib dari dijatuhkan oleh Dr Mahathir.

Hal Najib dapat derma atau duit masuk akaun beliau itu soal lain. Yang penting kita setia pada pemimpin.

Mungkin Azeez lebih setia dari kita kepada Najib. Maka layaklah Azeez diberi projek sebanyak itu.

Friday, June 26, 2015

AZEEZ RAHIM & JAMIL KHIR: BILA NAK JUAL TANAH TABUNG HAJI?



41 HARI yang lalu (9 Mei 2015), Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim, dengan GAHnya mengumumkan: "sudah ADA TIGA PIHAK SEDIA membeli tanah ini (TRX yang dibeli dari 1MDB dengan bayaran RM188.5 juta TUNAI) dan urusan jualbeli akan dilaksanakan Tabung Haji MINGGU DEPAN (16 Mei 2015).

Kata Azeez, yang memiliki ijazah Masters dalam Business Administration dari Universiti Preston, USA, Tabung Haji akan meraih KEUNTUNGAN lebih RM5 JUTA dari penjualan tersebut.

http://www.bharian.com.my/node/53847

Hari ini sudah 26 Jun 2015. 41 hari sudah berlalu.

Terperanjat kita apabila hari ini membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir berkata proses penjualan tanah tersebut masih DITERUSKAN dan belum MUKTAMAD samada ia akan DIBATALKAN.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/proses-jual-semula-tanah-tabung-haji-di-trx-masih-diteruskan-jamil-khir-63672

DULU kata nak jual dalam masa seminggu dan dah ada pembeli, sekarang kata belum diMUKTAMADKAN lagi.

Kenyataan Azeez masih terngiang-ngiang di kepala kita.

Kenapa lambat dijual?

Ada masalah ke? Tanah itu ada ke? Dah ada geran ke?

Atau Tabung Haji bayar 1MDB buta-buta tanpa tengok tanah tersebut.

Harap Tabung Haji berpegang pada janji - jual tanah TRX tersebut.

Thursday, May 14, 2015

TABUNG HAJI : PECAT AZEEZ RAHIM



SEMALAM seorang pemimpin Umno Bahagian mendesak Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim meletakkan jawatan kerana sudah kehilangan kepercayaan rakyat kepada beliau berikutan skandal Tabung Haji membeli tanah milik 1MDB dengan harga yang terlalu mahal.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/13/Umno-Man-Tabung-Haji-quit/

Jelapang menyokong saranan tersebut tetapi ianya tidak mencukupi dengan Azeez sahaja.

Keseluruhan ahli Lembaga Tabung Haji harus disingkirkan.

Antara ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji ialah Pengerusi Tetap Umno Badruddin Amiruddin, Timbalan Pengerusi Tetap Umno Mohamad Aziz dan Setiausaha Pengerakan Wanita Umno Rosni Sahar.
http://www.tabunghaji.gov.my/lembaga-pengarah


Mereka-mereka ini yang menjaga Tabung Haji?

Mampukan mereka memerlihara Tabung Haji dari dinodai atau mereka hanya pengarah "Yes, Sir. Saya yang menurut perintah, Dato' Sri Presiden!"

Sunday, May 10, 2015

SELAMAT BERTARUNG DATO' SRI NAJIB. SEMUGA BERJAYA



" Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya.

"'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan. 

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab. 1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin. Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)."  - NAJIB RAZAK


Laporan penuh Bernama:

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1133340

ALHAMDULLILAH TABUNG HAJI. MASYA ALLAH TABUNG HAJI







ALHAMDULLILAH TABUNG HAJI




Image result for buat haji


Image result for buat haji







MASYA ALLAH TABUNG HAJI/1MDB!


 


Image result for jho low berpesta


Image result for jho low berpesta

"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual (tanah yang dibeli dari 1MDB) kepada orang bukan Islam. Salah satu pembeli telah menawarkan RM188.5 juta, iaitu harga yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ditambah dengan keuntungan sebanyak RM5 juta " - Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim


Saturday, May 9, 2015

NAJIB: CUKUPLAH. SINGKIRKAN AZEEZ RAHIM & EMPAT SEKAWAN INI DARI TABUNG HAJI

"KAMI pun ada maruah. Kami pertahankan maruah kami." - Azeez Rahim, Pengerusi Tabung Haji.


MARUAH apa? Kalau Tabung Haji ada maruah, ia tidak akan mengkhianati penyimpan dengan tindakan membeli tanah dengan harga RM2,800 kaki persegi padahal tanah tersebut yang asalnya kepunyaan orang Melayu dijual oleh Kerajaan kepada 1MDB dengan harga RM60 kaki persegi.

Pembelian ini dibuat secara diam-diam dan jika tidak didedahkan di blog, sudah pasti Tabung Haji akan terus berleluasa menyelamatkan 1MDB.

Sehingga hari ini, bila disebut 1MDB, apa yang terbayang di fikiran rakyat ialah gambar Jho Low berpesta arak dengan aktres Amerika Syarikat Paris Hilton.
Image result for jho low

Orang kampung memerah keringat menabung untuk ke Tanah Suci, Azeez dan kuncu-kuncunya dengan tanpa ada perasaan bersalah membayar harga yang mahal untuk menyelamatkan 1MDB dan Jho Low.

Apakah Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno merasakan dengan keputusan menjual semula tanah 1MDB, rakyat sudah memaafkan mereka?

Ini bukan isu perniagaan Tabung Haji. Ini isu MORAL.

Isu ini tidak selesaikan dengan keputusan Najib dan Tabung Haji menjual tanah tersebut.

Ini isu Tabung Haji MENGKHIANATI orang Islam. 

Keyakinan rakyat kepada Tabung Haji merudum KECUALI di kalangan beberapa Ketua Bahagian yang "RAPAT" dengan pemimpin tertentu.

Yang bukan Ketua Bahagian, rakyat biasa, tidak mengira Melayu Islam Umno, Pas, PKR, DAP, Melanau MARAH MELUAP-LUAP dengan PENGKHIANATAN Najib, Azeez Rahim dan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

PENGKHIANATAN Azeez dan ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji ini telah MELUCUTKAN kelayakan mereka untuk terus mengurus Tabung Haji.

TIADA PILIHAN LAIN BUAT AZEEZ, ISMEE ISMAIL, JOHAN ABDULLAH, SAMAD ALIAS DAN ERWAN SERIGAR KECUALI MELETAKKAN JAWATAN.

Isu ini tidak akan selesai dan keyakinan orang Melayu dan Islam kepada Tabung Haji tidak akan pulih sekiranya NAJIB TIDAK MENYINGKIRKAN MEREKA dari Tabung Haji.

HENTIKAN LAH PENGKHIANATAN INI.


P/S: WAHAI JOHAN. WAJAH MU MENGGAMBARKAN KEANGKUHAN KAMU. INGATLAH TABUNG HAJI BUKAN MILIK KALIAN. IA MILIK KAMI, ORANG MELAYU ISLAM. JANGAN SAMPAI KALIAN DILUDAH OLEH ORANG MELAYU DEK PENGKHIANATAN KAMU.

Friday, May 8, 2015

MUHYIDDIN YASSIN SOAL NAJIB: MENGAPA TIDAK PECAT LEMBAGA 1MDB

Image result for muhyiddin yassin

"Saya tidak tahu apa nak cakap. Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat." - Tan Sri Muhyiddin Yassin.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-buntu-menjawab-isu-1mdb-kata-muhyiddin#sthash.KpLl3qcV.dpuf

Hari ini hari paling sibuk buat Najib Razak. Bertubi-tubi kenyataan dibuat oleh pelbagai pihak di dalam Umno dan kenyataan Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin mengatasi kesemuanya.

Apakah peristiwa 2008 di mana Umno mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan akan berulang?

SHAFIE APDAL MAHU NAJIB TANGANI ISU TABUNG HAJI

Image result for shafie apdal

Kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Hj Apdal
Isu pembelian Tanah 1MDB.

1) Sebelum ini saya telah pun menyatakan bahawa perlunya isu 1MDB diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.

2) Isu ini bukan hanya menjadi kebimbangan saya dari awal lagi malahan rakyat secara keseluruhannya.

3) Perkara ini menjadi lebih serius apabila kita dimaklumkan tentang pembelian sebidang tanah oleh satu lagi badan pemegang amanah awam.

4) Isu tentang penglibatan Tabung Haji ini sekiranya tidak ditangani dengan baik, saya khuatir kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan.

5) Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin.

ISU TABUNG HAJI BELI TANAH 1MDB: PEMUDA MAHU NAJIB JAWAB

Image result for khairy jamaluddin

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.

Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.

PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.

Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF

1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?

2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah inikepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?

3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?

Soalan kepada TH
1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transkaksi ini?

2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini, sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli dimeterai? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?

3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah terkini yang dibuat di kawasan berhampiran dibuat pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?

PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengudang kemarahan rakyat.

Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.
8 Mei, 2015