Showing posts with label jamil khir. Show all posts
Showing posts with label jamil khir. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

MUKHRIZ AKAN DIPECAT KERANA MAHU MENGHUKUM DR MAHATHIR



ESOK lusa, Mukhriz Mahathir akan diPECAT sebagai Menteri Besar Kedah.

Siapalah Mukhriz. Diletakkan sebagai Menteri Besar pun oleh Perdana Menteri Najib Razak. Hendak menurunkan beliau pun Najib.

Menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan dan bakal Menteri Besar Kedah yang baru, Ahmad Bashah Md Hanipah, Mukhriz GAGAL satupadukan Umno, Mukhriz tiada perancangan strategik menghadapi PRU-14, Mukhriz gagal urus tadbir negeri Kedah.

http://taipingmali.blogspot.my/2016/01/kenyataan-akhbar-mendesak-perubahan.html

Jika kerana gagal satu padukan Umno, sudah lama Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan diPECAT.

Jika gagal urustadbir negeri, sudah lama Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob kena PECAT kes bauksit dan tebang balak haram.

Di era pentadbiran sekarang, prestasi bukan penting. Jika prestasi penting sudah lama Jamil Khir hilang jawatan kerana isu duit zakat dan isu Yapeim dan simulator golf.

Jika prestasi penting, sudah lama Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim kena pecat kerana cara mengurus Tabung Haji.

Jika kerana tiada perancangan strategik menghadapi PRU-14, sudahkah ibupejabat Umno mempunyai plan strategik untuk PRU-14?

Sebenarnya, DOSA Mukhriz hanya kerana tak sama bulu.

Mukhriz bukan sempurna. Tetapi cara dan kaedah untuk menjatuhkan Mukhriz memalukan dan memualkan.

Di dalam Umno, kerana bapa, anak dihukum.

Ada personaliti di Malaysia yang lebih jijik personalitinya, tiada pula Ahmad Bashah dan geng-gengnya meminta diturunkan.

Kalau bukan kerana Mukhriz dan Tun Dr Mahathir Mohamad, 2013 Kedah KEKAL di bawah Pas.

2014, TRAGEDI ini akan menentukan siapa rakyat Kedah mahu Kedah diperintah.

Tetapi siapa peduli kesannya?

Saturday, November 14, 2015

JAMIL KHIR: TANYALAH DIRI SEIKHLASNYA TUJUAN GUNA DUIT YPEIM UNTUK KE AMERIKA SYARIKAT

Image result for jamil khir

SUATU ketika dahulu, seorang rakan Jelapang berketurunan Tionghua bertanya: "Itu DUIT orang pigi Haji (Tabung Haji) pun itu orang ambil beli tanah 1MDB ke".

Kali ini orang yang sama menelefon Jelapang bertanya: "Itu Menteri Agama ada ambil duit anak yatim beli tiket pi Amarika ka?"

Jelapang tidak tahu apa nak kata. Malaysia kononnya negara Islam contoh bagi dunia.

Tetapi di negara bukan Islam seperti UK dan Amerika nampaknya lebih amanah dari pemimpin di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ustaz Jamil Khir Baharom semalam mengeluarkan kenyataan berikut:  http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-saya-sedia-disiasat-8217-1.158170

Ini ekoran tuduhan beliau mengunakan wang Yapeim untuk lawatan ke Amerika Syarikat.

Jelapang hanya ingin mengulas pendek mengenai perkara ini.

Jamil Khir orang agama. Tahu hukum hakam.

Hanya Jamil Khir dan Allah swt yang mengetahui mengenai niat dan tujuan Jamil Khir menggunakan wang yang diperuntukan untuk anak yatim dan miskin dan wang ini adalah hasil sumbangan masyarakat untuk ANAK YATIM melalui potongan gaji.

Jamil Khir tanyalah diri sendiri. 

Dan gunakan ilmu agama yang penuh di dada kamu untuk menilai isu ini.

Begitu juga Ustazah Zaleha Husin yang sudah pasti amat arif dalam hukum hakam agama.

Tanyalah sendiri.

Friday, June 26, 2015

AZEEZ RAHIM & JAMIL KHIR: BILA NAK JUAL TANAH TABUNG HAJI?



41 HARI yang lalu (9 Mei 2015), Pengerusi Tabung Haji , Azeez Rahim, dengan GAHnya mengumumkan: "sudah ADA TIGA PIHAK SEDIA membeli tanah ini (TRX yang dibeli dari 1MDB dengan bayaran RM188.5 juta TUNAI) dan urusan jualbeli akan dilaksanakan Tabung Haji MINGGU DEPAN (16 Mei 2015).

Kata Azeez, yang memiliki ijazah Masters dalam Business Administration dari Universiti Preston, USA, Tabung Haji akan meraih KEUNTUNGAN lebih RM5 JUTA dari penjualan tersebut.

http://www.bharian.com.my/node/53847

Hari ini sudah 26 Jun 2015. 41 hari sudah berlalu.

Terperanjat kita apabila hari ini membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir berkata proses penjualan tanah tersebut masih DITERUSKAN dan belum MUKTAMAD samada ia akan DIBATALKAN.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/proses-jual-semula-tanah-tabung-haji-di-trx-masih-diteruskan-jamil-khir-63672

DULU kata nak jual dalam masa seminggu dan dah ada pembeli, sekarang kata belum diMUKTAMADKAN lagi.

Kenyataan Azeez masih terngiang-ngiang di kepala kita.

Kenapa lambat dijual?

Ada masalah ke? Tanah itu ada ke? Dah ada geran ke?

Atau Tabung Haji bayar 1MDB buta-buta tanpa tengok tanah tersebut.

Harap Tabung Haji berpegang pada janji - jual tanah TRX tersebut.

Friday, June 12, 2015

FADILLAH, JAMIL KHIR, HASSAN MALEK, SHAHIDAN, NAZRI AZIZ, SHABEERY CHIK DIGUGURKAN DARI KABINET?

Image result for fadillah+bustary

SEBUAH akhbar berbahasa Inggeris hari ini mencetuskan spekulasi hangat mengenai ROMBAKAN KABINET oleh Najib Razak yang dikatakan akan berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri Julai ini.

Katanya Najib BERAZAM mahu MEMBERSIHKAN Kabinet beliau dari pelbagai isu sebagai PERSIAPAN menghadapi PRU-14.

Katanya juga Menteri-Menteri yang dibelenggu isu dan BERPRESTASI LEMAH akan digugurkan.

Ini antara nama-nama yang dispekulasikan di warung-warung kopi akan DIGUGURKAN oleh Najib.

1. FADILLAH YUSUF - dikatakan terlibat dengan isu KRONISME apabila Kementerian Kerja Raya memberi projek bernilai RM10 BILION kepada ABANG beliau Bustary. Najib dikatakan kononnya BIMBANG isu ini akan merebak dan sukar dipertahankan.
Borneo Highway's big winner Bustari Yusuf - businessman brother of Minister of Public Works Fadillah and good friend of new CM Adenan Satem
http://www.sarawakreport.org/2015/04/the-pwd-ministers-brothers-pan-borneo-highway-connection-expose/

2. JAMIL KHIR - PRESTASI KURANG MEMUASKAN sehinggakan Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim MBA lebih MENONJOL seolah-olah beliau adalah Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam.

3. NAZRI AZIZ - jarang berada di dalam negeri.

4. HASSAN MALEK - memalukan Kabinet dan Najib dengan kenyataan lucunya.

5. SHAHIDAN KASSIM - sudah tidak relevan sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen dan untuk memudahkan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mentransformasikan Parlimen. Kehadiran Shahidan dikatakan menimbulkan polemik yang TIDAK SIHAT di Parlimen.

6. SHABEERY CHIK - PRESTASI amat mengecewakan sebagai Menteri Penerangan. Sesetengah pihak merasakan Shabeery perlu BERTANGGUNGJAWAB di atas kelemahan sistem komunikasi kerajaan dengan rakyat. Kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim bahawa peranan pegawai penerangan sekarang terhad kepada membaca akhbar dikatakan ada kebenarannya dan ini mengecewakan Najib.

Bagaimana pun ini hanya pandangan kedai-kedai kopi. HANYA NAJIB YANG TENTUKAN NASIB MEREKA.


http://www.beritadaily.com/news/2015-06-12/14720/cabinet-reshuffle-after-hari-raya

Tuesday, February 11, 2014

JAMIL KHIR, TENGKU ADNAN & HASSAN MALEK DIGUGURKAN DARI KABINET?

 JAMIL KHIR

TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

HASSAN MALEK

JAMIL KHIR, HASSAN MALEK DAN TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR.

Ketiga-tiga Menteri ini dikatakan akan DIGUGURKAN dari Kabinet apabila Najib Razak membuat rombakan Kabinet tidak lama lagi.

Najib dijangka merombak barisan Kabinet beliau selepas Mei tahun ini, genap setahun selepas PRU-13.

Menurut portal "Malaysian Digest" yang memetik sumber Pejabat Perdana Menteri, Hassan Malek, Tengku Adnan dan Jamil Khir akan digugurkan.

Menurut sumber tersebut, ketiga-tiga mereka ini telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai Menteri.

Sumber tersebut dipetik sebagai berkata: "Ketiga-tiga mereka akan digugurkan kerana gagal melaksanakan dasar dan menangani isu dan mereka meletakkan tanggungjawab mereka dibahu Perdana Menteri dan meletakkan Perdana Menteri di dalam keadaan tertekan. Mereka sepatutnya bertanggung jawab kepada portfolio mereka dan bukannya membebankan Perdana Menteri dengan tanggungjawab mereka." (Jelapang: terjemahan).

Kata sumber tersebut lagi: "Perdana Menteri menerima tekanan yang tidak sepatutnya, semata-mata di atas kegagalan mereka melaksanakan tugas masing-masing."

Sumber tersebut juga berkata Kementerian Pengangkutan akan  dikembalikan kepada MCA.

Sumber tersebut turut melaporkan, selain Jamil Khir, Tengku Adnan dan Hassan Malek, beberapa Menteri lain juga mungkin digugurkan.

Katanya, ramai Menteri-Menteri yang berada di dalam Kabinet sekarang tidak popular di kalangan rakyat.

Bagaimanapun, yang pasti, Jamil Khir, Ku Nan dan Hassan Malek akan digugurkan sementara Menteri-Menteri sedang di dalam PERHATIAN.

Laporan penuh Malaysian Digest boleh dibaca di link ini: http://www.malaysiandigest.com/news/487285-cabinet-reshuffle-on-the-cards.html