Showing posts with label mara. Show all posts
Showing posts with label mara. Show all posts

Wednesday, September 27, 2017

SELEPAS KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA, MARA DIGITAL MALL BAKAL GAGAL?

Image result for digital mall ismail sabri

APA jadi kepada Mara Digital Mall?

Mana Ismail Sabri, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang dahulunya mendabit dada kononnya mahu membantu peniaga Melayu menyaingi Low Yat yang terkenal sebagai pusat ICT?

Berikut kenyataan Ismail Sabri pada 15 Disember 2015:

“Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk membuka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mau sokong tapi jangan cuba gagalkan. Saya hairan sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka sewa percuma untuk bantu orang Melayu tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu."
http://www.sinarharian.com.my/nasional/mara-digital-ismail-sabri-sedih-dihina-dikecam-1.462189

Semalam, satu laporan disiarkan mengenai RUNGUTAN peniaga di Mara Digital bahawa JUALAN MEREKA MEROSOT 60 PERATUS.

Dan lebih menarik, KADAR SEWA AKAN DINAIKKAN 5%.

Adakah ini cara membantu orang Melayu yang diwarwarkan oleh Ismail Sabri dahulu?

Adakah jika tidak dinaikkan sewa, Mara terpaksa tutup Mara Digital Mall sepertimana dilakukan kerajaan terhadap Kedai Rakyat 1Malaysia?

Kita amat hairan, apa yang berjaya di era Najib Razak ini.

Mara Digital Mall bermasalah. 1MDB lingkup. Kedai Rakyat 1Malaysia bungkus.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/26/peniaga-mara-digital-mall-keluh-jualan-turun-60-sewa-akan-naik-5/

Image result for digital mall ismail sabri

Dan di mana Ismail Sabri?

Sebelum ini bukan main buat kenyataan hendak membantu peniaga Melayu dan kalau boleh mahu bankrapkan Low Yat.

Sekarang peniaga Melayu di Mara Digital merungut. Bantulah.

Dalam keadaan perniagaan mereka merosot, sewa dinaikkan?

Bukankah Mara kaya raya? Sehingga mampu menaja pasukan bolasepak.

http://www.milosuam.net/2017/01/tmj-dedah-dokumen-bukti-annuar-musa.html

Janganlah biarkan, Mara Digital Mall dilabelkan sebagai SATU LAGI KEGAGALAN NAJIB.

Kesian lah pada bos you, Dato' Mail.

Tuesday, June 20, 2017

AGENSI PERJUANG MELAYU ROSAK. ADAKAH NAJIB SERIUS TADBIR NEGARA?

Image result for isu+fgv+doj+najib

LETAK Jawatan di FGV, diberi jawatan di SPAD.

Apakah Najib Razak serius mentadbir negara?

Sudah berapa banyak entiti yang menjadi landasan memperjuangkan kepentingan Melayu ROSAK kerana keputusan-keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri?

1. FGV - Isa Samad.

2. Tabung Haji - Azeez Rahim.

3. MARA - Annuar Musa (sedang disiasat oleh SPRM)

4. FELCRA - Bung Mokhtar (disiasat SPRM berkaitan pembelian saham amanah dan bekas Pengerusi Tajuddin Abdul Rahman disiasat berkaitan pemberian bonus melibatkan beliau, Timbalan Menteri Ismail Abdul Mutalib dan Halimah Siddique).

5. YPEIM - agensi membantu anak-anak yatim

Jangan kata agensi besar-besar. Agensi yang memberi pinjaman kecil-kecilan pun rosak dek rasuah.

Kenapa ini terjadi?

Kerana Najib tidak serius mentadbir negara?

Atau sibuk menguruskan isu yang melibatkan diri dan keluarga beliau...

Wednesday, April 12, 2017

SEMUGA ANNUAR MUSA KEMBALI SIHAT

Image may contain: 1 person, text

ALHAMDULLILAH. Ketua Penerangan Umno Annuar Musa semakin sihat.

Sebenarnya, ketika kita diuji oleh Allah swt, itulah kesempatan dan peluang untuk kita menilai semula salah silap kita. Ada orang mengunakan istilah Kifarah dalam menilai diri mereka ketika diuji.

Kita doakan Annuar Musa kembali sihat seperti sediakala.

Tetapi ini sebenarnya peluang terbaik Annuar Musa menyelamatkan maruah.

Annuar masih digantung sebagai Pengerusi Mara berikutan dakwaan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar yang memuat naik statusnya berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang "dipaksa" untuk menaja skuad Liga Super Kelantan.
Ini skrip politik terbaik untuk Annuar - iaitu mengumumkan melepaskan jawatan Pengerusi Mara atas sebab-sebab KESIHATAN.

Atau itu memang sudah menjadi sebahagian dari skrip Annuar?


Wednesday, February 15, 2017

PENGORBANAN SEORANG KETUA WANITA UMNO. WANG BULANAN PEMBERIAN ANAKNYA PUN DIBELANJAKAN UNTUK UMNO

Image result for wanita umno kempen rumah ke rumah

MALAM tadi, seorang anak kepada Ketua Wanita Cawangan ajak minum, katanya hendak mencurah isi hati mengenai ibunya.

Katanya, ada masanya ibunya keluar pagi, maghrib baru sampai rumah - berkerja untuk parti - Umno.

Macam-macam kerja disuruh Umno untuk ibunya lakukan. Kena buat mesyuarat pengurusan cawangan, kena jaga 40 pengundi dalam kawasan untuk pastikan mereka mengundi Umno, kena pastikan gerak kerja Umno berjalan lancar.

Macam-macamlah dilakukan oleh ibunya untuk pastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri dan Umno dan BN terus berkuasa.

Risau si anak melihat ibunya. Tak pernah ibunya berduit, katanya.

Sampaikan duit bulanan yang anak berikan pada ibunya pun dibelanjakan oleh si ibu untuk parti menerusi program Jalinan Rakyat.

Kalau belanja duit parti, katanya, tak kisahlah. Ini duit yang dia berikan anak-anak pun digunakan untuk Umno.

Bila ditanya, kata ibunya, parti dah tak ada duit. Program Membara Umno yang selama ini bagi sedikit sebanyak peruntukan kepada Ketua Wanita, Pemuda, Puteri untuk program parti, duit pun dah tak nampak.

Ibunya ada juga sedikit kecil hati, kata si anak, bila dilihat Ketua Wanita Bahagian, Exco Wanita kehidupan mereka berbeza - hidup selesa.

Ibunya ada dengar khabar angin, kononnya, Ketua-Ketua Wanita Negeri, Exco Wanita selalu dipanggil oleh Ketua Wanita Shahrizat Jalil bertemu di Janda Baik.

Ibunya ada juga mendengar setiap kali bertemu dengan Kak Jat di Janda Baik, mereka ini balik tersenyum lebar - ada masa dapat RM5,000 seorang, ada masa dapat rantai seutas. Ada yang terpilih untuk menyertai rombongan Umrah ke Mekah.

Entahlah, katanya, betul atau tidak.

Tapi Ketua Wanita Bahagian tidak pula bercerita ada menerima wang dari Shahrizat untuk cawangan.

Yang dibawah ini, termasuk ibunya, disuruh ke hulu ke hilir kempen untuk pastikan Umno terus berkuasa.

Bukan senang hendak berkempen sekarang ini, kata si anak.

Macam-macam orang tanya. Siapa curi duit Felda? Siapa curi duit Mara? Betul ke Zizie Izzette, bini Bung Mokhtar Radin, dapat banyak komisen hasil Felcra beli saham amanah? Annuar Musa pakai Porsche ke? Betul ke bini baru Nazri Aziz tinggal di luar negara? Betul ke Najib ada RM2.6 bilion? Betul ke Ketua Bahagian itu ada jet peribadi? Berapa banyak beg Birkin Rosmah Mansor ada?

Letih ibunya hendak menjawab.

Susah-susah, ibunya kata, semua ini kita salahkan DAP saja. Kita cakap duit Felda hilang dicuri DAP. Duit Mara lesap disapu DAP. Cerita komisen itu tak betul, DAP yang dapat komisen. Orang DAP pun pakai Porsche juga macam Annuar Musa, Ketua Penerangan kita.

Habis cerita.

Itulah nasib ibunya, kata si anak. Maklumlah ibu saya jawatan ciput, Ketua cawangan saja, manalah nak jemput ke Janda Baik atau dibawa ke Mekah.

Tetapi kalau duit bulanan yang dia beri pada ibunya dibelanjakan untuk parti, ini dah melampau, katanya.

Tapi bila ditegur ibunya, ibunya menjadi sedih.

Kata si ibu, inilah parti keramat. Kita tak mahu Melayu mengemis di tanah sendiri. Kita tak mahu DAP jadi Pengerusi Mara. Kita takut tanah kita dikuasai bangsa lain.

Kata si ibu, inilah pergorbanannya pada parti keramat ini.

Kata si anak, saya pula yang menangis. Menangis mengenangkan duit yang saya berikan itu lesap begitu saja.

Saya dah berkali berpesan pada ibu saja. Kalau parti pun tak peduli, peruntukan pun sudah tidak ada, baik ibu duduk rumah. Ibu bukan kaya. Tak ada RM2.6 bilion. Tak dapat komisen Felcra. Tak ada Porsche seperti Annuar Musa. 

Suatu hari nanti, saya akan buat keputusan - Sudah-sudahlah Ibu. 

Jelapang terpegun.

Wednesday, January 18, 2017

ISMAIL SABRI PERLU ARAH ANNUAR MUSA LETAK JAWATAN

Image result for ismail sabri

APA jadi kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri?

Ketua Setiausaha Kementerian beliau ditangkap atas tuduhan rasuah.

Pengerusi Mara Annuar Musa didakwa salah guna kuasa oleh Raja. Mara dibawah pentadbiran Ismail Sabri.

Felcra yang dipengerusikan oleh Bung Mukhtar Radin disiasat SPRM.

Apakah Ismail Sabri tidak mahu mengikuti jejak Shahrir Samad yang kini menerajui Felda pada usia hampir 70 tahun?

Tidak kah Ismail Sabri mahu mengarahkan Annuar Musa bercuti atau diarah letak jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Shahrir di Felda?

Atau Ismail Sabri mahu Kementerian beliau terus dikenali sebagai Kementerian yang disaluti gejala rasuah?



Thursday, January 12, 2017

ANNUAR MUSA DITUDUH GUNA UNIKL TAJA KELANTAN

SEBUT saja nama Annuar Musa, terkenang  program PPRT semasa beliau menjadi Menteri dulu.

SEBUT saja nama Annuar Musa, terbayang wajah seorang KSU yang hampir terperosok ke dalam penjara kerana isu PPRT itu.

Kali ini, sebut saja nama Annuar teringat wajah Tengku Mahkota Johor - terbentang gambar kereta Porsche dan UniKL.

Hebat Annuar Musa.

Kata pandai berhujah tetapi apabila dakwaan dibuat oleh TMJ, Annuar hanya menjawab "hujah bodoh".

Bukan itu jawapan yang kita mahu dengar dari orang seperti Annuar.

Kita hendak tahu benar atau tidak dakwaan TMJ. Benar atau tidak UniKL, milik penuh Mara, diarah taja pasukan Kelantan?

Benar atau tidak Annuar ada Porsche?

Annuar bercita-cita besar mahu bertanding Naib Presiden, juga bercita-cita mahu terus menjadi Ahli Parlimen.

Tidak mungkin Annuar mahu bertanding Parlimen dan Pemilihan Umno dengan imej Porsche dan guna wang universiti?

Tajaan UniKL, kita yakin, hanya untuk kepentingan peribadi Annuar, untuk menonjolkan diri beliau menggunakan platform Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa).

Malulah kepada pegawai dan staf Mara. 

Bukan main lagi menasihatkan staf Mara jangan rasuah. Tiba-tiba TMJ dedah segala perlakuan beliau di Mara.

Kalau kita jadi Annuar, kita jemput SPRM siasat diri kita bagi membersihkan diri daripada tuduhan TMJ.

Tapi jangan kita harap ini berlaku. Episod PPRT dahulu menjadi bukti.


DAKWAAN TERKINI TMJ:




TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan mengganggu saya.

Baiklah, untuk Tan Sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor