Showing posts with label wanita umno. Show all posts
Showing posts with label wanita umno. Show all posts

Thursday, July 5, 2018

MENJERIT KEJAYAAN PERTAMA NORAINI AHMAD SEBAGAI KETUA WANITA UMNO



Tahniah Noraini Ahmad, Ketua Wanita Umno yang baru.

Menjerit adalah kejayaan pertama beliau selepas menggantikan Shahrizat Jalil.

Terserlah kelas pemikiran Ketua Wanita Umno yang baru.

Wednesday, February 15, 2017

PENGORBANAN SEORANG KETUA WANITA UMNO. WANG BULANAN PEMBERIAN ANAKNYA PUN DIBELANJAKAN UNTUK UMNO

Image result for wanita umno kempen rumah ke rumah

MALAM tadi, seorang anak kepada Ketua Wanita Cawangan ajak minum, katanya hendak mencurah isi hati mengenai ibunya.

Katanya, ada masanya ibunya keluar pagi, maghrib baru sampai rumah - berkerja untuk parti - Umno.

Macam-macam kerja disuruh Umno untuk ibunya lakukan. Kena buat mesyuarat pengurusan cawangan, kena jaga 40 pengundi dalam kawasan untuk pastikan mereka mengundi Umno, kena pastikan gerak kerja Umno berjalan lancar.

Macam-macamlah dilakukan oleh ibunya untuk pastikan Najib terus menjadi Perdana Menteri dan Umno dan BN terus berkuasa.

Risau si anak melihat ibunya. Tak pernah ibunya berduit, katanya.

Sampaikan duit bulanan yang anak berikan pada ibunya pun dibelanjakan oleh si ibu untuk parti menerusi program Jalinan Rakyat.

Kalau belanja duit parti, katanya, tak kisahlah. Ini duit yang dia berikan anak-anak pun digunakan untuk Umno.

Bila ditanya, kata ibunya, parti dah tak ada duit. Program Membara Umno yang selama ini bagi sedikit sebanyak peruntukan kepada Ketua Wanita, Pemuda, Puteri untuk program parti, duit pun dah tak nampak.

Ibunya ada juga sedikit kecil hati, kata si anak, bila dilihat Ketua Wanita Bahagian, Exco Wanita kehidupan mereka berbeza - hidup selesa.

Ibunya ada dengar khabar angin, kononnya, Ketua-Ketua Wanita Negeri, Exco Wanita selalu dipanggil oleh Ketua Wanita Shahrizat Jalil bertemu di Janda Baik.

Ibunya ada juga mendengar setiap kali bertemu dengan Kak Jat di Janda Baik, mereka ini balik tersenyum lebar - ada masa dapat RM5,000 seorang, ada masa dapat rantai seutas. Ada yang terpilih untuk menyertai rombongan Umrah ke Mekah.

Entahlah, katanya, betul atau tidak.

Tapi Ketua Wanita Bahagian tidak pula bercerita ada menerima wang dari Shahrizat untuk cawangan.

Yang dibawah ini, termasuk ibunya, disuruh ke hulu ke hilir kempen untuk pastikan Umno terus berkuasa.

Bukan senang hendak berkempen sekarang ini, kata si anak.

Macam-macam orang tanya. Siapa curi duit Felda? Siapa curi duit Mara? Betul ke Zizie Izzette, bini Bung Mokhtar Radin, dapat banyak komisen hasil Felcra beli saham amanah? Annuar Musa pakai Porsche ke? Betul ke bini baru Nazri Aziz tinggal di luar negara? Betul ke Najib ada RM2.6 bilion? Betul ke Ketua Bahagian itu ada jet peribadi? Berapa banyak beg Birkin Rosmah Mansor ada?

Letih ibunya hendak menjawab.

Susah-susah, ibunya kata, semua ini kita salahkan DAP saja. Kita cakap duit Felda hilang dicuri DAP. Duit Mara lesap disapu DAP. Cerita komisen itu tak betul, DAP yang dapat komisen. Orang DAP pun pakai Porsche juga macam Annuar Musa, Ketua Penerangan kita.

Habis cerita.

Itulah nasib ibunya, kata si anak. Maklumlah ibu saya jawatan ciput, Ketua cawangan saja, manalah nak jemput ke Janda Baik atau dibawa ke Mekah.

Tetapi kalau duit bulanan yang dia beri pada ibunya dibelanjakan untuk parti, ini dah melampau, katanya.

Tapi bila ditegur ibunya, ibunya menjadi sedih.

Kata si ibu, inilah parti keramat. Kita tak mahu Melayu mengemis di tanah sendiri. Kita tak mahu DAP jadi Pengerusi Mara. Kita takut tanah kita dikuasai bangsa lain.

Kata si ibu, inilah pergorbanannya pada parti keramat ini.

Kata si anak, saya pula yang menangis. Menangis mengenangkan duit yang saya berikan itu lesap begitu saja.

Saya dah berkali berpesan pada ibu saja. Kalau parti pun tak peduli, peruntukan pun sudah tidak ada, baik ibu duduk rumah. Ibu bukan kaya. Tak ada RM2.6 bilion. Tak dapat komisen Felcra. Tak ada Porsche seperti Annuar Musa. 

Suatu hari nanti, saya akan buat keputusan - Sudah-sudahlah Ibu. 

Jelapang terpegun.

Monday, November 10, 2014

SHAHRIZAT TIDAK PERCAYA PADA NAJIB LAGI?

SEMALAM Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil seolah-olah "MENGUGUT" Presiden Umno Najib Razak agar menangguhkan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

"Dengar kebimbangan dan suara hati rakyat." Kata Shahrizat.

"Suara hati rakyat perlu diutamakan berbanding BEBERAPA PERSONALITI yang membawa agenda politik semata-mata." 

"Akta Keharmonian Nasional tidak mencukupi untuk mengekang ancaman yang dapat menggangu gugat keselamatan rakyat di negara ini."

"Wanita Umno Malaysia akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk MEMBANTAH PEMANSUHAN TERSEBUT."

"Kami akan MEMBUAT PUNGUTAN SUARA dalam satu MEMORANDUM SEJUTA TANDATANGAN untuk diserahkan kepada Najib."
http://www.utusan.com.my/berita/politik/dengarlah-suara-hati-rakyat-1.22950

Jelapang

Apa yang berlaku di dalam Umno sekarang ini sehinggakan Shahrizat tiba-tiba mengugut Najib?

Apakah Umno sudah HILANG KEPERCAYAAN (NO-CONFIDENCE) kepada Najib sebagai Presiden Umno?

Sebelum ini kita terdengar Ahli Parlimen Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno mendesak Najib membatalkan hasrat menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Kini, Wanita Umno pula secara terang-terangan seolah-olah memberi amaran kepada Najib.

Adakah Shahrizat lupa bahawa PENGHAPUSAN AKTA HASUTAN 1948 ADALAH JANJI NAJIB KEPADA RAKYAT MALAYSIA?

Ianya satu JANJI. Dan JANJI INI DIBUAT OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PRESIDEN UMNO DISAKSIKAN OLEH PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PEGUAM NEGARA PADA JULAI 2012 di mana ucapan beliau bertajuk "PROGRAM TRANSFORMASI POLITIK: JANJI DITEPATI?

Kita ulangi. Ia adalah JANJI NAJIB!.

Apa kata Najib pada masa itu? Kata beliau:

Kerajaan telah membuat keputusan agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana kita mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. With this new act we would be better equipped to manage our national fault lines. It will also help to strengthen national cohesion by protecting national unity and nurturing religious harmony.
Tanpa keseimbangan yang ideal kita berkemungkinan merencatkan hak bersuara yang dijamin perlembagaan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif ataupun membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremis. Keseimbangan ini perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada lebuh raya maklumat yang mampu menyebabkan “information overflow”, taraf pendidikan dan sosioekonomi yang semakin tinggi serta tahap ekspektasi yang semakin meningkat.  Peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Peruntukkan-peruntukkan Akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersikap bahawa jika ada mana-mana kaum mahupun agama disakiti maka seolah-olah semua kaum dan semua agama rakyat Malaysia sama-sama disakit bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa.  
 http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/akta-hasutan-akan-dimansuhkan-kata-najib.html

PENDIRIAN Wanita Umno dan Shahrizat semalam amat bertentangan dengan program transformasi politik Najib.

PERSOALANNYA, adakah Umno sudah TIDAK YAKIN lagi dengan Najib?

Apakah Najib kini berhadapan dengan UNDI TIDAK PERCAYA DARI UMNO?

Thursday, July 23, 2009

RAFIDAH KEPADA SHAHRIZAT: SAYA MASIH AKTIF POLITIK

" Tidak perlu jemput. Saya masih aktif dalam politik."
Itulah kata-kata bekas Ketua Wanita Umno Rafidah Aziz yang ditumpaskan oleh Timbalan beliau sendiri, Shahrizat Jalil, awal tahun ini.
Shahrizat, agaknya, bercadang untuk menarik tirai penutup buat karier politik Rafidah.
Maka dijemput Rafidah ke majlis Jasa Mu DiKenang untuk meraikan Rafidah.
Dan Rafidah mengutus sepucuk surat kepada Wanita Umno yang kemudiannya dibaca oleh Setiausaha Kerja Umno Rosni Zahari di mesyuarat Exco Wanita.
Antara kandungan dan mesej Rafidah kepada Shahrizat ialah:
"Saya belum meninggalkan Umno dan saya masih ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar."
Khabarnya Shahrizat mahu teruskan majlis tersebut dan menghantar hadiah ke rumah Rafidah, tetapi ahli Exco dikatakan tidak bersetuju.

Saturday, December 27, 2008

SHAHRIZAT SENADA!

‘‘Kita tidak mahu ahli-ahli UMNO pergi ke Kuala Terengganu sibuk berkempen untuk menang jawatan parti Mac depan, bukannya berkempen bagi bantu kemenangan calon BN.” - Abdullah Ahmad Badawi.

Amaran keras dari Presiden Umno. Itulah laporan Utusan Malaysia pada Hari Natal yang lepas.

Pak Lah "memberi amaran keras kepada semua calon yang bertanding pada pemilihan parti Mac ini supaya tidak sesekali menjadikan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan sebagai medan untuk berkempen jawatan parti."

Apakah nasihat Pak Lah didengari oleh ahli-ahli parti. Dah bermacam-macam nasihat dikeluarkan oleh Presiden parti, tiada siapa peduli.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Tiap-tiap hotel di Kuala Terengganu telahpun ditempah oleh calon-calon jawatan tertinggi parti dan MKT. Tujuannya - berkempen. Bukan berkempen untuk BN untuk kerusi Kuala Terengganu, tetapi untuk diri sendiri, untuk pastikan mereka dipilih Mac nanti.

Tiada siapa peduli samada Umno menang atau kalah di Kuala Terengganu. Yang penting Mac nanti, mereka dipilih oleh perwakilan ke MKT.

Juru-juru kempen yang telah menerima habuan mereka hanya perlu "check-in" di hotel-hotel yang telah ditempah oleh penaja-penaja masing-masing. Tanggungjawab mereka? Mudah saja.

Kumpulkan perwakilan dan uruskan makan besar yang akan dihadiri oleh calon-calon ini.

Ada yang lebih canggih dari itu. Di kalangan penyokong Rafidah Aziz, ramai yang bersunggut dan iri hati dengan kecangihan lawan Rafidah, Shahrizat Jalil.

Apa tidaknya. Shahrizat menggunakan badan NGO, Senada (Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam), yang ditubuhkan Jun lalu sebagai kuda tunggangan untuk berkempen. http://web7.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=358939

Senada bukan main aktif lagi sejak penubuhannya. http://www.malaysiakini.com/news/94319.
Shahrizat mengepalai Senada mengadakan pertemuan dengan Dewan Muslimat Pas Nov lepas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Siang malam Shahrizat mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli Senada yang terdiri dari Ketua-ketua bahagian Wanita Umno dan AJK bahagian Wanita.

Dua minggu lepas orang Rafidah terkejut bila diberitahu Shahrizat berjaya menyakinkan seorang ahli kerabat DiRaja untuk menghadiri satu majlis di Dewan Felda. Namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan.

Minggu lepas, Senada buat seminar dua hari di Kuala Terengganu. Maka ramailah ahli-ahli dan perwakilan Wanita dapat bercuti di Kuala Terengganu. Bulan depan Shahrizat akan menjemput Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan Senada.

Jelas sekali, Shahrizat lebih canggih dari Rafidah dan tiada siapa yang peduli nasihat Pak Lah.

Wednesday, December 10, 2008

DEMI POLITIK, SANGGUP LETAK LIMAU PURUT DI TEMPAT “SULIT”!


TIADA YANG MUSTAHIL DALAM POLITIK.

Hayat Allahyarham Mazlan Idris, Adun Batu Talam, berakhir dengan detik cukup memilukan. Harapan untuk melihat masa depan yang gemilang sebagai ahli politik berakhir dengan pembunuhan ditangan penyanyi pop dan bomoh Mona Fandey.

Allahyarham dikerat 18 dalam satu upacara di rumah Mona di Pahang pada tahun 1993.
http://en.wikipedia.org/wiki/Mona_Fandey

Sebelum insiden memilukan ini, kita disajikan dengan pembunuhan Yang diPertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Dato’ Mohd Taha Talib yang ditembak mati di Kampung Seri Asahan Gemencheh, Negeri Sembilan. Kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi pada 14 April 1982. Dato’ Mokhtar Hashim, (http://www.kbs.gov.my/index2.php?f=&infokor=menteriold) ketika itu Menteri Belia dan Sukan, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi. http://ms.wikipedia.org/wiki/Mokhtar_Hashim

Beliau bagaimanapun diberi pengampunan dan menjalani hukuman penjara seumur hidup. http://ms.wikipedia.org/wiki/Gemencheh
http://www.freeanwar.net/July2003/facnews081203.htm

Selepas satu pilihanraya dalam tahun 1990an, tersebar khabar angin bagaimana seorang ahli politik mengunakan pelbagai cara untuk menjejaki musuh politik beliau untuk memastikan beliau tidak terlepas jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Khabarnya, orang di sekeliling beliau telah “memancing” orang gaji musuh beliau untuk digantikan dengan “orang gaji” ahli politik ini semata-mata untuk menjadi “mata dan telinga” beliau di rumah musuh beliau.

Beliau berjaya. Maka “orang gaji” inilah menjadi pemberi maklumat apa musuhnya makan setiap hari dan siapa yang datang menemui beliau dan apa yang diperkatakan di kalangan mereka. Malahan dikatakan juga seorang “bomoh” dibawa menemui musuh beliau untuk menilik masa depan politik musuhnya.

Selepas “tilikan”, maka musuhnya diberitahu “bomoh” ini bahawa hayat politiknya akan berakhir dan sebaik-baiknya beliau meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada si “ahli politik” ini.

TIADA YANG MUSTAHIL DALAM POLITIK.
Hari ini kedengaran juga cerita pelik dan mustahil tapi benar. Ini cerita mengenai kalangan Wanita yang “berusaha” untuk memenangi salah satu jawatan tertinggi Wanita Bahagian dalam pemilihan Umno bahagian baru-baru ini.

Apa yang dilakukannya?
MANDERAM (jampi)!

Kononnya seorang calon Wanita telah menziarahi seorang bomoh di Sabah untuk memastikan beliau menang dalam pemilihan tersebut.

Beliau menang. Maka yakinlah calon Wanita ini bahawa Manderam yang dilakukan bomoh ini telah berjaya.

Apakah petua bomoh ini? Rahsianya ialah limau purut yang dijampi. Calon Wanita ini diminta bomoh ini untuk “meletakkan” limau purut di tempat “sulitnya” selama tempoh berkempen.

Maka si calon ini pun setiap hari memasukkan kulit limau purut kedalam colinya setiap hari dan setiap kali bertemu perwakilan bahagian.

Kehadiran limau purut di tempat sulit ini, kata bomoh tersebut, adalah pemanis. Pemanis untuk menawan hati perwakilan. Maka menanglah calon Wanita ini.

Pemilihan bahagian sudah berakhir. Jangan tanya saya samada calon Wanita ini masih lagi memakai limau purut di tempat sulitnya. Mungkin tidak, kerana calon ini tidak akan menyertai pertandingan Wanita kebangsaan Mac nanti.

Itulah politik. TIADA YANG MUSTAHIL DALAM POLITIK.

Wallahualambisawab.

Wednesday, December 3, 2008

KISAH LUTUT RAFIDAH, RATU KEBAYA & BIKINI

"That is utter rubbish. My knees are probably better than yours. I have gone for a transplant. Can you imagine this question? I am playing golf for God's sake next week with my husband. What is the problem?" – Rafidah Aziz (New Straits Times – 3/12/08)

“Ini betul-betul karut. Lutut saya mungkin lebih kuat dari lutut kamu. Saya telah menjalankan pembedahan (keatas lutut saya). Saya tidak boleh bayangkan bagaimana kamu boleh menanyakan soalan ini? Saya akan bermain golf, untuk pengetahuan saudara, minggu depan dengan suami saya. Apa masalahnya?”

Itulah lebih kurang terjemahan dari kenyataan Rafidah apabila ditanya mengenai khabar angin beliau akan menarik diri dari mempertahankan jawatan beliau Mac nanti.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2418576/Article/index_html

Rafidah pernah menjalani pembedahan lutut pada 2006. Sebenarnya apa yang nak dihairankan dengan khabar angin Rafidah sakit lutut.

Perkara seumpama ini adalah kebiasaan semasa kempen pemilihan Umno.

Musim pencalonan sudah berlalu, kini tiba musim “character assassination” pula. Sakit lutut pun boleh jadi isu.

Dalam Umno, demam pun kalau boleh jangan diketahui orang terutamanya musuh.

Tanyalah Syed Razak Barakbah. Bila beliau kena angin ahmar semasa memegang jawatan Menteri Besar, pelbagai fitnah disebarkan oleh musuhnya. Puluhan gambar beliau diambil dari segenap sudut untuk menyakinkan kepimpinan kononnya Syed Razak sudah tidak mampu untuk menjalankan tugas dan perlu digantikan.


Kempen memburukkan Syed Razak akhirnya berjaya sehinggalah beliau digantikan oleh Mahdzir Khalid sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, tiada yang pelik dalam isu Rafidah sakit lutut. Tidak lama lagi akan keluarlah cerita-cerita sensasi mengenai calon-calon lain.

Sudah kedengaran cerita mengenai gaya hidup berfoya-foya seorang calon Wanita semasa remaja dahulu. Begitu juga dengan hikayat ratu kebaya dan ratu bikini.

BABY P & PUBLISITI MURAHAN PEMIMPIN UMNO

SIAPA BABY P? Baby P dilahirkan pada 1 March 2006. Dalam bulan November, teman lelaki ibu Baby P membuat keputusan untuk tinggal bersama dengan ibunya.

Tak lama selepas itu, seorang pegawai perubatan mengesan tanda-tanda lebam di muka dan dada Baby P. Ibu Baby P ditahan dan Baby P diletakkan di bawah jagaan kawan keluarganya.

Bagaimanapun Baby P dipulangkan ke pangkuan ibunya pada Januari 2007. Beberapa bulan selepas itu, Baby P dimasukkan ke hospital dua kali kerana kecederaan termasuk kesan lebam, bengkak dan cakaran pada bahagian kepala. Ibu Baby P ditahan pada Mei 2007.


Pada Jun 2007, seorang pekerja sosial mendapati tanda-tanda kecederaan pada Baby P dan memaklumkannya kepada polis.


Pemeriksaan perubatan mendapati kesan kecederaan tersebut berpunca dari penderaan. Pada 4 Jun, bayi tersebut diletakkan di bawah penjagaan seorang rakan.

Pada 1 Ogos 2007, Baby P dibawa ke Hospital St Ann di London. Pemeriksaan post-mortem mendapati Baby P patah tulang rusuk dan belakang.

Pada 2 Ogos ibu Baby P diberitahu bahawa beliau tidak akan didakwa. Bagaimanapun, Baby P ditemui mati dalam buainya.

Pada 11 Nov 2008 Jason Owen, 36, dan teman lelakinya di dapati bersalah menyebabkan kematian Baby P. Januari tahun hadapan Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atas yang tertuduh. http://en.wikipedia.org/wiki/Death_of_Baby_P

Berikutan insiden Baby P ini, beberapa tindakan telah di ambil di Britain. Antaranya:

Ketua Majlis Haringey George Meehan dan anggota cabinet perkhidmatan kanak-kanak Liz Santry meletakkan jawatan.


Ketua Bahagian Perkhidmatan Kanak-kanak Sharon Shoesmith dilucutkan jawatan.
Timbalan Sharon, Cecilia Hitchen dan ketua bahagian keselamatan kanak-kanak Clive Preece digantung tanpa gaji.


Dua pekerja sosial dan seorang pegurus kanan diberitahu keperluan mereka di majlis tersebut akan dikaji semula. http://www.dailymail.co.uk/news/article-1090702/Baby-P-clumsy-high-pain-threshold-Haringey-Councils-astonishing-description-abused-toddler.html

Parlimen Britain mengambil berat isu tersebut dan membincangkan isu Baby P. http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/baby-p/3542889/David-Cameron-says-Baby-P-workers-must-be-sacked-not-suspended.html

Itu di Britain, tuan-tuan dan puan-puan. Di Malaysia lain ceritanya. Beratus kanak-kanak didera. Wanita didera. Orang gaji didera. Disebalik insiden yang menyayatkan hati ini, tergamak sesetengah ahli politik mengeksploitasikan insiden seumpama ini untuk publisiti murahan demi undi.

Nurin Jazlin Jazimin dibunuh dengan kejamnya. http://nurinjazlin.blogspot.com/2008/01/its-back-to-square-one.html
Sharlinie Mohd. Nashar, 5, hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya, dan sehingga ke hari ini belum dijumpai. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/sharlinie/index.htm

Di Malaysia, berbagai janji dibuat. Di antaranya oleh Shahrizat Jalil yang berjanji insiden seumpama ini tidak akan berlaku lagi. http://rockybru.com.my/2007/09/after-nurin-politician-promises.html
http://kedahku.blogspot.com/2008/11/shahrizat-mana-janjimu.html

Lebih menyedihkan mereka yang seharusnya bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah rakyat dibiarkan dengan mudah mengambil remeh tanggungjawab tersebut.

Malah lebih memalukan apabila mereka-mereka ini kini mengejar jawatan lebih tinggi dalam politik dengan harapan untuk dilantik Menteri apabila menang nanti.

Kepada Najib Razak. Tak perlulah tanya apa harapan rakyat dari kepimpinan beliau. Ahli-ahli Parlimen kita asyik sibuk dengan perkara remeh-temeh di Parlimen.

Jika hendakkan publisiti, mudah saja. Gunalah perkataan lucah dan kesat untuk mendapat publisiti murahan. Kecam saja ahli pembangkang dan panggil mereka “biul”, maka dapatlah publisiti.

Malahan ahli-ahli Umno pun sayang akan ahli-ahli Parlimen bersifat kurang sopan dan kurang ajar ini. Apa tidaknya, semasa pemilihan bahagian baru-baru, 120 bahagian mencalonkan seorang Ahli Parlimen yang paling banyak menggunakan perkataan kesat dalam Parlimen untuk jawatan Majlis Tertinggi. Tahniah kepada ahli-ahli Umno. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/umno2008/pemilihan.htm

Kepada Datuk Seri Najib. Janganlah bertanya kenapa rakyat benci pada Umno. Sudah Terang Lagi Bersuluh. http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=lagi

Sudah berapa banyak kanak-kanak Malaysia yang mengalami nasib seumpama Baby P. Di Britain ianya satu isu nasional yang boleh mengugat kerajaan. Di Malaysia ianya jadi bahan publisiti orang politik untuk mengejar jawatan.
Itulah bezanya antara ahli politik Malaysia dengan Britain, Datuk Seri.

Saturday, November 29, 2008

'PABILA WANITA BERCAKARAN! RAFIDAH RELAX, SHAHRIZAT MEMBISU!

TENGAHARI semalam kecoh di kalangan ahli-ahli Wanita Umno apabila Rafidah Aziz bertembung dengan pencabar beliau Shahrizat Jalil di ibukota.

Inilah pertembungan pertama antara kedua-dua pemimpin selepas masing-masing menyingsing lengan berpatah arang untuk menentang satu sama lain.

Sejak Shahrizat mengumumkan mencabar Rafidah selepas bersetuju dengan peralihan kuasa Jun tahun depan, ini pertama kali kedua-duanya bertemu muka.

Insiden ini berlaku di sebuah pusat rawatan perubatan swasta di Subang Jaya. Shahrizat datang dahulu dan lima minit kemudian diikuti Rafidah. Kedua-duanya menziarahi Ketua Wanita Bentong, Roslin Abdul Rahman, yang dimasukkan ke pusat rawatan tersebut.

Shahrizat dikatakan "kecut perut" apabila mendapati dirinya berada di dalam kamar Roslin bersama Rafidah. Rafidah dikatakan cukup "relax" sementara Shahrizat hanya berdiam diri.

Itulah suasana di dalam Pergerakan Wanita Umno hari ini. Dahulu kalau Wanita bergaduh, maka kedengaran pelbagai insiden tarik-menarik rambut dan cakar-mencakar. Hari ini Wanita sudah berubah.

Mereka tidak lagi bercakaran dan menarik rambut. Mereka bergaduh cara moden, gunakan teknologi.

Hari ini Wanita menyerang satu sama lain pakai SMS. Jelapang turut menerima beberapa SMS dari Wanita Umno. Disiarkan beberapa SMS terpilih untuk tatapan bersama.

* Biar aje mereka bertanding. Sape handal dialah menang. x(tidak) payah kena nak tegakkan benang yg (yang) basah. Yg (yang) kaya tetap kaya. Org (orang) bodoh aje nak berkempen sana sini. Buat apa buang masa krn (kerana) Rafidah atau Shahrizat. Dia orang tu (itu) dah kaya raya. Tunggu dan lihat aje Mac nanti. Biar perwakilan yg menentukan.

* Betulke? Seripah Noli tu cakap memang meletup2, Halimah org tak favour, Mazenah bab bisnes dia bolehlah. Mereka cakap guna akal? Mereka cakap psl (pasal) takut hilang tempat, rasa sy (saya) pejuang veteren macam Aishah Ghani..Napsiah (Omar) tu cakap x (tak) guna akallah ye!

* As'kum. Itulah tafsiran yg salah, sy x (tak) mharap apa2 sbb (sebab) salah sorg (seorang) dr (dari) anak pjuang (pejuang) tsebut x perlu sebut psl sejarah. Sy pernah jumpa org fanatik thadap ketuanya umpama awang hadi (Hadi Awang) & pengikutnya. malang sebab dt (Datuk) sbenarnya x faham thadap pdangan sy. Budak2 adamasa lebih bijak menilai . Org2 bijak spt dt x menilai inilah jdnya (jadinya), rakyat M'sia mn (mana) yg x semudah dperbodoh, kerana bodohlah kita tewas. Bodoh inilah yg sy nak pjelaskan. Jd (jadi) spt dt dr Mahathir perginya dratapi ksh (kasih) sayang rakyat M'sia kpd pjuangannya x bbelah (berbelah) bg (bagi). 'Sudah terang lagi bersuluh'. Tanda2 tlh (telah) diberi sampai masa dt Rafidah mgundur dr nak tegaskan bukan krn tim (timbalan) lawan ketua spt tdh2 (tuduhan2)/andaian2 tu kami xmahu dpaksa xada keikhlasan, dah terlalu lama. Wasalam.

* Skrg baru betul, bukan siapa handal tu x pakai lagi skrg yg iklas menang. Dt lupa org bijak macam dt dah kempen dah direct dlm tv tepok2 meja lagi, kami kempen lain & x blh cakap buang masa seorg pejuang x cakap mcm (macam) tu nampak lemah blm bjuang utk PR13 lg (lagi).

* Cakap macam tu kan senang x tahu lak siapa yg x konsisten. Make-up tebal mencerminkan kewibawaan, keterampilan menarik bawa kepercayaan itu sy ada pergi kursus belajar, Halimah make-up tebal nanti marah dia dt cakap macam tu. klu mereka frust x jd mcm rafidah baguslah, jgn tabik kita org islam. Sebut psl blog tu yg sedih sebab saya dah jd bloggers sebelum tewas dulu sama dgn kawan2.

* Semua org sayangkan jawatan masing2...bohong besar kalau org tak sayangkan jawatan mereka! Faktor umur tolak tepi...janji boleh buat keje. Setakat make-up tebal baju cantik x bwk (bawa) kemane...akal kena ada. Maaf ckp (cakap), Napsiah dgn Aishah Ghani tu mmg (memang) saya tak fancy pun...bukan zaman saya.. agaknya mereka frust sbb x dpt jadi mcm rafidah ... tegas dan konsisten. Semua orang tabik.

* Saya bukan dato. Saya hanya nyatakan apa yang saya rasa betul. Dlm perkara ni saya mmg sokong rafidah dan panglima2nya. Tak kiralah Seripah Noli ke halimah atau mazenah. Mereka ckp guna akal. Tak mcm org Shahrizat ckp tak konsisten mcm bos dia juga ...lembik!

* HAI NAPSIAH YOU PUN DAH MASUK CAMPUR? PERHAPS YOU FORGET I GOT 117 PENCALONAN?? TOLONGLA SIKIT NAPSIAH...TAK KAN YG BANYAK NAK SERAH PADA YG SIKIT? ITU LOGIK APA TU? DAH TUNGGANG TERBALIK... TAK ADA APA YG NAK "DISERAH" ... BUKAN HARTA PERIBADI... TUNGGU PERWAKILAN MENGUNDI DALAM BULAN MARCH! YOU LUPA KE ALLAH SWT PENENTU SEGALA2NYA!! xxxixxx

###Wanita bila bergaduh, timbullah hal make-up tebal, lembik, baju cantik dan sebagainya. Sama-samalah kita berhibur dengan hal Wanita ini.

Sunday, November 23, 2008

RAFIDAH vs SHAHRIZAT: PERANG KATA-KATA

TUTUR kata seorang ahli politik adakalanya penuh kiasan dan adakalanya penuh kilasan.

Tutur kata ini menjadi catatan sejarah seperti mana ketika Anwar Ibrahim membuat keputusan mencabar Allahyarham Tun Ghafar Baba dulu.

Begitu juga dengan tutur kata Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang pemerintahan Pak Lah sehinggakan ada yang menganggap tutur kata Tun menjadi duri dalam daging buat Pak Lah.

Mac nanti akan ada satu lagi lakaran sejarah. Rafidah Aziz akan ditentang buat kali kedua. Beliau pernah tewas kepada Siti Zaharah Sulaiman dulu.

Hari ini, Rafidah dan Shahrizat memberi pandangan masing-masing kepada Mingguan Malaysia kenapa mereka mengambil keputusan bertanding.

Antara tuturkata mereka:

RAFIDAH AZIZ: Ada kawan-kawan kata kenapa nak buat peralihan, teruskan saja. Saya kata saya insaf, saya ni 65 tahun, Shahrizat pun kata dia dah umur 55, dalam exco pun dia kata, sudah jadi naib ketua selama lapan tahun, bila begitu saya pun terasa juga. Saya dengar juga ada segelintir Wanita kata buat apa nak sokong kak Rafidah, dia bukan menteri lagi. Baru-baru ini seorang ketua Wanita bahagian menganggap saya Quran buruk, bila dah macam itu saya pun insaflah, demi parti saya akan buat kerja enam bulan dan setelah semuanya disusun dengan elok maka saya akan serahkan jawatan

SHAHRIZAT JALIL: Saya telah berazam walau apa pun yang terpaksa saya harungi, Rafidah adalah orang yang saya hormat. Beliau pangkat kakak dan ketua saya. Sebab itu jangan kita memfitnah, kita mesti menghormati.

Untuk artikel penuh interbiu Mingguan Malaysia dengan Rafidah dan Shahrizat, layari: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Friday, November 21, 2008

DARI SHAHRIZAT KEPADA RAFIDAH: DATO’ SERI, I LOVE YOU!


“My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”
(Janji saya adalah maruah saya. Dato’ Seri, I sayang pada you.)

Itulah kata-kata manis Shahrizat Jalil kepada ketuanya Rafidah Aziz semasa Exco Wanita bermesyuarat membincangkan peralihan kuasa dengan Rafidah menyerahkan Pergerakan Wanita kepada Shahrizat pada Jun tahun depan.

Kata-kata manis ini dilihat oleh penyokong Rafidah sebagai janji yang datang dari keikhlasan isi hati Shahrizat. Maka dengan itu, Exco Wanita dan Rafidah mengambil keputusan akan menyerahkan pucuk pimpinan Wanita kepada Shahrizat Jun 2009.

Semalam, Rafidah tersentak apabila janji itu sebenarnya hanya gula-gula untuk memastikan beliau leka dengan kata-kata manis Shahrizat.

Malam semalam, Rafidah mencurahkan isi hatinya disatu majlis kesyukuran yang diadakan oleh seorang Ketua Wanita Negeri.

Rafidah mengulangi kata-kata Shahrizat itu. “My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”

Menurut Rafidah, Shahrizat mula main wayang apabila bosnya, Abdullah Ahmad Badawi, membuat keputusan menyerahkan jawatan lebih awal.

Shahrizat memberi alasan kononnya penyokong beliau “violent” (kasar) dan mereka tidak percaya Rafidah akan serahkan jawatan kepada Shahrizat.

Shahrizat juga bimbang apabila Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau tidak akan dilantik Menteri kerana Shahrizat adalah calon yang kalah dalam pilihanraya Mac lepas. Sebaliknya, Rafidah akan dilantik semula kerana beliau menang di Kuala Kangsar.

“My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”

Akhirnya, Rafidah sedar janji manis itu adalah satu penipuan. Malangnya Rafidah, mungkin kerana terlalu leka, lupa akan sejarah Umno.

Sejarah 1993 yang diukir oleh ketua PKR, Anwar Ibrahim. Apa kata Anwar sebelum beliau mengumumkan bertanding menentang Allahyarham Tun Ghafar Baba?

Antara lain: “Ghafar adalah umpama bapa saya. Anak mana yang akan derhaka kepada bapanya sendiri.

Pada 23 Ogos 1993, Anwar mengumumkan bertanding menentang Allahyarham Tun Ghafar.
Lima hari selepas membuat pengumuman tersebut, Anwar membuat satu kenyataan di Georgetown, Pulau Pinang.
"Saya menghormati kepemimpinan dan jasa yang dicurahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Soal tidak menghormati orang tua atau tidakbukan persoalan utama kerana satu hari nanti kita juga akan tua."
Sepanjang tiga bulan berkempen, penyokong-penyokong Anwar ke sana ke sini menjatuhkan maruah Allahyarham Tun Ghafar dengan berbagai fitnah yang tidak sesuai kita ungkitkan semula. Tidak perlulah kita mengingati Anwar akan tutur bahasa yang digunakan oleh juru kempen Anwar untuk memalukan Allahyarham Tun Ghafar.
Tetapi tidak mungkin Anwar lupa apa yang dituturkannya dalam satu perjumpaan tertutup dengan penyokong beliau. “Kalau bapa kita tak cerdik, tak kan dia nak halang kita dari jadi pandai.
Kalau kita bapa, tak kan kita kata pada anak kita, hang jangan pandai dari aku.” Akhirnya, Allahyarham Tun Ghafar dimalukan.
Allahyarham Tun Ghafar hanya mendapat 7 pencalonan manakala Anwar mendapat 145 pencalonan.
Dengan rasa hiba, Allahyarham Tun Ghafar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 Oktober 1993. Pada 30 Oktober 1993, Allahyarham Tun Ghafar meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Umno.

Pada 3 Disember 1993, Anwar buat pertama kalinya duduk dimeja Timbalan Perdana Menteri,
selepas Allahyarham Tun Ghafar mengemaskan meja beliau.

Kepada Anwar, sejarah tetap sejarah. Kita tidak akan mudah lupa peristiwa ini. (Sebagai rekod Anwar menulis surat kepada Allahyarham Tun Ghafar selepas pemilihan 1993 memohon maaf sekiranya beliau terkasar semasa berkempen).

My word is my honour. Dato’ Seri, I love you!”

Apakah Rafidah di kedudukan yang sama dengan Allahyarham Tun Ghafar? Mungkin tidak. Rafidah tidak hilang penguasaan sepenuhnya keatas Pergerakan Wanita. Berbanding Allahyarham Tun Ghafar, Rafidah masih lagi menguasai beberapa Pergerakan Wanita Umno Negeri.

Cuma persoalannya, apakah Shahrizat akan dilihat sebagai “Anwar Ibrahim” di dalam pergerakan Wanita Umno?

Kita tunggu apa kata Rafidah hari ini.



Thursday, November 20, 2008

RAFIDAH: KITA JUMPA DI GELANGGANG, SHAHRIZAT!

"It is not a question of whether or not I am accepting the challenge....there is a challenge and I will have to defend my post. We will meet di gelanggang in March. " - Rafidah Aziz

Terjemahan: "Ianya bukan soal samada saya menyambut cabaran atau tidak...sudah ada cabaran dan saya akan mempertahankan jawatan saya. Kita jumpa di gelanggang Mac nanti."

Itulah yang disampaikan oleh Rafidah kepada blogger Nuraina Samad. Menurut Nuraina dalam blognya, 3540 Jalan Sudin, Rafidah terkejut apabila Shahrizat Jalil mungkir janji untuk tidak menentang bosnya. Lebih dari itu, Shahrizat bersetuju dengan peralihan kuasa. http://nursamad.blogspot.com/2008/11/rafidah-will-defend-her-post.html

Esok Rafidah akan mengumumkan secara rasmi keputusan beliau mempertahankan jawatan. Blogger Rocky's Bru turut menulis mengenai Rafidah ditentang Shahrizat. http://rockybru.com.my/2008/11/rafidah-vs-shahrizat-confirmed.html

Wednesday, November 19, 2008

BRAVO SHAHRIZAT!

Sehari dua lagi, Shahrizat Abdul Jalil akan mengumumkan akan bertanding menentang Ketua Wanita Rafidah Aziz.


Bravo, kita ucapkan kepada Shahrizat. Alangkah baiknya Abdullah Ahmad Badawi membenarkan pertandingan ini diadakan.


Biar ahli Wanita tentukan samada mereka mahukan Rafidah kekal atau dikalahkan. Tak perlulah Pak Lah campurtangan. Walaupun Presiden, Pak Lah tidak akan berlaku adil kepada Rafidah dengan campurtangan dalam soal pertandingan ini.


Khabarnya selepas pilihanraya Mac 8 yang lepas, Pak Lah masih tidak dapat memaafkan Rafidah mengenai kritikan Ketua Wanita Umno tersebut terhadap anak menantunya.


Kalau Pak Lah campurtangan dan meminta Rafidah mengundur diri, ia tidak adil juga kerana semalam 10 bahagian di Pulau Pinang, yang mana Pak Lah ketua perhubungannya, mahukan Rafidah menyerahkan kuasa kepada Shahrizat Mac nanti.


Jelas sekali keputusan 10 Ketua Wanita tersebut mengundang spekulasi ianya atas kehendak Pak Lah. Oleh itu, Pak Lah tak mungkin dapat berlaku adil dalam menangani pertandingan dalam Wanita. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm


Pada Rafidah, umum saja peralihan tidak dapat diadakan. Rafidah perlu mengundang Shahrizat untuk bertanding secara sihat menentang beliau.


Adalah menjadi hak Rafidah untuk mempertahankan jawatan dan bukan hak Shahrizat untuk mendesak Rafidah memberi kemenangan percuma kepada beliau.


Amatlah tidak menasabah bagi Rafidah mengundur diri kerana pencalonan yang diterima beliau untuk mempertahankan jawatan jauh lebih tinggi dari Shahrizat. Rafidah mendapat 116 pencalonan berbanding Shahrizat 73. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=specialcoverage/umno2008/pemilihan.htm


Ketua-ketua Wanita Pulau Pinang pun berharap Shahrizat diberi kemenangan percuma dan sebab itulah mereka mendesak Rafidah membuat peralihan kuasa Mac nanti.


Yang peliknya, Ketua-ketua Wanita ini tidak pula bercakap mengenai sumbangan Shahrizat kepada negara dan Umno dan membandingkannya dengan sumbangan Rafidah.


Bagaimanapun, bagi ahli-ahli Wanita yang tidak menyedari sumbangan Rafidah kepada negara dan Umno dan sumbangan Shahrizat, eloklah mereka membaca nukilan Jejak Pujangga.


Jejak Pujangga membandingkan sumbangan Rafidah dan Shahrizat selama ini. Layari Jejak Pujangga: http://jejakpujangga.blogspot.com/2008/11/layakkah-shahrizat-menjadi-ketua-wanita.html

Saturday, November 1, 2008

WANITA UMNO: DULU KEMERDEKAAN PERJUANGANNYA, KINI WANG PERJUANGANNYA!

ADA baiknya kita meneliti perjuangan Ketua-ketua Wanita Umno dahulu dan nilaikan kemana arahnya Wanita Umno hari ini. Mungkin ada di kalangan pemimpin Umno dan Wanita sudah lupa asal usul perjuangan Wanita Umno.

KETUA WANITA UMNO 1: PUAN SRI DATIN HAJAH PUTIH MARIAH IBRAHIM RASHID (1946-1950): Beliau seorang tokoh yang aktif dalam bidang kebajikan. Sejak awal lagi beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal Kaum Ibu iaitu sebelum Pergerakan Kaum Ibu UMNO di tubuhkan secara rasminya pada 1946. Bertitik tolak dari sini beliau telah berusaha menubuhkan bahagian-bahagian Wanita UMNO. Usahanya mendapat sokongan Dato’ Onn Jaafar, pengasas UMNO sendiri. Beberapa mesyuarat telah diadakan dan kemuncak perjumpaan itu telah diadakan di Butterworth, Pulau Pinang. Di sinilah Pergerakan Kaum Ibu UMNO (pada mulanya dipanggil Ahli-Ahli Perempuan UMNO) dan Puan Sri Datin Hajah Putih Mariah dilantik menjadi Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaya. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-pertama/

KETUA WANITA UMNO 2: ALLAHYARHAMAH TAN SRI HAJAH ZAINUN SULAIMAN (IBU ZAIN) - 1950-1953: Allahyarhamah Ibu Zain mula bergiat dalam bidang politik pada tahun 1945. Dalam usaha meningkatkan pembelaan nasib kaum wanita, beliau telah menubuhkan kumpulan Ibu Sepakat. Oleh kerana inilah apabila Allahyarham Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung di Batu Pahat , bantuan Allahyarhamah Ibu Zain diperlukan untuk mengumpulkan tenaga kaum ibu agar menyertai perjuangannya. Kedudukannya sebagai penyelia dan Ketua Ibu Sepakat pada masa itu, membolehkan beliau dapat mejalankan dan melaksanakan tugasnya dengan mudah dan sempurna. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-kedua/

KETUA WANITA UMNO 3: ALLAHYARHAMAH IBU KHATIJAH SIDEK (1954-1956): Allahyarhamah Khatijah Sidek pernah dikehendaki oleh polis atas tuduhan mengadakan perjumpaan sulit dengan komunis untuk menjatuhkan Inggeris. Pada bulan Oktober 1948, beliau ditangkap di Segamat, seterusnya dihantar ke Singapura dan ditahan di Pusat Polis selama lebih kurang tiga bulan sebelum dipindahkan ke penjara perempuan di Ontram Road. Beliau telah dibebaskan dari tahanan pada 30 Januari 1950 dan dibuang negeri ke Johor Bahru selama sepuluh tahun (1950-1960). http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-ketiga/

KETUA WANITA UMNO 4: TAN SRI HAJAH FATIMAH HAJI HASHIM (1956 - 1972): Tan Sri Hajah Fatimah memulakan karier politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun. Beliau sering berpindah mengikut suaminya Tan Sri Kadir Yusuf yang pada waktu itu bertugas sebagai Peguam Kerajaan. Meskipun begitu beliau sering memerhatikan perkembangan politik negeri Johor. Berbekalkan semangat untuk menentang penjajah dan mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu, beliau kemudiannya menjadi anggota Pergerakan Melayu Semenanjung. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-keempat/

KETUA WANITA UMNO 5: TAN SRI HAJAH AISHAH GHANI (1972-1984): Aishah Ghani pernah berkhidmat sebagai juruhebah radio. Beliau seringkali menyelitkan semangat perjuangan dalam hebahannya. Kesedaran politik mula tertanam dijiwanya sejak beliau belajar di Indonesia. Ketika di sana, beliau dapat melihat sendiri keadaan politik yang bergelora dengan semangat revolusi menentang penjajah. Justeru itu, sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu (PKM) ditubuhkan, beliau terus menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekaligus mengepalai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Beliau pernah menyertai perhimpunan yang membincangkan gerakan kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman. Perhimpunan yang diadakan, telah dihadiri oleh pelbagai pertubuhan termasuk PKM sendiri. Namun beliau tidak terus duduk dalam PKM kerana kerjayanya sebagai juruhebah radio. http://wanitaumno2u.com/sejarah/ketua-wanita-kelima/

WANITA UMNO HARI INI: 2008: PERJUANGAN: WANG.

Laporan The Star hari ini: Meanwhile, the Pokok Sena Wanita is the only division Wanita wing in Kedah that has yet to hold its delegates conference following complaints of money politics lodged by 18 branches.


(Sementara itu, Wanita Pokok Sena merupakan satu-satunya bahagian Wanita yang masih belum mengadakan mesyuarat perwakilan berikutan aduan berlakunya politik wang oleh 18 cawangan). Laporan The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/1/nation/20081101163023&sec=nation


Jelapang: Tepuk dada tanya selera kenapa rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional. Kalau dahulu, wanita dianggap golongan paling jujur dan bersih, hari ini tidak lagi. Negara agak bernasib baik kerana gejala ini HANYA menular di kalangan ahli-ahli Wanita Umno. Apa tidaknya, Ketua Wanita Umno hari ini bukannya mempunyai perwatakan seperi Ibu-Ibu Wanita Umno dahulu. Mereka kini ada AP (permit mengimpot kereta), berambut perang, berumah dan berkereta besar, bermain golf dan dihiasi emas permata. Kepada kaum-kaum ibu, ahli wanita Umno, tepuklah dada tanya selera!