"Dengar kebimbangan dan suara hati rakyat." Kata Shahrizat.
"Suara hati rakyat perlu diutamakan berbanding BEBERAPA PERSONALITI yang membawa agenda politik semata-mata."
"Akta Keharmonian Nasional tidak mencukupi untuk mengekang ancaman yang dapat menggangu gugat keselamatan rakyat di negara ini."
"Wanita Umno Malaysia akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Najib Razak untuk MEMBANTAH PEMANSUHAN TERSEBUT."
"Kami akan MEMBUAT PUNGUTAN SUARA dalam satu MEMORANDUM SEJUTA TANDATANGAN untuk diserahkan kepada Najib."
http://www.utusan.com.my/berita/politik/dengarlah-suara-hati-rakyat-1.22950
Jelapang
Apa yang berlaku di dalam Umno sekarang ini sehinggakan Shahrizat tiba-tiba mengugut Najib?
Apakah Umno sudah HILANG KEPERCAYAAN (NO-CONFIDENCE) kepada Najib sebagai Presiden Umno?
Sebelum ini kita terdengar Ahli Parlimen Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno mendesak Najib membatalkan hasrat menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Kini, Wanita Umno pula secara terang-terangan seolah-olah memberi amaran kepada Najib.
Adakah Shahrizat lupa bahawa PENGHAPUSAN AKTA HASUTAN 1948 ADALAH JANJI NAJIB KEPADA RAKYAT MALAYSIA?
Ianya satu JANJI. Dan JANJI INI DIBUAT OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PRESIDEN UMNO DISAKSIKAN OLEH PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PEGUAM NEGARA PADA JULAI 2012 di mana ucapan beliau bertajuk "PROGRAM TRANSFORMASI POLITIK: JANJI DITEPATI?
Kita ulangi. Ia adalah JANJI NAJIB!.
Apa kata Najib pada masa itu? Kata beliau:
Kerajaan telah membuat keputusan agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana kita mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. With this new act we would be better equipped to manage our national fault lines. It will also help to strengthen national cohesion by protecting national unity and nurturing religious harmony.
Tanpa keseimbangan yang ideal kita berkemungkinan merencatkan hak bersuara yang dijamin perlembagaan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif ataupun membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremis. Keseimbangan ini perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada lebuh raya maklumat yang mampu menyebabkan “information overflow”, taraf pendidikan dan sosioekonomi yang semakin tinggi serta tahap ekspektasi yang semakin meningkat. Peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Peruntukkan-peruntukkan Akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersikap bahawa jika ada mana-mana kaum mahupun agama disakiti maka seolah-olah semua kaum dan semua agama rakyat Malaysia sama-sama disakit bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa.http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/akta-hasutan-akan-dimansuhkan-kata-najib.html
PENDIRIAN Wanita Umno dan Shahrizat semalam amat bertentangan dengan program transformasi politik Najib.
PERSOALANNYA, adakah Umno sudah TIDAK YAKIN lagi dengan Najib?
Apakah Najib kini berhadapan dengan UNDI TIDAK PERCAYA DARI UMNO?

